Matlamat dan Maal Hijrah

Business, Cinta, Ebook, impian 1 Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebelum terlambat saya ingin ucapkan salam Maal Hijrah. Tidak lupa pula selamat Tahun Baru 2010 yang akan tiba. Tanpa disangka, tidak lama lagi saya akan tua setahun lagi. Aduhai.. :-P

Apabila muncul tahun baru, saya gemarkan bercakap mengenai matlamat. Sebabnya matlamat adalah begitu penting dalam hidup manusia. Tanpanya manusia umpama layang-layang terputus talinya. Bagaiaman dengan matlamat anda tahun ini? Saya harap anda mula merangkanya.

Salah satu matlamat saya adalah tahun ini adalah menulis ebook mengenai cinta. Tetapi bukan bermakna saya adalah doktor cinta..Hehe.. saya mengulasnya daripada sudut lain. Kalau nak tahu, tunggulah.. :-P

Bercakap mengenai matlamat, ianya perlulah memenuhi 5 kriteria tersebut, SMART.

S-Specific
Matlamat anda perlulah jelas seperti,
“ Tahun ini aku hendak terbit ebook menegani cinta…..”

M- Measurable
Adakah iaya boleh diukur? Bagaimana kita tahu matlamat itu telah dicapai?
“Langkah pertama adalah membeli domain,  kedua adalah……..”

A-Attainable
Adakah ianya boleh diurus? Apakah sikap yang diperlukan? Cara yang diperlukan? Modal?
“ Perlukan laman web. Perlu pergi seminar untuk membuatkan laman wen ebook kelihatan professional……..”

R-Reliastic
Adakah matlamat itu logik untuk dicapai?
“InsyaAllah boleh. Ianya bukanlah sesuatu yang mustahil……….” :-P

T-Timely
Bilakahnya ianya boleh dicapai?
“Datelinenya adalah 15.3.10……………”

Lima kriteria ini adalah penting apabila anda menulis matlamat. Kalau tidak, ianya sekadar tinggal harapan. Jadi, apa tunggu lagi. Mulalah merangka matlamat anda.

PS: Apa matlamat anda tahun ini?
PS: Rasa-rasa anda, ada tak pembeli untuk buku ebook ini?  :-P

Lisa Surihani Diajak Keluar?

Cinta, Falsafah Kejayaan 2 Comments


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

 

Saya belajar satu konsep yang baru beberapa hari lepas. Rupa-rupanya ‘penolakan’ adalah satu mitos. Dengan erti kata, ianya tidak langsung wujud. Tiada  maksud ‘penolakkan’, maka tiadalah wujud takrif  ‘kegagalan’. Manusia tidak gagal. Kita sendiri yang mecipta kegagalan tersebut. Hairan bukan..

 

Biar saya memberi satu analogi mudah. Bayangkan anda seorang lelaki yang masih lagi bujang. Tidak lagi mempunyai teman istimewa. Namun dihati, anda tidak ingin keseorangan. Anda ingin mencari CINTA. Anda ingin membina keluarga bahagia. Cewah.. :-P

 

Anda meminati seseorang dan ingin mengajaknya keluar. Anda berminat ingin mengajak Siti Nurhaliza( opss dah kahwin) Lisa Surihani bukan nama sebenar keluar. Lalu anda pun bertanya kepadanya.

 

“Boleh kita keluar”

 

“Owh maaf.Saya sudah pun berpunya,”jawab Lisa Surihani bukan nama sebenar menjawab.

 

Adakah penolakkan itu suatu kegagalan? Jawapanya tidak. Lihat daripada sudut positif. Sebelum anda bertanya kepada si dia, si dia tidak keluar juga dengan anda. Selepas anda bertanya kepada si dia, si dia tetap tidak keluar dengan anda. Ini bermakna keadaan tetap sama sebelum dan selepas anda mengajaknya. Tiada yang berbeza ,betul tak?

 

Perbezaan hanya wujud apabila anda balik dan memberitahu kepada emak anda,

“emak, Siti Nurhaliza( opss silap lagi ) Lisa Surihani bukan nama sebenar tidak mahu keluar dengan saya.”

 

Kesimpulan, penolakkan adalah sekadar mitos. Ianya dicipta oleh diri sendiri. Kita sendiri yang mencipta kegagalan tersebut. Keadaan tetap sama, tetapi kita yang menjadikannya lebih teruk.

 

 

Hoho.Salam motivasi.

 

PS : Kepada sesiapa yang sampai blog ini melalui kata kunci ‘Siti Nurhaliza’ dan ‘Lisa Surihani’, sekali sekala   bacalah artikel motivasi. Baru power.. :-P

 

 

MengenalNYa….

