Cerita Inspirasi


Hari ini mari kita belajar daripada kutu. Kita bukan nak bercakap tentang rambut yang berkutu. Kalau tentang perkara tersebut, kena dapatkan tips daripada blog kesihatan atau penampilan diri. :-)

Tetapi hari ni kita ingin belajar tips motivasi daripada kutuDaripada kutu pun kita boleh belajar tips motivasi tahu. Indahnya ciptaanNya.

Tahukah anda kutu mampu melompat berkali-kali ganda lebih tinggi daripada saiznya? Hebatkan? Itulah kemampuan yang telah diberikan kepadanya oleh Allah.

Sebuah kajian telah dibuat terhadap kutu. Mereka meletak beberapa kutu ke dalam sebuah balang. Dan balang tersebut tidak ditutup. Didapati kutu-kutu tersebut mampu melompat keluar. Kali ini, apa yang dilakukan oleh para pengkaji adalah meletakpenutup pada balang tersebut. Pada mulanya, kutu melompat dan menghentak penutup balang tersebut beberapa kali. Selepas beberapa lama, kutu tersebut tidak lagi menghentak penutup balang. Mereka melompat dan turun semula sebelum mengenai penutup balang tersebut.

Kemudiannya, para pengkaji membuka dan tidak lagi menutup balang tersebut. Apa yang terjadi? Kutu tersebut tidak dapat keluar daripada balang tersebut. Mengapa? Padahal sebelum ini, kutu-kutu sebelum ini begitu mudah sahaja melepaskan diri daripada balang tersebut. Tetapi mengapa berlainan kali ini.

Sebabnya mereka telah selesa dengan had lompatan mereka. Mereka seolah-olah telah memberitahu bahawa batasan mereka sekadar ketinggian tersebut sahaja. Mereka telah selesa dengan keadaan baru.

Pengajarannya.Begitu juga dengan kita. Sebenarnya kita mempunyai potensi yang cukup hebat. Kalau diberi peluang kita mampu menggegar dunia ini dengan bakat kita. Kita mampu mencapai impian dengan potensi yang ada pada diri kita. Tetapi malangnya kita telah dihadkan dengan balang penutup pemikiran kita. Kita takut untuk mencuba. Kita memberitahu diri kita bahawa had kita sekadar ketinggian itu sahaja.Tetapi jauh di sudut diri kita, kita tahu kita ingin pergi jauh lagi.  Setuju?

Terokalah potensi kita. Kita adalah makhluk yang cukup hebat yang diciptaNYa. Janganlah kita menjadi diri kita seperti kutu yang selesa dengan ketinggian balang. Tetapi gunakan potensi yang sememangnya ada pada diri kita untuk lebih berjaya. Kita sahaja tahu kemampuan diri kita. Jadilah kutu biasa yang berani melompat tinggi. Buangkanlah zon selesa pemikiran kita untuk menerobos sempadan diri kita.

” Anda mampu mencapai apa yang anda percaya.”

Rasanya tidak terlambat untuk saya mengucapkan tahniah kepada saudara Fadzli Yusof untuk kejayaannya baru-baru ini. Bukunya yang ditulis bersama dengan Dato Fadzilah Kamsah iaitu Kuasa Hijrah telah berjaya memenangi kategori buku Bukan Fiksyen Bahasa Malaysia. Tahniah saya ucapkan. Teruskan menulis. Saudara Fadzli Yusof adalah salah seorang motivator yang mula meningkat namanya di Malaysia. Selain buku Kuasa Hijrah, buku tulisan beliau yang lain iaitu 55 Petua Orang Berjaya telah berjaya menjadi bestseller National.

Beliau merupakan salah seorang sumber inspirasi dan idola saya. Saya berharap saya juga dapat memenangi anugerah tersebut seperti beliau satu hari nanti. Manakala untuk anda, siapakah idola anda? Sebenarnya dengan mempunyai idola memudahkan diri anda untuk mencapai kejayaan. Kerana anda hanya perlu lakukan apa yang dilakukan oleh idola anda.The system is already there, just follow it. Jika anda membuat dengan terperinci sistem yang digunakan oleh idola anda, saya yakin suatu hari nanti anda pun akan menjadi seperti mereka.

