Bagaimanakah menjadi seorang yang Hebat?

Falsafah Kejayaan, Idola Kejayaan 1 Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bagaimanakah untuk menjadi pemenang atau seorang yang hebat? Soalan motivasi yang perlu difikirkan pada hari ini. :-P

Jawapannya adalah mudah. Untuk menjadi juara ataupun hebat , kita mestilah memiliki mentaliti sama seperti orang hebat atau juara berfikir. Dr Stapler,yang merupakan penulis untuk buku ‘Think Like A Winner” telah menggariskan mereka yang hebat ini mempunyai 10 kepercayaan atau corak pemikiran. 10 kepercayaan inilah yang sebenarnya menjadi asas kepada pencapaian hebat mereka. Jadi, jika kita hendak menjadi seperti mereka, kita mestilah berfikiran seperti mereka. Membentuk mentaliti ini perlahan demi perlahan seterusnya mendapat hasilan yang optimun.

Disini disenaraikan 10 kepercayaan utama mereka.

  • Orang hebat bukanlah dilahirkan, mereka dicipta.
  • Daya yang menentukan kewujudan anda adalah fikiran yang anda masukkan.
  • Anda berkuasa dalam menentukan realiti anda.
  • Terdapat hikmah disebalik kepayahan.
  • Setiap kepercayaan anda adalah pilihan.
  • Anda tidak dikalahkan sehinggalah anda menerima realiti bahawa anda dikalahkan dan mengambil keputusan untuk berhenti.
  • Anda sememangnya mempunyai potensi berjaya sekurang-kurangnya satu kawasan dalam kehidupan anda.
  • Batasan sebenar yang menghalang anda mencapai apa yang diingini dalam kehidupan ini adalah anda.
  • Tiada pencapaian yang hebat tanpa komitmen yang hebat.
  • Anda memerlukan sokongan anda kerjasama daripada orang lain dalam mencapai impian yang bermakna.

Tanpa kita suka atau tidak, pemahaman ini yang diterapkan oleh orang hebat dalam hidup mereka. Suka atau tidak, ini yang perlu kita ada dalam perjalanan menjadi insan yang Hebat. Sedikit demi sedikit berusaha untuk menjadi diri mereka. Ayuh!

Salam inspirasi :-)

Tips Steve Job

Cerita Inspirasi, Idola Kejayaan, Tips Motivasi, Tokoh 5 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

steve jobs motivasi kejayaan

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai tips kejayaan daripada Steve Jobs. Beliau merupakan salah satu idola saya dan merupakan salah seorang pereka teknologi yang begitu kenali. Tahu iPhone? Itu adalah salah satu penghasilan beliau. Beliau merupakan pengasas kepada syarikat Apple. Tetapi oleh sebab-sebab tertentu, beliau telah disingkirkan daripada syarikat tersebut. Tetapi akhirnya kembali ke syarikat tersebut kerana hanya beliau sahaja mampu membuat Apple pergi jauh dengan kebolehannya.

Owh..panjangnya saya bercerita mengenainya. Apa kata kita terus ke tips mengenai kejayaan yang dikongsi. ;-)

  1. Lakukan perkara yang anda sukai. Hasil karya yang baik datang daripada melakukan perkara yang anda suka. Semua orang yang berjaya pada hari melakukan perkara yang mereka minati.Tiger Woods dengan golfnya. Donald Trump dengan minatnya berurusan dengan hartanah. Tony Fernandes dengan minatnya dalam pemasaran.
  2. Menjadi seorang yang berbeza. Belajarlah untuk berfikir lain daripada lain. Berfikir di luar kotak dan idea baru. Sekadar berkongsi dengan panjang, ini sebenarnya mematuhi hukum Pareto. Anda akan dibayar lebih jika melakukan perkara di mana orang lain kurang mahir dalam melakukannya.
  3. Lakukan yang terbaik. Dalam setiap perkara yang dilakukan, berikan yang terbaik. Mungkin hasilnya tidak nampak sekarang, tetapi percayalah ianya pasti kembali.
  4. Lakukan analisis SWOT . Senaraikan kelemahan dan kekuatan anda. Membuat senaraian membuat anda tahu apa yang perlu dikuatkan dan apa yang perlu dielakkan.
  5. Bermula kecil dan berfikiran besar. Jangan terlalu memikirkan sesuatu perkara dengan begitu kompleks. Bermulalah dengan sesuatu yang mudah.Think big and start small.
  6. Memberi fokus pada hasil akhir. Hal ini kerana tidak kira apa yang anda lakukan, masyarakat menilai pada hasil akhir. Buktikan kepada mereka.