Cinta, Islam 1 Comment

Hatimu akan merasakan manisnya takdir tuhan jika engkau mencintaiNya..

engkau akan mencintaiNya jika engkau mengenalNya..

semakin tinggi pengenalanmu terhadap Tuhan semakin tinggi pula darjatmu

dan semakin terasa agung ketentuanNya bagimu..

DIA sesungguhnya lebih mencintaimu daripada dirimu sendiri,

kerana itulah dikatakan orang yang paling mencintai ALLAH adalah orang yang paling mengenaliNya..

~Imam Al Hakim Al Tarmizi

Saya Hendak Kahwin

Cinta, Pendapat, Soalan Menarik 8 Comments

Salam inspirasi.

Hehe..hari ini tajuk panas sedikit. ‘Saya hendak kahwin.’ Sebenarnya bukan saya yang hendak kahwin. Saje je letak tajuk begitu. Bagi gosip dan panas sedikit. Lawak je.. Tetapi memang post kali ini mempunyai kaitan dengan perkahwinan. :-P

Beberapa hari lepas  ketika di Kinokuniya di KLCC saya sempat membelek sebuah buku. Salah satu isi kandungan buku tersebut telah menarik perhatian saya. Ianya berbentuk persoalan. Sediakah anda dengan soalan tersebut? Jom. Soalannya berbunyi,

 

“Adakah anda sanggup mengahwini diri anda?”

 

Hoho….Faham? Begini, biarlah saya menjelaskan dengan lebih mendalam. Jika suatu hari nanti anda ditakdirkan dan berjumpa dengan seseorang yang mempunyai seperti ciri-ciri seperti anda, adakah anda sanggup mengahwininya?

Maksudnya jika anda seorang penyabar, baik hati, pelbagai lagi dan pada suatu hari anda ditakdirkan berjumpa dengan seseorang yang mempunyai semua ciri-ciri dan karakter serupa seperti diri anda, sanggupkah anda mengahwininya. Adakah anda sanggup menerimanya sebagai pasangan hidup anda?

Saya beri anda 5 minit untuk memikirkannya. Adakah jawapannya positif atau jawapan yang diberi negatif?

Jika jawapannya adalah negatif, maksudnya sesuatu perlu dilakukan. Perubahan yang ke arah positif. Fikirkan sebentar bagaimanakah orang lain hendak menerima kita  jika kita sendiri tidak sanggup mengahwini diri kita.

 

“ Yeke…? Sedihnya dengar.” :-(

 

Soalan ini begitu memberi kesan. “Adakah aku sanggup mengahwini seseorang yang mempunyai karakter seperti diri aku?”Hanya tuhan sahaja yang tahu jawapan saya.

Walaubagaimanapun, soalan ini menuntut diri untuk memperbaiki diri kita. Berusahalah untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Jika sebelum ini anda kurang bersabar, banyak-banyakkanlah bersabar.

Salam perkahwinan. :-)

Matang Untuk Seorang Lelaki?

Cinta, Umum 8 Comments

Salam inspirasi. :-)

Hehe. Hari ini saya ingin bertanya soalan sedikit. Saya hendak bertanya jika anda ingin memilih teman hidup, siapa yang anda pilih? Seorang yang matang atau seorang yang tidak matang?

Saya percaya ramai akan berkata kematangan merupakan aspek yang penting dalam sesuatu perhubungan. Bukan sekadar ramai tetapi hampir semua orang mengatakan kematangan merupakan perkara penting dalam memilih pasangan hidup. Tanpa kematangan sesuatu hubungan akan huru-hara.

“Saya nak laki tu sebab dia matang.”
“Saya hendak perempuan tu sebab dia berfikiran matang.”

Mari kita pergi ke persoalan yang kedua. Apakah itu matang dan bagaimana hendak menentukan seseorang itu matang atau tidak?

“Ala senang sahaja tu, tengok sahaja daripada gaya lagaknya. Laki yang matang adalah laki yang cool dan pendiam. Laki yang suka ketawa dan bersikap main-main dikatakan tidak matang.”

Bagaimana dengan perempuan?

“Ala. Banyak tanya pula engkau ni.Perempuan yang bijak berkata dan isi yang bernas dikatakan matang. Perempuan yang suka ketawa dan tidak serius dikatakan main-main.”

Salah! Salah! Ketahuilah matang bukanlah boleh dinilai daripada luaran. Ianya tidak boleh dilihat. Ia berkaitan dengan kehidupan. Kematangan dinilai berdasarkan bagaimana seseorang menjalani  kehidupannya. Oleh itu anda perlu mengenalinya terlebih dahulu sebelum membuat sebarang.

