Oh Si Lalat..

Cerita Inspirasi, Islam 2 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar anda pada hari ini?Bertenaga dan bersemangat untuk melakukan kerja? Alamak, dah lama saya tidak update blog saya.Hehe..Saya kini dilanda sindrom malas. Doa-doakan saya cepat sembuh.Terus bersemangat untuk menulis artikel motivasi. :-P

Ayuh, jangan membuang masa. Mari membaca inspirasi pada hari ini.  Hari ini saya ingin berbicara mengenai lalat.Ya, seekor lalat yang nampak ringan pada mata kita tetapi tanpa kita sedar mampu menentukan nasib akhirat seseorang.

Imam Ahmad dan Ibn Abi Syaibah meriwayatkan Sayidina Salman Al-Farisi ia berkata, “Seorang lelaki masuk syurga kerana seekor lalat dan seorang lelaki masuk neraka juga kerana seekor lalat.”

Terkejut bukan? Sesunguhnya tanpa kita sedar betapa penting peranannya. Lalat yang kita nampak pada  makanan, lalat yang menghurungi timbunan sampah mampu mempengaruhi kehidupan seseorang.

Dua orang pemuda telah ditakdirkan Allah SWT untuk melalui sebuah kawasan yang didiami oleh sebuah kaum. Kaum tersebut merupakan kaum yang menyembah berhala. Mereka tidak akan membenarkan seorang pun berlalu sehingga sesuatu korban dipersembahkan.

Kaum tersebut telah meminta mereka memberi korban untuk sembahan. Mereka tidak kisah hatta seekor lalat pun. Lalu seorang pemuda telah mengorbankan seekor lalat untuk berhala kaum tersebut. Pemuda tersebut dilepaskan. Pemuda tersebut merupakan pemuda yang dimasukkan ke dalam neraka.

Manakala seorang pemuda lagi enggan untuk melakukannya. Pemuda tersebut menjawab, “Aku tidak akan mempersembahkan apa-apa selain kepada Allah SWT”.

Mendengar jawapan tersebut, kaum tersebut mengambil keputusan untuk memenggal kepala pemuda tersebut.Maka matilah pemuda yang enggan mengorbankan korbannnya. Pemuda itu adalah pemuda yang dimasukkan ke dalam syurga.

Hanya kerana seekor lalat, seorang pemuda telah dimasukkan ke dalam syurga manakala seorang lagi dimasukkan ke dalam neraka. Salam inspirasi dan salam ukhwah. :-)

Apa itu BAHAGIA?

Cerita Inspirasi, Definisi 4 Comments

Apa itu bahagia? Saya pasti tiap seorang mempunyai definisi yang berbeza untuk takrif BAHAGIA. Ianya begitu subjektif untuk dihuraikan. Terpanggil saya untuk bercerita mengenai apa itu bahagia dari perspektif seorang menteri. Hehe..Tiada kaitan dengan menteri di Malaysia. :-P

“Apakah yang dimaksudkan dengan bahagia, wahai tuan?,” tanya seseorang kepada Yahya Bin Khalid al-Barmaky. Sekadar maklumat, Yahya merupakan salah seorang menteri yang agak terkenal di zaman Bani Abbas.

Lalu diijawab oleh Yahya tentang makna kebahagian untuk sama-sama kita renungi.

“Sentosa perangai, kuat ingatan, bijaksana akal, tenang dan sabar menuju maksud.

PS : InsyaAllah Sabtu ini dari pukul 12-1 petang , saudara Naim Jaafar dan saya akan berada di booth PTS untuk mempromosi buku kami iaitu ‘Apa Bakat Saya?’ di pesta buku, PWTC.  Jumpa di sana bagi yang ada kelapangan. :-)

Matlamat Yang Terlambat Capai..

Bakat, Cerita Inspirasi 9 Comments

Tersebutlah kisah, pada awal tahun 2008, seorang pemuda telah menulis matlamatnya. Dia telah mencatatkan beberapa matlamat. Salah satunya, pemuda tersebut berharap dia dapat menghasilkan sebuah…………………… Tetapi malangnya,  apa yang ditulis tidak menjadi kenyataaan apabila detik 2008 berakhir.

Pelbagai buku motivasi kejayaan telah dibacanya. Dalamnya menyatakankan bahawa untuk memperolehi sesuatu, langkah awal adalah dengan menulis matlamat. Dia telah melakukannya, tetapi mengapa masih gagal? Pemuda itu kehairanan. Mengapa ianya tidak menjadi kenyataan. Adakah semua buku motivasi itu hanya berbicara kata-kata manis sahaja?

“Apabila kita menulis matlamat kita, ianya menyedarkan minda kita. Ianya bagaikan suis kehidupan yang mula sentiasa menyala. Walaupun kita tidur, minda kita tetap terus bekerja. Mencari penyelesaian untuk merealisasikan impian tersebut. Ianya terus berfungsi dan sentiasa mengingat minda untuk terus bekerja. Ia akan menyuruh selagi impian yang ditulis belum dipadam di atas kertas tersebut.”

Tahun 2009 muncul. Pemuda tersebut masih lagi berharap. Berharap apa yang ditulis menjadi kenyataan. Dan sememangnya ia mula menjadi kenyataan. Anda ingin tahu salah satu impiannya? :-P

Salah satu impian pemuda itu adalah seperti gambar dibawah………

Buku

Kesimpulannya, apa yang anda inginkan.Tulislah ia. Ia akan membuat minda anda bekerja. Berusaha mencari penyelesaian. Berusaha mencari jalan untuk merealisasikan impian tersebut. Mungkin impian tersebut lambat setahun, 3 tahun, 10 tahun tetapi saya pasti ianya berbaloi bukan?

PS: Haha dramatik sungguh kisah saya.. :-)

PSS: InsyaAllah buku ini akan memasuki pasaran MPH, Popular dan lain-lain sebulan daripada sekarang. Doakan kejayaannya.

Kisah Siti Nurhaliza bukan nama sebenar…

Cerita Inspirasi, Ilmu, Keyakinan diri 3 Comments

Hari ini saya ada kisah ingin dikongsi dan persoalan mengenainya. Jadi tanpa berleter panjang dan sebelum anda bosan dengan kata-kata saya, mari kita terus ke cerita tersebut. Kisah Siti Nurhaliza yang bukan nama sebenar… :-)

Datuk XYZ bukan nama sebenar dan pasangannya Siti Nurhaliza bukan nama sebenar baru sahaja mendapat anak. Anak mereka bernama Fasha Sandha yang juga bukan nama sebenar. Mereka merupakan pasangan yang bahagia. Sebelum ini mereka mempunyai masa bersama teman mereka, tetapi sejak mereka mempunyai anak. Semuanya berubah. Mereka tiada masa untuk teman mereka lantaran masa banyak diberikan kepada anak kesayangan mereka.

Lalu suatu hari, Datuk XYZ mencadangkan,” apa kata kita membuat rumah terbuka raya ketiga ni. Bolehlah kita mengeratkan hubungan dengan teman-teman yang terpisah. Maklumlah kita lama tidak berjumpa dengan mereka sejak akhir-akhir ni.”

“Yelah bang. Saya setuju tu. Jom kita merancang.”

“Jom..jom,” kata Datuk XYZ dengan semangat.

Mereka bersatu menyiapkan perancangan dan kertas kerja. Owh bahagianya saat itu.. :-P Mereka menyenaraikan apa yang perlu dilakukan. Mereka menyenaraikan apa yang perlu dibeli. Segalanya dirancang dengan teliti.

Masa pun tiba. Hari tersebut datang, semuannya berjalan lancar. Tetapi ada sedikit gangguan, namun disebabkan mereka mempunyai perancangan untuk masalah yang akan datang, semuanya berjaya diatasi. Selepas hari terbuka. Mereka pun menerus kehidupan seperti biasa. Mereka hidup bahagia bersama anak mereka. Cerita tamat.

Hoho. Mesti anda pelik, apalah yang saya cerita ni. Baik tak payah cerita. Macam tak cerita je. Tak ada klimaks. Tak ada babak menonjol. Cerita macam tiada kaitan. Janganlah begitu.

