Sungguh berbaloi.

Business, Peristiwa 1 Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bagaimana dengan keadaan anda? Saya harap anda sihat dan berada dalam keadaan baik.

Boleh saya tahu aktiviti anda sepanjang minggu ini? Adakah anda sibuk? Bukan apa, jika anda berkelapangan saya ingin mengajak anda bersama-sama meraikan acara tahunan yang dinantikan oleh ramai orang iaitu Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Tarikhnya adalah di antara 19 hingga 28 Mac 2010. Pesta buku kali ini bermula lebih awal daripada sebelum ini. Tetapi walaubagaimanapun, saya pasti sambutannya tetap hangat.

buku  murah, motivasi

Pesta Buku Antarabangsa merupakan acara tahunan yang ditunggu saya setiap tahun. Saya tidak pernah untuk tidak menghadirinya beberapa tahun ini. Bukanlah disebabkan kerana saya merupakan penulis buku, tetapi harga jualan buku ketika itu sangat murah. Anda boleh mendapatkan diskaun antara 10-40% diskaun daripada keadaan asal. Malah, di PTS sendiri menyediakan diskaun antara 20-25% untuk pembelinya. Sungguh berbaloi.

Perkongsian maklumat, buku Apa Bakat Saya? sudah pun selesai diulang cetak. Pada perkiraan saya sudah hampir 5000 buah terjual rasanya. Saya harap ia mampu mencapai jualan sebanyak 10,000 unit sehingga pada tahun hujung ini. Ini adalah salah satu daripada azam saya. Azam saya tahun ini adalah supaya jualan buku ini dapat mencecah 10,000 unit dan seterusnya mencapai jualan seperti buku bestseller yang lain. Mari kita doa kan sama-sama. :-)

Matlamat saya untuk tahun ini juga adalah untuk menghasilkan 2 buah buku fizikal dan sebuah buku elektronik (ebook). Semuanya berjalan lancar. Satu buku berkenaan bakat telah siap ditulis dan dalam proses memperbaikinya. Begitu juga dengan ebook. Ebook berkenaanO cinta dan personaliti. Owh jiwangnya.. :-P Hampir siap penulisannya walaupun terlepas daripada dateline yang ditetapkan saya. Tidak sabar untuk menungu reaksi pembeli kerana saya akan menjualnya secara ebook. Harap sambutan diterima hangat daripada biasa..

Nampaknya post kali ini bayak berbicara tentang saya. Tips motivasi tetap jangan diabaikan. Tips hari ini adalah sentiasa mempunyai matlamat dan dateline untuk matlamat anda. Ini membuatkan hidup anda lebih fokus. Lebih mudah kerana anda tahu apa yang perlu dilakukan.

Perkara kedua pula, jangan lupa untuk hadir ke Pesta Buku itu ye..dapatkan buku-buku kesukaan anda dengan harga yang menarik. Sungguh berbaloi..

Salam inspirasi. :-)

Matlamat dan Maal Hijrah

Business, Cinta, Ebook, impian 1 Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebelum terlambat saya ingin ucapkan salam Maal Hijrah. Tidak lupa pula selamat Tahun Baru 2010 yang akan tiba. Tanpa disangka, tidak lama lagi saya akan tua setahun lagi. Aduhai.. :-P

Apabila muncul tahun baru, saya gemarkan bercakap mengenai matlamat. Sebabnya matlamat adalah begitu penting dalam hidup manusia. Tanpanya manusia umpama layang-layang terputus talinya. Bagaiaman dengan matlamat anda tahun ini? Saya harap anda mula merangkanya.

Salah satu matlamat saya adalah tahun ini adalah menulis ebook mengenai cinta. Tetapi bukan bermakna saya adalah doktor cinta..Hehe.. saya mengulasnya daripada sudut lain. Kalau nak tahu, tunggulah.. :-P

Bercakap mengenai matlamat, ianya perlulah memenuhi 5 kriteria tersebut, SMART.

S-Specific
Matlamat anda perlulah jelas seperti,
“ Tahun ini aku hendak terbit ebook menegani cinta…..”

M- Measurable
Adakah iaya boleh diukur? Bagaimana kita tahu matlamat itu telah dicapai?
“Langkah pertama adalah membeli domain,  kedua adalah……..”

A-Attainable
Adakah ianya boleh diurus? Apakah sikap yang diperlukan? Cara yang diperlukan? Modal?
“ Perlukan laman web. Perlu pergi seminar untuk membuatkan laman wen ebook kelihatan professional……..”

