Kisah Si Emile Coue

Ilmu, Keyakinan diri 1 Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar anda sekalian? Saya harap anda berada dalam keadaan baik. Selamat membaca tajuk post hari ini. ‘Kisah Si Emile Coue’. Tapi siapa ya Si Emile ? :-P

 

 

Ini adalah sebuah kisah. Kisah ahli farmasi Perancis yang bernama Emile Coue. Kisah yang berlaku bukan dalam beberapa tahun ini. Pada suatu hari, datanglah seorang pesakit untuk membeli ubat daripadanya. Pelanggan itu mahu membeli dadah sebagai ubat. Emile tidak mahu menjualnya, tetapi pelanggannya tetap berdegil. Lalu beliau telah terfikirkan satu helah. Iaitu untuk memberi ‘dadah’ yang sebenarnya adalah pil gula. Cubaannya berjaya dan pelanngan itu pun pulang setelah memperolehi apa yang dihajati.

Setelah beberapa hari, pelanggan itu datang semula. Kali ini dia datang bukan dengan penyakitnya tetapi dengan wajah yang gembira. Pelanggan itu sudah sembuh. Emile sungguh terkejut dan penemuan inilah yang seterusnya menghasilkan kesan placebo.

Pembaca sekalian, mengapa ubatan itu berjaya? Jawapannya adalah keyakinan yang diletakkan oleh pelanggan tersebut. Kepercayaan mindanya telah berubah. Mindanya telah memprogramkan bahawa dia akan sembuh jika  makan ubat tersebut. Dan apa yang diterapkan dalam minda itulah yang terjadi. Penyakitnya berjaya disembuhkan. Apakah yang diterapkan oleh anda? :-)

Salam inspirasi

PS : Gambar di atas tidak ada kena mengena dengan keadaan ketika cerita ini berlaku…  :-P

Tetapi…mengapa dia tidak berjaya?

Ilmu, Minda, Quote Motivasi, Umum 5 Comments

Tahun Baru Cina

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sempena Tahun Baru Cina ini saya telah bercuti selama seminggu. Satu cuti yang panjang. Salah satu aktiviti saya adalah pulang ke kampung yang terletak nun di utara iaitu Pulau Pinang. Salah satu tempat yang disinggahi saya semasa cuti adalah Chowrosta ( hehe saya pun tak pasti adakah ejaan ini betul) , iaitu terletak berhampiran dengan Komtar. Pernah dengar kawasan ini? Kawasan ini terkenal dengan tempat membeli buah pala.  :-P

Selain itu kawasan ini juga terkenal secara diam sebagai  tempat menjual buku terpakai. Saya tidak melepaskan peluang untuk singgah membeli buku terpakai di sana jika berpeluang. Buku di sana tersangat murah. Kalau di kedai buku lain, mungkin jumlah keseluruhan yang perlu dibayar adalah RM200 untuk hari itu. Tetapi di sini, buku-buku pembelian saya pada hari itu dapat diperolehi dengan harga RM70. Sungguh berbaloi.

Tetapi blog hari ini bukanlah hendak mempromosi kedai buku ini. Tetapi tetap berkisar tentang motivasi. Antara buku yang saya sempat beli adalah buku personal workbook tulisan Stephen R. Covey.

stephen-covey-7-habits-of-highly-effective-people

Sememangnya buku tulisan Stephen merupakan buku yang terkenal. Antara karyanya adalah “The 7 Habits Of Highly Effective People.” Melihat saya membeli buku personal itu, tuan punya kedai buku itu telah mencadangkan buku tulisan Stephen yang lain kepada saya. Saya menolak dengan baik kerana saya sudah mempunyainya. Tiba-tiba saya terfikir sesuatu, orang ini mengenali Stephen Covey! Dia tahu buku tersebut merupakan salah satu buku terkenal!

Fikiran saya terus berfikir. Dia mempunyai banyak buku terkenal yang lain. Dia mempunyai buku mengenai jutawan, cara pemasaran, buku mengenai computer dan banyak lagi. Tetapi….mengapa dia tidak berjaya? Maksud saya, kedainya masih lagi di ceruk-ceruk kedai usang yang tidak dikunjungi oleh orang lain. Tiada perubahan. Masih sama seperti dahulu. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Akhirnya saya mengambil satu kesimpulan daripada kisah hari itu. Dia sekadar ‘mempunyai buku’ itu.

Pembaca sekalain, kita mungkin boleh membaca buku, mempunyai beberapa koleksi buku ataupun mempunyai kedai buku seperti orang di atas, tetapi jika kita tidak melakukan berkenaan  dengan ilmu yang diperolehi, ianya pasti akan terkubur begitu sahaja. Apa yang penting adalah tindakan terhadap ilmu tersebut. Tanpa melakukannya, ilmu tersebut hanya sekadar ‘diperolehi’.

“Actions speak louder than words”

Selamat bekerja… :-)

Episod 2 :19 ekor Lembu

Cerita Inspirasi, Ilmu 8 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Nampaknya ramai yang memberi respon untuk soalan sebelum ini. Terima kasih saya ucapkan. Bagaimana dengan pembaca yang lain? Ada jawapan yang ditemui?

