Bagaimana?

Hari ini saya nak kemukan satu soalan..Soalan yang mungkin sensitif sedikit.

Apa yang anda akan buat kalau anda tahu anda akan meniggalkan dunia esok?

Bunyinya agak menyeramkan. Tetapi saya pasti jawapannya cukup bermakna. :-)

Ramai mesti katakan bahawa mereka akan
-membuat amal ibadah seboleh mungkin
-menghabiskan masa bersama family
-bersama dengan orang tersayang
-minta maaf dengan orang yang pernah kita sakiti
-cuba merealisasikan impian kita
-melancong melihat dunia puas2
-sedekah
-membantu orang yang memerlukan pertolongan
-meraih kejayaan yang diimpi

Rata-rata akan menjawab mereka akan menggunakan hari tersebut dengan sebaik mungkin. Hari tersebut akan dipenuhi dengan aktiviti bermakna.

Itu kalau kita tahu kita akan mati esok. Malangnya kita tidak mengetahui. Jadi masa kita kebanyakkannya dihabiskan dengan aktiviti kurang berfaedah.Setiap hari berlalu tetapi tiada perubahan pada kita.
- kita tidak membuat amal ibadah seboleh mungkin.
-kita tidak menghabiskan masa bersama family.
-bersama dengan orang tersayang

-kita tidak minta maaf dengan orang yang pernah kita sakiti
-kita tidak cuba merealisasikan impian kita.
-kita tidak melancong melihat dunia puas2
-kita tidak bersedekah
-kita tidak membantu orang yang memerlukan pertolongan

Tips motivasi dan inspirasi untuk hari ini, gunakan setiap hari yang berlalu dengan sebaik mungkin. Guna dengan menngisi aktiviti yang kita fikirkan berfaedah. Hidup ini terlalu singkat. Kekalkan motivasi anda untuk berjaya. Semoga tips inspirasi dari sini membantu anda untuk terus bermotivasi :-)

Ya Allah, jadikan dunia itu digenggam tanganku dan bukannya dihatiku

Paku

Salam motivasi semua. hari ini saya ingin kongsi dengan anda tips motivasi dengan anda tentang cara berkawan. Sebuah cerita yang ringkas sahaja. Cerita inspirasi persahabatan. Stay to the end of story k..:-)

Di sebuah kampung tinggallah seorang pemuda bersama ayahnya. Ayah pemuda ini seorang bijaksana. Dia selalu menasihat anaknya secara tidak langsung. Mereka bekerja sebagai tukang rumah di kampung tersebut. Mereka banyak menghasilkan rumah yang begitu cantik. Ramai penduduk kampung tersebut datang meminta perkhidmatan mereka.

Walaupun mereka hidup agak senang, namun begitu pemuda tersebut mempunyai kelemahan. Pemuda tersebut tidak dapat mengawal kemarahannya. Setiap kali pemuda itu marah, ada sahaja orang yang akan tersinggung. Dia langsung tidak mengambil kisah perasaan orang lain. Pemuda tersebut tidak tahu hendak bersabar.

Ayah pemuda tersebut pun memikirkan idea untuk mengatasi masalah ini. Jadi pada suatu hari, ayah pemuda ini pun memanggil pemuda tersebut.

“Nah ini ayah beri kepada kamu,”kata ayah pemuda tersebut  sambil menyerahkan sebungkus paku, sekeping papan besar dan pemukul paku.

“Buat apa dengan benda ini semua ayah?” tanya pemuda tersebut kehairanan melihat gelagat ayahnya yang tidak dilihat sebelum ini.

“Anakku, ayah dapati kamu mudah naik marah. Jadi mulai hari ini, apabila kamu berasa marah, ayah hendak kamu ketuk kayu tersebut dengan paku. Apabila sampai suatu hari kamu tidak lagi mudah berasa marah dan dapat mengawalnya maka datang beritahu pada ayah semula. “ Terang ayah pemuda tersebut.

“Baiklah ayah”,kata pemuda tersebut tanpa banyak soal lagi.

