Hiccup yang Berbakat~

Bakat, Cerita Inspirasi, Falsafah Kejayaan 2 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Minggu lepas saya sempat melihat How To Train Your Dragon. Saya betul-betul enjoy melihat cerita tersebut. Sebuah kisah yang menarik untuk ditonton. Bagi saya, ianya sangat berkait rapat dengan BAKAT. :-)

motivation, how to train your dragon, kejaan, tips motivasi

Penduduk di perkampungan Berk merupakan penduduk yang dikenali sebagai puak Viking. Mereka merupakan golongan pahlawan. Disebabkan itulah mereka tidak berpindah walaupun kawasan tersebut sering diserang oleh naga.  Jadi tugas mereka adalah berlawan dengan naga apabila mereka diserang. Hiccup merupakan salah seorang pemuda daripada puak tersebut yang bercita-cita untuk berbakti pada kampungnya. Walau bagaimanapun, dia mempunyai kelemahan. Dia terlalu lemah untuk membuat semua itu. Daripada melompat sehinggalah mengangkat senjata.

Menjadikan cerita ini lebih menarik, ayah Hiccup merupakan ketua puak tersebut yang sangat kuat dan gagah. Ayahnya agak terkilan dengan kebolehan anaknya yang tidak seberapa. Tetapi, Hiccup telah membuktikkan sebaliknya. Dia menggunakan cara yang lain untuk ‘berlawan’ dengan naga. Tanpa sedar dia telah menggunakan bakatnya. Malah dia menjadi puak Viking pertama yang menunggang naga sejak 300 tahun dahulu.

Hiccup berjaya menjadi orang yang berpengaruh di kampungnya. Walaupun dia tidak memiliki bakat dan kebolehan seperti ayahnya, tetapi beliau berjaya mengubah ‘suasana’ kampung tersebut. Cerita ini memberi pengajaran bahawa setiap orang boleh berjaya dengan cara mereka sendiri. Mari mencipta kejayaan!

Selamat menonton… :-)

Kepercayaan Diri

Bakat, Falsafah Kejayaan, Keyakinan diri 4 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

 

 

“Anda perlu mempercayai diri anda ketika tiada siapa mempercayainya.

Itu yang membuatkan anda menjadi pemenang.”

Venus Williams
Pemain tenis professional

Professor Graham Jones merupakan professor yang telah menjalankan kajian terhadap kualiti minda yang membezakan antara atlit berprestasi tinggi dengan yang lain. Dalam penemuan tersebut beliau telah menyenaraikan kedudukan minda atlit ini. Hasilnya didapati bahawa kepercayaan terhadap diri merupakan keperluan yang berada paling atas untuk menjadi atlit yang berjaya. Kepercayaan terhadap diri amat penting dalam bidang sukan untuk seseorang berjaya. Tidak kira apa pun bidang sukan yang diceburi, mempunyai kepercayaan diri yang tidak dapat digugat dalam mencapai matlamat pertandingan yang membuatkan mereka berjaya.

Kepercayaan diri amat penting dalam diri individu. Tidak kira apa pun perkara yang dilakukan, percayakan kepada potensi diri anda. Selamat Tahun Baru Cina. Harap-harap tahun ini banyak terima limau. :-P

Salam inspirasi

Pak Abu dan Pelaburan Emasnya

Bakat, Cerita Inspirasi 2 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tersebutlah sebuah kisah di perkampungan yang mana kehidupannya penuh dengan adat ketimuran. Di kampung tersebut maustatinlah seorang yang bernama Abu yang baru sahaja membeli tanah di situ. Setelah disemak, ternyata tanah tersebut tersimpanlah emas yang banyak. Hendak dijadikan cerita ini ringkas, Abu seterusnya menjadi sangat kaya. Duitnya melimpah ruah.

