Wang atau Bahagia?

Falsafah Kejayaan, Pendapat No Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam motivasi.

question

Terima kasih kepada semua yang  telah memberi jawapan kepada soalan yang telah diberikan pada post sebelum ini. Samaada melalui komen di bawah atau menghantarnya melalui email. Saya menghargai jawapan dan pendapat yang diterima. Pada permulaannya, ramai cenderung memilih B sebagai jawapan. Kerana secara logiknya pendapatan kerjaya B lebih tinggi.

Tetapi apabila soalan lain ditanya, ramai mula cenderung kepada A. Sebenarnya soalan ini adalah soalan daripada psikologi yang pernah ditanya oleh Amos Tversky yang merupakan seorang ahli psikologi. Soalan yang hampir sama, cuma diubah dalam bentuk lain. :-)

Perubahan jawapan adalah disebabkan perubahan pada soalan.  Dalam kehidupan, jawapan yang dijawab kepada kawan atau diri sendiri biasanya bergantung pada soalan yang ditanya. Ingin ditekankan betapa pentingnya bertanya soalan yang betul pada diri dalam mencorak kehidupan yang diingini. Pilihan yang dibuat biasanya bergantung pada soalan yang ditanya pada diri.

Apa yang kita dapat belajar daripada post sebelum ini? Secara kesimpulannya terdapat 2 perkara yang dapat dipelajari.

  1.  Tentukan apa sebenarnya dimahukan oleh anda dalam hidup ini. Adakah anda mahukan kebahagian atau wang? Yang mana menjadi keutamaan kepada anda? Tiada jawapan yang betul, yang penting apa yang anda inginkan?
  2. Belajarlah untuk bertanya soalan yang betul kepada diri anda jika anda menghadapi sesuatu.

Anda ada pendapat lain? Kongsilah bersama-sama ya. :-P

Update terkini : A atau B?

Pendapat, Soalan Menarik 8 Comments

Salam motivasi,Post hari ini adalah post terkini. Kita sambung soalan 2 hari lepas. Saya pasti ramai yang mempunyai pandangan tersendiri. Terima kasih komen yang diberikan. Tetapi kini saya ingin menanyakan anda persoalan yang lain. Situasi yang sama, tetapi soalan yang berlainan. :-)

“Pekerjaan manakah yang akan membuat anda bahagia?

Masa untuk berfikir. Beri pandangan anda di ruang komen ya. Kalau anda lupa situasinya, sila rujuk post di bawah.
Post 2 hari lepas :

“Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Hari ini saya ingin menanya soalan mudah untuk anda. Tiada artikel motivasi tetapi satu soalan yang menarik. Silalah bagi jawapan anda di ruang komen ya.. Sama-sama kita berkongsi pandangan. :-P

 

Anda ditawarkan 2 pekerjaan. Pekerjaan A menawarkan gaji sebanyak RM3000 dan sebagai bos di syarikat A. Maksudnya, gaji pekerja lain di syarikat A adalah lebih rendah daripada anda. Manakala untuk gaji di syarikat B, anda ditawarkan gaji sebanyak RM4000. Tetapi masalahnya di sini, gaji untuk semua rakan sekerja anda di sini adalah lebih tinggi daripada anda. Hal ini kerana mereka merupakan bos anda dan jawatan anda di syarikat B tersebut hanya jawatan rendah.

Persoalannya, pekerjaan mana merupakan pilihan anda?”

Gembiranya…..

Bakat, Falsafah Kejayaan 1 Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar anda hari ini? Adakah gembira atau sedang berduka? Hehe. Semalam saya sempat mempromosi buku saya,’Apa Bakat Saya?’ di MPH Alamanda. Terima kasih kepada kakak-kakak,abang-abang  yang mulai mengambil berat dan ingin tahu bagaimana mereka dapat membantu untuk memastikan kejayaan anak mereka. Selamat datang ke alam Bakat. :-)

Tanpa membuang masa, ayuh kita ke artikel utama motivasi kita hari ini. Adakah anda gembira sekarang dengan kehidupan anda? Berapakah umur anda sekarang?

