Seminar ‘Apa Bakat Saya?’
July 25, 2009 3:09 pm Bakat, Business
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ini saya ingin berkongsi sesuatu. Mesti anda perasan sesuatu perkara. Saya tidak lagi update blog sekerap dahulu. Bukan apa, ada sesuatu yang perlu saya lakukan. Saya cuba menyiapkan kertas kerja dan menyiapkan modul untuk seminar bakat. Kini segalanya selesai. Tujuan seminar ini adalah untuk memberi kesedaran tentang kepentingan bakat.
Untuk keterangan lanjut anda boleh Klik Sini. Selain itu, anda boleh juga menghubungi saya di 017-4675204 untuk mendapatkan keterangan lanjut.
Ps: Di bawah saya sertakan sekilas projek saya.
Seminar Pembangunan Bakat
APA BAKAT SAYA?
“Bakat anda adalah masa hadapan anda”
Anjuran
OBJEKTIF
Objektif seminar ini adalah seperti berikut:
1 Menjadi platform bagi peserta mengenal pasti keistimewaan dan bakat peribadi.
2 Membangkitkan kesedaran diri peserta mengenai keunikan dan kehebatan peribadi.
3 Membangunkan potensi diri peserta dalam mengoptimumkan proses pembelajaran.
4 Membantu peserta mengenali personaliti diri dan personaliti belajar bagi memudahkan mereka mengadaptasi diri pada posisi pembangunan bakat yang tepat.
5 Membantu pihak berkepentingan sama ada ibu bapa ataupun sekolah dalam mengenal pasti keistimewaan, bakat diri dan personaliti belajar peserta bagi perancangan pelan pembangunan bakat yang lebih sistematik.
SASARAN
* Kumpulan sasaran terdiri daripada pelajar – pelajar sekolah rendah dan menengah
* Jumlah sasaran program adalah tidak kurang daripada 100 (bergantung kepada perbincangan).
TARIKH
1 Tarikh bergantung kepada pihak sekolah.
2 Hari cadangan adalah pada hujung minggu.
MASA*
Empat jam (Cadangan 8.30 pagi-12.30 tengahari)
* Bergantung kepada pihak sekolah
Sila hubungi Saiful Izzuan di 017-4675204 untuk keterangan lanjut.




















yusufjaafar :
Date: July 26, 2009 @ 1:00 am
Seminar macam ni mmg bagus. Ia memandu remaja menyelusuri skop masa depan mereka.
Lepas mengetahui bakat masing2, sekurang-kurangnya taklah tercari-cari matlamat hidup. Nampak jugalah kemana mereka nak tuju apabila dewasa.
ps: Remaja bermasalah biasanya tak tahu matlamat hidup berpunca dari tak tahu potensi diri.
fathuri :
Date: July 26, 2009 @ 9:26 am
Assalamualalaikum Dr. Saya sangat bersetuju dengan idea seminar itu disasarkan pada pelajar sekolahl, terutamanya sekolah rendah.
Maka tidaklah perlu try & error untuk mengetahui bakat masing-masing. Hasilnya sejak awal usia lagi mereka berpeluang untuk mengasah bakat yang ada.
Bagusnya, negara kita akan dilimpahi oleh generasi yang memiliki kerjaya dan berkemahiran setara dengan bakat semulajadi masin-masing.
Tahniah! kerana menyumbang pada pembangunan modal insan.
utubez :
Date: August 2, 2009 @ 2:58 am
Saya berasa gembira kerana adanya seminar ini, bg sy utk mengetahui bakat diri sendiri adalah penting utk masa hadapan dan sy sedih apabila tak dapat nak sertai seminar ini huhu…
** Dr boleh tak berkongsi serba sedikit apa yg terdapat dlm seminar tu?