Tahniah
May 29, 2008 Cerita Inspirasi, Idola Kejayaan No CommentsRasanya tidak terlambat untuk saya mengucapkan tahniah kepada saudara Fadzli Yusof untuk kejayaannya baru-baru ini. Bukunya yang ditulis bersama dengan Dato Fadzilah Kamsah iaitu Kuasa Hijrah telah berjaya memenangi kategori buku Bukan Fiksyen Bahasa Malaysia. Tahniah saya ucapkan. Teruskan menulis. Saudara Fadzli Yusof adalah salah seorang motivator yang mula meningkat namanya di Malaysia. Selain buku Kuasa Hijrah, buku tulisan beliau yang lain iaitu 55 Petua Orang Berjaya telah berjaya menjadi bestseller National.
Beliau merupakan salah seorang sumber inspirasi dan idola saya. Saya berharap saya juga dapat memenangi anugerah tersebut seperti beliau satu hari nanti. Manakala untuk anda, siapakah idola anda? Sebenarnya dengan mempunyai idola memudahkan diri anda untuk mencapai kejayaan. Kerana anda hanya perlu lakukan apa yang dilakukan oleh idola anda.The system is already there, just follow it. Jika anda membuat dengan terperinci sistem yang digunakan oleh idola anda, saya yakin suatu hari nanti anda pun akan menjadi seperti mereka.
Sumber Berita Harian:




