Apa itu kejayaan?

Definisi, Falsafah Kejayaan 2 Comments

Kejayaan merupakan sesuatu perkataan bila kita sebut perassan kita berasa gembira.Tetapi apa makna kejayaan kepada kita?Pernah kita terfikirkannya?

Cuba uji ujian mudah ini.Jumpa 10 orang dan tanya apakah makna kejayaan.Kemudian pada orang yang sama tanya makna apa itu kegagalan.

Apakah jawapannya?
Hampir semua mempunyai takrif kejayaan yang berbeza.Ada yang kata kejayaan ialah bila kita berjaya menjadi nombor satu di dalam industri kita.Ada yang berkata kejayaan ialah bila kita berjaya mendapat RM 1juta.Ada yang berkata mendapat anak merupakan kejayaan.Pelbagai takrif diberikan kepada kejayaan.

Dan untuk takrif kegagalan,saya pasti ramai yang memberi takrif yang hampir sama.Kegagalan ialah gagal mendapat sesuatu.

Jadi mengapa kita harus berfikir tentang kegagalan?Takrif kegagalan sama sahaja untuk semua orang.Tetapi berfikirlah apa makna kejayaan kepada kita.Kerana takrifnya berbeza untuk setiap oraang.Mendapat RM 1 juta mungkin dianggap sudah berjaya untuk sesetengah orang,tetapi ada orang menggangap itu masih sedikit.Mereka menganggap RM1 billion barulah dianggap kejayaan.

Oleh itu,fikirkan makna kejayaan kepada anda?Takrif kegagalan sama sahaja dimana-mana.

P/s:Kongsilah makna kejayaan anda :-)

Hidup Satu Pilihan

Falsafah Kejayaan, Quote Motivasi 2 Comments

Kehidupan adalah suatu pilihan. Anda boleh memilih untuk menjadi siapa yang anda mahu. Anda boleh memilih untuk memiliki apa yang anda hendaki. Semuanya tentang pilihan.

Begitu juga dengan menjadi jutawan. Menjadi jutawan adalah pilihan. Anda boleh memilih untuk menjadi jutawan dengan mempunyai aset yang pelbagai. Ataupun menjadi jutawan dengan memokuskan pada satu bidang. Ataupun anda   boleh memilih untuk menjalani kehidupan sederhana yang sememangnya anda inginkan. Oleh itu, buat pilihan sekarang juga. Jika anda terus dalam keadaan tidak mengetahui pilihan anda, anda hanya membuang masa anda sahaja. :-)

Anda adalah unik

Bakat, Falsafah Kejayaan 1 Comment

Pernah tak anda berasa anda kurang bijak dan pandai berbanding orang lain? Anda merasakan anda seorang yang bodoh. Sebabnya dalam peperiksaan anda biasanya mendapat keputusan yang teruk. Anda dijadikan sebagai contoh tidak baik dalam kelas.

Silap jangan berfikir demikian. Anda sememangnya hebat. Anda adalah unik. Percayalah. Setiap orang mempunyai keunikkan tersendiri. Setiap orang mempunyai kepintaran tersendiri. Begitu juga dengan anda. :-)

Menurut Gadner yang merupakan pakar psikologi , manusia terdiri daripada 8 kepintaran utama, iaitu:

1. Kepintaran matematik dan logik

2. Kepintaran bahasa

3. Kepintaran interpersonal

4. Kepintaran intrapersonal

5. Kepintaran kinestatik

6. Kepintaran muzik

7. Kepintaran ruang

dan terakhir sekali…

8. Kepintaran natural

Setiap orang mempunyai kepintaran dominan yang berbeza. Tetapi agak malang sedikit kerana sistem persekolahan banyak menumpukan terhadap kepintaran matematik dan logik. Oleh itu, sesiapa yang mempunyai kekurangan dari segi ini gagal menyerlah. Di sini bukan bermakna anda bukan atau tidak boleh menjadi orang berjaya. Setiap orang mampu berjaya menggunakan kepintaran yang ada. Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Nicol David juga berjaya walaupun mereka bukanlah dominan dari segi kepintaran matematik dan logik. Jadi mulai hari ini buangkanlah sikap rendah diri bahawa anda bukan bijak. Anda bijak dan unik. :-)

Rasa-rasanya apa kepintaran anda? Kongsilah bersama di sini.

