Defini BAKAT

10:56 am Bakat, Umum

Terima kasih kepada pengunjung pesta buku PWTC yang telah membeli buku “Apa Bakat Saya?” pada hari Sabtu yang lepas di pesta buku PWTC. Ibu-ibu yang membeli dan menunjukkan kepada anak supaya membacanya. Ribuan terima kasih. Pada mulanya, buku ini agak sukar hendak bersaing dengan penulis buku yang sudah mempunyai nama.

Berat juga hendak laku, maklumlah buku ini bertajuk ala-ala ke arah pendidikan sedikit dan bukanlah cerita-cerita fantasi  dunia remaja. Tetapi dengan usaha penerbit buku dengan menyatakan bahawa penulisnya ada di situ dan boleh mendapat tandatangan, buku tersebut telah berjaya dihabiskan dalam masa sejam sahaja. Semoga anda mendapat manfaat daripadanya.  :-P
Sedikit mengenai bakat….

 

Apa itu bakat?

Bakat adalah keupayaan atau kemampuan semula jadi. Ia adalah satu bentuk cara berfikir, perasaan atau perilaku yang mampu membuat sesuatu aktiviti berhasil jika diaplikasikan.
Jika saudara seorang yang bijak bergaul, ia adalah bakat. Jika saudara berkebolehan belajar sesuatu pelajaran dengan mudah, itu adalah bakat. Jika saudara seorang yang pandai menyanyi, itu juga adalah bakat. Tidak kira apa pun paten perilaku atau pemikiran saudara, ia adalah bakat jika perkara itu mampu menghasilkan sesuatu yang produktif.

 

Bagaimana dengan perilaku negatif, adakah ia juga bakat?

Jawapannya adalah YA. Selagi ia mampu membantu saudara menghasilkan kerja dengan produktif, ia adalah bakat. Contohnya seperti sifat degil. Ia juga adalah bakat. Walaupun ia kelihatan negatif tetapi ia satu anugerah jika digunakan dengan betul. Bakat itu dapat membantu saudara supaya sentiasa cekal dan ‘degil’ bagi mencapai sesuatu.

PS : Mempunyai unsur-unsur sedikit promosi post hari ini.. :-P

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • NewsVine
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Simpy
  • Smarking
  • YahooMyWeb
4 Responses
  1. kakeru :

    Date: May 1, 2009 @ 12:37 am

    Salam Dr Inspirasi,
    Hari tu ada gak saya pi KLIBF, sehari jer la sempat…tak macam tahun lepas. Sempat gak pi PTS, tapi sampai sana pun dah lewat… Tak sempat nak menelek buku2 lebih lanjut. Langsung terlepas pandang karya tulisan awak nih…huhu.. Maaf la ya…

    Next time pi MPH saya jenguk2 la..hoho.. ;)

  2. AM.fazid :

    Date: May 1, 2009 @ 11:38 am

    salam sejahtera bro,
    insyallah saya akan pergi kedai yg berdekatan untuk membelinya?

    Bro,bole bagi tips bagaimana untuk menjadi penulis yang berjaya,iaitu langkah2 awal untuk kerjaya ini.

  3. admin :

    Date: May 1, 2009 @ 5:18 pm

    Kakeru
    ~tiada masalah.maaf anda diterima… beli karya Faisal Tehrani?

    AM. fazid
    ~tips penulis berjaya? hehe insyaAllah suatu hari nanti.. :-)

  4. kakeru :

    Date: May 14, 2009 @ 11:33 pm

    Dr.Inspirasi, saya takde beli buku Faisal Tehrani pun. Sempat beli buku berkaitan dengan jimat wang dan 2 buah buku daripada PTS. Pergi sehari je, tu pun dah petang. Tak sempat nak membelek lama2 sgt..huhu…

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.