Motif cerita ini satu sahaja. Mereka merancang untuk hari terbuka. Sebab itulah mereka berjaya. Pembaca sekalian, sedarkah kita ramai daripada kita sanggup merancang untuk sesuatu yang kecil. Melakukan perancangan untuk berkelah, hari terbuka, percutian.Pelbagai kemungkinan difikirkan untuk memastikan hari tersebut berjalan lancar.

  • Persoalannya di sini, adakah kita merancang untuk kehidupan kita yang tentunnya lebih penting?
  • Kehidupan kita merupakan sesuatu yang besar, mengapa kita tidak mempunyai pelan untuknya supaya kehidupan kita berjalan lancar?

Masa untuk berfikir…Tik..tik tik..tik

PS: Cerita di atas tidak mengena dengan insan yang masih hidup ataupun telah tiada. :-)

2 Petua Kejayaan Huth

Cerita Inspirasi, Winner 1 Comment

Salam inspirasi. Post kali ini saya ambil dan ingin berkongsi daripada hasil temuramah dengan seorang billionaire. Tetapi bukan saya yang temuramah beliau. Saya ambil daripada sebuhah buku.Waa. Bukan jutawan ya tetapi seorang yang 1000 kali lebih hebat daripada jutawan dari segi kewangan. :-P

Beliau telah berkongsi 2 petua untuk memperolehi kejayaan. Katanya, cuma 2 sahaja petua untuk mencapai kejayaan dan tidak lebih daripada itu. Namanya dalah Hunt. Beliau asalnya merupakan seorang petani kapas.

Beliau hampir gagal dalam perniagaan semasa berumur 32 tetapi bangkit semula dan berjaya memperolehi lebih daripada 1 billion pada umur 56. Satu jumlah yang mengliurkan. Beliau merupakan billionaire minyak daripada Texas..Haa taknak dah cakap banyak apa lagi.. mari kita lihat petuanya.

Petua pertama : Tentukan apa sebenarnya anda mahu.

Menurut Hunt ini merupakan titik pertama kejayaan. Tetapi ramai gagal melakukannya. Mereka tidak tahu apa sebenarnya yang diingini oleh mereka. Sebab itulah mereka gagal. Mereka tidak tahu apa yang sebenar mereka mahu. Mereka mahu banyak perkara yang baik dalam kehidupan tetapi tidak dapat membezakan apa yang betul-betul yang menjadi keutamaan dalam hidup mereka.

Petua kedua: anda mesti tahu harga untuk mencapainya.

Menurutnya, ramai mahukan kejayaan. Tetapi malangnya mereka tidak sanggup membayar harga yang sepatutnya. Sebab itulah walaupun ada yang telah berjaya melepasi petua pertama gagal untuk melakukan petua kedua. Mereka tidak sanggup melakukan apa yang diperlukan. Usaha untuk mendapatkan RM1juta tidak sama dengan usaha mendapatkan RM1 ribu.

Cuma dua petua sahaja. Tak banyak pun. Rasa-rasa anda bolehkan kita melakukannya? Selamat beramal dan salam inspirasi. :-)

Cerita Menarik Mengenai Kematian

Cerita Inspirasi, Islam 5 Comments

Mati merupakan satu topik yang menakutkan untuk diceritakan. Saya pasti ramai orang daripada kita takut untuk menghadapinya. Tetapi, walauapapun perasaan kita terhadap perkara tersebut, kita tetap akan melaluinya. Tidak kira sama ada suka atau tidak. Seperti mana janjiNya. Semua yang hidup pasti merasi apa itu mati.

Tiap masa berlalu sama ada kita sedar atau tidak, kita semakin menghampirinya. Berlalu tahun 2008 kini masuk sudah ke tahun 2009. Ini bermakna kita semakin setahun menghampiri kematian. Kematian bukanlah sesuatu perkara yang menyeronokkan untuk diceritakan oleh kebanyakkan orang.

Walaubagaimanapun, hari ini saya ingin berkongsi satu kisah menarik mengenai kematian. Melihat daripada sudut yang positif. :-)

Lokasi: Hospital
Seorang yang menghidap penyakit kanser fasa kritikal telah berjumpa dengan seorang doktor. Beliau ingin bertanya mengenai kematian. Sepeti mana kebanyakkan orang yang lain, beliau juga begitu takut dengan kematian. Lebih-lebih lagi kematian itu semakin hampir.

