Hiccup yang Berbakat~

Bakat, Cerita Inspirasi, Falsafah Kejayaan 2 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Minggu lepas saya sempat melihat How To Train Your Dragon. Saya betul-betul enjoy melihat cerita tersebut. Sebuah kisah yang menarik untuk ditonton. Bagi saya, ianya sangat berkait rapat dengan BAKAT. :-)

motivation, how to train your dragon, kejaan, tips motivasi

Penduduk di perkampungan Berk merupakan penduduk yang dikenali sebagai puak Viking. Mereka merupakan golongan pahlawan. Disebabkan itulah mereka tidak berpindah walaupun kawasan tersebut sering diserang oleh naga.  Jadi tugas mereka adalah berlawan dengan naga apabila mereka diserang. Hiccup merupakan salah seorang pemuda daripada puak tersebut yang bercita-cita untuk berbakti pada kampungnya. Walau bagaimanapun, dia mempunyai kelemahan. Dia terlalu lemah untuk membuat semua itu. Daripada melompat sehinggalah mengangkat senjata.

Menjadikan cerita ini lebih menarik, ayah Hiccup merupakan ketua puak tersebut yang sangat kuat dan gagah. Ayahnya agak terkilan dengan kebolehan anaknya yang tidak seberapa. Tetapi, Hiccup telah membuktikkan sebaliknya. Dia menggunakan cara yang lain untuk ‘berlawan’ dengan naga. Tanpa sedar dia telah menggunakan bakatnya. Malah dia menjadi puak Viking pertama yang menunggang naga sejak 300 tahun dahulu.

Hiccup berjaya menjadi orang yang berpengaruh di kampungnya. Walaupun dia tidak memiliki bakat dan kebolehan seperti ayahnya, tetapi beliau berjaya mengubah ‘suasana’ kampung tersebut. Cerita ini memberi pengajaran bahawa setiap orang boleh berjaya dengan cara mereka sendiri. Mari mencipta kejayaan!

Selamat menonton… :-)

Tips Steve Job

Cerita Inspirasi, Idola Kejayaan, Tips Motivasi, Tokoh 5 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

steve jobs motivasi kejayaan

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai tips kejayaan daripada Steve Jobs. Beliau merupakan salah satu idola saya dan merupakan salah seorang pereka teknologi yang begitu kenali. Tahu iPhone? Itu adalah salah satu penghasilan beliau. Beliau merupakan pengasas kepada syarikat Apple. Tetapi oleh sebab-sebab tertentu, beliau telah disingkirkan daripada syarikat tersebut. Tetapi akhirnya kembali ke syarikat tersebut kerana hanya beliau sahaja mampu membuat Apple pergi jauh dengan kebolehannya.

Owh..panjangnya saya bercerita mengenainya. Apa kata kita terus ke tips mengenai kejayaan yang dikongsi. ;-)

  1. Lakukan perkara yang anda sukai. Hasil karya yang baik datang daripada melakukan perkara yang anda suka. Semua orang yang berjaya pada hari melakukan perkara yang mereka minati.Tiger Woods dengan golfnya. Donald Trump dengan minatnya berurusan dengan hartanah. Tony Fernandes dengan minatnya dalam pemasaran.
  2. Menjadi seorang yang berbeza. Belajarlah untuk berfikir lain daripada lain. Berfikir di luar kotak dan idea baru. Sekadar berkongsi dengan panjang, ini sebenarnya mematuhi hukum Pareto. Anda akan dibayar lebih jika melakukan perkara di mana orang lain kurang mahir dalam melakukannya.
  3. Lakukan yang terbaik. Dalam setiap perkara yang dilakukan, berikan yang terbaik. Mungkin hasilnya tidak nampak sekarang, tetapi percayalah ianya pasti kembali.
  4. Lakukan analisis SWOT . Senaraikan kelemahan dan kekuatan anda. Membuat senaraian membuat anda tahu apa yang perlu dikuatkan dan apa yang perlu dielakkan.
  5. Bermula kecil dan berfikiran besar. Jangan terlalu memikirkan sesuatu perkara dengan begitu kompleks. Bermulalah dengan sesuatu yang mudah.Think big and start small.
  6. Memberi fokus pada hasil akhir. Hal ini kerana tidak kira apa yang anda lakukan, masyarakat menilai pada hasil akhir. Buktikan kepada mereka.