Sumber Berita Harian:

buku motivasi

Pernah tak kita terfikir bahawa kita tampak terlalu jauh daripada matlamat kita.Usahkan dapat pegang sedikit matlamat kita,bau pun tidak.Perkara ini menyebabkan kita menjadi semakin hilang semangat.Kita berasa langkah kita terlalu kecil.Ya terlalu kecil.Tetapi ingatlah,inilah kehidupan,langkah kita adalah kecil.Mungkin kadangkala kita akan mendapat peluang melangkah dengan besar….tetapi selalunya langkah kita adalah kecil sahaja.

Hayatilah kisah ini,selamat kembali pada zaman kanak-kanak. :-)

Semasa kecil kita mesti kita pernah dengar kisah perlumbaan arnab dan kura-kura.Seperti yang kita tahu kura-kura adalah haiwan yang bergerak perlahan.Manakala arnab di dalam cerita tersebut merupak haiwan yang berlari laju tetapi sombong.Walaupun hakikatnya perlawanan itu dapat dijangkakan siapa pemenangnya,namun kura-kura tersebut tidak berputus asa.Kura-kura tersebut terus melangkah satu demi satu walaupun tapaknya kecil.Akhirnya berkat kesabarannya kura-kura tersebut telah berjaya memotong arnab.Arnab ketika waktu tersebut sedang berehat kerana terlalu memandang rendah kepada kura-kura.Hasilnya arnab lupa kepada matlamatnya untuk menamatkan perlawanan.Arnab lupa bahawa dia perlu menamatkan perlawanan tersebut kerana pada pandangannya kura-kura adalah terlalu mustahil untuk menang.Dek kerana terlupa pada matlamatnya,ini telah memberi kemenangan kepada kura-kura.Tetapi kita harus ingat,jika kura-kura tidak terus melangkah dan berehat seperti arnab adakah dia akan menang?Tentunya tidak,kura-kura menang sebab dia terus melangkah,walaupun langkahnya kecil tetapi dia terus melangkah.Pada hari ini,namanya begitu gah jika kita kaitkan dengan cerita tersebut.

Begitu juga dengan kehidupan kita,biasanya perjalanan kita berlalu perlahan.Matlamat kita kelihatan begitu jauh.Sehinggakan tak dapat langsung mata untuk nampak bayang-bayang pehujungnya.Tetapi kita harus tahu,kita perlu sedar,kita perlu mengambil langkah kecil ini satu demi satu untuk berjaya.

Oleh itu,hari ini,teruskan sahaja usaha anda.Jangan bimbang dan hanya teruskan langkah kecil anda itu.Percaya pada diri,kejayaan akan datang jua.Terus berusaha dan terus mara ke hadapan.Langkahlah satu demi satu seperti langkah kura-kura di atas yang terus gigih tanpa mengenal kepayahan.Ingat kejayaan bukan magik yang ada begitu sahaja tetapi ianya bermula dengan langkah kecil yant terus melangkah. :-)

Salam motivasi semua. hari ini saya ingin kongsi dengan anda tips motivasi dengan anda tentang cara berkawan. Sebuah cerita yang ringkas sahaja. Cerita inspirasi persahabatan. Stay to the end of story k..:-)

Di sebuah kampung tinggallah seorang pemuda bersama ayahnya. Ayah pemuda ini seorang bijaksana. Dia selalu menasihat anaknya secara tidak langsung. Mereka bekerja sebagai tukang rumah di kampung tersebut. Mereka banyak menghasilkan rumah yang begitu cantik. Ramai penduduk kampung tersebut datang meminta perkhidmatan mereka.

Walaupun mereka hidup agak senang, namun begitu pemuda tersebut mempunyai kelemahan. Pemuda tersebut tidak dapat mengawal kemarahannya. Setiap kali pemuda itu marah, ada sahaja orang yang akan tersinggung. Dia langsung tidak mengambil kisah perasaan orang lain. Pemuda tersebut tidak tahu hendak bersabar.

