Lombong Emas
August 6, 2009 7:20 pm Bakat, UmumTersebutlah kisah, pada zaman dahulu pencarian emas begitu menjadi keghairahan hampir kebanyakkan orang. Masing-masing berharap mereka dapat menjadi tuan punya atau menemui lombong yang penuh dengan emas. Emas yang banyak membuat mereka menjadi tersangat kaya. Kekayaan yang pastinya tidak akan habis walaupun sudah tujuh keturunan yang memakan hasilnya.
Oleh itu, ramai yang sanggup mengembara dan merantau mencari peluang dan mencuba nasib untuk mencari emas. Begitu juga dengan Amin. Amin begitu berminat dan teruja untuk menjadi kaya. Dia merasakan tidak cukup dengan apa yang ada. Kerna beliau hanyalah seorang tuan punya kepada sebuah ladang.
Lalu Amin pun membuat keputusan. Dia membuat keputusan untuk menjual rumah dan ladanganya kepada seorang petani tua. Beliau ingin mencuba nasibnya menyertai sekumpulan untuk mencari emas.
Lalu berangkatlah Amin menyertai kumpulan tersebut. Kumpulan tersebut saling merantau dan berpindah antara satu tempat ke tempat yang lain. Dimana sahaja emas kedengaran ditemui, mereka akan bergegas untuk pergi ke tempat tersebut. Beberapa tahun berlalu, tetapi mereka belum menemui hasil yang diingini.
Berbeza pula dengan kisah petani yang membeli ladang dan rumah Amin. Pada suau hari, ketika mencangkul ladang tersebut, dia merasakan beliau telah menyangkul sesuatu yang keras. Sangkaannya dia telah menyangkul seketul batu besar.Tetapi anehnya, batu tersebut berkilau dan berwarna kekuningan. Dia merasakan ada sesuatu dengan penemuan tersebut. Lantas petani tua itu pun memanggil pakar untuk mengenal pasti bahan tersebut.
“Encik, selepas analisis dibuat, kami mendapati benda ini adalah emas. Kami mengesyaki bahawa ladang encik merupakan lombong emas.”
Betapa terkejut si petani dengan berita yang diterima. Dia begitu bersyukur dengan rezeki yang diberi kepadanya. Keesokkan harinya si petani tersebut telah memanggil pihak yang berkaitan untuk meneruskan penggalian hasil emas di ladang tersebut. Ternyata beliau bukan sahaja mempunyai lombong emas, tetapi lombong emas yang terbesar di dunia.
Kesimpulannya? Apa kata anda kongsi bersama-sama.

















saye :
Date: August 6, 2009 @ 9:38 pm
bersyukur lah dengan apa yang diperolehi.. tamak bukan amalan mulia..
liza :
Date: August 7, 2009 @ 8:49 am
bersetuju dgn saye, bershukur dgn apa yg ada
fathuri :
Date: August 7, 2009 @ 10:06 am
Assalamualaikum. Rezeki dari Allah. Tugas kita berusaha sebaik mungkin dengan cara yang Allah suka. Dapat banyak alhamdulillah, dapat sikit bersabar.
Adatnya Orang tamak selalu rugi. Orang sabar selalu untung.
Rezeki tak pernah salah alamat penerimanya.
Rezeki tidak pernah terlambat.
Rezeki tidak pernah tercepat.
Rezeki setiap orang adalah tepat masanya dan tepat jumlahnya.
Allah janji akan tambah rezeki pada orang yang bersyukur.
Cara cari rezeki orang beriman berbeza dengan orang bukan Islam.
Malah makna “rezeki” pada orang beriman lebih berbeza lagi berbanding dengan bukan islam.
Ada orang dapat rezeki banyak walaupun tidak taat pada perintah Allah.
Ada yang sempit rezekinya walau begitu warak orangnya.
Ramai yang taat dan kaya.
Ramai yang kufur juga kaya.
Ingin mendapat lombong emas?
Lombong emas sebenar ada dalam diri sendiri. Mengetahui potensi diri. Mengasahnya dengan betul dan rajin akan memberikan lombong emas!
Pun begitu, kebahagian tidak automatik diperoleh dengan memiliki lombong emas…
WaidaKmy :
Date: August 7, 2009 @ 3:30 pm
Kadang-kadang, kita merasakan yang peluang itu jauh dari kita, tetapi sebenarnya, ia ada dekat dengan kita. Tinggal kita dapat lihat atau tidak. Kemudian, perlu ambil peluang itu sebelum ia berlalu pergi
fouzlee :
Date: August 12, 2009 @ 1:48 pm
saiful ajarlah sy mcm mane nk wat blog yg hebat mcm awk ni….hehe…psl cite td, sy rasa kita haruslah membeli ladang orng lain, mane la tau kot2 ladang yg kte beli tu lombong emas sbnrnye…tol x?
kakchik :
Date: August 19, 2009 @ 1:25 pm
askm,
lombong emas bg umat islam sebenarnya, itulah AL-QURAN.
yg rasullullah tinggalkan utk kita
tp kita lupakannya dan kita ambil dan cari di merata tempat sedangkan ia ada didepan mata.Umur dan masa kita akhirnya habis begitu sj se hingga bila kita berjumpa allah kita dlm keadaan muflis, nauzubillah…
terlalu byk ayat2 utk kita bahgia dan berjaya yg boleh kita amalkan
cubalah selak pusaka turun temurun ini dan amalkan.mudah2an kita dpt petunjuk.amin.sekian…maaf zahir batin…
Ika :
Date: August 30, 2009 @ 10:37 am
=)…SYUKUR..lately bnyak nyer dgr citer lombong emas, bru jer ckp2x ngan ummi(my mom)pasal citer dongeng lombong emas…n nw terbaca plak citer sal lombong emas..hehe..nak dapt durian runtuh kah sayer?oish..amin2x..=)