Hari ini post saya bertajuk gemuruh. Ada kaitan dengan posting tips pembentangan sebelum ini. Ketakutan dan gemuruh itu adalah normal. Semua manusia akan berasa gemuruh apabila diminta melakukan pembentanagn. Tiada siapa yang tidak mengalaminya. Yang membezakan adalah bagaimana mereka mengawalnya.
Sebab itulah aktiviti ‘public speaking’ merupakan antara aktiviti yang paling ditakuti berdasarkan tinjauan yang dilakukan. Semua orang merasai perasaan tersebut. Satu idea menarik oleh seorang sahabat mengenai gemuruh ini adalah, sebenarnya gemuruh itu ada baiknya. Katanya, ia membuktikan anda masih hidup dan mempunyai kelemahan. Dan itu tandanya tuhan mengingatkan anda bahawa
‘ You still need Me…”
Selamat beramal dan salam inspirasi!
PS : Entah kenapa kebelakangan ini saya sedikit ‘malas’ untuk mengupdate blog…hehe.. Saya minta maaf jika lama tidak mengupdatenya. Sebenarnya, saya kebelakangan ini agak sibuk belajar pada waktu malam. Hal ini kerana ada 2 peperiksaan profesional yang perlu diambil. Doa kan kejayaan saya ye!
Ketahuilah penggunaan perkataan begitu penting dalam hidup kita.Ramai antara kita kurang sedar mengenai kesannya. Kita selalu menggunakan perkataan-perkataan tertentu tanpa kita sedar kesannya pada sikap kita. Seterusnya perkataan itu memberi impak pada hidup kita.
Perkataan yang berkaitan emosi dan sering digunakan mampu membentuk sikap kita. Penggunaan perkataan amatlah penting. Saya namakan ianya ‘kosa kata emosi’. Pemilihan terhadap penggunaan kosa kata ini amat kritikal. Contohnya apabila kita berada dalam keadaan kurang menyenangkan. Kebiasaannya kita menggunakan perkataan ‘tension’untuk mengambar keadaan ketika itu. Tanpa kita sedar ianya tersimpan dan telah terakam dalam minda. Jadi, apabila perkataan ini disebutkan mungkin secara sengaja atau tidak pada waktu yang lain, minda kita mula mengembalikan kisah lama yang berlaku berkenaan kosa kata tersebut. Kesannya kita mula berasa kurang menyenangkan.
Contoh lain adalah seperti perkataan ‘aiskrim’. Mungkin ianya menjadi kosa kota emosi bagi sesetengah orang.Apabila dia menyebut aiskrim, tiba-tiba perasaannya berubah. Kesedihannya berkurang. Ini disebabkan mindanya tanpa sedar mengembalikan nostalgia kenangan lama. Hehe.. Jiwang pula dah
Kesimpulannya, berhati-hatilah dalam menyebut sesetengah perkataan yang mampu membangkitkan emosi sedih anda. Pemilihan yang betul mampu membuat anda positiff sepanjang hari.
Salam bakat dan inspirasi.
PS: Tiba-tiba rasa nak makan aiskrim vanilla+coklat pula.
Apa itu bahagia? Saya pasti tiap seorang mempunyai definisi yang berbeza untuk takrif BAHAGIA. Ianya begitu subjektif untuk dihuraikan. Terpanggil saya untuk bercerita mengenai apa itu bahagia dari perspektif seorang menteri. Hehe..Tiada kaitan dengan menteri di Malaysia.
“Apakah yang dimaksudkan dengan bahagia, wahai tuan?,” tanya seseorang kepada Yahya Bin Khalid al-Barmaky. Sekadar maklumat, Yahya merupakan salah seorang menteri yang agak terkenal di zaman Bani Abbas.
Lalu diijawab oleh Yahya tentang makna kebahagian untuk sama-sama kita renungi.
“Sentosa perangai, kuat ingatan, bijaksana akal, tenang dan sabar menuju maksud.”
PS : InsyaAllah Sabtu ini dari pukul 12-1 petang , saudara Naim Jaafar dan saya akan berada di booth PTS untuk mempromosi buku kami iaitu ‘Apa Bakat Saya?’ di pesta buku, PWTC. Jumpa di sana bagi yang ada kelapangan.
Lamanya saya tidak update blog. Hampir 4 hari. Sebenarnya ada sedikit masalah dengan modem. Tetapi, walauapapun hidup mesti diteruskan. Bersemangat memberi inspirasi. Post motivasi hari ini bertajuk 2 hari.