Ayah pemuda tersebut pun memikirkan idea untuk mengatasi masalah ini. Jadi pada suatu hari, ayah pemuda ini pun memanggil pemuda tersebut.

“Nah ini ayah beri kepada kamu,”kata ayah pemuda tersebut  sambil menyerahkan sebungkus paku, sekeping papan besar dan pemukul paku.

“Buat apa dengan benda ini semua ayah?” tanya pemuda tersebut kehairanan melihat gelagat ayahnya yang tidak dilihat sebelum ini.

“Anakku, ayah dapati kamu mudah naik marah. Jadi mulai hari ini, apabila kamu berasa marah, ayah hendak kamu ketuk kayu tersebut dengan paku. Apabila sampai suatu hari kamu tidak lagi mudah berasa marah dan dapat mengawalnya maka datang beritahu pada ayah semula. “ Terang ayah pemuda tersebut.

“Baiklah ayah”,kata pemuda tersebut tanpa banyak soal lagi.

Pada hari pertama sebanyak 26 paku telah diketuk oleh pemuda tersebut. Apabila melihat jumlah paku yang begitu banyak diketuk, pemuda tersebut mulai sedar sesuatu. Jadi pada keesokannya harinya, pemuda tersebut cuba mengawal kemarahannnya. Jumlah paku yang diketuk pada hari kedua adalah sebanyak 21 paku.

Hari demi hari berlalu, pemuda tersebut semakin dapat mengawal kemarahannya. Semakin hari, paku yang diketuknya semakin berkurangan sehinggalah tiada lagi paku yang diketuknya. Pemuda tersebut berasa gembira kerana beliau sudah mampu mengawal perasaan marahnya.

Pemuda tersebut pun pergi berjumpa dengan ayahnya untuk memberitahu tentang perkara tersebut.

“Bagus anakku, engkau sudah melepasi tahap yang pertama. Sekarang ayah hendak engkau tanggalkan semua paku yang telah diketuk oleh engkau selama beberapa hari ini. Datang jumpa semula ayah setelah engkau selesai membuatnya. Bawa bersama engkau nanti papan besar yabg telah engkau cabut pakunya.”

Pemuda tersebut bertambah hairan dengan arahan ayahnya. Kalau dahulu disuruh ketuk, tetapi kini ayahnya mahu paku tersebut dicabut semula. Tetapi pemuda tersebut tetap menuruti arahan ayahnya kerana mesti mempunyai muslihat tertentu.

Beberapa hari kemudian , pemuda tersebut datang semula kepada ayahnya bersama papan besar yang telah dicabut pakunya.

Sambil menunjuk kesan pada papan tersebut, ayah pemuda berkata.

” Wahai anakku, memang mudah untuk berasa marah. Tetapi lebih baik mengawalnya. Jika engkau gagal mengawalnya, maka hidup engkau akan susah. Engkau boleh meminta maaf kepada orang yang tersingging dengan engkau, tetapi engkau harus ingat kesannya masih ada. Seperti yang engkau dapat lihat pada papan ini. Pakunya telah dicabut, tetapi lubangnya masih ada”

Pemuda tersebut hanya mampu tertunduk malu apablia ayahnya berkata sedemikian.

Kawal kemarahan anda, atau anda akan rugi untuk satu tempoh yang panjang.

Pendapat anda tentang tips  motivasi hari ini? Adakah perkara ini membantu? Ataupun anda ada tips lain. Kongsilah bersama-sama tips motivasi anda di sini juga. :-)

Untuk beribu-ribu tahun manusia percaya mereka tidak mampu untuk berlari 1 batu dalam masa 4 minit ke bawah. Mereka menganggap perkara tersebut adalah mustahil dan tidak akan dapat diatasi.

Selain itu, kajian –kajian yang ditunjukkan oleh doktor juga turut menyatakan perkara ini adalah mustahil.Ya,umum pada ketika itu menganggap perkara tersebut adalah gila.Hanya manusia luar biasa atau superhero sahaja mampu melakukan.Lupakan sahaja melakukan perkara gila tersebut.Kepercayaan mereka mengatakan perkara tersebut adalah mustahil.