“ Doktor apa pendapat doktor mengenai kematian? Saya takutlah kerana saya merasakan waktu saya hampir tiba,” terang pesakit dengan anda yang sedih.

Doktor tersebut merenung pesakit tersebut. Timbul riak sedih dimukanya. “ Kalau aku pun di tempatnya aku juga turut takut,” guman doctor tersebut. Dia cuba memikir jawapan yang sesuai untuk diberikan. Dia tidak mahu jawapan yang diberikan  akan menyinggung perasaan si pesakit. Si pesakit pada saat-saat kritikal ini perlu diberikan sokongan.

Tiba –tiba terdengar bunyi bising di luar. Seakan-akan terdapat hentakan kepada pintu walaupun tidak kuat. Rupa-rupanya berpunca daripada seekor kucing, ia cuba masuk ke bilik doktor tersebut. Apabila pintu itu dibuka, maka berlarilah kucing itu ke arah doktor tersebut. Kucing itu melopat ke arah doktor tersebut yang merupakan tuanya.

Lantas tiba-tiba doktor tersebut mendapat jawapan untuk persoalan ditanya.

“ Lihat kucing ini. Ia tidak pernah pun masuk ke bilik ini. Ini merupakan pengalamannya yang pertama. Tetapi ia tidak kisah. Ia terus masuk dan mendapatkan saya. Ia begitu gembira kerana berjaya berjumpa dengan tuannya. Begitu juga dengan kematian. Saya tidak tahu apa yang akan terjadi  selepas kematian. Ia merupakan pengalaman yang baru. Tetapi bagi saya ia tentu mengembirakan kerana saya dapat berjumpa dengan Tuan saya.”

Cerita Anda

Cerita Inspirasi, Pengajaran, Winner 2 Comments

Salam motivasi. Hari ini saya ingin bercerita mengenai satu pengajaran yang saya dapat daripada sebuah filem. Minggu lepas saya sempat melihat sebuah filem kelakar tetapi penuh dengan mesej motivasi, iaitu Bedtimes Stories yang merupakan sebuah kisah mengenai cerita dongeng yang diceritakan oleh seorang kanak-kanak dan seterusnya menjadi kenyataan.

Salah satu plot cerita yang paling saya ingati adalah ketika waktu hero tersebut menghadapi waktu kritikal. Di waktu tersebut, hero dalam cerita ini telah berputus asa. Dia merasakan tiada lagi peluang untuk mengubah apa-apa dan kisahnya berakhir dengan tragis. Dia kehilangan kepercayaan anak saudaranya, adiknya dan teman wanitannya. Terduduk tidak membuat apa-apa dan tiada motivasi.

Tiba-tiba kedengaran sebuah suara yang berkata lebih kurang macam ni, “ kisah ini belum tamat. Andalah yang menetukan kisah hidup anda. Andalah watak hero dalam cerita anda. Dalam cerita, hero tidak akan berputus asa.

Ya, pembaca sekalain. Inilah realitinya. Anda merupakan watak utama dalam pentas kehidupan yang dijalani oleh anda. Jadi kalau anda ingin mengubah sesuatu, ianya adalah bergantung pada anda. Jangan biarkan ianya berlalu dengan kekecewaan.

Jika hari ini anda mengalami kisah duka, ianya bukan untuk selamanya. Anda hanya berada di plot penting kisah kehidupan anda.  Kisah anda belum lagi tamat. Hidup ini indah. Jangan tamatkan ianya dengan kekecewaan. Anda berhak untuk merasai apa itu kejayaan. Selamat melaluinya. :-)

RM5 vs 50 sen

Cerita Inspirasi, Pengajaran 1 Comment

“Saudara ingin tahu sesuatu yang menarik? Itu merupakan kanak-kanak yang paling bodoh di dalam dunia,” kata Si Gunting Rambut kepada pelanggannya sambil menunjukkan jari pada seorang kanak-kanak yang sedang bermain di luar.

“ Mengapa?”,
tanya pelanggan tersebut kehairan.

“Mesti ada maksud yang tersirat di sebalik kata-kata itu,” tambah pelanggan itu.