Abu juga telah membeli sebuah kereta mewah jenama BMW. Abu begitu megah apabila keretanya berpusing mengeliling kampung tersebut. Tetapi ada sesuatu yang tidak kena. Keretanya itu disambung dengan pedati dimana ianya ditarik oleh 4 ekor kuda.

gold motivation

Mekanik tempatan mengatakan tiada masalah berkenaan dengan kereta tersebut. Tetapi sayangnya Abu  tidak tahu untuk memasukkan kunci dan seterusnya menggerakkan kereta tersebut. Dia tidak tahu bahawa kereta tersebut sebenarnya mempunyai kuasa kuda berkali ganda lebih hebat daripada kuda yang membawanya. Tetapi malangnya dia tidak tahu menggunakan ‘kuasa kuda’ tersebut.

Saudara/i dan pembaca sekalian. Inilah yang berlaku pada rata-rata kehidupan orang ramai. Kajian menunjukkan kita hanya menggunakan 3-5% sahaja potensi yang ada. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kita menguburkan ‘kuasa kuda’ yang ada. Padahal kita mempunyai lebih daripada itu. Sedikit sayang. Cuba bayangkan jika kita mampu mengunakan lebihan potensi itu, mungkin bukan sekadar 3%  tetapi lebih daripada itu.  Saya pasti anda, saya dan semua orang, mampu pergi lebih jauh daripada apa yang dibayangkan.

Teruslah meneroka bakat tersebut. Walaupun sedikit.Ianya mampu membuat anda seorang yang bukan seorang yang ‘sederhana’ lagi.

Salam motivasi dan inspirasi. :-)

Terima kasih.

PS: Banyak kedengaran pelaburan emas dewasa ini.

Hargai bakat anda

Bakat 2 Comments

Hargailah bakat anda. Masa sentiasa berubah. Hari ini yang berlalu tidak sama dengan semalam yang telah menjadi sejarah. Masanya berubah, keadaannya turutnya berubah, dan yang pastinya suasananya juga tidak sama. Peluang dan tika yang hadir juga berlainan.

Begitu juga dengan bakat. Bakat anda juga suatu hari nati akan pudar. Pudar dimakan oleh dek masa. Kurangnya pengaktifan sel neuron yang menyambung dan tidak menyambungnya menyebabkan bakat anda semakin kurang umhnya. Kehidupan anda berubah. Anda berubah daripada mengalami alam kanak-kanak kepada alam suka ria remaja, zaman orang dewasa seterusnya kepada peringkat orang tua. Ketika permulaan , anda bertenaga, tetapi lama-kelamaan tenaga anda mulai hilang.

Jadi apa yang penting hargailah semasa ianya ada sekarang. Seoptimum usaha yang mungkin. Bakat yang ada hari ini tentunya tidak sama dengan bakat yang ada pada hari semalam.

Nasihat saya, bangunkannya ianya sekarang. Takut-takut dan bimbang ianya mungkin agak terlambat ketika kita mula tahu harganya.

Salam bakat :-)

Keputusan Anugerah Skrin Kontroversi?

Bakat, Falsafah Kejayaan, Soalan Menarik No Comments

Assalamuaaikum dan salam sejahtera,

Lama rasanya tidak update. Bukan apa, ada peperiksaaan yang perlu dihadapi. Ingat dah kerja takda peperiksaan ke? Hehe..adalah.. :-)   Tajuk hari ini adalah ‘Cara Membuat Keputusan’.

Manusia mempunyai pelbagai cara dalam membuat keputusan. Kadang-kala sesuatu yang kelihatan munasabah dan jalan yang terbaik bagi seseorang, tidak semestinya dilihat satu keputusan yang bijak oleh orang lain. Keunikan dalam membuat keputusan sememangnya tidak dinafikan. Menurut Myer Brigss, antara orang penting dalam penghasilan ujian MBTI, cara manusia membuat keputusan boleh terbahagi kepada dua kategori. Kod pertama adalah golongan Thinker dan satu lagi adalah golongan Feeler.

Cara memikir oleh golongan Thinker tidak sama dengan golongan Feeler. Cara Thinker berfikir  adalah berdasarkan logik dan rasional. Apa yang menjadi matlamat mereka adalah membuat keputusan yang betul. Asalkan sesutau diletakkan pada tempatnya.