Kajian yang telah dijalankan menunjukkan adanya kaitan antara dua perkara tersebut. Kajian kaitan umur dan tahap gembira telah dijalankan dan umur 40 telah dikenalpasti sebagai titik tolak sebuah kehidupan yang gembira. Richard Easternlin yang merupakan seorang ahli ekonomi daripada Universiti Southern California, menyatakan wanita merupakan golongan yang gembira sebelum titik umur 40 tersebut. Sebabnya pada umur 20an dan 30an, mereka gembira secara umum dengan apa yang telah dicapai.

Tetapi berbeza dengan lelaki, pada umur di bawah 40 tahun, mereka kurang gembira dengan kehidupan yang ada. Mereka berasa kurangnya kepuasan yang diperolehi daripada kerjaya mereka. Pada peringkat ini, mereka masih cuba untuk hidup.

Tetapi semuannya bertukar apabila angka 40 menjengah. Lelaki mula gembira dengan kehidupan mereka yang lebih baik. Pendapatan yang diperolehi mereka lebih tinggi. Mereka kini mampu membeli apa yang diinginkan. Kehidupan mereka mula stabil.

Berbeza dengan wanita, graf mereka mula jatuh. Mereka kurang berpuashati dengan kehidupan yang dilalui. Pengalaman ibubapa mereka yang lalu mula bermain dalam minda mereka yang seterusnya menambah lagi tahap ketidakgembiraan mereka.

Terkejut bukan. Bagaimana dengan pendapat anda? Saya tidak kisah dengan hasil kajian tersebut. Bagi saya, kita bertanggungjawab dalam kehidupan kita. Mengapa perlu membiarkan umur mengganggu potensi kita untuk lebih hidup lebih bahagia? Jadi apa-kata kita mencabar hasil kajian ini.

Buktikan hanya kita yang menentukan kegembiraan kita. Kita yang perlu merencanakan masa hadapan kita.

Salam inspirasi semua.Hoho.. :-)

Kenduri Kahwin

Ilmu, Islam No Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sudah lama saya tidak update blog. Hampir seminggu. Satu tempoh yang lama. Sama seperti cuti sekolah. :-P Semalam, saya baru balik daripada Johor. Memenuhi kawan jemputan kawan saya yang berkahwin. Tahniah kepda saudara Mohd Helmi dan saudari Nora. Semoga berbahagia bukat setakat anak cucu, tetapi bercinta sehingga ke syurga. Biarlah cinta yang dibentuk menuju syurga yang abadi.

Persoalan hari ini. Kawan saya sudah pun berkahwin. Saya bila lagi? Umur semakin meningkat naik. Hehe..

Menceritakan mengenai kenduri kahwin mengingat saya kepada sebuah nasihat. Nasihat seorang yang bijaksana kepada anaknya. Nasihat Luqman Al-Hakim.

“Wahai anakku, kamu ikutlah ketika orang membawa jenazah, dan janganlah kamu mengikuti jamuan perkahwinan. Kerana jenazah itu dapat mengingatkan engkau akan kesudahan dari hidupmu di dunia yang fana ini. Sementara majlis perkahwinan akan membangkitkan nafsu berahimu dan ini akan membuat kamu merasa bahawa senang dengan kehidupan dunia.”

Dan post sebenarnya untuk hari ini adalah tentang kematian.Wah,panjangnya mukadimah saya.

Nabi SAW pernah bersabda mengenai kematian,

Ingatlah mati!Demi Zat dan jiwaku dalam kekuasanNya,kalau kamu tahu apa yang aku ketahui, tentulah kamu akan sedikit tertawa dan banyak menangis.”

Izinkanlah saya berkongsi lagi mengenai sebuah kisah yang berlaku pada zaman Rasullulah SAW.

