Maya Karin takut untuk terjun ke laut?

Falsafah Kejayaan, Umum, Winner 4 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Nampaknya hampir seminggu saya tidak update blog ini. Hal ini kerana saya telah menghabiskan cuti hujung hujung minggu di Pulau Redang yang terletak di Terengganu. Sungguh menyeronokkan dan saya menghayati waktu tersebut. Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menjemput saya. Hoho, oklah sebelum saya tersasar dan terus membebel, ayuh kita ke post motivasi hari ini.

Ketakutan merupakan faktor mengapa seseorang itu tidak berjaya. Ia menjadi halangan utama untuk insan yang begitu dahagakan kejayaan. Tetapi, oleh kerana disebabkan ketakuatan yang ada, ini membuatkan dia takut untuk mengambil langkah. Ketakutan terdiri daripada pelbagai jenis. Tetapi antara ketakutan utama yang sering dikatakan adalah ketakutan ‘bercakap di depan orang ramai’, ‘miskin’, ‘tinggi’ dan lain. Walaubagaimanapun terdapat berita gembira mengenai masalah ini. Terdapat ubat untuk ketakutan.

Contoh mudah yang dapat diambil mengenai ketakutan terhadap laut. (Mentang-mentanglah baru balik dari Pulau Redang ?  :-) )  Seorang yang takut berada di dalam air. Dia takut untuk berada di dalam laut walaupun memakai jaket keselamatan. Bagaimanakah untuk mengatasinya? Cara yang paling mudah adalah menolaknya. Lalu terjatuhlah dia ke dalam lautan yang dalam itu. Tetapi percaya atau tidak, perasaan ketakutan itu telah hilang. Hal ini kerana dia telah menolak dirinya kearah ketakutan tersebut. Tindakan yang diambilnya telah berjaya mengubat ketakutan tersebut.

Jawapannya adalah : Ubat yang paling mujarab terhadap ketakutan adalah tindakan.
Begitu juga dengan ketakutan terhadap pengucapan umum. Apa yang perlu diperlukan untuk merawatnya adalah melakukannya. Paksa diri anda untuk melakukannya. Tidak dinafikan pada permulaan perasaan cemas itu begitu mendalam, tetapi percayalah, lama kelamaan perasaan itu semakin berubah dan berkurangan. Anda kini tidak lagi gelabah. Tindakan yang diambil oleh anda telah merawat ketakutan anda.

Jadi, kesimpulan post hari ini adalah, ketakutan itu boleh dirawat. Caranya adalah dengan melakukanya. Ya, pada permulaannya anda pasti merasa kurang enak, tetapi percayalah ia adalah rawatan yang terbaik.

Salam motivasi dan salam inspirasi..owh redang~ :-)

Kepercayaan Diri

Bakat, Falsafah Kejayaan, Keyakinan diri 4 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

 

 

“Anda perlu mempercayai diri anda ketika tiada siapa mempercayainya.

Itu yang membuatkan anda menjadi pemenang.”

Venus Williams
Pemain tenis professional

Professor Graham Jones merupakan professor yang telah menjalankan kajian terhadap kualiti minda yang membezakan antara atlit berprestasi tinggi dengan yang lain. Dalam penemuan tersebut beliau telah menyenaraikan kedudukan minda atlit ini. Hasilnya didapati bahawa kepercayaan terhadap diri merupakan keperluan yang berada paling atas untuk menjadi atlit yang berjaya. Kepercayaan terhadap diri amat penting dalam bidang sukan untuk seseorang berjaya. Tidak kira apa pun bidang sukan yang diceburi, mempunyai kepercayaan diri yang tidak dapat digugat dalam mencapai matlamat pertandingan yang membuatkan mereka berjaya.

Kepercayaan diri amat penting dalam diri individu. Tidak kira apa pun perkara yang dilakukan, percayakan kepada potensi diri anda. Selamat Tahun Baru Cina. Harap-harap tahun ini banyak terima limau. :-P

Salam inspirasi

52 minggu untuk tahun 2010

Falsafah Kejayaan, Pendapat 5 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tanpa kita sedar, kita kini berada di tahun 2010. Yang pastinya, setahun sudah berlalu. Sama ada kita suka atau tidak, kita tetap berada di tahun 2010.  Yang pastinya berlaku lagi peningkatan umur. Tua setahun nampaknya saya. Hoho.. Jadi, apa azam anda tahun ini? Disini saya senaraikan cadangan beberapa perkara perlu disedari tentang peningkatan umur ini .