Namun begitu,terdapat seseorang yang tidak menerima kepercayaan tersebut.Roger banister,percaya perkara tersebut boleh dilakukakn.Beliau menganggap perkara tersebut tidak mustahil.Beliau telah berlatih bersungguh-sungguh untuk melakukannya.

Akhirnya,pada tarikh 6 Mei 1954,Roger telah menjadi orang yang pertama memecahkan rekod berlari I batu dalam masa kurang daripada  4 minit. Roger telah memecahkan tembok kepercayaan yang dianggap mustahil oleh kebanyakkan orang.

Dan yang paling menarik sekali, selepas Roger memecahkan rekod tersebut,dalam masa 1 tahun dari tarikh tersebut,sebanyak 37 orang juga mampu melakukannya dan sebanyak 300 pula telah berjaya untuk tahun berikutnya.

Jika sebelum ini tiada siapa mampu memecah rekod ini, tetapi selepas Roger memecahkannya bilangannya bertambah. Dan semakin banyak untuk tahun yang berikutnya. Mengapa  boleh berlaku peningkatan sedemikian? Sebab Roger telah memecahkan tembok kepercayaan  ini. Akhirnya,mereka mengaggap perkara ini tidak mustahil.

Jadi,mulai hari in, berimpianlah walaupun perkara tersebut tidak ada orang lain pernah buat. Jangan letak batasan pada diri anda. Setiap kali diri anda berkata tidak pada impian anda,maka ingatlah kisah ini.

Terdapat suatu cerita mengenai cinta. :-)

Pada masa dahulu, terdapat dua orang sedang berehat di bawah pokok yang besar.Di hadapan mereka terdapat padang yang luas yang dipenuhi dengan pelbagai bunga yang berwarna-warni.Bunga-bunga di situ sungguh cantik dan menarik.
Dua orang yang sedang berehat di situ adalah merupakan seorang guru dan anak muridnya.

Sedang mereka berehat anak murid bertanya kepada gurunya.

Bagaimana kita dapat jumpa kekasih sejati kita.(soulmate)?

Sambil terkejut dengan soalan anak muridnya,si guru pun berkata.

Soalan itu sebenarnya mudah dan agak susah

Mengapa guru berkata demikian?”,tanya anak murid dengan kehairanan.

Begini sebenarnya, untuk menjawab soalan yang kamu tanya tadi, sekarang cuba kamu lakukan perkara ini. Kamu jalan sahaja dari sini sampai ke hujung padang ini. Petik satu sahaja bunga yang kamu fikir cantik. Ingat cuma satu sahaja. Kamu juga dilarang berpatah balik.

Baiklah saya akan menurut arahan guru.Tunggu saya sebentar,”kata anak murid tersebut sambil berjalan untuk membuat perkara yang disuruh gurunya.

Selang beberapa ketika,anak muridnya kembali.

Guru tak nampak pun ada bunga di tangan kamu?”,tanya guru sambil tersenyum.

Begini ketika saya berjalan, saya ternampak satu bunga yang cantik, tetapi apabila saya ingin memetiknya saya terfikirkan mungkin ada bunga lebih cantik lagi di hadapan. Ini menyebabkan saya tidak jadi memetiknya. Saya terus berjalan dan sehinggalah saya sampai ke hujung padang ,baru saya sedar saya tidak memetik langsung bunga pun. Oleh kerana mengikut arahan guru maka sebab itu saya tidak mengundur kembali .

Guru itu pun menjawab,”begitulah kehidupan anak muridku”.

Pembaca sekalian, begitulah kehidupan yang berlaku sekarang ini. Bunga-bunga yang ada dipadang tersebut boleh dianggap sebagai calon-calon teman sejati kita.Laluan yang kita laluinya pula boleh dianggap sebagai garis masa kita dan anak murid tersebut adalah kita.

Oleh kerana terlalu memilih, akhirnya menyebabkan kita menjadi tamak.Kesannya kita terlepas peluang keemasan dalam kehidupan kita.Paling teruk kita terlepas untuk mendapat Cinta kita yang sejati.

