Bermatlamat dan berjiwa besar

Ebook, Idola Kejayaan, Quote Motivasi No Comments

Seterusnya saya akan berkongsi satu idea yang menarik daripada ikon jutawan kedua dalam buku mentor jutawan. Personaliti yang dimaksudkan adalah Azizi Ali. Saya pasti semua kenal dengan saudara Azizi Ali yang merupakan pakar kewangan dalam Malaysia. Bukunya seperti ‘Bagaimana Hendak Menjadi Jutawan Hartanah’, ‘Bagaimana Hendak Menjadi Tuan Rumah Jutawan’, ‘Jutawan Extreme’ laku laris di pasaran. Dalam banyak-banyak buku beliau, buku yang paling saya suka adalah ‘Jutawan Extreme’, tidak rugi anda membelinya. :-)

Dalam Mentor Jutawan apa yang menarik dikonsi beliau adalah mengenai matlamat.Saya suka satu quote yang sering dikongsi beliau dalam seminar yang dianjurkan,

“Be at the edge of fantasy but within the realms of reality.”

“Maksud saya di sini jangan biarkan destinasi yang kita tetapkan itu kita boleh capai dengan senang tetapi kita set satu destinasi yang boleh mencabar keupayaan kita makan ianya akan menjadi satu destinasiyang bagus.” Azizi Ali

Jelas apa yang dikatakan beliau. Apabila kita berimpian biarlah impian tersebut besar. Pastikan kita berfikir dan berjiwa besar. Namun begitu pastikan ianya masih dalam skop realiti. Contohnya kita bermatlamat ingin menjadi doktor dengan menamatkan pengajian yang diambil dalam masa setahun. Impian itu adalah impian yang bagus dan baik. Tetapi adakah ianya logik atau sekadar fantasi? Seperti yang diketahui kursus untuk menjadi seorang doktor mengambil kira-kira 5 tahun. Oleh itu, bermatlamat menjadi doktor dalam masa 1 tahun adalah impian yang mustahil. Tetapi jika anda merupakan genius, itu senang sahaja. :-)

Kesimpulannya, bermatlamatlah dan berimpianlah tetapi pastikan perkara tersebut dalam kawasan realiti dan logik. :-)

Ebook Pengurusan Masa

Ebook No Comments

Ya, seperti mana tajuk di atas saya telah berjaya menyiapkan sebuah ebook mini berkaitan dengan pengurusan masa. Ia memakan masa sehari lebih untuk disiapkan. Memang penat tetapi memberi kepuasan kepada saya kerana dapat berkongsi dan sebagai langkah promosi laman web ini.

Dalam ebook ini ia menceritakan tentang 22 tips dan panduan bagaimana mengurus masa dengan lebih efektif lagi. Ianya mudah sahaja dan tidak sesukar mana. Ia mengandungi 10 muka surat sahaja dan saya yakin anda dapat menghabiskan dalam masa yang singkat sahaja. Apa yang penting adalah kita dapat mengimplementasi idea yang terdapat dalam buku ini.

Dan menariknya ebook ini adalah percuma. Saya harap anda dapat sebarkannya kepada beberapa rakan anda supaya mereka juga mendapat manfaat bersama. Sama-sama sebarkan. Saya berkongsi ilmu anda penyebarnya. :-) Saya tidak menjanjikan kepada anda sesuatu yangtinggi, tetapi saya percaya ilmu yang ada dalam ebook ini bernilai dalam memberi anda sebuah kehidupan yang bermakna.

Selamat membaca dan berilah komen anda terhadap ebook ini. InsyaAllah, supaya saya dapat memperbaiki kelemahan yang ada pada masa akan datang. Untuk download Klik Sini

:-)