Kalau saya, saya menilai kematangan seseorang lelaki berdasarkan dengan menanya soalan –soalan dibawah. Jawapan yang diberikan dapat memberi kita tahu tahap kematangannya.

1.    Bagaimana anda menguruskan kewangannya?
2.    Apakah matlamat akhirat dan hidup anda? Adakah anda mempunyai perancangan dan apa yang hendak dilakukan dalam 10 tahun ini?
3.    Apakah buku yang dibaca oleh anda?
4.    Bagaimanakah ilmu anda mengenai agama?
5.    Adakah anda tahu batas-batas pergaulan denga  masyarakat?

dan lain-lain…

(5 aspek ini penting dalam menjadi suami yang yang baik :-) )

Kesimpulan kepada dua persoalan diatas, jika anda perempuan dan ingin mencari lelaki sebagai pasangan hidup, pastikan dia matang. Sebabnya ramai mengatakan kematangan merupakan sesuatu yang penting dalam sesuatu perhubungan. (sebenarnya tidak matang pun tidak mengapa).

Kedua, semak adakah dia matang mengikut takrif kematangan kehidupan diatas atau anda boleh menulis sendiri takrif kematangan anda. Jika jawapan adalah kedua-dua positif maka lelaki itu lulus untuk berkahwin.

PS: Saya bukanlah kaunselor perkhawinan jadi kemungkinan nasihat ini boleh diabaikan. :-P

Salam kematangan.

Saat Bernikah

Cinta, Islam, Umum 4 Comments

Dengar tajuk pun dah gerun. Saat Bernikah. Tapi bukan saya ye nak bernikah. Saje je ambil tajuk ini. Macam menarik je. :-)

Cuti bulan 12 ni tentu ramai yang  mengadakan kenduri kahwin. Apa-apapun saya ucapkan tahniah untuk sesiapa yang akan melangsungkan perkahwinan. Semoga perhubungan yang dibina bukan sekadar kekal ke anak cucu tetapi sehingga di syurga. Amin.

Tanpa kita sedar tahun 2009 akan tiba tidak berapa lama lagi. Umur kita pun semakin meningkat satu tahun lahgi. Nampaknya saya sudah semakin tua setahun walaupun usia saya sebenarnya masih muda. Adakah saya perlu berkahwin? :-)

Kepada kawan-kawan kaum  Hawa  yang sebaya saya rasanya dah sesuai untuk berkahwin. Apa lagi yang ditunggu? Hehe…Bersesuaian dengan tajuk di atas saya mengambil sebuah hadis untuk menghuraikan bilakah saatnya untuk bernikah.

“Apabila datang kepadamu seorang lelaki datang untuk meminang dimana engkau redha terhadap agama dan akhlaknya maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi.”

(HR Tarmidzi dan Ahmad)

Soalan Jiwang

Cerita Inspirasi, Cinta 6 Comments

Salam sejahtera, :-)

Pada hari ini saya ingin menanyakan satu soalan. Soalan yang sedikit jiwang bunyinya. Tetapi memberi maksud yang mendalam. Tarik nafas dalam-dalam dan berfikir. Sudah bersedia? Soalannya berbunyi,

 ”Adakah cinta memerlukan sebab? ”

Dah fikir? Apa jawapan anda? Apa sebab anda? Sebelum anda membuat sebarang kesimpulan, apa kata kita hayati cerita di bawah.

Sepasang suami isteri sudah lama berkahwin kini berbulan madu untuk kali ke-2 di Pulau Pinang. Ketika mereka berjalan di tepi pantai menghayati panorama matahari terbenam, mereka pun berhenti di sebuah bangku yang telah tersedia. Si isteri teringat satu persoalan yang terpendam selama ini, lantas ditanya kepada sang suaminya.

Isteri : Abang, sudah lama saya pendamkan soalan ini tetapi hari ini saya ingin bertanya. Apakah sebab abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya? Nak ikutkan apalah yang ada pada saya. Dahlah kampung masing-masing jauh. Nak balik raya pun susah.

Suami : Emm.. susah nak terang tu, tetapi percayalah abang memang menyayangi dan mencintai sayang. Ia sukar untuk diceritakan dan digambarkan.

Isteri : Mengapa abang tak boleh terangkan sebabnya? Mustahillah bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak tahu sebabnya.
Setiap perkara mesti ada sebabkan.

Suami : Betul, abang sendiri pun tak tahu sebabnya. Tetapi abang  boleh buktikan bahawa abang memang cintakan sayang. Abang akan usahakan untuk membuktikannya.