Pada hari pertama sebanyak 26 paku telah diketuk oleh pemuda tersebut. Apabila melihat jumlah paku yang begitu banyak diketuk, pemuda tersebut mulai sedar sesuatu. Jadi pada keesokannya harinya, pemuda tersebut cuba mengawal kemarahannnya. Jumlah paku yang diketuk pada hari kedua adalah sebanyak 21 paku.

Hari demi hari berlalu, pemuda tersebut semakin dapat mengawal kemarahannya. Semakin hari, paku yang diketuknya semakin berkurangan sehinggalah tiada lagi paku yang diketuknya. Pemuda tersebut berasa gembira kerana beliau sudah mampu mengawal perasaan marahnya.

Pemuda tersebut pun pergi berjumpa dengan ayahnya untuk memberitahu tentang perkara tersebut.

“Bagus anakku, engkau sudah melepasi tahap yang pertama. Sekarang ayah hendak engkau tanggalkan semua paku yang telah diketuk oleh engkau selama beberapa hari ini. Datang jumpa semula ayah setelah engkau selesai membuatnya. Bawa bersama engkau nanti papan besar yabg telah engkau cabut pakunya.”

Pemuda tersebut bertambah hairan dengan arahan ayahnya. Kalau dahulu disuruh ketuk, tetapi kini ayahnya mahu paku tersebut dicabut semula. Tetapi pemuda tersebut tetap menuruti arahan ayahnya kerana mesti mempunyai muslihat tertentu.

Beberapa hari kemudian , pemuda tersebut datang semula kepada ayahnya bersama papan besar yang telah dicabut pakunya.

Sambil menunjuk kesan pada papan tersebut, ayah pemuda berkata.

” Wahai anakku, memang mudah untuk berasa marah. Tetapi lebih baik mengawalnya. Jika engkau gagal mengawalnya, maka hidup engkau akan susah. Engkau boleh meminta maaf kepada orang yang tersingging dengan engkau, tetapi engkau harus ingat kesannya masih ada. Seperti yang engkau dapat lihat pada papan ini. Pakunya telah dicabut, tetapi lubangnya masih ada”

Pemuda tersebut hanya mampu tertunduk malu apablia ayahnya berkata sedemikian.

Kawal kemarahan anda, atau anda akan rugi untuk satu tempoh yang panjang.

Pendapat anda tentang tips  motivasi hari ini? Adakah perkara ini membantu? Ataupun anda ada tips lain. Kongsilah bersama-sama tips motivasi anda di sini juga. :-)

Video Inspirasi

Assalamualaikum..hai dan macam mana dengan keadaan anda hari ini? Hebat? Saya baru sahaja meletak gambar karikatur saya di tepi blog ini. Saya memilih untuk berpakaian ala doktor kerana sesuai dengan tajuk blog ini iaitu sebagai Dr Inspirasi. ..macam mana? Ok tak? Saya harap anda dapat memberi komen yang membina demi kebaikan bersama. Win-win solution orang kata. Supaya saya seronok menulis, berkongsi maklumat dan anda seronok datang ke sini membaca, mendapat ilmu, berkongsi pendapat .. :-)

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda satu video klip yang best. Video ini amat bermakna untuk saya kerana ia memberi saya motivasi. Saya akan melihat video klip ini 2-3 kali sebulan.

Kalau anda ingin melihat Klik Sini….maaf saya tidak boleh meletaknya dalam blog saya sebab terdapat beberapa masalah teknikal :-(  Saya akan cuba perbaiki kelemahan saya ini pada masa akan datang..

Bagaimana..adakah kini anda semakin motivasi? Saya harap video ini dapat membantu anda. Hidup ini terlalu singkat untuk memikirkan perkara yang negatif.. :-)

Salam motivasi

Berimpianlah sebesar matahari

Masalah paling besar bukanlah mempunyai matlamat yang tinggi lalu gagal mencapainya, tetapi mempunyai matlamat yang rendah dan kita mencapainya.

Michelangelo

Apanya maksud di atas? Maksudnya jangan takut untuk berimpian besar. Kerana impian besar itu yang akan membuat hidup kita bermakna. Takutlah untuk berimpian kecil kerana selepas kita berjaya mencapainya kita akan kehilangan punca. Kita akan berasa hidup kita tidak bereti. Jika kita berimpian besar, usaha yang akan kita berikan juga akan lebih ‘besar’. Kita dapat mengerah sepenuh tenaga yang ada pada kita .Dengan membuat demikian kita tidak akan membazir terhadap anugerah yang diberikan.