Berbeza dengan kod Feeler. Cara mereka membuat keputusan adalah berdasarkan emosi. Jawapan mereka subjektif dan tidak seperti kod Thinker yang begitu objektif. Kod Feeler membuat keputusan berdasarkan keadaan sekeliling dan masyarakat. Mereka sensitif terhadap perasaan orang lain. Mereka begitu mengambil berat apa yang difikirkan oleh orang lain. Mereka meletakkan perasaan orang lain dalam membuat keputusan. :-)

Dalam memberi analogi membuat saya terfikir sebuah siri televisyen yang saya lihat beberapa tahun dahulu, iaitu siri televisyen Smallville. Kisah mengenai Superman ketika dia masih remaja sebelum dia menjadi dewasa.

Ketika itu dia berada di sekolah menengah. Dengan bakat yang ada padanya sebagai pemain penting untuk pasaukan bolasepak,ada pihak uiversiti telah berminat untuk memberi biasiwa supaya dapat belajar di universiti mereka. Namun begitu, dia berasa agak berat untuk pergi meninggalkan ayahnya.

Sehinggalah sampai ke suatu babak yang saya rasa dapat dihadikan contoh jelas cara mereka membuat keputusan.

“Nak, ayah rasa ayah mahu engkau pergi universiti tersebut. Ayah tidak mahu jadi penghalang kepada engkau. Ayah dahulu sungguh kesal kerana tidak dapat pergi. Atuk engkau menghalang ayah daripada pergi. Ayah tidak mahu lagi jadi seperti atuk engkau. Ayah mahu engkau berjaya.”

Keadaan hening..

“Ayah, ini bukanlah mengenai ayah. Tetapi ini mengenai bagaimana anak yang saya ingin jadi. Saya ingin bersama keluarga ini,” terang superman yang masih remaja ketika itu.

2 orang yang membuat keputusan. Seorang membuat keputusan berdasarkan objektif. Ayah angkat superman mahu anak angkatnya mencapai cita-cita dan kejayaan yang diimpikan.

Manakala supeman membuat keputusan berdasarkan subjektif. Ia memikirkan perasaan, keadaan sekeliling dan emosi ketika membuat keputusan. Dia memilih untuk kekal di kampung halamannya. Hal ini kerana  itulah yang diinginkannya.

Adakah keputusan superman betul? Atau adakah keputusan ayah angkat superman betul?
Tidak. Setiap orang unik. Semuanya mempunyai cara dan sebab dalam membuat keputusan. Oh indahnya ciptaannya.

Rasa-rasa anda jenis yang mana?

PS : Rasa-rasanya keputusan Anugerah Skrin berdasarkan cara berfikir apa eh?  :-)

Kuasa Pengulangan

Bakat, Cerita Inspirasi No Comments

Seorang peguam muda yang bergaya sedang berlawan dengan seorang yang tua.Peguam itu kelihatan tidak terurus disamping usianya yang tua. (Bukan Karpal Singh ye :-P ) Keputusan seolah-olah memihak kepada peguam muda tersebut.Ramai menjangkakan peguam muda itu akan berjaya memenangi kesnya.

Tetapi sebaliknya berlaku.Apabila keputusan diumumkan, keputusan juri ternyata memihak kepada peguam tua tersebut. Peguam muda itu kehairanan. Cuba mencari kesilapan yang dibuatnya.

Lalu peguam tua itu berkata kepada peguam muda tersebut.

“Wahai anak muda, kamu seorang yang bijak. Kamu telah membentangkan 9 hujah yang bernas.Namun begitu, juri tidak mengingatinya langsung. Berlainan denganku. Aku hanya membentang satu sahaja hujah yang bernas. Hujah ini ku ulang dengan pengubahsuaian setiap kalinya. Hujah itu masuk ke dalam kepala juri dan mereka memahaminya. “

Pembaca sekalain, jangan sesekali mengabaikan kuasa pengulangan. Ternyata ianya hebat. Sebab itulah orang selalu bercakap, “practice makes perfect.” Buku yang sama walaupun dibaca berulangkali pun akan memberi ilmu baru kepada pembacanya setiap kali dibaca. Selamat mengulang.
PS: Rasa-rasanya adakah Karpal Singh menggunakan teknik yang sama? :-P

