Gembiranya…..
June 21, 2009 10:23 pm Bakat, Falsafah KejayaanAssalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar anda hari ini? Adakah gembira atau sedang berduka? Hehe. Semalam saya sempat mempromosi buku saya,’Apa Bakat Saya?’ di MPH Alamanda. Terima kasih kepada kakak-kakak,abang-abang yang mulai mengambil berat dan ingin tahu bagaimana mereka dapat membantu untuk memastikan kejayaan anak mereka. Selamat datang ke alam Bakat.
Tanpa membuang masa, ayuh kita ke artikel utama motivasi kita hari ini. Adakah anda gembira sekarang dengan kehidupan anda? Berapakah umur anda sekarang?
Kajian yang telah dijalankan menunjukkan adanya kaitan antara dua perkara tersebut. Kajian kaitan umur dan tahap gembira telah dijalankan dan umur 40 telah dikenalpasti sebagai titik tolak sebuah kehidupan yang gembira. Richard Easternlin yang merupakan seorang ahli ekonomi daripada Universiti Southern California, menyatakan wanita merupakan golongan yang gembira sebelum titik umur 40 tersebut. Sebabnya pada umur 20an dan 30an, mereka gembira secara umum dengan apa yang telah dicapai.
Tetapi berbeza dengan lelaki, pada umur di bawah 40 tahun, mereka kurang gembira dengan kehidupan yang ada. Mereka berasa kurangnya kepuasan yang diperolehi daripada kerjaya mereka. Pada peringkat ini, mereka masih cuba untuk hidup.
Tetapi semuannya bertukar apabila angka 40 menjengah. Lelaki mula gembira dengan kehidupan mereka yang lebih baik. Pendapatan yang diperolehi mereka lebih tinggi. Mereka kini mampu membeli apa yang diinginkan. Kehidupan mereka mula stabil.
Berbeza dengan wanita, graf mereka mula jatuh. Mereka kurang berpuashati dengan kehidupan yang dilalui. Pengalaman ibubapa mereka yang lalu mula bermain dalam minda mereka yang seterusnya menambah lagi tahap ketidakgembiraan mereka.
Terkejut bukan. Bagaimana dengan pendapat anda? Saya tidak kisah dengan hasil kajian tersebut. Bagi saya, kita bertanggungjawab dalam kehidupan kita. Mengapa perlu membiarkan umur mengganggu potensi kita untuk lebih hidup lebih bahagia? Jadi apa-kata kita mencabar hasil kajian ini.
Buktikan hanya kita yang menentukan kegembiraan kita. Kita yang perlu merencanakan masa hadapan kita.
Salam inspirasi semua.Hoho.. ![]()

















alan the great :
Date: June 25, 2009 @ 2:41 pm
saya kurang setuju dengan pendapat itu,ini kerana kajian itu lebih sesuai dan cenderung pada masalah yang dihadapi di negara barat.Jika kita melihat pada masyarakat malaysia,mereka mencapai lebih kebahagian pada awal 40an.Ini kerana mereka wanita pada umur tersebut anak-anak telah besar dan kehidupan stabil.Pada ketika umor inilah kebanyakan wanita mencapai kejayaan contohnya Zeti Aziz( Gabenor Bank Negara)menjadi gabenor terbaik dunia.Pada umor 40an, wanita menjadi lebih matang dan lebih bersedia menghadapi cabaran yg besar.