Daripada Ibnu Umar,

“Wahai Nabi Allah,siapakah orang paling cerdik dan paling teguh?” tanya seorang Ansar kepada Nabi Muhammad SAW pada suatu hari.

Jawab baginda SAW, “Mereka yang banyak mengingati mati dan bersedia untuknya, mereka itulah orang yang cerdik.

Kata-kata akhir artikel hari ini,

“Siapa yang cinta untuk menemui Allah SWT,nescaya Allah SWT cinta pula untuk menemuinya.

Riwayat Bukhari dan Muslim.

Salam inspirasi dan bakat. :-)

Krisis Ekonomi….

Keyakinan diri, Pembentangan Memikat 1 Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

handshake

Saya harap anda sihat dan berada dalam keadaan sejahtera. Krisis ekonomi mula menampakkan kejatuhannya. Banyak pekerja yang telah dibuang. Peluang pekerjaan semakin sedikit. Untuk satu pekerjaan, tetapi pemohonannya terlalu banyak.

Tips hari ini adalah mengenai bagaimana anda dapat bersaing dan meningkatkan peluang anda mendapat pekerjaan.

Rahsianya adalah dengan memberi salaman yang meyakinkan. Ketika bersalam dengan penemuduga anda, berikan beliau sebuah salaman yang meyakinkan dan kuat. Usah memberi salaman yang lemah.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Universiti Iowa, seseorang yang memberi salaman  yang kuat dan meyakinkan akan lebih mendapat tumpuan daripada pemohon lain yang memberi salaman yang lemah. Salaman yang menyakinkan seolah-olah menghantar isyarat kepada mereka bahawa anda merupakan seorang yang ekstovert dan berkarisma.

Jadi, berikan satu salaman yang meyakinkan kepada penemuduga anda. Ianya meningkatkan peluang anda mendapat pekerjaan tersebut.

Salam inspirasi… ayuh Isnin yang mengembirakan :-)
PS : Selamat  mencuba dan pastikan aktiviti yang dilakukan tidak melanggar syariat batas-batas pergaulan.

Siri 3 Kitaran Emosi

Minda, Winner 1 Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Happy face

Yahoo~ Rasa bersemangat pula cuti sekolah kali ini walaupun saya tidaklah bercuti… :-) Hari ini kita menyambung post yang sebelum ini. Masih ingat? Penyelesaian untuk masalah kitaran emosi yang telah dibincang sebelum ini.  Anda inginkan tipsnya? Ayuh, tanpa perlu membuang masa.

Salah seorang ahli psikologi telah menawarkan satu kaedah yang menarik untuk mengatasi perasaan dan mengawal emosi.

“Perbuatan anda mampu mengawal minda dan emosi anda.”

Ini membawa maksud, jika anda ingin berasa gembira, anda perlulah berlakon seolah-olah anda gembira terlebih dahulu. Begitu juga jika anda ingin sihat, anda mestilah berlakon seolah-olah anda sihat. Jika anda ingin berasa bertenaga, anda haruslah berlakon seolah-olah anda bertenaga.

Kesimpulannya, pastikan anda mengawal minda anda apabila emosi tertekan melanda anda. Berusaha untuk menjadi tuan kepada emosi anda. InsyaAllah..

Ketahuilah,

“ Orang lemah ialah orang yang membenarkan pemikirannya mengawal tindakannya,

manakala  orang yang kuat adalah orang yang memaksa  tindakannya untuk mengawal pemikirannya.”

Salam inspirasi untuk anda. :-P

Kitaran emosi 2 daa….