Itulah 6 tips yang dikongsi oleh Steve Jobs. Harap ianya membantu. Selamat mencuba.

Salam inspirasi.

PS : Harap Steve Jobs membaca entri lalu menghadiahkan saya sebuah iphone..Owh iphone.. :-)

Kepuasan

Falsafah Kejayaan, Idola Kejayaan 3 Comments

Ianya satu kepuasan jika anda dapat menghasilkan sesuatu yang diinginkan. Ketika itu wang bukanlah ukuran. Ianya satu perasaan yang puas dan tidak dapat digambarkan. Anda tersenyum sendirian mengenangkan apa yang telah anda lakukan.

Wang memanglah penting. Tetapi tika itu saya percaya apa yang dilihat anda adalah satu kepuasan. Sebab itulah jutawan terus bekerja. Mereka bukanlah mahu wang. Jika wang menjadi matlamat mereka, saya pasti mereka akan berhenti apabila mereka telah berjaya mencapai sesuatu nilai. Donald Trump sudah pastinya akan berhenti kerja. Tony Fernandes sudah pastinya akan bersara. Hartanya sudah berjutaan ringgit. Jadi apa lagi yang hendak dikejarkan?

Jawapannya adalah satu, mereka seronok dengan apa yang mereka lakukan. Mereka menikmati proses ketika melakukannya.

Saya masih ingat lagi ketika buku pertama saya terbit. Saya akui royalti yang bakal diterima mungkin menarik jika buku saya laris di pasaran. Tetapi itu merupakan perkara yang akan datang. Apa yang mengujakan saya apabila buku saya  berada di pasaran, rakan-rakan membelinya. Famili menyokong apa yang dilakukan. Ahli keluarga tidak penat untuk mengutus doa mengharapkan kejayaan. Perasaan itu merupakan perasaan yang unik.

Ianya perasaan yang mengembirakan. Seolah-olah anda telah berjaya mencapai sesuatu yang besar, seolah-olah dunia itu anda yang punya. Pendapat saya, rasa itulah yang dirasakan oleh jutawan. Bukan wang yang dijadikan ukuran. Tetapi apabila anda berjaya mencapai sesuatu setelah mengharungi penat lelah, anda merasakan ianya satu kepuasan yang tidak dapat dibayangkan.

Jadi, apa kepuasan anda? :-P

Salam inspirasi

Hari Ibu

Idola Kejayaan, Islam, Umum 3 Comments

Mother Days

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar anda semua? Sihat? Hari ini merupakan hari ibu dan izinkan saya berceloteh mengenai ibu. Yelah, dah namanya hari ibu, sudah tentu kita bercerita mengenai hari ibu. Sempena penghargaan kepada ibu yang telah melahirkan dan menjaga kita.

Setiap orang mempunyai seseorang atau lebih yang memberi inspirasi kepadanya. Mungkin ibunya, mungkin bapanya. Mungkin juga kawannya, mungkin suaminya, atau mungkin isterinya. (Hoho..saya belum lagi..  :-P )

Tidak kira siapapun, saya pasti dia mempunyai sumber inspirasinya. Mungkin seorang, mungkin lebih. Sumber inspirasi mungkin memberi tips motivasi, berkongsi pengalaman atau secara tidak sedar menjadi inspirasi kepadanya.

Dalam kes saya, salah seorang yang memberi inspirasi kepada saya adalah ibu saya sendiri. Yang mana saya memanggilnya mak. Emak saya mungkin seorang tidak berminat dan jarang membaca buku psikologi atau motivasi. Tetapi tanpa sedar, beliau banyak memberi inspirasi dan motivasi kepada saya untuk saya menghargai kehidupan ini.

