Wed 23 Jul 2008
Bermatlamat dan berjiwa besar
Posted by orizz under Ebook, Idola Kejayaan, Quote Motivasi
No Comments
Seterusnya saya akan berkongsi satu idea yang menarik daripada ikon jutawan kedua dalam buku mentor jutawan. Personaliti yang dimaksudkan adalah Azizi Ali. Saya pasti semua kenal dengan saudara Azizi Ali yang merupakan pakar kewangan dalam Malaysia. Bukunya seperti ‘Bagaimana Hendak Menjadi Jutawan Hartanah’, ‘Bagaimana Hendak Menjadi Tuan Rumah Jutawan’, ‘Jutawan Extreme’ laku laris di pasaran. Dalam banyak-banyak buku beliau, buku yang paling saya suka adalah ‘Jutawan Extreme’, tidak rugi anda membelinya.
Dalam Mentor Jutawan apa yang menarik dikonsi beliau adalah mengenai matlamat.Saya suka satu quote yang sering dikongsi beliau dalam seminar yang dianjurkan,
“Be at the edge of fantasy but within the realms of reality.”
“Maksud saya di sini jangan biarkan destinasi yang kita tetapkan itu kita boleh capai dengan senang tetapi kita set satu destinasi yang boleh mencabar keupayaan kita makan ianya akan menjadi satu destinasiyang bagus.” Azizi Ali
Jelas apa yang dikatakan beliau. Apabila kita berimpian biarlah impian tersebut besar. Pastikan kita berfikir dan berjiwa besar. Namun begitu pastikan ianya masih dalam skop realiti. Contohnya kita bermatlamat ingin menjadi doktor dengan menamatkan pengajian yang diambil dalam masa setahun. Impian itu adalah impian yang bagus dan baik. Tetapi adakah ianya logik atau sekadar fantasi? Seperti yang diketahui kursus untuk menjadi seorang doktor mengambil kira-kira 5 tahun. Oleh itu, bermatlamat menjadi doktor dalam masa 1 tahun adalah impian yang mustahil. Tetapi jika anda merupakan genius, itu senang sahaja.
Kesimpulannya, bermatlamatlah dan berimpianlah tetapi pastikan perkara tersebut dalam kawasan realiti dan logik.