Pembunuhan Bakat

Bakat 2 Comments

Tiada siapa tahu potensi kita. Sebabnya kadang-kala bakat itu tidak boleh dilihat begitu sahaja. Ianya tidak boleh dikenalpasti berdasarkan pemerhatian luar. Bakat hanya terserlah apabila ianya ditonjolkan. Oleh itu, agak sukar ingin mengelas bakat anda jika anda tidak pernah menunjukkannya.

Jika seseorang menyatakan anda tidak boleh bermain bola sepak. Mereka mungkin benar. Mereka juga mungkin salah. Sebabnya hanya anda seorang sahaja tahu anda berbakat atau tidak dalam bermain bola sepak. Hanya anda seorang sahaja tahu berapa jauh anda dapat pergi.

Jadi apabila mendengar kata-kata pada seseorang yang tidak begitu mengenal anda dan anda belum memperlihatkan keupayaan anda, ianya seolah-olah membunuh bakat anda.

Bakat anda sesuatu yang unik. Ianya tidak sama dengan bakat orang lain. Jadi apabila ada seseorang mengatakan anda tidak mampu melakukannya, sebenarnya mereka sedang bercakap tentang diri mereka.

Mereka tahu potensi mereka. Mereka tahu bakat mereka dan mereka tahu mereka tidak mampu melakukannya. Jadi tolonglah, jangan dengar kata-kata ini, ianya mampu membunuh bakat anda. Lebih teruk lagi, anda sedang menafikan anugerah yang diberiNya kepada anda.

Alangkah sayangnya. Satu pembunuhan…Apa-apa pun, salam inspirasi :-)

Kutu = Kegagalan

Bakat, Keyakinan diri, Minda 1 Comment

Kegagalan bersamaan dengan kutu? Hoho..agak pelik tajuk hari ini. Eh..nanti dulu..memang betul pun. Biar saya terang terlebih dahulu. :-)

Ambil seekor kutu ataupun beberapa ekor kutu. Letakkannya dalam sebuah bikar. Pada permulaannya, kutu tersebut mudah untuk keluar. Ini disebabkan lompatan kutu yang menakjubkan. Jadi untuk mengelakkannya keluar, letakkan sekeping papan atau penahan supaya kutu tersebut tidak dapat keluar.

Ini seterusnya berlaku. Pada permulaannya, kutu-kutu tersebut akan melanggar dinding papan atau penahan tersebut. Tetapi, selepas beberapa kali melanggar, sesuatu berlaku. Kutu tersebut akan mengurangkan ketinggian lompatan mereka. Menariknya, anda boleh mengangkat papan tersebut tanpa bimbang mereka akan keluar. Ini kerana kutu tersebut telah meletakkan batasan pada lompatan mereka.Padahal mereka mempunyai potensi yang besar.

Begitu juga yang berlaku pada manusia. Pada mulanya, mereka mempunyai impian yang besar untuk digapai.Ingin memiliki rumah yang berswimming pool, kereta besar, tanah pertanian yang menghijau. Mahu mempunyai keluarga bahagia, isteri yang comel loteh dan solehah, ataupun suami yang hensem seperti saya.. hehe melawak je.. :-P

Tetapi disebabkan dugaan ‘papan’ tersebut, akhirnya mereka berputus asa. Kegagalan demi kegagalan yang dihadapi menyebabkan mereka berputus asa. Padahal, pada asalnya mereka merupakan seorang yang hebat.  Manusia mula membuat kesimpulan seperti kutu. Memprogramkan mindanya bahawa potensinya setakat itu sahaja.. Aduhai..

PS : Soalan cepumas hari ini, jadi perlukah kita memprogramkan minda kita seperti kutu padahal hakikatnya kita jauh lebih hebat?

Selamat berinspirasi.