Isteri : Tidak, saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Tahu tak saya cemburu melihat  kawan-kawan saya yang lain. Mereka mempunyai suami, semuanya tahu mengapa mereka dicintai. Tetapi abang pula tidak boleh terangkan sebabnya. Abang memang tak cinta saya? Tulah sebab abang tidak tahu sebabnyakan?

Si suami tersentak dan kemudiannya dia berkata untuk melembutkan hati isteri kesayangannya.

“Baiklah, dengar ini. Abang mencintai sayang sebab paras rupa sayang menarik dan lawa, sayang mempunyai suara yang lunak dan lembut, penyayang dan paling penting sayang selalu mengingati abang. Abang suka melihat sayang senyum sebab ianya sangat manis
dan abang sukakan setiap tapak sayang melangkah. Itulah cinta abang.”

Si isteri tersenyum riang mendengar jawapan tersebut. Dia sangat berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Hasratnya berjaya. Hendak dijadikan cerita, selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan. Kemalangan tersebut telah menyebabkan sang isteri koma dan terlantar di hospital.

Si suami sangat bersedih. dia teringat kisah ketika mereka bercuti di Pulau Pinang. Lantas ditarik sehelai kertas untuk dicoretkan sepucuk surat kepada isterinya. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital yang sedang terlantar koma.

“Sayangku, jika disebabkan suara aku mencintaimu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tentu tidak bukan? Oleh itu adakah itu bermaksud aku tidak boleh mencintaimu lagi? Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tentu tidak bukan? Oleh itu adakah itu bermaksud aku tidak boleh mencintaimu. Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tentu tidak bukan? Oleh itu adakah itu bermaksud aku tidak boleh mencintaimu lagi.Jika disebabkan setiap langkahan aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tentu tidak bukan? Oleh itu adakah itu bermaksud aku tidak boleh mencintai mu. Wahai sayangku,jika cinta memerlukan sebab, kini bermaksud aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.

Kasihku, adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,
dan isnyaAllah selamanya dan cintaku tidak perlu ada sebab. Ketahuilah cinta merupakan perkara  yang cantik dan baik. Kadangkala benda yang cantik dan baik di dunia tidak boleh dilihat, tidak boleh dipegang dan tidak mempunyai sebab. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

Love or Like

Cinta, Definisi 3 Comments

Salam motivasi dan Selamat Hari Raya. Anda masih mengadakan rumah terbuka? Kalau belum cepat-cepatlah jemput saya. :-)

Hari ini saya ingin tanya pendapat anda. Soalan yang agak complicated. Selalu dengar tetapi kalau ditanya, susah juga hendak jawab. Apakah anda akan jawab jika anda ditanya soalan ,

 ” Apakah beza antara like dan love?”

Semua orang tahu apa itu love. Tetapi jika diminta diterangkan apa maknanya agak memakan masa juga untuk jawab.

Sebenarnya saya pernah ditanya soalan begitu. Iaitu kira-kira beberapa tahun yang lalu. Ketika menghadiri kem untuk temuduga biasiswa Petronas di Universiti Teknologi Petronas, Perak. Kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan besar yang terdiri daripada seorang fasilitator.Tiba-tiba sahaja, pada suatu hari fasilitator bertanya kan soalan itu. ” Apa perbezaan antara like and love?”

Kami yang masih lagi remaja, agak binggung untuk menjawab. Yelah kami tahu apa itu love, tetapi untuk menerangkannya bukan mudah. Lebih-lebih lagi meminta perbezaan antaranya.

Tiba-tiba muncullah seorang lelaki macho mengangkat tangan untuk menjawab. Harap anda memberi pendapat anda nanti k di ruangan komen.

” Love dan like ada bezanya. Saya beri satu anologi mudah. Contohnya aiskrim. I like aiskrim and i love aiskrim. Besar jurangnya. Jika i like aiskrim, kita sekadar minat sahaja. Tidak dapat aiskrim tersebut tidak mengapa. Berbeza pula dengan i love aiskrim, anda betul-betul sukakannya. Ia menjadi kegilaan anda. Anda sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya. Anda akan mengambil action untuk memastikan ianya realiti. Tetapi berlaianan dengan like. Tiada action atau mungkin sedikit action yang hanya diambil. Itulah beza antara like or love. “Jawab lelaki tersebut dengan penuh yakin.