1. Mempunyai matlamat. Menyedari pentingnya mengetahui apa yang ingin dicapai dalam tahun ini. Ingat, kita hanya mempunyai 52 minggu sahaja tahun ini.

2. Menyedari perkara-perkara penting untuk dilakukan. Ini kerana kita tidak mampu melakukan semua perkara. Tetapi kita mempunyai pilihan untuk memilih perkara yang ingin dilakukan.

3. Sedar tentang umur yang meningkat. Maksudnya selangkah kita kealam kematian. Adakah kita bersedia? Nampaknya, perlunya kita muhasabah diri mengenai hal ini. Bijak di sini dan juga bijak di sana. Membuatkan saya terfikir sesuatu ayat mengenainya. ‘Kematian adalah syarat menemui cinta’.  Cinta yang abadi :-)

4. Belajar tentang sesuatu. Jangan bazirkan masa yang ada. Manusia akan terasa hidup apabila mempelajari sesuatu. Jadi tidak kisah apa perkara pun, pelajari sesuatu untuk tahun ini.

Apa-apa pun yang ingin dilakukan, ingatlah kita hanya ada 52 minggu sahaja untuk tahun ini.

Ada cadangan lain untuk dilakukan? Apa kata kongsi bersama.

Salam inspirasi dan selamat tahun baru. :-P

Keputusan Anugerah Skrin Kontroversi?

Bakat, Falsafah Kejayaan, Soalan Menarik No Comments

Assalamuaaikum dan salam sejahtera,

Lama rasanya tidak update. Bukan apa, ada peperiksaaan yang perlu dihadapi. Ingat dah kerja takda peperiksaan ke? Hehe..adalah.. :-)  Tajuk hari ini adalah ‘Cara Membuat Keputusan’.

Manusia mempunyai pelbagai cara dalam membuat keputusan. Kadang-kala sesuatu yang kelihatan munasabah dan jalan yang terbaik bagi seseorang, tidak semestinya dilihat satu keputusan yang bijak oleh orang lain. Keunikan dalam membuat keputusan sememangnya tidak dinafikan. Menurut Myer Brigss, antara orang penting dalam penghasilan ujian MBTI, cara manusia membuat keputusan boleh terbahagi kepada dua kategori. Kod pertama adalah golongan Thinker dan satu lagi adalah golongan Feeler.

Cara memikir oleh golongan Thinker tidak sama dengan golongan Feeler. Cara Thinker berfikir  adalah berdasarkan logik dan rasional. Apa yang menjadi matlamat mereka adalah membuat keputusan yang betul. Asalkan sesutau diletakkan pada tempatnya.

Berbeza dengan kod Feeler. Cara mereka membuat keputusan adalah berdasarkan emosi. Jawapan mereka subjektif dan tidak seperti kod Thinker yang begitu objektif. Kod Feeler membuat keputusan berdasarkan keadaan sekeliling dan masyarakat. Mereka sensitif terhadap perasaan orang lain. Mereka begitu mengambil berat apa yang difikirkan oleh orang lain. Mereka meletakkan perasaan orang lain dalam membuat keputusan. :-)

Dalam memberi analogi membuat saya terfikir sebuah siri televisyen yang saya lihat beberapa tahun dahulu, iaitu siri televisyen Smallville. Kisah mengenai Superman ketika dia masih remaja sebelum dia menjadi dewasa.

Ketika itu dia berada di sekolah menengah. Dengan bakat yang ada padanya sebagai pemain penting untuk pasaukan bolasepak,ada pihak uiversiti telah berminat untuk memberi biasiwa supaya dapat belajar di universiti mereka. Namun begitu, dia berasa agak berat untuk pergi meninggalkan ayahnya.

Sehinggalah sampai ke suatu babak yang saya rasa dapat dihadikan contoh jelas cara mereka membuat keputusan.

“Nak, ayah rasa ayah mahu engkau pergi universiti tersebut. Ayah tidak mahu jadi penghalang kepada engkau. Ayah dahulu sungguh kesal kerana tidak dapat pergi. Atuk engkau menghalang ayah daripada pergi. Ayah tidak mahu lagi jadi seperti atuk engkau. Ayah mahu engkau berjaya.”

Keadaan hening..

“Ayah, ini bukanlah mengenai ayah. Tetapi ini mengenai bagaimana anak yang saya ingin jadi. Saya ingin bersama keluarga ini,” terang superman yang masih remaja ketika itu.

