Blog …Nessa Syahirah

Blog Review No Comments

Hari ini saya ada view beberapa blog.. yang paling mendapat perhatian saya adalah blog saudari Nessa Syahirah. Saya begitu tersentuh apabila membaca tentang profilnya.Mempunyai semangat yang bagi saya patut ada pada setiap insan yang mengaku hamba Allah S.W.T.. Antara kata-katanya ialah

aku tak meminta atau memaksa,aku cuma senang jika ada hati mula tersentuh,ada semangat mula membara,ada api mula menyala ada sendu mula tercipta,ada kasih mula terbina ,ada ukhwah mula erat dan kukuh.
setiap kali melihat penderitaan mangsa-mangsa peperangan ada air mata yang mengalir,aku tak pinta simpati,aku cuma ingin membuka mata seluasnya,bahawa kita memang punya saudara~
aku tak sehebat Khaulah binti Azmar yang tega berjuang dengan mata pedang,,Aku hanya gadis “pengecut” namun punya impian menggunung tinggi,aku punya mata pena untuk aku seru-hey manusia!,butakah kalian pada saudara seislam kita yang sedang terjerit terlolong meraikan hujan-hujan bedilan maut yang saban hati menimpa mereka,hey umat islam,Al-Quds itu hanya milik rakyat palestin sahajakah!!ingat!saat engkau ketawa,ada insan lain yang tak mampu tersenyum pun!

Teruskan impian anda.Saya menyokong anda 100%. Hidupkan kembali kegemilangan ISLAM yang kini hanya tinggal sejarah. :-)