Itulah 6 tips yang dikongsi oleh Steve Jobs. Harap ianya membantu. Selamat mencuba.

Salam inspirasi.

PS : Harap Steve Jobs membaca entri lalu menghadiahkan saya sebuah iphone..Owh iphone.. :-)

Pak Abu dan Pelaburan Emasnya

Bakat, Cerita Inspirasi 2 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tersebutlah sebuah kisah di perkampungan yang mana kehidupannya penuh dengan adat ketimuran. Di kampung tersebut maustatinlah seorang yang bernama Abu yang baru sahaja membeli tanah di situ. Setelah disemak, ternyata tanah tersebut tersimpanlah emas yang banyak. Hendak dijadikan cerita ini ringkas, Abu seterusnya menjadi sangat kaya. Duitnya melimpah ruah.

Abu juga telah membeli sebuah kereta mewah jenama BMW. Abu begitu megah apabila keretanya berpusing mengeliling kampung tersebut. Tetapi ada sesuatu yang tidak kena. Keretanya itu disambung dengan pedati dimana ianya ditarik oleh 4 ekor kuda.

gold motivation

Mekanik tempatan mengatakan tiada masalah berkenaan dengan kereta tersebut. Tetapi sayangnya Abu  tidak tahu untuk memasukkan kunci dan seterusnya menggerakkan kereta tersebut. Dia tidak tahu bahawa kereta tersebut sebenarnya mempunyai kuasa kuda berkali ganda lebih hebat daripada kuda yang membawanya. Tetapi malangnya dia tidak tahu menggunakan ‘kuasa kuda’ tersebut.

Saudara/i dan pembaca sekalian. Inilah yang berlaku pada rata-rata kehidupan orang ramai. Kajian menunjukkan kita hanya menggunakan 3-5% sahaja potensi yang ada. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kita menguburkan ‘kuasa kuda’ yang ada. Padahal kita mempunyai lebih daripada itu. Sedikit sayang. Cuba bayangkan jika kita mampu mengunakan lebihan potensi itu, mungkin bukan sekadar 3%  tetapi lebih daripada itu.  Saya pasti anda, saya dan semua orang, mampu pergi lebih jauh daripada apa yang dibayangkan.

Teruslah meneroka bakat tersebut. Walaupun sedikit.Ianya mampu membuat anda seorang yang bukan seorang yang ‘sederhana’ lagi.

Salam motivasi dan inspirasi. :-)

Terima kasih.

PS: Banyak kedengaran pelaburan emas dewasa ini.

Episod 2 :19 ekor Lembu

Cerita Inspirasi, Ilmu 8 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Nampaknya ramai yang memberi respon untuk soalan sebelum ini. Terima kasih saya ucapkan. Bagaimana dengan pembaca yang lain? Ada jawapan yang ditemui?

Tanpa membuang masa mari saya sambung cerita yang berlaku kepada pengagihan 19 ekor lembu tersebut. Tiga anak terus berfikir. Masing-masing tidak mahu mengalah. Mereka tidak mahu amanah ayah gagal disempurnakan. Tetapi apa yang mereka nampak, amanah tersebut sukar untuk dilaksanakan. Berita ini sampai pada pakcik mereka yang tinggal tidak jauh daripada situ.

Lalu setelah diceritakan, pakcik tersebu telah menjumpai satu penyelesaian yang kreatif. Dia berkata, “nak, ambiklah lembu pakcik seekor ni.Pakcik dah tua pun. Takpelah anak-anak boleh tolong jagakan. Semoga masalah anak berjaya diselesaikan.”