Blog Review, Tips Motivasi, Umum 3 Comments

Happy face

Assalamalaikum dan salam sejahtera. Ahad minggu ini berlalu dengan baik bagi saya.Bagaimana dengan anda? Adakah senja Ahad hari ini menarik? Jika tidak warnakanya dengan aktiviti yang menarik esok dengan bekerja dengan bersungguh-sungguh.. Cewah..hehe :-P

Pembaca sekali, sebelum saya menyambung post sebelum ini iaitu mengenai ‘kitaran emosi’, saya ingin meminta sedikit bantuan daripada  anda. Saya ingin bertukar link dengan anda. Jika anda ada blog, ayuh mari kita bertukar link (exchange link). Blog ini kini mempunyai misi baru. Meningkatkan lebih banyak trafik ke blog ini. Saya harap blog inspirasi ini dapat pergi lebih jauh. Link anda akan saya letak disini. Klik Sini…. Jadi marilah kita sama membantu antara satu sama lain. Tetapi ada syarat, blog anda mestilah tidak mempunyai isu-isu negatif. Contohnya seperti berbau lucah, tidak melanggar batas-batas agama dan lain-lain. Jika ada, saya berhak menolak atau membuangnya. Mudah sahaja. Ayuh mari kita tingkatkan trafik bersama.

Tanpa membuang masa, kita sambung artikel post lepas. Ingin ditegaskan setiap orang tidak sama kitaran emosinya. Jadi mengapa tidak cuba memantau kitaran emosi anda? Apa yang diperlukan, setiap minggu catitkan emosi harian anda. Buat graf, dimana titik paling atas adalah emosi anda yang paling gembira dan emosi tertekan terletak di bawah sekali. Catatkan dan tanda titik emosi anda dan perhatikannya. Dengan memerhati kitaran emosi ini, anda dapat mengetahui tempoh kitaran emosi anda.

Saya percaya dengan beberapa kali pengambilan, anda akan mendapat data yang hampir tepat mengenai kitaran emosi anda. Anda dapat tahu bilakah emosi anda berada di paras ‘tinggi’. Anda tahu bila emosi anda akan berada di paras ‘rendah’. Dengan maklumat ini, anda dapat bersedia dengan keadaan emosi anda. Anda tahu apa yang sepatutnya dibuat semasa anda berada di puncak. Anda juga dapat tahu aktiviti yang perlu dibuat ketika anda tertekan. Apabila anda berada di bawah, ini akan memberi keyakinan kepada anda bahawa masalah ini akan berakhir tidak lama lagi. Manakala jika anda berada di puncak dimana anda terlalu berkeyakinan, petanda ini dapat memberitahu anda supaya tidak terlalu mejanjikan sesuatu yang berlebihan.

Menarik bukan? Sekarang kita tahu bahawa kita mempunyai kitaran emosi. Jadi adakah kita akan membiarkannya sahaja? Adakah kita akan membiarkan mood dan emosi tertekan bergelora dalam diri kita apabila tiba tikanya?

Jika ada penyelesaiannya, bagaimanakah pula caranya?

Hoho..to be continue.. nantikan post seterusnya untuk mengetahui tips mengawal emosi anda. :-)

Kitaran Emosi

Bakat, Kesihatan, Umum 3 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Seperti mana tajuk di atas, artikel inspirasi hari ini adalah berkenaan kitaran emosi.
Pernahkan pada suatu ketika apabila saudara bangun dan ingin melakukan sesuatu, saudara merasakan saudara bertenaga untuk melakukan apa sahaja? Saudara merasakan saudara mampu meyiapkan segala tugasan yang diberikan. Hatta kerja yang sukar pun tidak menjadi masalah bagi pihak saudara. Saudara merasakan bahawa seolah-olah berkeyakinan dalam mengapai apa sahaja dalam hidup ini.

Ataupun pernahkan saudara bangun pada suatu hari dengan perasaan yang teruk? Saudara berasa tidak semangat untuk melakukan apa-apa.Saudara merasakan sesuatu yang tidak kena. Saudara tidak berkeyakinan dengan apa yang saudara lakukan. Saudara merasakan diri ini lemah.