R-Reliastic
Adakah matlamat itu logik untuk dicapai?
“InsyaAllah boleh. Ianya bukanlah sesuatu yang mustahil……….” :-P

T-Timely
Bilakahnya ianya boleh dicapai?
“Datelinenya adalah 15.3.10……………”

Lima kriteria ini adalah penting apabila anda menulis matlamat. Kalau tidak, ianya sekadar tinggal harapan. Jadi, apa tunggu lagi. Mulalah merangka matlamat anda.

PS: Apa matlamat anda tahun ini?
PS: Rasa-rasa anda, ada tak pembeli untuk buku ebook ini?  :-P

Seminar ‘Apa Bakat Saya?’

Bakat, Business 3 Comments

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini saya ingin berkongsi sesuatu. Mesti anda perasan sesuatu perkara. Saya tidak lagi update blog sekerap dahulu. Bukan apa, ada sesuatu yang perlu saya lakukan. Saya cuba menyiapkan kertas kerja dan menyiapkan modul untuk seminar bakat. Kini segalanya selesai. Tujuan seminar ini adalah untuk memberi kesedaran tentang kepentingan bakat.

 Untuk keterangan lanjut anda boleh Klik Sini. Selain itu, anda boleh juga menghubungi saya di 017-4675204 untuk mendapatkan keterangan lanjut.

 

Ps: Di bawah saya sertakan sekilas projek saya. :-)

 

Seminar Pembangunan Bakat

APA BAKAT SAYA?

“Bakat anda adalah masa hadapan anda”


Anjuran

OBJEKTIF

Objektif seminar ini adalah seperti berikut:

1 Menjadi platform bagi peserta mengenal pasti keistimewaan dan bakat peribadi.

2 Membangkitkan kesedaran diri peserta mengenai keunikan dan kehebatan peribadi.

3 Membangunkan potensi diri peserta dalam mengoptimumkan proses pembelajaran.

4 Membantu peserta mengenali personaliti diri dan personaliti belajar bagi memudahkan mereka mengadaptasi diri pada posisi pembangunan bakat yang tepat.

5 Membantu pihak berkepentingan sama ada ibu bapa ataupun sekolah dalam mengenal pasti keistimewaan, bakat diri dan personaliti belajar peserta bagi perancangan pelan pembangunan bakat yang lebih sistematik.

SASARAN

* Kumpulan sasaran terdiri daripada pelajar – pelajar sekolah rendah dan menengah
* Jumlah sasaran program adalah tidak kurang daripada 100 (bergantung kepada perbincangan).

TARIKH

1 Tarikh bergantung kepada pihak sekolah.

2 Hari cadangan adalah pada hujung minggu.

MASA*

Empat jam (Cadangan 8.30 pagi-12.30 tengahari)

* Bergantung kepada pihak sekolah

Sila hubungi Saiful Izzuan di 017-4675204 untuk keterangan lanjut.

 

Tips Mula Berniaga

Business, Umum 4 Comments

Salam ramadhan. Saya ada menerima satu email rigkas yang bertanya tentang tips untuk memulakan perniagaan. Lalu terlintas saya untuk berkongsi beberapa tips yang saya kutip daripada pengalaman saya. Sebenarnya saya bukanlah ahli perniagaan, cuma saya rasa saya mempunyai sedikit cerita untuk dikongsi dengan anda sekalian.

Tips berniaga yang saya dapat apabila terlibat dengan Pesta Konvokesyen UKM ketika saya belajar. Rasa-rasanya apa yang saya jual? :-) Hehe saya dan kawan saya terlibat menjual ice blended. Boleh dikatakan perniagaan kami sangat berjaya. Masakan tidak, pelanggan kami tidak putus-putus daripada pukul 9 malam hingga 12 tengah malam. Padahal gerai lain pula nak dapat satu pelanggan pun susah.

Setelah diamati saya rasa ini mungkin tips berniaga yang ‘best’ bagi anda ingin memulakan perniagaan.

1. Ketahuilah dalam business apa yang paling penting adalah profit. YA, sebab itulah anda memasukinya. Anda bukan masuk untuk melakukan sedekah, tujuan anda berniaga adalah untuk profit. Bukan maksudnya di sini anda tidak boleh bersedekah, ianya boleh, tetapi anda perlu tahu matlamat anda. Anda perlu tahu berapa keuntungan anda. Adakah ianya berbaloi?Jika tidak, pada pendapat saya, lupakan sahaja. Ianya akan membuang masa anda. Seperti mana yang dikongsi dalam One Miniute Entrepeneur tentang perniagaan. Menurut buku ini, apa yang paling penting adalah profit. So kepada anda yang ingin berniaga, please has business mindset.