Kepercayaan

Falsafah Kejayaan, Idola Kejayaan, Tips Motivasi 1 Comment

Salam motivasi. Hari ini kita akan bercakap tentang kepercayaan. Kepercayaan adalah satu perkara yang penting dalam aspek peningkatan diri. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Jika kita percaya kita mampu lakukannya kita adalah benar. Jika kita percaya kita tidak mampu melakukannya kita juga benar. Dalam mencapai sesuatu kita mesti mempunyai kepercayaan yang tinggi. Dengan itu ia mampu memberi momentum kepada kita untuk berjaya.

Perkara ini bukanlah perkara baru. Sebelum ini manusia percaya mereka tidak mampu berlari di bawah 4 minit untuk larian 1 batu. Tetapi kepercayaan saudara Roger Banister tidak percaya bergitu. Beliau percaya perkara tersebut mampu dilakukan. Setiap hari beliau berlatih akhirnya beliau berjaya. Selepas kejayaan beliau ramai atlit mampu melakukan perkara yang sama. Adalah ini kebetulan? Tentunya tidak. Inilah dikatakan belief yang mendalam bahawa perkara tersebut mampu dilakukan. Atlit sebelum ini tidak percaya mula percaya perkara tersebut mampu dilakukan.

Jadi ikon yang seterusnya yang akan dikongsi dalam blog ini adalah Chef Li. Beliau merupakan penulis buku bestseller untuk Jutawan Senyap. 1 idea yang menarik daripada beliau adalah tentang pendapat beliau mengenai kepercayaan.

” Kita mesti mempunyai satu kepercayaan, belief. Yang kedua kita mesti ada value ataupun nilai ke atas benda yang kita nak lakukan, maknanya jika kita percaya, misalnya bersenam boleh menyihatkan tubuh badan, itu adalah belief. Yang kedua, kita pula menghargai kesihatan iaitu dengan bersenam kita akan sihat dan kesihatan itu adalah satu nilai yang sangat berharga.

So, dengan kepercayaan dan nilai yang tinggi ini, maka kita akan bersenam setiap hari supaya kita sihat. Begitu juga kalau kita dalam lakukan apa-apa usaha.”

Jadi apakah kepercayaan anda. Anda adalah apa yang anda fikirkan. :-)

Motivasi Dalam Al-Quran Dan Hadis

Falsafah Kejayaan, Ilmu, Islam No Comments

Al-Quran merupakan kitab dan panduan yang lengkap untuk umat Islam. Kebenarannya tidak perlu lagi diragui. Dan di dalam Al-Quran juga mengandungi kata-kata motivasi. Contohnya seperti:

-Bersegeralah

-Bersungguh-sungguhlah

-Berlumba-lumbalah

-Kuatkanlah kesabaranmu

-Bersabarlah

Dalam Sunah juga terdapat beberapa ungkapan motivasi.

Contohnya seperti:

-Bersegeralah untuk bekerja

-Jagalah sesuatu yang bermanfaat bagimu

-Ada dua kenikmatan, kebanyakan manusia tertipu dengan dua nikmat ini iaitu nikmat kesihatan dan nikmat masa lapang

:-)

Tekad

Falsafah Kejayaan, Quote Motivasi, Winner No Comments

 

 

” Apabila kamu telah membulatkan tekadmu maka bertawakallah kepada Allah”

Ali Imran 3:159

 

Dalam mencapai sesuatu matlamat, kita mesti memppunyai tekad yang tinggi untuk berjaya. Tiada sesiapa yang berjaya dengan melakukan perkara sambil lewa dan semangat yang biasa. Insan yang berjaya adalah insan yang mempunyai tekad yang tinggi untuk berjaya.

Tekad bermaksud meletakkan sesuatu keazaman yang tinggi untuk mencapai sesuatu. Dalam proses tersebut mungkin terdapat halangan. Tetapi apabila anda mempunyai tekad, perkara ini akan diharungi dengan tabah.

Setiap kejayaan yang hadir semestinya mempunyai halangan. Contohnya untuk memenangi pingat emas olimpik, seseorang atlit mestilah sanggup bekerja keras dalam latihan. Halangannya mungkin kawan atau persekitarannya. Mana mungkin kejayaan dicapai dengan latihan dan semangat tidak serius. Dan elemen yang penting memacu motivasi tersebut adalah tekad. Bertekadlah dan seterusnya bertawakallah kepada Allah.

Tekad yang tinggi+Tindakan+IzinNya= Kejayaan!!! :-)