2 orang yang membuat keputusan. Seorang membuat keputusan berdasarkan objektif. Ayah angkat superman mahu anak angkatnya mencapai cita-cita dan kejayaan yang diimpikan.

Manakala supeman membuat keputusan berdasarkan subjektif. Ia memikirkan perasaan, keadaan sekeliling dan emosi ketika membuat keputusan. Dia memilih untuk kekal di kampung halamannya. Hal ini kerana  itulah yang diinginkannya.

Adakah keputusan superman betul? Atau adakah keputusan ayah angkat superman betul?
Tidak. Setiap orang unik. Semuanya mempunyai cara dan sebab dalam membuat keputusan. Oh indahnya ciptaannya.

Rasa-rasa anda jenis yang mana?

PS : Rasa-rasanya keputusan Anugerah Skrin berdasarkan cara berfikir apa eh?  :-)

Ubah respon saudara!

Falsafah Kejayaan, Ilmu No Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saudara, dalam hidup ini banyak perkara tidak dapat dijangkakan.Contohnya kematian seseorang yang disayangi, kemerosotan ekonomi,cuaca. Semua ini  keadaan yang tidak dapat dikawal oleh kita. Tetapi ada sesuatu saudara boleh ubah. Iaitu respon saudara terhadap perkara tersebut. Respon adalah sikap. Dan ingat,sikap saudara dikawal oleh saudara sendiri.

Contohnya seperti ketika kita belajar di sekolah dahulu.Tentu kita pernah mengalami keadaan dimana kita tidak faham apa yang dipelajari .Kita cuba untuk memahami subjek tersebut tetapi tidak berjaya. Akhirnya menyebabkan kita berasa agak kecewa.

Ada dua cara untuk saudara respon terhadap perkara ini.Pertama, saudara boleh berputus asa atau kedua, saudara menggunakan pendekatan lain.Contohnya saudara pergi bertanya kepada guru yang lain. Ataupun saudara bertanya kepada  kawan-kawan saudara yang memahami subjek tersebut.

Dua pendekatan, tetapi respon yang berbeza dan dua hasil akhir yang tentunya berbeza. Pendekatan yang pertama tentu membawa kepada keadaan saudara tidak akan faham terhadap subjek tersebut selagi saudara tidak mengubah respon yang pertama. Pendekatan kedua pula membawa kepada saudara memahami subjek tersebut pada akhirnya.

Jadi mulai hari ini kawallah respon saudara.Saudara boleh mempunyai dua respon iaitu respon positif dan respon negatif.Maka pilihlah respon yang positif.
PS: Skima pula ayat hari ni. :-P

Salam inspirasi

Kepuasan

Falsafah Kejayaan, Idola Kejayaan 3 Comments

Ianya satu kepuasan jika anda dapat menghasilkan sesuatu yang diinginkan. Ketika itu wang bukanlah ukuran. Ianya satu perasaan yang puas dan tidak dapat digambarkan. Anda tersenyum sendirian mengenangkan apa yang telah anda lakukan.

Wang memanglah penting. Tetapi tika itu saya percaya apa yang dilihat anda adalah satu kepuasan. Sebab itulah jutawan terus bekerja. Mereka bukanlah mahu wang. Jika wang menjadi matlamat mereka, saya pasti mereka akan berhenti apabila mereka telah berjaya mencapai sesuatu nilai. Donald Trump sudah pastinya akan berhenti kerja. Tony Fernandes sudah pastinya akan bersara. Hartanya sudah berjutaan ringgit. Jadi apa lagi yang hendak dikejarkan?

Jawapannya adalah satu, mereka seronok dengan apa yang mereka lakukan. Mereka menikmati proses ketika melakukannya.

Saya masih ingat lagi ketika buku pertama saya terbit. Saya akui royalti yang bakal diterima mungkin menarik jika buku saya laris di pasaran. Tetapi itu merupakan perkara yang akan datang. Apa yang mengujakan saya apabila buku saya  berada di pasaran, rakan-rakan membelinya. Famili menyokong apa yang dilakukan. Ahli keluarga tidak penat untuk mengutus doa mengharapkan kejayaan. Perasaan itu merupakan perasaan yang unik.