Dalam banyak-banyak hari, terdapat dua hari yang kita tidak perlu risau. Iaitu hari ‘Semalam’ dan hari ‘Esok’.
Semalam merupakan perkara yang telah berlaku. Semalam merupakan perkara silam. Semalam tidak boleh diubah.Walau apapun yang kita lakukan, kita tidak dapat berpatah balik kepada Semalam. Ianya tinggal sejarah. Walau kita menangis atau membayar segunung emas, kita tetap tidak akan berpatah balik. Walau betapa risau kita terhadap sesuatu perkara, kita tetap tidak akan kembali kepada masa lepas hatta seminit yang lalu.
Esok pula merupakan perkara yang disebaliknya. Ianya diluar jangkaan kita. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Segalanya mungkin boleh dirancang tetapi tidak semestinya ianya menjadi kenyataan. Kita boleh membayangkan kehidupan yang lebih baik, tetapi ianya masih belum lagi terjamin dan menjadi realiti. Hatta mencongak masa depan seminit daripada sekarang tidak termampu kita lakukan. Jadi tiada guna kita merisaukannya.
Tapi kita mempunyai‘Hari Ini’.Ianya sedang berlaku. Ianya sedang berjalan. Sudah semestinya Hari Ini boleh diubah. Ianya boleh dijangkakan. Ianya belum lagi menjadi sejarah dan yang pasti Hari Ini adalah suatu realiti. Masa sedang berputar dan kita berada dalam ruang waktunya. Segalannya mungkin dalam waktu ini. Jadi mengapa risaukan Semalam yang tidak dapat dikembali dan Esok yang tidak dapat dijangkakan. Anda mempunyai waktu sekarang.
Jadi hargainya. Ambil tindakan dan mula bertindak!
PS: Lalu saya mengambil keputusan untuk mengupdate blog saya Hari Ini dan bukannya Semalam atau Esok. Bagusnya alasan saya..
Salam sejahtera. Seperti yang dijanjikan saya akan menghuraikan apa itu hukum kesan dan akibat. Terima kasih untuk beberapa email yang saya terima yang begitu teruja untuk mengetahuinya. Masa untuk bercerita
Hukum kesan dan akibat merupakan hukum yang paling asas dalam hukum alam. Ia menyatakan setiap yang berlaku atau akibat yang diterima, pasti disebabkan sesuatu tindakan. Ia menerangkan setiap yang berlaku pasti mempunyai sebab. Jika anda pergi mendalam lagi daripada sudut sains, seperti mana anda pelajari dalam fizik, setiap daya yang diterima pasti sama dengan daya yang dikenakan.
Kita memikirkan pelbagai pemikiran setiap hari. Ini seterusnya akan menyebabkan kesan pada kehidupan seharian sama ada sedar atau tidak. Hukum ini merupakan hukum minda yang pertama. Anda hari ini adalah kesan pemikiran anda pada masa lepas.
Jika anda ingin mengubah anda yang ada pada hari ini, anda mesti mengubah ‘tindakan’ terhadap pemikiran anda terlebih dahulu. Anda yang memberitahu minda anda arah dan laluan yang perlu dilalui tanpa anda sedar atau tidak. Jadi jika anda ingin mengubah hidup yang lebih baik untuk tahun 2009, maka mulalah mengubah pemikiran anda.
Salam motivasi dan Selamat Hari Raya. Anda masih mengadakan rumah terbuka? Kalau belum cepat-cepatlah jemput saya.
Hari ini saya ingin tanya pendapat anda. Soalan yang agak complicated. Selalu dengar tetapi kalau ditanya, susah juga hendak jawab. Apakah anda akan jawab jika anda ditanya soalan ,
” Apakah beza antara like dan love?”
Semua orang tahu apa itu love. Tetapi jika diminta diterangkan apa maknanya agak memakan masa juga untuk jawab.
Sebenarnya saya pernah ditanya soalan begitu. Iaitu kira-kira beberapa tahun yang lalu. Ketika menghadiri kem untuk temuduga biasiswa Petronas di Universiti Teknologi Petronas, Perak. Kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan besar yang terdiri daripada seorang fasilitator.Tiba-tiba sahaja, pada suatu hari fasilitator bertanya kan soalan itu. ” Apa perbezaan antara like and love?”