Emak saya merupakan seorang yang sibuk. Pada hari bekerja, beliau bekerja sebagai seorang  guru. Manakala waktu terluang digunakan untuk melakukan kerja rumah yang belum selesaikan. Saya lihat, ada sahaja kerja yang dilakukannya. Jarang beliau duduk diam, kecuali waktu menonton slot televisyen favourite beliau, cerekarama. :-)

Selain waktu itu, pasti beliau tidak duduk diam. Ada sahaja benda hendak dikemasnya. Namun begitu apa yang menarik, setiap kali ingin ke pasar, emak saya akan mengajak saya untuk menemaninya. Emak saya akan menyuruh saya memandu walaupun dia sendiri mampu melakukannya.

Jarak ke pasar agak jauh.Mengambil masa setengah jam perjalanan. Ketika inilah saya akan berborak dengan emak dengan panjang lebar.Tidak kira pasal apa pun. Kisah perjalanan hidup saya. Mengenai perkerjaan saya. Mengenai peristiwa yang berlaku. Gosip-gosip baru  ke.. :-P

Setelah lama  barulah saya tahu tujuan emak menyuruh saya menemaninya.

Kata emak, “Mak ajak hang g pasar bukan apa, saja nak sembang. Disinilah wujudnya kualiti masa.

Saya tersenyum sendirian mendengar kata-kata itu. Betul kata emak, apa yang penting dalam hidup ini bukanlah kuantiti tetapi kualiti. Masa yang digunakan untuk melakukan sesuatu.

Memetik kata-kata majalah solusi edisi-5,

“Masa diukur bukan pada nilai kuantitinya tetapi kualitinya. Bukan lama atau singkatnya,

panjang atau pendeknya tetapi bergantung kepada bagaimana ia diurus dan untuk apa ia digunakan.

 

Kepada ibu saya yang mungkin tidak akan membaca post ini, andalah inspirasi saya. Nurkilan dan post hari ini adalah untuk anda. Anda merupakan salah seorang inspirasi saya.

PS : Saya ucapkan selamat hari ibu kepada semua pembaca. Masa untuk menghargai ibu anda. :-)

Kuasa Pengetahuan

Idola Kejayaan, Quote Motivasi No Comments

Salam motivasi dan selamat Hari Raya Korban,

Saudara, tanpa sedar atau tidak kita sudah menghampiri penghujung tahun 2008. Sudah setahun berlalu sama ada kita sedar atau tidak. Tips hari ini ingin mengupas sebuah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,

“ Jika sesuatu kerja itu diberikan kepada orang yang bukan ahli,

maka hancurlah kerja-kerja itu.”

Pengetahuan merupakan satu kuasa. Dalam Islam kita dituntut menuntut ilmu. Sebagaimana yang dipesan oleh junjungan Nabi Muhammad SAW. Jika sesuatu dilakukan oleh seseorang yang bukan ahlinya, maka pekerjaan tersebut akan hancur. Bukan sahaja pekerjaan, malah apa yang dilakukan tanpa ilmu yang cukup juga akan hancur.

Oleh itu, walaupun siapa saudara, berusahalah menambah ilmu untuk menguasai diri. Ilmu itu seterusnya dapat membantu kita bersaing dengan orang lain dan menjalani kehidupan yang lebih baik. Laburlah sedikit wang untuk menghadiri seminar atau membeli buku. Jika anda ingin berjimat, guna sahaja kuasa internet. Kini semua maklumat di hujung jari. Baca blog –blog ilmu untuk menambahkankan pengetahuan anda. Betul tak? :-)

Matlamat Realistik

Idola Kejayaan, Quote Motivasi, Winner 1 Comment

Jika anda mempunyai dan sudah menulis matlamat anda, maka kerjalah untuk merealisasikannya. Tetapi pastikan matlamat anda merupakan sesuatu yang realisitik. Pastikan gol atau destinasi itu bukan sekadar fantasi sahaja, tetapi boleh dicapai.

Semak matlamat anda adakah ianya bersesuai dalam tempoh masa tersebut. Adakah ianya rasional mengikut keadaan anda? Contohnya anda ingin menjadi jutawan dalam masa 1 tahun.