“Mari saya tunjukkannya”, kata Si Gunting Rambut dengan bangga.
“ Hoi budak, mari sini sekejap. Di sini ada sedikit wang iaitu sekeping duit syiling 50 sen dan sehelai duit kertas RM5. Sila pilih dan pergilah membeli aiskrim menggunakan duit tersebut, “ arah Si Gunting Rambut.

Kanak-kanak tersebut agak sukar hendak membuat pilihan. Akhirnya dia hanya mengambil duit syiling 50 sen. Lalu beredarlah kanak-kanak tersebut daripada kedai itu. Dia kelihatan gembira kerana mendapat wang untuk membeli aiskrim.

“ Tengok. Kan saya sudah kata. Walaupun terdapatnya pilihan antara duit kertas RM5 dan duit syiling 50 sen,  kanak-kanak itu tetap memilih duit syiling 50 sen. Alangkah bodohnya kanak -kanak itu. Sudah banyak kali saya lakukan demikian, namun dia tetap memilih duit syiling 50 sen, “
cerita Si Gunting Rambut sambil ketawa.

Si pelanggan kurang senang dengan jawapan yang diterima. Lalu ia mengambil keputusan bertanya kepada si budak tersebut sendiri di luar nanti.

“ Mengapa kamu mengambil duit syiling 50 sen dan tidak mengambil duit kertas RM5. Bukanklah nilainya lagi besar.”


“ Ya, saya tahu itu. Tetapi jika saya mengambil wang tersebut dan bukannya duit syiling 50sen, maka permainan ini akan tamat. Saya tidak akan mendapat aiskrim lagi pada masa akan datang.”

Apa kesimpulan daripada cerita di atas? Kesimpulannya, jangan memandang rendah pada  orang lain. Mungkin kita sendiri yang sebenarnya yang sedang diperbodohkan. Salam tahun 2009. Mari berusaha menuju kejayaan. :-)

Soalan Jiwang

Cerita Inspirasi, Cinta 6 Comments

Salam sejahtera, :-)

Pada hari ini saya ingin menanyakan satu soalan. Soalan yang sedikit jiwang bunyinya. Tetapi memberi maksud yang mendalam. Tarik nafas dalam-dalam dan berfikir. Sudah bersedia? Soalannya berbunyi,

 ”Adakah cinta memerlukan sebab? ”

Dah fikir? Apa jawapan anda? Apa sebab anda? Sebelum anda membuat sebarang kesimpulan, apa kata kita hayati cerita di bawah.

Sepasang suami isteri sudah lama berkahwin kini berbulan madu untuk kali ke-2 di Pulau Pinang. Ketika mereka berjalan di tepi pantai menghayati panorama matahari terbenam, mereka pun berhenti di sebuah bangku yang telah tersedia. Si isteri teringat satu persoalan yang terpendam selama ini, lantas ditanya kepada sang suaminya.

Isteri : Abang, sudah lama saya pendamkan soalan ini tetapi hari ini saya ingin bertanya. Apakah sebab abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya? Nak ikutkan apalah yang ada pada saya. Dahlah kampung masing-masing jauh. Nak balik raya pun susah.

Suami : Emm.. susah nak terang tu, tetapi percayalah abang memang menyayangi dan mencintai sayang. Ia sukar untuk diceritakan dan digambarkan.

Isteri : Mengapa abang tak boleh terangkan sebabnya? Mustahillah bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak tahu sebabnya.
Setiap perkara mesti ada sebabkan.

Suami : Betul, abang sendiri pun tak tahu sebabnya. Tetapi abang  boleh buktikan bahawa abang memang cintakan sayang. Abang akan usahakan untuk membuktikannya.

Isteri : Tidak, saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Tahu tak saya cemburu melihat  kawan-kawan saya yang lain. Mereka mempunyai suami, semuanya tahu mengapa mereka dicintai. Tetapi abang pula tidak boleh terangkan sebabnya. Abang memang tak cinta saya? Tulah sebab abang tidak tahu sebabnyakan?

Si suami tersentak dan kemudiannya dia berkata untuk melembutkan hati isteri kesayangannya.