Kami yang masih lagi remaja, agak binggung untuk menjawab. Yelah kami tahu apa itu love, tetapi untuk menerangkannya bukan mudah. Lebih-lebih lagi meminta perbezaan antaranya.
Tiba-tiba muncullah seorang lelaki macho mengangkat tangan untuk menjawab. Harap anda memberi pendapat anda nanti k di ruangan komen.
” Love dan like ada bezanya. Saya beri satu anologi mudah. Contohnya aiskrim. I like aiskrim and i love aiskrim. Besar jurangnya. Jika i like aiskrim, kita sekadar minat sahaja. Tidak dapat aiskrim tersebut tidak mengapa. Berbeza pula dengan i love aiskrim, anda betul-betul sukakannya. Ia menjadi kegilaan anda. Anda sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya. Anda akan mengambil actionuntuk memastikan ianya realiti. Tetapi berlaianan dengan like. Tiada action atau mungkin sedikit action yang hanya diambil. Itulah beza antara like or love. “Jawab lelaki tersebut dengan penuh yakin.
PS: Saya bukanlah lelaki yang memberi jawapan tersebut.
Kejayaan merupakan sesuatu perkataan bila kita sebut perassan kita berasa gembira.Tetapi apa makna kejayaan kepada kita?Pernah kita terfikirkannya?
Cuba uji ujian mudah ini.Jumpa 10 orang dan tanya apakah makna kejayaan.Kemudian pada orang yang sama tanya makna apa itu kegagalan.
Apakah jawapannya?
Hampir semua mempunyai takrif kejayaan yang berbeza.Ada yang kata kejayaan ialah bila kita berjaya menjadi nombor satu di dalam industri kita.Ada yang berkata kejayaan ialah bila kita berjaya mendapat RM 1juta.Ada yang berkata mendapat anak merupakan kejayaan.Pelbagai takrif diberikan kepada kejayaan.
Dan untuk takrif kegagalan,saya pasti ramai yang memberi takrif yang hampir sama.Kegagalan ialah gagal mendapat sesuatu.
Jadi mengapa kita harus berfikir tentang kegagalan?Takrif kegagalan sama sahaja untuk semua orang.Tetapi berfikirlah apa makna kejayaan kepada kita.Kerana takrifnya berbeza untuk setiap oraang.Mendapat RM 1 juta mungkin dianggap sudah berjaya untuk sesetengah orang,tetapi ada orang menggangap itu masih sedikit.Mereka menganggap RM1 billion barulah dianggap kejayaan.
Oleh itu,fikirkan makna kejayaan kepada anda?Takrif kegagalan sama sahaja dimana-mana.
Tindakan memberi makna yang pelbagai jika dilihat daripada pelbagai perspektif.Kadangkala tindakan dianggap sesuatu yang membosan. Ia perlu dilakukan mendapatkan hasil. Tindakan membuat kita berasa kurang semangat kerana matlamat tidak dapat dicapai dengan mudah. Namun begitu,takrif tindakan akan memberi kita cas-cas yang positif dan semangat yang membara jika kita melihat dari sudut yang betul.
Mari kita lihat maksud TINDAKAN:
Maksud tindakan bagi saya adalah:
1.Sesuatu perbuatan.
2.Sesuatu gerak kerja yang dilakukan untuk mencapai matlamat.
3.Sesuatu usaha yang disalurkan untuk berjaya.
4.Sesuatu yang mendekatkan saya dengan matlamat
5.Proses kejayaan.
6.Proses yang membuat saya lebih matang dalam mencari cara untuk mencapai kejayaan.
Sekarang fikirkan maksud TINDAKAN bagi diri anda. Fikirkan sesuatu yang menarik.Berikan pelbagai maksud TINDAKAN kepada anda. Apabila ada sesuatu negatif terlintas di minda anda, fikirkan apa maksud TINDAKAN yang sesuai pada masa tersebut. Ini penting supaya anda sentiasa bersemangat tinggi dan sentiasa fokus untuk mendapatkan matlamat. Hampir keseluruhan proses untuk mendapatkan impian anda adalah terletak pada tindakan. Jadi ubahlah perspektif anda kepada makna TINDAKAN. TINDAKAN adalah sesuatu yang menarik jika kita melihat daripada sudut yang berbeza.
So,what is TINDAKAN for you?
Produk Terrkini
Dapatkan Ebook mini "22 Tips dan Panduan Pengurusan Masa" percuma. Klik Sini