Apakah faktor yang mempengaruhi emosi ini? Adakah ianya berlaku secara semulajadi?  Perkara ini telah menarik minat Og Madino dan Professor Edward R. Dewey bergabung bersama menulis tentang kitaran. Tajuk buku tersebut adalah “Cycles, The Mysterious Forces That Trigger Events.” Salah satu yang menarik minat mereka adalah mengenai kitaran emosi manusia.

Menurut Og Madino, terdapat kajian telah dibuat mengenainya. Salah satu kajiannya adalah daripada Professor Rex Hersey ,Universiti Pennsylvania. Beliau menyatakan bahawa manusia mempunyai kitaran emosi dimana secara purata tempoh emosi tersebut adalah 5 minggu.

Tempoh ini merupakan kitaran manusia daripada merasai perasaan gembira iaitu paling atas, seterusnya turun ke peringkat tertekan yang terletak di bawah sekali dan seterusnya naik semula ke peringkat gembira. Setiap orang mungkin mempunyai tempoh kitaran emosi yang berbeza. Ada yang panjang dan ada yang pendek. Tetapi secara puratanya kebanyakkan kitaran manusia adalah selama 5 minggu.

Bersambung di post seterusnya…. tunggu… hehe.. :-)

MengenalNYa….

Cinta, Islam 1 Comment

Hatimu akan merasakan manisnya takdir tuhan jika engkau mencintaiNya..

engkau akan mencintaiNya jika engkau mengenalNya..

semakin tinggi pengenalanmu terhadap Tuhan semakin tinggi pula darjatmu

dan semakin terasa agung ketentuanNya bagimu..

DIA sesungguhnya lebih mencintaimu daripada dirimu sendiri,

kerana itulah dikatakan orang yang paling mencintai ALLAH adalah orang yang paling mengenaliNya..

~Imam Al Hakim Al Tarmizi

Lelaki Lebih Bijak Daripada Wanita?

Bakat, Keyakinan diri, Soalan Menarik No Comments

business

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar?Bagaimana anda hari ini? Sihat? Hari ini saya ada soalan ingin ditanya kepada anda. Satu soalan tentang kepandaian ( IQ ). Soalan yang agak kontroversi. Bersedia?

Soalannya berbunyi.

“Adakah lelaki lebih bijak daripada wanita?”

Sudah mempunyai jawapan? Mari kita dengar apa kata kajian yang telah dilakukan.

Kebanyakkan kajian menunjukkan jawapannya adalah tidak. Kenyataan lelaki adalah lebih bijak daripada wanita adalah salah. Tetapi kebanyakkan daripada mereka iaitu lelaki memikirkan mereka lebih ‘bijak’.

Sebanyak 30 kajian terhadap perkara ini telah dilakukan. Hasil analisis menunjukkan bahawa lelaki dan wanita mempunyai kepandaian yang sama jika dirujuk pada IQ. Namun begitu, kaum wanita telah salah tafsir terhadap IQ mereka.

Kajian menunjukkan secara puratanya wanita telah tersalah anggap  IQ mereka kurang 5 mata berbanding IQ sebenar. Pelik pula bagi lelaki yang mengambil ujian ini, mereka telah terlebih sangka mengenai IQ mereka untuk purata yang sama.

Seterusnya, apa yang menarik mengenai ini, bukan lelaki yang tersalah sangka mereka ‘bijak’, tetapi wanita juga menyangka lelaki lebih ‘bijak’. Hoho.. :-) Mereka yang terlibat dalam kajian ini juga percaya bahawa ayah mereka lebih bijak daripada emak mereka. Dan jika mereka mempunyai anak, mereka percaya anak lelaki mereka lebih bijak berbanding anak perempuan mereka.

Jika anda merupakan seorang perempuan atau wanita yang sedang membaca artikel ini, maka sudah tiba masanya anda mengubah pandangan anda. Anda sebenarnya lebih bijak. Bagi lelaki pula, masa untuk menambah ilmu. Ilmu di dada belum cukup lagi tu…   :-)

« Previous Entries