Anda adalah unik

Bakat, Falsafah Kejayaan 1 Comment

Pernah tak anda berasa anda kurang bijak dan pandai berbanding orang lain? Anda merasakan anda seorang yang bodoh. Sebabnya dalam peperiksaan anda biasanya mendapat keputusan yang teruk. Anda dijadikan sebagai contoh tidak baik dalam kelas.

Silap jangan berfikir demikian. Anda sememangnya hebat. Anda adalah unik. Percayalah. Setiap orang mempunyai keunikkan tersendiri. Setiap orang mempunyai kepintaran tersendiri. Begitu juga dengan anda. :-)

Menurut Gadner yang merupakan pakar psikologi , manusia terdiri daripada 8 kepintaran utama, iaitu:

1. Kepintaran matematik dan logik

2. Kepintaran bahasa

3. Kepintaran interpersonal

4. Kepintaran intrapersonal

5. Kepintaran kinestatik

6. Kepintaran muzik

7. Kepintaran ruang

dan terakhir sekali…

8. Kepintaran natural

Setiap orang mempunyai kepintaran dominan yang berbeza. Tetapi agak malang sedikit kerana sistem persekolahan banyak menumpukan terhadap kepintaran matematik dan logik. Oleh itu, sesiapa yang mempunyai kekurangan dari segi ini gagal menyerlah. Di sini bukan bermakna anda bukan atau tidak boleh menjadi orang berjaya. Setiap orang mampu berjaya menggunakan kepintaran yang ada. Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Nicol David juga berjaya walaupun mereka bukanlah dominan dari segi kepintaran matematik dan logik. Jadi mulai hari ini buangkanlah sikap rendah diri bahawa anda bukan bijak. Anda bijak dan unik. :-)

Rasa-rasanya apa kepintaran anda? Kongsilah bersama di sini.

Bakat anda

Bakat, Islam No Comments

Setiap orang mempunyai kelebihan dan potensi sendiri. Perkara inilah yang dikenali sebagai bakat. Bakat membuatkan anda unik dan berbeza dengan orang lain. Bakat membolehkan anda mahir dalam sesuatu bidang berbanding orang lain.  Rasulullah S.A.W tahu kemampuan dan bakat yang ada pada sahabat-sahabatnya. Sebab itulah mereka ditempatkan dalam bidang masing-masing.

Ali r.a ditempatkan dalam bidang kehakiman.

Mu’adz r.a ditempatkan dalam bidang ilmu pengetahuan.

Ubay r.a ditempatkan di dalam bidang Al-Quran.

Zaid dalam bidang Faraidh.

Khalid bin Walid dalam bidang jihad.

Begitu juga dengan sahabat yang lain. Bakat yang ada jika digunakan pada tempat yang betul boleh membuatkan seseorang berjaya. Seperti mana  sahabat-sahabat  nabi. Mereka salah seorang yang berjaya dalam bidang masing-masing. Paling manis lagi bakat mereka digunakan untuk membangunkan Islam. Hebat bukan?

Persoalan hari ini..Apakah bakat anda? Dan bagaimana anda mampu untuk menggunakannya pada tempat yang betul? :-)