PS: Saya bukanlah lelaki yang memberi jawapan tersebut.
:-)

Hanya Nilaian Mata

Cinta, Pengajaran 3 Comments

Beberapa hari lepas, saya sempat duduk seketika di sebelah seorang pakcik di surau. Pakcik ini merupakan seorang yang kehilangan penglihatannya dengan erti kata seorang yang buta. Namun begitu dia masih lagi datang ke masjid untuk bersama-sama mengimarahkan masjid. Bukan senang untuk seorang yang buta sepertinya datang ke masjid. Orang normal pun susah. hehe..

Sementara menunggu masuknya Isyak, saya sembang berbual dengannya. Nak tahu tak apa dia,hehe..Saya namakan ia sebagai ” Hanya nilaian mata” pengajarannya. Sedikit tokok tambah dilakukan untuk penyedapan cerita ini.Baca untuk mengetahuinya dan silalah bagi komen anda k..Tak bestlah dah 3-4 tulisan sunyi daripada komen dan pendapat.

“I lost my sight sejak tahun 2003. Tetapi banyak yang saya belajar daripadanya. Contohnya adalah daripada segi judgement iaitu dalam menghakimi sesuatu. Ini disebabkan sebelum ini kita banyak menghakimi sesuatu berdasarkan penglihatan kita. Hanya melihat berdasarkan sesuatu yang cantik dan tidak melihat daripada dalam. Mata banyak menipu. Jadi kita menjadi bias atau berat sebelah dalam membuat keputusan.

Contohnya begini. Kita ambil contoh kereta. Sebelum ini kita kata kereta Mercedes best dan selesa. Sebabnya kita melihat pada bentuknya. Selain itu warnanya yang menarik. Jenama yang ada membuat kita agak ‘bias’ dalam menentukan kereta mana yang baik dan berkualiti. Kita terus mengatakan Mercedes kereta yang baik walaupun di pasaran terdapat beberapa jenis kereta sepertinya.

Jika sebelum ini saya memandang berdasarkan penglihatan, tetapi kini saya menghakiminya daripada sudut berbeza. Saya menghakiminya berdasarkan perasaan ketika saya berada dalamnya.

Sebab itulah saya tidak lagi bertanya kereta apa yang dinaiki. Tetapi saya menghakimi berdasarkan keselesaan yang dialami. Akhirnya baru saya tahu bahawa sebenarnya kereta tersebut hanya berjenama Toyota dan bukannya Mercedes.”

Ps: Ini bukan iklan Toyota. :-)

Apa anda buat?

Cinta 9 Comments

Hari ini saya hendak tanya anda pula. Selalu saya je bagi pandangan. Apa kata anda bagi pandangan pula. Boleh? Bolehlah… :-)

Kita bincangkan masalah cinta. Masalah umum kehidupan. Andaikan anda berada dalam situasi ini. Anda meminati seseorang ini. Masalahnya anda tidak pernah bercakap dengan dia. Tetapi incident yang seketika membuatkan anda bercakapnya. Dan tiada apa-apa pun progres. Cuma perbualan kosong. Kemudian anda sedar, anda sukakanya. Apa yang akan anda buat? Masalahnya di sini anda tidak tahu dia sudah berpunya atau single. Adakah anda sanggup mengambil risiko ini?

Kita jadikan masalah ini lebih complicated. Rakan baik anda juga cuba mendapatkannya. Rakan anda telah memulakan gerak langkahnya dahulu. Cuma ketika itu anda belum lagi mempunyai perasaan terhadap dia. Anda merasakan mungkin ini perasaan suka sahaja. Tetapi kini lain, sejak incident tu, sebenarnya bukan incident apa pun, just berborak kosong anda sudah mempunyai matlamat. Jadi apa anda akan buat? Biasanya ada dua cara:

Teruskan dan beritahu anda suka dia sebab:

  • Anda tidak mahu menyesal dalam hidup. Seperti mana yang berlaku pada Steve Jobs. Dia memberitahu kepada isterinya bahawa dia sukakanya sebab dia membayangkan jika hari tersebut merupakan hari terakhir hidupnya.
  • Mungkin dia sememangnya anda cari.

Atau abaikan sahaja sebab:

  • Bunga atau kumbang bukan sekuntum.
  • Tidak mahu hubungan dengan kawan yang sedia ada terjejas, padahal hubungan dengan dia belum tentu.
  • Mungkin perasaan ini hanya untuk sementara.

Ini antara pandangan yang diberi. Sekarang boleh tak anda kongsi pandangan anda? Apa pilihan anda. Yang mana satu anda akan lakukan. Atau kemungkinan terdapat pilihan lain. Mungkin pandangan anda dapat membantu di kalangan kita. Mungkin doktor atau pakar pencintaan boleh berkongsi. Sesiapa sahaja… :-)

« Previous Entries