Kini jumlah lembu menjadi 20 ekor dengan pertambahan daripada seekor lembu yang diberikan oleh pakciknya. Berdasarkan amanah, anak pertama mendapat separuh. Jadi jumlah yang diperolehinya adalah 10 ekor lembu. Manakala anak kedua memperolehi suku daripada jumlah lembu. Maka jumlah yang diterimanya adalah 5 ekor lembu. Anak terakhir menerima 1/5 daripada jumlah keseluruhan. Jadi jumlah lembu yang diterimanya adalah 4 ekor. Apabila ditambah jumlah keseluruhan yang diagihkan adalah sebanyak 19 ekor. Dimana anak pertama menerima 10 ekor, anak kedua menerima 5 ekor dan anak terakhir menerima 4 ekor lembu. Tinggallah seekor lagi.

“Lagi seekor ini kami pulang semula kepada pakcik. Terima kasih kerana membantu kami. Sungguh bijak pakcik ni,” kata mereka kepada pakcik tersebut.Pakcik tersebut hanya tersenyum.

Kehidupannya mereka seterusnya tiada siapa yang tahu, yang penting mereka berjaya melaksanakan amanah ayah mereka.

Salam inspirasi dan motivasi. :-)

PS: Rasa-rasa anda, apakah kesimpulan cerita ini?

Adakah Siti Nurhaliza, Mawi Bertuah?

Cerita Inspirasi, Tuah 3 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebuah kisah inspirasi untuk direnungi. Gary Player merupakan salah seorang ahli golf hebat yang pernah dilahirkan. Beliau seorang yang mempunyai tubuh yang kecil sahaja jika dibandingkan dengan pemain lain. Namun begitu, kelebihannya bukan terletak di situ. Beliau mempunyai kelebihan daripada segi usaha dan sanggup bekerja lebih kuat daripada orang lain. Ketika orang lain mungkin sedang berehat dan menonon televisyen, beliau berusaha memperbaiki mutu pukulan bolanya. Beliau memperbaiki apa yang tidak kena padanya.

Disebabkan itu beliau telah bertuah dalam pemainannya. Tuah tersebut telah membantunya memenangi pertandingan Masters sebanyak 3 kali dan termasuklah pertandingan lain. Tubuhnya kecil sahaja, tetapi beliau telah memenangi banyak pertandingan.

Apabila ditanya mengenai kemenangannya, “ Bagaimanakah saudara boleh menjadi begitu bertuah?”

Beliau hanya menjawab,” Semakin kuat saya bekerja, semakin bertuahlah saya.”

PS : Rasa-rasanya adakah Siti Nurhaliza, Mawi bertuah? :-)

Pengabaian Kepintaran

Cerita Inspirasi 1 Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kadangkala apa yang paling penting dalam hidup adalah pengabaian terhadap sesuatu yang dikatakan logik. Pengabaian terhadap sesuatu kepintaran. Pengabaian kepintaran ini adalah bermaksud pengabaian terhadap sesuatu perkara daripada memikir adakah ianya logik atau pun tidak.  Pengabaian ini merupakan satu rahmat untuk kita terus berjaya kerana kita seakan memekakkan kepada orang lain yang merendahkan kemampuan kita.

Hoho..Kurang faham? Biar saya terangkan. Fenomena ini biasanya berlaku dalam bidang jualan. Biasanya budak baru mampu menghasilkan jualan yang lebih baik daripada orang yang telah lama berada dalam syarikat tersebut. Hal ini kerana mereka tidak tahu apa yang membataskan mereka.

Mereka tidak tahu apa yang boleh dibuat dan tidak boleh dibuat. Hasilnya, mereka membuat dan melakukan perkara yang dikatakan mustahil oleh kebanyakkan orang tanpa sedar. Oleh kerana mereka melakukannya dan tidak berputus asa, akhirnya mereka berjaya. Pengabaian terhadap kepintaran dan logik telah membuatkan mereka berjaya. :-)

Begitu juga yang terjadi pada ‘bumblebee’. Blumblebee adalah sejenis spesis lebah. Bentuk dan rupa ‘blumblebee’ seakan-akan tebuan. Kajian telah dibuat mengatakan bahawa ianya tidak boleh terbang.Hal ini disebabkan saiznya adalah terlalu berat. Manakala sayapnya pula adalah terlalu nipis. Tetapi apakah yang terjadi? Ianya tetap terbang sebab ia tanpa sedar melakukan pengabaian kepintaran walaupun sains mengatakan tidak. Blumblebee terbang.