Memang impian tersebut boleh dicapai tetapi adalah mustahil untuk anda menjadi jutawan dalam masa 1 tahun jika pendapatan anda hanya RM5000 sebulan sahaja. RM1 juta jika dibahagikan kepada 12 bulan bermaksudnya anda sekurang-kurangnya perlu mempunyai pendapatan RM90000 sebulan. Adakah ianya logik untuk dicapai?  Ianya logik untuk dicapai tetapi persoalannya, adakah ianya realistik bagi anda yang sekadar mempunyai pendapatan RM5000 buat masa ini?


“Tetapkanlah dan punyailah matlamat walaupun anda masih muda. Tetapi apa yang penting adalah anda mempunyai matlamat dan impian yang realistik. Banyak atlit mempunyai matlamat tetapi masalahnya mereka tidak tahu bagaimana hendak ke destinasi tersebut. Mereka hanya menempuhi kegagalan demi kegagalan dan kesan akhirnya menyebabkan mereka berasa tidak yakin dengan diri..


Anda memerlukan matlamat yang realisitik. Tidak kiralah sama ada ingin terpilih dalam pasukan atau melompat untuk sesuatu jarak, apa yang penting ianya boleh dicapai.”

Sally Gunnell

Hijjas Kasturi

Idola Kejayaan 4 Comments

Hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda mengenai seorang yang berjaya dari segi kepintaran ruang. Menurut Howard Gardner, manusia terdiri daripada 8 kepintaran. Salah satunya adalah kepintaran ruang. Kepintaran ini adalah kepintaran berkaitan visual dan ruang. Kepintaran ini biasanya dimiliki oleh arkitek, mekanik. :-)

Hijjas Kasturi,  merupakan nama yang terkenal dalam seni bina. Sebut sahaja namanya , ramai akan teringat reka bentuk menara rebung Telekom Malaysia yang berdiri megah. Rekaan beliau bukan setakat itu sahaja, reka bentuk Pusat Konvesyen Putrajaya , bangunan Tabung Haji, menara Maybank merupakan antara karya beliau yang dikenali.

Reka bentuknya sungguh hebat dan mempersonakan. Atas sumbangannya, beliau telah menerima pelbagai anugerah. Antaranya ialah anugerah untuk Kuching Civic Centre daripada Association of Engineers, California, USA (1989), ASEAN Awards (1990), 12th Tokyo Cretion award dan 2001 PAM Gold Medal Award daripada pertubuhan Arkitek Malaysia. Sumbang beliau yang begitu banyak pada bumi Malaysia tidak dapat dinafikan.

Adam Khoo

Idola Kejayaan 6 Comments

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang salah seorang idola saya.Beliau yang dimaksudkan adalah Adam Khoo.

Adam Khoo merupakan seorang ahli perniagaan dan merupakan salah seorang motivator yang terkenal di Asia Tenggara. Beliau merupakan warga Singapura dan Ceo kepada syarikatnya iaitu Adam Khoo Learnih Technology. Syarikat ini merupakan salah satu syarikat latihan dan pendidikan terbesar di Asia.

Selain itu, beliau juga merupakan penulis buku motivasi. Buku beliau bertajuk ‘ I Am Gifted So Are You’ telah terjual melebihi 25000 naskah di Singapura.  Dalam buku ini beliau berkongsi tentang teknik pelajar cemerlang. Beliau juga menceritakan pengalaman beliau sebagai pelajar yang tidak diberi harapan kerana kemalasannnya semasa kecil seterusnya berubah menjadi pelajar cemerlang.

Beliau juga merupakan penulis kepada buku ‘ How to Mutiple Your Child’s Inteligence’ dan ‘ Master Your Mind, Design Your Destiny’. Buku ‘Master Your Mind, Design Your Destiny’ merupakan buku yang mengandungi beberapa maklumat dan pendekatan NLP. Dalam buku ini pembaca akan diberitahu langkah demi langkah untuk membentuk keyakinan diri, menghilangkan rasa takut dan berani berimpian dan berjiwa besar. Info dalam buku ini begitu bermanfaat sehinggakan salah satu penerbit buku di Malaysia iaitu PTS telah mengterjemahkan bukunya kepada Bahasa Melayu supaya pekongsian maklumat ini lebih meluas.