Jadi tanya pada diri anda, apakah selama ini impian anda adalah besar atau kecil? Mulalah untuk mengimpikan sesuatu yang besar. Kalau boleh sebesar matahari.Ya sebesar matahari. :-)

 

Hari Syiling Emas

Salam dan hi!Berjumpa kita lagi pada keluaran pada kali ini.Hari ini saya ingin bercakap tentang duit emas yang ada pada kita.

Ya duit emas dan percaya tak kita mempunyainya sebanyak 1440 syiling emas pada diri kita. Syiling emas tersebut adalah masa kita.Ingat ada pepatah menyatakan masa itu adalah emas.Kita mempunyai masa sebayak 1440 minit sehari untuk kita.Jadi bermakna kita memang ada 1440 emas. :-)

Adakah kita menggunakanya dengan sebaiknya?
Adakah kita mengunakanya untuk sesuatu yang membantu kita?
Adakah kita gunakanya untuk mencari persahabatan?
Adakah kita mengunakanya untuk mencari kebahagian?

Ataupun kita sekadar membazirkannya dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah?

Pembaca sekalian, jangan bazirkan syiling emas yang ada pada kita untuk berfikir sesuatu yang negatif. Jangan guna syiling emas anda itu digunakan membeli perasaan marah, sedih, muram. Adalah amat sayang sekali jika anda menggunakan syiling emas untuk sesuatu yang salah. Adalah sayang sekali jika digunakan untuk membeli penderitaan pada hidup anda.

Gunakan syiling emas tersebut untuk sesuatu yang bermakna.Gunakan ia untuk membeli sesuatu yang dapat membahagiakan anda.Gunakan ia untuk membeli persahabatan, kesihatan, kekayaan, kegembiraan. Jangan benarkan perasaan negatif merosakkan minda anda untuk membeli sesuau yang tidak berharga.

Oleh itu,setiap kali apabila anda bangun daripada tidur,tanyakan pada diri anda apakah yang akan anda beli dengan 1440 syiling emas yang anda ada pada hari ini?

Demi masa ,Sesungguhnya manusia itu berada dalam keadaan kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran:-)

Roger Banister

Untuk beribu-ribu tahun manusia percaya mereka tidak mampu untuk berlari 1 batu dalam masa 4 minit ke bawah. Mereka menganggap perkara tersebut adalah mustahil dan tidak akan dapat diatasi.

Selain itu, kajian –kajian yang ditunjukkan oleh doktor juga turut menyatakan perkara ini adalah mustahil.Ya,umum pada ketika itu menganggap perkara tersebut adalah gila.Hanya manusia luar biasa atau superhero sahaja mampu melakukan.Lupakan sahaja melakukan perkara gila tersebut.Kepercayaan mereka mengatakan perkara tersebut adalah mustahil.

Namun begitu,terdapat seseorang yang tidak menerima kepercayaan tersebut.Roger banister,percaya perkara tersebut boleh dilakukakn.Beliau menganggap perkara tersebut tidak mustahil.Beliau telah berlatih bersungguh-sungguh untuk melakukannya.

Akhirnya,pada tarikh 6 Mei 1954,Roger telah menjadi orang yang pertama memecahkan rekod berlari I batu dalam masa kurang daripada  4 minit. Roger telah memecahkan tembok kepercayaan yang dianggap mustahil oleh kebanyakkan orang.

Dan yang paling menarik sekali, selepas Roger memecahkan rekod tersebut,dalam masa 1 tahun dari tarikh tersebut,sebanyak 37 orang juga mampu melakukannya dan sebanyak 300 pula telah berjaya untuk tahun berikutnya.

Jika sebelum ini tiada siapa mampu memecah rekod ini, tetapi selepas Roger memecahkannya bilangannya bertambah. Dan semakin banyak untuk tahun yang berikutnya. Mengapa  boleh berlaku peningkatan sedemikian? Sebab Roger telah memecahkan tembok kepercayaan  ini. Akhirnya,mereka mengaggap perkara ini tidak mustahil.