Begitu juga dengan kehidupan. Kadangkala kita perlu melakukannya. Pengabaian terhadap kepintaran dan logik untuk berjaya.

Selamat berinspirasi.

PS : Apa ya maksud ‘blumblebee’  dalam bahasa melayu? :-P

Siapa Mentor

Cerita Inspirasi, impian 4 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Untuk berjaya dalam bidang apa pun, anda perlu mempunyai mentor ataupun asiprasi. Ataupun anda boleh mencari seseorang yang boleh dijadikan sebagai tanda ukur kejayaan anda. Perkara ini saya akui memang ada kebenarannya. Dengan mempunyai inspirasi atau perasaan cemburu pada kejayaan orang lain membuatkan anda lebih bersemangat untuk berjaya. ( Cemburu secara sihat ye.. :-P )

Impian untuk mencapai sesuatu ada pasang surutnya. Mungkin ketika ini anda begitu bersemangat, tetapi entah mengapa, ianya menjadi lain pada kemudian hari. Anda berasa biasa sahaja terhadap matlamat anda. Suram dan tidak bertenaga. Perkara yang sama  juga berlaku pada diri saya. Pada awal tahun baru, saya begitu bersemangat menetapkan matlamat.Tetapi ianya semakin surut hari demi hari. Tetapi kini nyalaan itu bersemangat semula apabila membaca facebook mohd suhaimy salah seorang pakar internet begitu semangat menulis 3 buah buku serentak. Ianya membuatkan saya ingin juga membuat demikian. Hehe.. :-P

Tidak dapat diakui, kita mungkin sedikit lupa kepada matlamat. Tetapi apabila membaca kejayaan orang lain membuatkan kita rasa jauh sekali. Seterusnya memberi semangat kepada kita bahawa kita juga boleh berjaya.

“Jika dia boleh buat,aku tentu boleh buat juga.”

Perkara ini secara tidak langsung memberi dorongan motivasi semula. Jadi, apabila anda merasakan motivasi anda semakin suram. Maka carilah mentor. Carilah aspirasi. Carilah perasaan cemburu untuk bersaing secara sihat. Ianya sedikit sebanyak membantu memarakkan semula motivasi anda.

Salam inspirasi.

Kuasa Pengulangan

Bakat, Cerita Inspirasi No Comments

Seorang peguam muda yang bergaya sedang berlawan dengan seorang yang tua.Peguam itu kelihatan tidak terurus disamping usianya yang tua. (Bukan Karpal Singh ye :-P ) Keputusan seolah-olah memihak kepada peguam muda tersebut.Ramai menjangkakan peguam muda itu akan berjaya memenangi kesnya.

Tetapi sebaliknya berlaku.Apabila keputusan diumumkan, keputusan juri ternyata memihak kepada peguam tua tersebut. Peguam muda itu kehairanan. Cuba mencari kesilapan yang dibuatnya.

Lalu peguam tua itu berkata kepada peguam muda tersebut.

“Wahai anak muda, kamu seorang yang bijak. Kamu telah membentangkan 9 hujah yang bernas.Namun begitu, juri tidak mengingatinya langsung. Berlainan denganku. Aku hanya membentang satu sahaja hujah yang bernas. Hujah ini ku ulang dengan pengubahsuaian setiap kalinya. Hujah itu masuk ke dalam kepala juri dan mereka memahaminya. “

Pembaca sekalain, jangan sesekali mengabaikan kuasa pengulangan. Ternyata ianya hebat. Sebab itulah orang selalu bercakap, “practice makes perfect.” Buku yang sama walaupun dibaca berulangkali pun akan memberi ilmu baru kepada pembacanya setiap kali dibaca. Selamat mengulang.
PS: Rasa-rasanya adakah Karpal Singh menggunakan teknik yang sama? :-P

Ramadhan Yang Semaik Pergi..

Cerita Inspirasi, Falsafah Kejayaan, Islam 1 Comment

 

 

“Waktu yang berlalu lebih tajam daripada mata pedang jika engkau mengetahuinya.”