Kepercayaan

Falsafah Kejayaan, Idola Kejayaan, Tips Motivasi 1 Comment

Salam motivasi. Hari ini kita akan bercakap tentang kepercayaan. Kepercayaan adalah satu perkara yang penting dalam aspek peningkatan diri. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Jika kita percaya kita mampu lakukannya kita adalah benar. Jika kita percaya kita tidak mampu melakukannya kita juga benar. Dalam mencapai sesuatu kita mesti mempunyai kepercayaan yang tinggi. Dengan itu ia mampu memberi momentum kepada kita untuk berjaya.

Perkara ini bukanlah perkara baru. Sebelum ini manusia percaya mereka tidak mampu berlari di bawah 4 minit untuk larian 1 batu. Tetapi kepercayaan saudara Roger Banister tidak percaya bergitu. Beliau percaya perkara tersebut mampu dilakukan. Setiap hari beliau berlatih akhirnya beliau berjaya. Selepas kejayaan beliau ramai atlit mampu melakukan perkara yang sama. Adalah ini kebetulan? Tentunya tidak. Inilah dikatakan belief yang mendalam bahawa perkara tersebut mampu dilakukan. Atlit sebelum ini tidak percaya mula percaya perkara tersebut mampu dilakukan.

Jadi ikon yang seterusnya yang akan dikongsi dalam blog ini adalah Chef Li. Beliau merupakan penulis buku bestseller untuk Jutawan Senyap. 1 idea yang menarik daripada beliau adalah tentang pendapat beliau mengenai kepercayaan.

” Kita mesti mempunyai satu kepercayaan, belief. Yang kedua kita mesti ada value ataupun nilai ke atas benda yang kita nak lakukan, maknanya jika kita percaya, misalnya bersenam boleh menyihatkan tubuh badan, itu adalah belief. Yang kedua, kita pula menghargai kesihatan iaitu dengan bersenam kita akan sihat dan kesihatan itu adalah satu nilai yang sangat berharga.

So, dengan kepercayaan dan nilai yang tinggi ini, maka kita akan bersenam setiap hari supaya kita sihat. Begitu juga kalau kita dalam lakukan apa-apa usaha.”

Jadi apakah kepercayaan anda. Anda adalah apa yang anda fikirkan. :-)

Bermatlamat dan berjiwa besar

Ebook, Idola Kejayaan, Quote Motivasi No Comments

Seterusnya saya akan berkongsi satu idea yang menarik daripada ikon jutawan kedua dalam buku mentor jutawan. Personaliti yang dimaksudkan adalah Azizi Ali. Saya pasti semua kenal dengan saudara Azizi Ali yang merupakan pakar kewangan dalam Malaysia. Bukunya seperti ‘Bagaimana Hendak Menjadi Jutawan Hartanah’, ‘Bagaimana Hendak Menjadi Tuan Rumah Jutawan’, ‘Jutawan Extreme’ laku laris di pasaran. Dalam banyak-banyak buku beliau, buku yang paling saya suka adalah ‘Jutawan Extreme’, tidak rugi anda membelinya. :-)

Dalam Mentor Jutawan apa yang menarik dikonsi beliau adalah mengenai matlamat.Saya suka satu quote yang sering dikongsi beliau dalam seminar yang dianjurkan,

“Be at the edge of fantasy but within the realms of reality.”

“Maksud saya di sini jangan biarkan destinasi yang kita tetapkan itu kita boleh capai dengan senang tetapi kita set satu destinasi yang boleh mencabar keupayaan kita makan ianya akan menjadi satu destinasiyang bagus.” Azizi Ali

Jelas apa yang dikatakan beliau. Apabila kita berimpian biarlah impian tersebut besar. Pastikan kita berfikir dan berjiwa besar. Namun begitu pastikan ianya masih dalam skop realiti. Contohnya kita bermatlamat ingin menjadi doktor dengan menamatkan pengajian yang diambil dalam masa setahun. Impian itu adalah impian yang bagus dan baik. Tetapi adakah ianya logik atau sekadar fantasi? Seperti yang diketahui kursus untuk menjadi seorang doktor mengambil kira-kira 5 tahun. Oleh itu, bermatlamat menjadi doktor dalam masa 1 tahun adalah impian yang mustahil. Tetapi jika anda merupakan genius, itu senang sahaja. :-)

Kesimpulannya, bermatlamatlah dan berimpianlah tetapi pastikan perkara tersebut dalam kawasan realiti dan logik. :-)

« Previous Entries