Sayangilah Saya…
May 14, 2009 7:05 pm Bakat, Keyakinan diriAssalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar? Harap anda sihat sentiasa. Saya ingin berkongsi dengan anda sesuatu. Mengenai diri anda dan orang lain. Bukannya tentang menyayangi diri saya seperti tajuk di atas.
Saya menerima satu mesej dan saya rasa ianya menarik untuk dikongsi. Ianya tentang perkara yang selama ini kita tidak terfikir. Tentang perhubungan kita dengan orang lain. Tentang apa yang difikirkan oleh mereka. Ianya mengandungi 10 perkara. Selamat membaca.
Sesuatu yang anda tidak perasan atau terfikir…
- Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
- Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
- Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
- Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.
- Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
- Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
- Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
- Anda seorang yang istimewa dan unik.
- Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
- Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.
Apabila selesai membacanya, ada sesuatu yang difikirkan saya adalah, “Betulkah ini?”
- Adakah terdapat 5 orang yang sanggup mati kerana saya?(No. 1.)
- Adakah saya begitu bermakna sehingga menjadi faktor kebahagiakan hidup orang? (No. 7)
- Siapa yang misteri itu yang menyayangi saya? ( No. 9) Hoho..
Ya, mungkin tidak semuanya benar. Tetapi saya percaya mungkin sebahagian daripadanya benar. Mungkin bukan 5 orang yang sanggup mati kerana anda, tetapi saya rasa mungkin ada seseorang yang sanggup mati kerana anda.
Saya percaya setiap orang unik dan istimewa. Mungkin kadangkala kita merasakan kita hanya insan biasa dan tidak diperasaan kewujudan di mata orang lain, tetapi percayalah kita mungkin ‘warna’ pada kehidupan seorang yang lain. Tips hari ini, sayangilah diri anda.

















saye :
Date: May 14, 2009 @ 10:08 pm
diragui
admin :
Date: May 15, 2009 @ 10:33 am
Saya rasa sebahagiannya betul. walaupun anda sering mengatakan anda hanyalah sawang sahaja di mana tiada orang perasan, tapi saya rasa ramai yang perasan kewujudan anda.
funNa :
Date: May 25, 2009 @ 12:45 pm
yea… btol.btol.btol!!~
Hidet :
Date: May 29, 2009 @ 10:55 am
Salam.
Tak pe betul atau tidak. Just jadikannye sebagai panduan.
cik peeka :
Date: July 23, 2009 @ 8:50 pm
well..tol ke x,blakang kira..
janji hati ku gumbira biler
bace mende neh..=p