Anda adalah unik

11:15 pm Bakat, Falsafah Kejayaan

Pernah tak anda berasa anda kurang bijak dan pandai berbanding orang lain? Anda merasakan anda seorang yang bodoh. Sebabnya dalam peperiksaan anda biasanya mendapat keputusan yang teruk. Anda dijadikan sebagai contoh tidak baik dalam kelas.

Silap jangan berfikir demikian. Anda sememangnya hebat. Anda adalah unik. Percayalah. Setiap orang mempunyai keunikkan tersendiri. Setiap orang mempunyai kepintaran tersendiri. Begitu juga dengan anda. :-)

Menurut Gadner yang merupakan pakar psikologi , manusia terdiri daripada 8 kepintaran utama, iaitu:

1. Kepintaran matematik dan logik

2. Kepintaran bahasa

3. Kepintaran interpersonal

4. Kepintaran intrapersonal

5. Kepintaran kinestatik

6. Kepintaran muzik

7. Kepintaran ruang

dan terakhir sekali…

8. Kepintaran natural

Setiap orang mempunyai kepintaran dominan yang berbeza. Tetapi agak malang sedikit kerana sistem persekolahan banyak menumpukan terhadap kepintaran matematik dan logik. Oleh itu, sesiapa yang mempunyai kekurangan dari segi ini gagal menyerlah. Di sini bukan bermakna anda bukan atau tidak boleh menjadi orang berjaya. Setiap orang mampu berjaya menggunakan kepintaran yang ada. Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Nicol David juga berjaya walaupun mereka bukanlah dominan dari segi kepintaran matematik dan logik. Jadi mulai hari ini buangkanlah sikap rendah diri bahawa anda bukan bijak. Anda bijak dan unik. :-)

Rasa-rasanya apa kepintaran anda? Kongsilah bersama di sini.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • NewsVine
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Simpy
  • Smarking
  • YahooMyWeb
One Response
  1. shirah :

    Date: July 28, 2008 @ 2:19 pm

    salam, bercakap ttg isu nie, sy ada sedikit persoalan…bagaimana pula kalo kes org yg kurang pandai tp belagak pandai dan rasa dia setanding dengan bdk degree @ masters walhal dia spm sahaja? sy rasa tu juga harus diperbetulkan sebab sekurang2nya individu tersebut mengukur baju di badan sendiri…
    bukan lah berniat memandang rendah atau menghina tp sekadar berpendapat golongan seperti ini harus memuhasabah diri..
    bahkan al-quran juga menekankan bahawa tidak sama org yg mengetahui dgn tidak mengetahui (berilmu dan tidak berilmu)..walaupun yg berilmu itu merasa rendah diri atau kurang keyakinan pada diri sendiri..
    wasalam

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.