Jadi,mulai hari in, berimpianlah walaupun perkara tersebut tidak ada orang lain pernah buat. Jangan letak batasan pada diri anda. Setiap kali diri anda berkata tidak pada impian anda,maka ingatlah kisah ini.

Kepercayaan Juara

Salah satu faktor kejayaan adalah mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap diri sendiri. Juara berbeza dengan yang kalah kerana mereka percaya dengan keupayaan diri mereka. Mereka percaya mereka mampu melakukan. Sebab itulah mereka sentiasa di atas.

Frank Dick yang merupakan jurulatih atlit menceritakan semula pengalamannya dengan Daley Thompson.Peristiwa ini berlaku ketika mereka sedang berehat .Daley Thomson adalah merupakan atlit yng telah memenangi pingat emas Olimpik dalam sukan dekalthon pada tahun 1980 dan 1984.

Siapakah atlit yang terhebat awak pernah lihat? Tanya Daley pada sesi rehat tersebut.Frankie kemudian bertanya adakah atlit yang dilihat di video juga diambil kira.Daley menjawab ya.Kemudian Frankie telah menamakan seorang lelaki yang telah membuat empat rekod dunia dalam masa satu hari.

Daley kemudian berkata, ”Lupakan perkara tersebut, anda sedang melihat kearahnya”.

Begitulah sifat seorang juara. Daley sentiasa percaya dengan dirinya. Dia menganggap bahawa dia merupakan atlit yang terhebat. Dia telah meletakkan satu standard yang tinggi pada dirinya. Satu standard yang hanya diletakkan oleh seseoarng yang berfikir seperti juara.

Apakah standard  juara kita pula? :-)

Kuiz

Cuba jawab kuiz ini ?

1.Senaraikan 5 nama orang terkaya di Malaysia.
2.Senaraikan 5 pemenang hadiah cabutan di sekolah anda.
3.Senaraikan 5 nama pemenang pelakon lelaki terbaik Grammy Awards.
4.Senaraikan 5 nama pemenang pelakon wanita terbaik Grammy Awards.

Saya yakin,ramai tidak dapat menjawab atau mengambil masa yang lama untuk memikirnya.Mengapa ini berlaku?Padahal mereka adalah oarng-orang yang terkenal?Mereka orang-orang yang berjaya.

Tujuan kuiz ini adalah untuk menunjukkan bahawa,mereka yang anda senaraikan itu adalah sebenarnya hebat.Mereka hebat di dalam industri mereka.Tetapi yang menjadi masalahnya,mereka akan kita lupakan biar sampai waktunya.Anugerah,hadiah,pujian ataupun apa sahaja mereka dapat,akan kita lupakan.Kita akhirnya melupakan orang –orang yang telah berjaya ini.

Bagaimana anda cuba kuiz ini?

1.Senaraikan 5 nama yang telah mengajar anda sesuatu yang berharga.
2.Namakan beberapa nama kawan yang sentiasa bersama anda ketika susah dan senang.
3.Namakan beberapa nama orang yang membuat anda betul-betul dihargai.
4.Senaraikan 10 idola pujaan anda yang membuatkan anda bermotivasi.

Lebih mudah bukan?Malahan anda boleh senaraikan lebih banyak lagi jika kita mahu.Apa pengajarannya?

Moral daripada kuiz ini adalah,kita akan ingat orang yang memberi impak kepada kita.Kita ingat orang yang memberi kesan kepada kita. Kita ingat orang yang mengambil berat kepada kita.Kita ingat orang yang kisah pada kita.Walaupun orang tersebut mungkin tiada wang untuk diberi kepada kita,ataupun hanya orang biasa sahaja tetapi kita masih ingat pada mereka kerana mereka memberi kesan kepada kita. :-)

Jadi,mulai hari ini,marilah kita membuat sesuatu yang mampu memberi kesan kepada orang lain.Sesuatu yang mampu membuat mereka tahu kita mengambil berat terhadap mereka.Sesuatu yang membuatkan mereka tahu kita kisah terhadap mereka. Sebab apa?Sebab mereka hanya mengingat itu semua.Mereka tidak akan ingat pingat,anugerah yang kita dapat.Mereka ingat apa yang memberi kesan kepada mereka.