Masa umpama mata pedang. Ia sangat berguna untuk yang tahu menggunakannya. Memotong pada tempatnya dan bukan sekadar digunakan untuk memotong sesuatu yang kurang datang manfaatnya. Masa yang pergi tidak dapat dikembalikan.Ianya membawa penyesalan yang besar untuk yang tidak memanfaatkannya.Saat bertukar minit dan seterusnya bertukar menjadi jam dan membentuk masa. Perlahan-lahan umur semakin tua diinjak waktu.

 

 

 

 

Begitu juga dengan Ramadan kali ini. Bulan yang berkat ini tinggal beberapa lagi hari lagi. Baki hari yang hendak direbut semakin berkurangan. Yang pasti, ianya tidak akan datang lagi. Ramadhan akan datang sudah tentu tidak sama dengan Ramadhan hari ini disebabkan faktor fizikal yang berubah disebabkan perubahan masa.

Jadi mari bersama-sama mengambil kesempatan melakukan yang terbaik walaupun masa yang tinggal terhad. Masa yang ada gunakanlah sebaiknya.

Umpama mata pedang, ia mampu digunakan untuk menghunus musuh. Tetapi ia juga mampu mencedarakan diri. Jangan ‘tercedera’ dengan mata pedang tersebut.

Ayuh, semai semangat mengejarkan malam yag ada sebelum ianya berlalu. :-)

Salam Inspirasi~

Berapa jauh eh..?

Cerita Inspirasi, Falsafah Kejayaan, Keyakinan diri 2 Comments

Assalamualaikum dan salam sejatera,

 


“Emm..saudara saiful..berapa jauh ye saya dapat pergi? Adakah saya boleh menjadi terkenal seperti Irfan Khairi? Terkenal seperti pelakon Brad Pitt..Ataupun hanya kekal sebagai insan biasa?”

Berapa jauh saya dapat pergi? Ianya satu soalan yang sangat subjektif. Mengambil masa untuk dijawab. Kenangan berputar. Persoalan itu mengingatkan saya ketika saya berumur belasan tahun. Ketika itu saya berada di tingkatan 5. Menghitung detik ketika dan bulan untuk menghadapi peperiksaan penting yang akan menentu masa depan hidup saya iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Pihak sekolah telah menjemput seorang motivator untuk memberi inspirasi kepada kami. Dan saya rasa ianya mempunyai kaitan dengan ‘berapa jauhkah saya dapat pergi?’

Motivator tersebut telah memanggil seorang kawan saya untuk membantunya dan kawan saya itu dengan senang hati tampil ke depan untuk datang menolongnya. Untuk menjadikan cerita ini menarik lagi, kawan saya yang datang itu merupakan seorang yang tinggi dan berbadan besar. Jadi secara logik akalnya, dia mempunyai kuasa lebih kuat berbanding orang lain. :-P

Motivator itu telah memberikan satu spring untuk dilemparkan. Dia telah meletakkan target lontaran ke titik A. Titik A itu jaraknya cuma 4 meter sahaja daripada kawan saya. Sudah tentu kawan saya dapat melontarkan spring itu dengan begitu mudah dan senang sekali. Spring itu berjaya dilontar berdekatan dengan titik yang dikehendaki.

Kemudian, motivator tersebut telah mencadangkan kepada kawan saya untuk melontar sejauh yang mungkin. Menggunakan tenaga dan sekuat yang boleh. Lalu dengan bersungguhnya kawan saya melontar sejauh mungkin. Jarak yang dilontarkannya adalah berkali-kali ganda daripada titik A. Semua orang kagum. Tetapi ‘point’ yang penting ianya berkali ganda daripada titik A.

Jadi saya merasakan ianya dapat menjawab persoalan ‘berapa jauh saya dapat pergi?’ Ianya bergantung pada anda. Anda boleh sahaja melontarkan pada titik A sahaja. Ataupun anda boleh sahaja menggunakan dan optimumkan keupayaan diri anda untuk melontar lebih jauh daripada titik A. Semuanya adalah bergantung pada ANDA.

Salam inspirasi. :-)

« Previous Entries