Ianya perasaan yang mengembirakan. Seolah-olah anda telah berjaya mencapai sesuatu yang besar, seolah-olah dunia itu anda yang punya. Pendapat saya, rasa itulah yang dirasakan oleh jutawan. Bukan wang yang dijadikan ukuran. Tetapi apabila anda berjaya mencapai sesuatu setelah mengharungi penat lelah, anda merasakan ianya satu kepuasan yang tidak dapat dibayangkan.

Jadi, apa kepuasan anda? :-P

Salam inspirasi

Sebab dan Impian…..

Falsafah Kejayaan 2 Comments

Ketahui ‘sebab’ anda. Semua orang pasti mempunyai sebab untuk mencapai sesuatu.Tidak kira apa yang diimpikan,tetapi pasti terselindung sebabnya. Contohnya seorang pemuda yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Pasti jua mempunyai sebabnya. Dengan keputusan yang cemerlang, dia berharap supaya berpeluang untuk bekerja di tempat yang diingini. Begitu juga dengan keadaan pemuda lain. Contohnya seorang perempuan yang mengorat seorang lelaki.Pasti mempunyai sebab disebalik usaha mengoratnya itu.Untuk dijadikan teman hidup mungkin. :-P

Jadi walau apa pun impian yang diingini, pasti terselindung sebab disebaliknya. Sebab itu yang membuat seseorang itu berusaha kuat. Berusah keras ingin menjadi kaya disebabkan mahu membahagiakan isteri,anak, ibu bapa dan lain-lain. Berusaha menjadi kaya disebabkan ingin memiliki rumah impian. Semuanya disebabkan ‘sebab’.

‘Sebab’ membuatkan seseorang bersemangat. Mengetahui kenapa mereka berusaha membuat seseorang berusaha bersungguh-sungguh. Jadi tips hari ini, ketahuilah sebab kepada impian anda. Semakin banyak sebab mengapa ada ingin mencapai impian tersebut, maka semakin gigih anda berusaha mendapatkannya
PS: Baru balik daripada kampung…. :-P

Selamat Hari Raya

Falsafah Kejayaan 1 Comment

Kadang –kadang kita hanya perlu lakukannya.  Seperti tema jenama terkenal Nike, iaitu ‘Just Do It’. Apa yang diimpikan atau apa yang diinginkan, hanya lakukan. Jika impian anda adalah hendak mendapatkan impian A, kerjalah untuk mendapatkannya. Usaha terlalu memikirkan terlalu panjang atau terlalu memikirkan cara yang kompleks. Terlalu memikir hanya akan membuat impian anda lambat direalisasikan atau semakin jauh daripada anda.

Memang tidak dinafikan, kita perlu merancang.Tetapi kadang kala rancangan itu yang membantut perjalanan kita ke arah kejayaan. Ia membuat kita semakin kurang semangat dek kerana usaha yang terlalu banyak diberikan padahal ia masih lagi pada peringkat perancangan. Jadi, bila saat yang digunakan terlalu lama, jangan terlalu memikirkannya. Just do it.  Memetik kata Donald Trump, KISS

“Keep It Simple Stupid!’

 

Usahkan susahkan jalan ke impian anda yang sememangnya sukar. Lakukan sahaja. Saya teringat ketika saya belajar di universiti dahulu, di mana kami bercadang untuk memulakan satu perniagaan ice blended. Kami bercadang untuk berniaga di pasar malam yang berdekatan. Kami merancang dan memikirkan kemungkinan yang akan berlaku dan apa yang diperlukan. Kami merancang panjang, sehinggala ke satu saat seorang berkata, (tak taulah siapa hero tu.. :-P )

 

“ Buat dahulu. Lepas dah buat kita akan tahu.”

 

Jadi kami pun memulakan. Sememangnya benar, selepas itu baru kami tahu apa yang perlu dibuat. Perlahan-lahan membuka jalan dan cara untuk memulakan perniagaan ice blended. Kesimpulan daripada cerita di atas, buatlah apa yang ingin anda lakukan.Terlalu memikirkannya hanya melambatkan perjalanan anda.

 

Jadi untuk hari raya ini, lakukan apa yang anda ingin lakukan. Minta maaflah dan saling bermaafan. Usah terlalu memikirkan siapa yang patut memulakan dahulu. Terlalu memikir kadang kala melambatkan usaha pendamaian itu. Jadi, hanya lakukan.Maafkan rakan, sanak saudara dan lain-lain. Lakukan dahulu jika mereka tidak lakukan dahulu. Hidup ini terlalu singkat untuk terlalu merancang dan berfikir. Just do It.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.Saya pohon seribu kemaafan jika ada silap dan salah ketika saya berblog dalam tempoh setengah tahun ini. :-)

Ramadhan Yang Semaik Pergi..