Jadi,tanya pada diri. Apa yang anda buat yang dapat memberi kesan pada orang-orang yang anda sayang?

P/s :Terima kasih kepada pengujung blog ni kerana sering datang melawat ke sini.Anda memberi impak pada hidup saya. Untuk kakeru dan perantau ilmu anda memberi kesan pada diri saya dalam arena blog:-)

Maksud pemenang

Maksud pemenang adalah berbeza untuk setiap orang.Ia bergantung pada diri masing-masing.Hanya kita yang tahu maksud pemenang untuk diri kita.

Ini bermaksud…

Setiap daripada kita boleh menjadi pemenang.

Pemenang adalah seseorang yang menggunakan potensi yang ada pada dirinya.

Pemenang adalah meletakkan sesuatu matlamat dan mencapainya.

Pemenang adalah menambah kemahiran supaya menjadi lebih baik.

Pemenang adalah melayan semua orang seperti mana dia mahu orang lain melayannya.

Pemenang adalah sentiasa berusaha bersungguh dan tidak menghiraukan segala rintangan.

Pemenang sentiasa mempelajari sesuatu daripada pengalamannya.Tidak kira ia merupakan pengalaman yang buruk ataupun baik.

Menang ialah menjadi apa yang kita mahu.

Menang ialah gembira menjadi diri kita.

Menang adalah salah satu cara kita berfikir.

Menang adalah salah satu cara kehidupan.

Menang adalah segalanya tentang sikap.

Ya!Semuannya tentang sikap.

70% atau 80% adalah semuanya tentang sikap.Setelah kita telah membuat semua orang bersedia terhadap tugasan, hanya satu sahaja yang tinggal iaitu sikap.Yang menjadi berita gembira di sini ialah kita boleh memilihnya dalam kehidupan.Kita tidak mampu memilih atau mengubah keadaan,tetapi kita sentiasa boleh memilih atau mengubah sikap

Anonymous

4 Bulatan Kehidupan.

Ada satu tips lagi tentang menulis matlamat yang dapat diamalkan.Tips ini diambil daripada 100 Ways to Motivate Yourself. Setiap hari,ambil satu kertas kosong. Kemudian anda perlu melukis empat bulatan atas kertas ini. Bulatan pertama mewakili kehidupan yang anda inginkan. Anda boleh menulis seberapa banyak yang anda hendak mengikut pada waktu tersebut. Ataupun anda boleh menulis hanya beberapa sahaja matlamat dan matlamat yang lain ditulis pada hari yang lain.

Bulatan kedua pula mewakili tahun. Cuba berhenti dan berfikir sejenak apa yang anda dapat buat atau capai supaya matlamat bulatan pertama tercapai dalam tahun ini. Matlamat tersebut mestilah realistik dan dapat dicapai pada tahun tersebut. Pastikan matlamat tersebut yang memerlukan anda berusaha dan bukan terlalu senang untuk dicapai.

Bulatan ketiga pula mewakili bulatan bulanan.Fikirkan apa anda dapat buat dan perlu capai supaya matlamat tahunan anda tercapai.Seperti biasa letakkan sedikit cabaran.

Bulatan keempat pula mewakili bulatan harian.Fikirkan apa yang anda dapat lakukan pada hari ini supaya matlamat bulanan saudara tercapai. Setelah selesai menulisnya,mulakan untuk melakukan perkara tersebut. Ingat untuk membaham gajah adalah bukan dengan memakannya sekaligus. Tetapi potongnya kepada ketulan kecil dan makan sedikit demi sedikit. :-)

Amalkan selalu menulis ini.Jadikan ia perkara kemestian yang perlu anda lakukan setiap hari.Kalau tidak boleh jadikan ia perkara selalu yang anda buat dalam minggu tersebut. Cara ini tidak lama. Sekadar beberapa minit.Tetapi mempunyai impaknya tersendiri.Selamat mencuba…:-P

Artikel Percuma

Masukkan email anda untuk mendapatkan artikel terbaru daripada Dr Inspirasi.com terus ke email anda

Perkhidmatan FeedBurner