 

Pencuri Impian

Kisah ini adalah tentang Monty Roberts, penulis buku The Man Who Listen to The Horse. Sebuah kisah yang memberi inspirasi kepada saya. Saya harap ia juga memberi inspirasi kepada anda. Pemuda ini merupakan anak kepada seorang pelatih kuda. Kehidupan mereka adalah beralih dari satu kandang ke kandang kuda yang lain untuk melatih kuda.

Kisah bermula apabila, pemuda ini berada si sekolah tinggi. Gurunya telah memintanya untuk menulis matlamat dan perkara yang akan dilakukannya apabila meningkat dewasa nanti. Malam itu dia telah membuat keputusan untuk mempunyai ladang penternakan yang luas suatu hari nanti. Pemuda ini mahu ladang itu seluas 200 ekar. Dia telah menulis sejelas-jelasnya tentang ciri-ciri keadaan ladang tersebut. Pemuda ini juga ingin mempunyai rumah berkeluasan 4000 kaki persegi. Dia telah melukis dengan jelas tentang pelan rantai rumah tersebut. Pemuda ini juga telah memastikan di mana rumah tersebut itu berada di ladang perternakan kuda yang seluas 200 ekar itu. Dia telah menulis sebanyak tujuh muka surat untuk menjelaskan impiannya. Dia telah menulis dengan begitu jelas sekali.

Dua hari kemudian, pemuda ini mendapat hasil kerjanya semula.

Keputusan yang didapatinya agak meleset pemikiran kita. Kita mungkin akan berfikir pemuda tersebut mendapat keputusan yang baik berdasarkan apa yang diberikannya. Tetapi malangnya, huruf merah F dan “ jumpa saya selepas kelas ” tertera di hadapan kertasnya.

Pemuda ini kehairanan. Oleh itu selepas kelas pemuda ini pun pergi berjumpa dengan guru tersebut. Dia ingin bertanya kenapa dia mendapat F. Setahunya, dia telah membuat yang terbaik.

Jawab guru tersebut,

Impian ini adalah mustahil untuk pemuda seperti awak.Awak tidak mempunyai duit. Awak datang daripada keluarga yang hidup tak tetap, suka bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Awak tidak mempunyai sumber.Untuk memiliki ladang perternakan awak perlu mempunyai duit yang banyak.Awak perlu membeli tanah. Awak perlu membayar sejumlah duit yang besar untuk mendapatkan baka yang asli. Dan awak juga perlu membayar tempat untuk menternaknya. Tiada jalan menunjukkan awak mampu melakukannya”

“Kalau awak menulis semula matlamat atau impian awak yang lebih realistik mungkin saya akan mempertimbangkan gred awak

Pemuda tersebut pun balik ke rumah untuk memikirkannya. Dia mengambil masa yang lama untuk memikirkannya. Bagai ditelan mati emak diluah mati bapa. Dia tidak sanggup membuang impiannya. Tetapi jika dia tidak lakukan demikian keputusan peperiksaannya akan terjejas. Jadi dia pun merujuk kepada bapanya untuk mendapat pandangan.
Bapanya menyuruhnya membuat keputusan sendiri. Menurut bapanya, keputusan ini adalah perkara yang penting megenai kehidupannya. Oleh itu, dia sendiri yang perlu menentukannya.Selepas seminggu memikirkan perkara tersebut, dia pun mengambil keputusan.

Dia akan mengembali kertas kerja tersebut tanpa mengubah matlamatnya. Dia nekad.

Cikgu boleh simpan gred yang diberikan cikgu kepada saya tetapi saya tetap akan menyimpan impian saya.

Beberapa tahun kemudian, apa yang yang digambarkan dalam kertas mula menjadi realiti. Budak tersebut kini memiliki rumah seluas 4000 kaki dan ladang kuda seluas 200 ekar. Kertas tersebut masih lagi disimpannya dan dibingkaikan.

Ketika guru tersebut berjumpa dengan Morty, guru tersebut hanya mampu bercakap,

Lihat, Monty. Saya rasa saya boleh cakapkannya sekarang. Semasa saya menjadi cikgu awak, saya merupakan pencuri impian. Saya telah mencuri ramai impian budak-budak kecil. Awak sungguh bernasib baik kerana awak tidak pernah putus asa dengan impian awak .“ :-P