Cerita Inspirasi, Falsafah Kejayaan, Islam 1 Comment

 

 

“Waktu yang berlalu lebih tajam daripada mata pedang jika engkau mengetahuinya.”

Masa umpama mata pedang. Ia sangat berguna untuk yang tahu menggunakannya. Memotong pada tempatnya dan bukan sekadar digunakan untuk memotong sesuatu yang kurang datang manfaatnya. Masa yang pergi tidak dapat dikembalikan.Ianya membawa penyesalan yang besar untuk yang tidak memanfaatkannya.Saat bertukar minit dan seterusnya bertukar menjadi jam dan membentuk masa. Perlahan-lahan umur semakin tua diinjak waktu.

 

 

 

 

Begitu juga dengan Ramadan kali ini. Bulan yang berkat ini tinggal beberapa lagi hari lagi. Baki hari yang hendak direbut semakin berkurangan. Yang pasti, ianya tidak akan datang lagi. Ramadhan akan datang sudah tentu tidak sama dengan Ramadhan hari ini disebabkan faktor fizikal yang berubah disebabkan perubahan masa.

Jadi mari bersama-sama mengambil kesempatan melakukan yang terbaik walaupun masa yang tinggal terhad. Masa yang ada gunakanlah sebaiknya.

Umpama mata pedang, ia mampu digunakan untuk menghunus musuh. Tetapi ia juga mampu mencedarakan diri. Jangan ‘tercedera’ dengan mata pedang tersebut.

Ayuh, semai semangat mengejarkan malam yag ada sebelum ianya berlalu. :-)

Salam Inspirasi~

Berapa jauh eh..?

Cerita Inspirasi, Falsafah Kejayaan, Keyakinan diri 2 Comments

Assalamualaikum dan salam sejatera,

 


“Emm..saudara saiful..berapa jauh ye saya dapat pergi? Adakah saya boleh menjadi terkenal seperti Irfan Khairi? Terkenal seperti pelakon Brad Pitt..Ataupun hanya kekal sebagai insan biasa?”

Berapa jauh saya dapat pergi? Ianya satu soalan yang sangat subjektif. Mengambil masa untuk dijawab. Kenangan berputar. Persoalan itu mengingatkan saya ketika saya berumur belasan tahun. Ketika itu saya berada di tingkatan 5. Menghitung detik ketika dan bulan untuk menghadapi peperiksaan penting yang akan menentu masa depan hidup saya iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Pihak sekolah telah menjemput seorang motivator untuk memberi inspirasi kepada kami. Dan saya rasa ianya mempunyai kaitan dengan ‘berapa jauhkah saya dapat pergi?’

Motivator tersebut telah memanggil seorang kawan saya untuk membantunya dan kawan saya itu dengan senang hati tampil ke depan untuk datang menolongnya. Untuk menjadikan cerita ini menarik lagi, kawan saya yang datang itu merupakan seorang yang tinggi dan berbadan besar. Jadi secara logik akalnya, dia mempunyai kuasa lebih kuat berbanding orang lain. :-P

Motivator itu telah memberikan satu spring untuk dilemparkan. Dia telah meletakkan target lontaran ke titik A. Titik A itu jaraknya cuma 4 meter sahaja daripada kawan saya. Sudah tentu kawan saya dapat melontarkan spring itu dengan begitu mudah dan senang sekali. Spring itu berjaya dilontar berdekatan dengan titik yang dikehendaki.

Kemudian, motivator tersebut telah mencadangkan kepada kawan saya untuk melontar sejauh yang mungkin. Menggunakan tenaga dan sekuat yang boleh. Lalu dengan bersungguhnya kawan saya melontar sejauh mungkin. Jarak yang dilontarkannya adalah berkali-kali ganda daripada titik A. Semua orang kagum. Tetapi ‘point’ yang penting ianya berkali ganda daripada titik A.

Jadi saya merasakan ianya dapat menjawab persoalan ‘berapa jauh saya dapat pergi?’ Ianya bergantung pada anda. Anda boleh sahaja melontarkan pada titik A sahaja. Ataupun anda boleh sahaja menggunakan dan optimumkan keupayaan diri anda untuk melontar lebih jauh daripada titik A. Semuanya adalah bergantung pada ANDA.

Salam inspirasi. :-)

« Previous Entries