“Baiklah, dengar ini. Abang mencintai sayang sebab paras rupa sayang menarik dan lawa, sayang mempunyai suara yang lunak dan lembut, penyayang dan paling penting sayang selalu mengingati abang. Abang suka melihat sayang senyum sebab ianya sangat manis
dan abang sukakan setiap tapak sayang melangkah. Itulah cinta abang.”

Si isteri tersenyum riang mendengar jawapan tersebut. Dia sangat berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Hasratnya berjaya. Hendak dijadikan cerita, selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan. Kemalangan tersebut telah menyebabkan sang isteri koma dan terlantar di hospital.

Si suami sangat bersedih. dia teringat kisah ketika mereka bercuti di Pulau Pinang. Lantas ditarik sehelai kertas untuk dicoretkan sepucuk surat kepada isterinya. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital yang sedang terlantar koma.

“Sayangku, jika disebabkan suara aku mencintaimu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tentu tidak bukan? Oleh itu adakah itu bermaksud aku tidak boleh mencintaimu lagi? Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tentu tidak bukan? Oleh itu adakah itu bermaksud aku tidak boleh mencintaimu. Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tentu tidak bukan? Oleh itu adakah itu bermaksud aku tidak boleh mencintaimu lagi.Jika disebabkan setiap langkahan aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tentu tidak bukan? Oleh itu adakah itu bermaksud aku tidak boleh mencintai mu. Wahai sayangku,jika cinta memerlukan sebab, kini bermaksud aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.

Kasihku, adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,
dan isnyaAllah selamanya dan cintaku tidak perlu ada sebab. Ketahuilah cinta merupakan perkara  yang cantik dan baik. Kadangkala benda yang cantik dan baik di dunia tidak boleh dilihat, tidak boleh dipegang dan tidak mempunyai sebab. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

Jangan Takut Untuk Meminta

Cerita Inspirasi 4 Comments

 

“Jika anda tidak suka apa yang anda dapat, jangan takut untuk menolaknya dan meminta apa yang anda inginkan.”

 

Jika kita tidak suka, maka jangan takut menolaknya. Kemudian, beranikanlah diri meminta apa yang kita inginkan. Perasan tak sesuatu? Semasa kita kecil, jika kita tidak suka sesuatu maka kita akan kata buangkannya atau bersikap terus terang. Kita tanpa segan silu mengatakan bahawa biskut tersebut tidak sedap, kita mahukan gula-gula yang manis.

Tetapi lama kelamaan sifat ini semakin hilang. Masa berganjak. Kita mula menerima apa yang diperolehi. Sebabnya pada anggapan kita, dunia memang begitu. Akhirnya ianya menjadi tabiat kita. Dalam lubuk diri, tertanam erat tidak semua yang kita impikan akan kita perolehi. Ini adalah pendapat salah. Anda mampu memperolehi apa yang anda inginkan. Anda mampu memperolehi apa yang anda impikan. Cuma apa yang penting anda berani untuk memintanya.

Sedikit kisah saya. Saya suka makan ayam di KFC. Tetapi bukan selalulah.  Sneak plate merupakan pilihan saya seperti mana yang diketahui umum mengandungi 2 ketul ayam. Tetapi masalahnya, saya tidak suka apabila pihak ‘cashier’ memberi ayam bahagian paha pada saya.  Saya suka bahagian dada. Yang peliknya, saya tidak berani menyatakannya. Saya menerima sahaja keadaan tersebut. Saya akur dengan apa yang diperolehi. “Ayam paha pun pahalah walaupun sebenarnya saya tidak sukakannya.”

Namun begitu, sebuah ayat daripada buku telah membuka minda saya.

” Jika anda tidak suka, maka pintalah apa yang anda anda suka.”

Ayat ini membuat saya tersentak. Ya, mengapa tidak?. Sejak hari itu apabila pergi ke KFC saya akan berkata.

 

” Bagi sneak plate ya. Dua-dua ketul ayam nak dada

dan tak mahu paha.”

 

Begitu juga dengan kehidupan. Saya merayu pada anda jangan takut meminta. Hidupkanlah sisa impian anda kembali. Beranilah meminta kehidupan yang anda inginkan.

Ps : Sejak hari itu saya pun memakan ayam KFC dengan hati yang riang. :-)

« Previous Entries Next Entries »