Seminar ‘Apa Bakat Saya?’
July 25, 2009 Bakat, Business 3 Comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ini saya ingin berkongsi sesuatu. Mesti anda perasan sesuatu perkara. Saya tidak lagi update blog sekerap dahulu. Bukan apa, ada sesuatu yang perlu saya lakukan. Saya cuba menyiapkan kertas kerja dan menyiapkan modul untuk seminar bakat. Kini segalanya selesai. Tujuan seminar ini adalah untuk memberi kesedaran tentang kepentingan bakat.
Untuk keterangan lanjut anda boleh Klik Sini. Selain itu, anda boleh juga menghubungi saya di 017-4675204 untuk mendapatkan keterangan lanjut.
Ps: Di bawah saya sertakan sekilas projek saya.
Seminar Pembangunan Bakat
APA BAKAT SAYA?
“Bakat anda adalah masa hadapan anda”
Anjuran
OBJEKTIF
Objektif seminar ini adalah seperti berikut:
1 Menjadi platform bagi peserta mengenal pasti keistimewaan dan bakat peribadi.
2 Membangkitkan kesedaran diri peserta mengenai keunikan dan kehebatan peribadi.
3 Membangunkan potensi diri peserta dalam mengoptimumkan proses pembelajaran.
4 Membantu peserta mengenali personaliti diri dan personaliti belajar bagi memudahkan mereka mengadaptasi diri pada posisi pembangunan bakat yang tepat.
5 Membantu pihak berkepentingan sama ada ibu bapa ataupun sekolah dalam mengenal pasti keistimewaan, bakat diri dan personaliti belajar peserta bagi perancangan pelan pembangunan bakat yang lebih sistematik.
SASARAN
* Kumpulan sasaran terdiri daripada pelajar – pelajar sekolah rendah dan menengah
* Jumlah sasaran program adalah tidak kurang daripada 100 (bergantung kepada perbincangan).
TARIKH
1 Tarikh bergantung kepada pihak sekolah.
2 Hari cadangan adalah pada hujung minggu.
MASA*
Empat jam (Cadangan 8.30 pagi-12.30 tengahari)
* Bergantung kepada pihak sekolah
Sila hubungi Saiful Izzuan di 017-4675204 untuk keterangan lanjut.