Berjanjilah…

Bakat, Quote Motivasi, pengurusan masa 2 Comments

Assalamualakum dan salam sejahtera,

“Promise others that you will complete something by a certain date.

Promising others motivate yourself.”

Berjanjilah dengan seseorang anda akan menghabiskan atau menyelesaikan sesuatu perkara pada sesuatu tarikh.

Dengan berjanji, ianya memotivasikan diri.”

Untuk membolehkan sesuatu perkara dilakukan dan dibuat dengan lebih cepat, berjanjilah dengan seseorang untuk melakukannya. Ia akan memberi motivasi kepada anda untuk melakukannya. Walaupun anda berasa malas ataupun berasa sibuk. :-P

Contonya seperti mana yang berlaku pada diri saya iaitu ketika proses menulis buku pertama saya iaitu ‘Apa bakat Saya?’. Saya telah berjanji kepada kawan saya yang saya akan menyiapkan karya tersebut sebelum …(heheehe saya dah lupa dah tarikhnya). Kesan daripada janji tersebut menyebabkan saya cuba sedaya upaya menghabiskan penulisan tersebut. Saya cuba mencari ruang masa yang ada supaya ianya dapat ditepati mengikut tarikh yang dijanjikan.

Jadi, jika anda ada impian atau sesuatu yang perlu dibuat, berjanjilah pada kawan anda atau diri anda di mana sebelum tarikh tertentu anda akan menyelesaikannya.Momentum anda pasti meningkat.

PS: Siapa mahu berjanji belanja saya berbuka puasa ni? :-P

Lombong Emas

Bakat, Umum 7 Comments

Tersebutlah kisah, pada zaman dahulu pencarian emas begitu menjadi keghairahan hampir kebanyakkan orang. Masing-masing berharap mereka dapat menjadi tuan punya atau menemui lombong yang penuh dengan emas. Emas yang banyak membuat mereka menjadi tersangat kaya. Kekayaan yang pastinya tidak akan habis walaupun sudah tujuh keturunan yang memakan hasilnya.

Oleh itu, ramai yang sanggup mengembara dan merantau mencari peluang dan mencuba nasib untuk mencari emas. Begitu juga dengan Amin. Amin begitu berminat dan teruja untuk menjadi kaya. Dia merasakan tidak cukup dengan apa yang ada. Kerna beliau hanyalah seorang tuan punya kepada sebuah ladang.

Lalu Amin pun membuat keputusan. Dia membuat keputusan untuk menjual rumah dan ladanganya kepada seorang petani tua. Beliau ingin mencuba nasibnya menyertai sekumpulan untuk mencari emas.

Lalu berangkatlah Amin menyertai kumpulan tersebut. Kumpulan tersebut saling merantau dan berpindah antara satu tempat ke tempat yang lain. Dimana sahaja emas kedengaran ditemui, mereka akan bergegas untuk pergi ke tempat tersebut. Beberapa tahun berlalu, tetapi mereka belum menemui hasil yang diingini.

Berbeza pula dengan kisah petani yang membeli ladang dan rumah Amin. Pada suau hari, ketika mencangkul ladang tersebut, dia merasakan beliau telah menyangkul sesuatu yang keras. Sangkaannya dia telah menyangkul seketul batu besar.Tetapi anehnya, batu tersebut berkilau dan berwarna kekuningan. Dia merasakan ada sesuatu dengan penemuan tersebut. Lantas petani tua itu pun memanggil pakar untuk mengenal pasti bahan tersebut.

“Encik, selepas analisis dibuat, kami mendapati benda ini adalah emas. Kami mengesyaki bahawa ladang encik merupakan lombong emas.”

Betapa terkejut si petani dengan berita yang diterima. Dia begitu bersyukur dengan rezeki yang diberi kepadanya.  Keesokkan harinya si petani tersebut telah memanggil pihak yang berkaitan untuk meneruskan penggalian hasil emas di ladang tersebut. Ternyata beliau bukan sahaja mempunyai lombong emas, tetapi lombong emas yang terbesar di dunia.

Kesimpulannya? Apa kata anda kongsi bersama-sama. :-)

« Previous Entries