2. Ketahui pasaran anda. Ini paling penting. Anda mesti tahu permintaan anda. Adakah disitu wujudnya permintaan anda. Untuk pengetahuan anda, sebelum  itu kami ada cuba menjual di pasar malam. Namun begitu ianya boleh dikatakan sesuatu kegagalan. Sebabnya kami tidak mengikut kehendak permintaan. Minda pembeli disitu adalah berdasarkan barangan yang berharga RM1. Mereka tidak kisah untuk membeli barangan berharga RM1. Tetapi jika harga barangan adalah RM2 ianya akan menyebabkan mereka berfikir 2 kali juga. Tujuan mereka sebenarnya adalah makanan disamping ingin menjimatkan wang.  Suasana pasar malam itu turut mengambarkan kepada perpspektif bahwa di situ adalah tempat yang murah. Sebab itulah mereka agak memilih sedikit. Tetapi berlaianan pula di Pesto Konvokesyen. Mereka tidak kisah untuk mengeluar RM 2 untuk membeli ice  blended yang berharga RM2. Sebabnya tujuan mereka untuk berjalan dan enjoy. Maka sebab itulah ,mereka tidak kisah sangat. Kesimpulannya, betapa pentingnya mengetahui ciri-ciri pasaran anda.

3. Selalu menjawab persoalan ” mengapa pelanggan perlu membeli daripada anda dan bukan orang lain” Ini antara soalan yang sering bermain di minda kami. Untuk pengetahuan anda masa konvokesyen tu rasanya terdapat 3 kedai lain yang menjual ice blended. Oleh sebab itulah kami sentiasa mencari jawapan kepada persoalan ini. Ketahuilah keunikkan produk anda. Apa yang menjadi tarikan dan mengapa mereka perlu membeli daripada anda.Keunikkan barangan kami adalah ianya murah. Kami menjual pada harga RM2 sahaja padahal produk itu berharga dan bersesuaian dijual pada harga antara RM2.50-RM3.

4. Margin keuntungan besar. Semakin besar margin keuntungan semakin baik. Contohnya di sini margin keuntungan kami adalah RM1. Iaitu 100%. Kami menjual produk kami pada harga RM2. Harga kos kami pula adalah RM1. Maka keuntungan kami adalah RM1. Biasanya untuk produk makanan, margin keuntungannya adalah 50-100. Kalua air lagi banyak.

5. Jimatkan kos anda.Perlu diketahui antara faktor pelanggan membeli adalah disebabkan kualiti dan harga yang bersesuaian. Jadi walau apapun anda perlu mengekal kualitinya disamping harga yang best. Persoalannya disini adalah bagaimana anda ingin menjimatkan kos disamping margin keuntungan yang tinggi. Cara yang team saya guna adalah membeli direct daripada pemborong barangan tersebut dan bukannya daripada pembekal ice blended. Maksunya di sini, kami membeli perisa tersebut daripada pemborong perisa, kami membeli cawan daripada apemborong cawan. Kami tidak membeli daripada pemborong pakej ice blended sebab kami tahu pasti sedikit keuntungan telah diambil oleh mereka.Dengan membuat demikian kami telah berjaya menjimatkan lebih kurang 40% kos dan seterusnya meningkatkan lagi margin keuntunagn kami.

Hehe, rasanya sampai situ sahaja rasanya tips saya kali ini. Nanti boring pula anda membacanya. Apa kata anda  pula kongsi juga pandangan anda tentang tips perniagaan. Mungkin ada antara kita mempunyai tips menarik untuk dikongsi.

P/S: Saya bercadang untuk melakukan exchange link. Jadi bagi sesapa yang berminat, sila letakkan link alamat ww.drinspirasi.com di web/blog anda. Kemudiannya beritahu di runag komen di bawah. Syaratnya mudah sahaja, blog/web anda mestilah mempunyai informasi untuk dikongsi walaupun sedikit. Tidak kiralah pasal apa, janji ianya bermanfaat apabila pelawat membacanya. Ilmu internet ke, pasal tips kesihatan ke, pasal internet marketing ke. Janji ianya bermanfaat untuk dikongsi. Saya bukakan untuk 10 orang yang terawal sahaja. Cepat-cepat :-)