Tanpa membuang masa mari saya sambung cerita yang berlaku kepada pengagihan 19 ekor lembu tersebut. Tiga anak terus berfikir. Masing-masing tidak mahu mengalah. Mereka tidak mahu amanah ayah gagal disempurnakan. Tetapi apa yang mereka nampak, amanah tersebut sukar untuk dilaksanakan. Berita ini sampai pada pakcik mereka yang tinggal tidak jauh daripada situ.

Lalu setelah diceritakan, pakcik tersebu telah menjumpai satu penyelesaian yang kreatif. Dia berkata, “nak, ambiklah lembu pakcik seekor ni.Pakcik dah tua pun. Takpelah anak-anak boleh tolong jagakan. Semoga masalah anak berjaya diselesaikan.”

Kini jumlah lembu menjadi 20 ekor dengan pertambahan daripada seekor lembu yang diberikan oleh pakciknya. Berdasarkan amanah, anak pertama mendapat separuh. Jadi jumlah yang diperolehinya adalah 10 ekor lembu. Manakala anak kedua memperolehi suku daripada jumlah lembu. Maka jumlah yang diterimanya adalah 5 ekor lembu. Anak terakhir menerima 1/5 daripada jumlah keseluruhan. Jadi jumlah lembu yang diterimanya adalah 4 ekor. Apabila ditambah jumlah keseluruhan yang diagihkan adalah sebanyak 19 ekor. Dimana anak pertama menerima 10 ekor, anak kedua menerima 5 ekor dan anak terakhir menerima 4 ekor lembu. Tinggallah seekor lagi.

“Lagi seekor ini kami pulang semula kepada pakcik. Terima kasih kerana membantu kami. Sungguh bijak pakcik ni,” kata mereka kepada pakcik tersebut.Pakcik tersebut hanya tersenyum.

Kehidupannya mereka seterusnya tiada siapa yang tahu, yang penting mereka berjaya melaksanakan amanah ayah mereka.

Salam inspirasi dan motivasi. :-)

PS: Rasa-rasa anda, apakah kesimpulan cerita ini?

Ubah respon saudara!

Falsafah Kejayaan, Ilmu No Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saudara, dalam hidup ini banyak perkara tidak dapat dijangkakan.Contohnya kematian seseorang yang disayangi, kemerosotan ekonomi,cuaca. Semua ini  keadaan yang tidak dapat dikawal oleh kita. Tetapi ada sesuatu saudara boleh ubah. Iaitu respon saudara terhadap perkara tersebut. Respon adalah sikap. Dan ingat,sikap saudara dikawal oleh saudara sendiri.

Contohnya seperti ketika kita belajar di sekolah dahulu.Tentu kita pernah mengalami keadaan dimana kita tidak faham apa yang dipelajari .Kita cuba untuk memahami subjek tersebut tetapi tidak berjaya. Akhirnya menyebabkan kita berasa agak kecewa.

Ada dua cara untuk saudara respon terhadap perkara ini.Pertama, saudara boleh berputus asa atau kedua, saudara menggunakan pendekatan lain.Contohnya saudara pergi bertanya kepada guru yang lain. Ataupun saudara bertanya kepada  kawan-kawan saudara yang memahami subjek tersebut.

Dua pendekatan, tetapi respon yang berbeza dan dua hasil akhir yang tentunya berbeza. Pendekatan yang pertama tentu membawa kepada keadaan saudara tidak akan faham terhadap subjek tersebut selagi saudara tidak mengubah respon yang pertama. Pendekatan kedua pula membawa kepada saudara memahami subjek tersebut pada akhirnya.

Jadi mulai hari ini kawallah respon saudara.Saudara boleh mempunyai dua respon iaitu respon positif dan respon negatif.Maka pilihlah respon yang positif.
PS: Skima pula ayat hari ni. :-P

Salam inspirasi

5 Juzuk

Ilmu, Islam 3 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahera,

 


Saya baru pulang daripada kampung yang tercinta. Memang seronok dapa berpuasa di sana. Wah…Terasa ingin bercuti lagi. Tetapi apakan daya, banyak tugas sedang menunggu. Harap saya tidak terlambat untuk mengucapkan Salam Ramadhan kepada pembaca blog. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan dapat kita tempuhi dengan lebih baik daripada sebelum ini.

Beberapa hari lepas saya terfikirkan suatu kempen.Ya, kempen untuk muhasabah diri sepanjang Ramadhan ini.Kempen ini adalah mengenai kempen membaca Al-Quran. Saya namakan kempen ini ‘Kempen membaca Al-Quran 5 juzuk’. Hoho.. Mesti ramai tertanya mengapa tidak 30 juzuk? Bukankah selalunya orang membaca sebanyak 30 juzuk atau khatam pada bulan Ramadhan ini?

Ya,saya tidak nafikan itu. Tetapi persoalannya berapa ramaikah yang akan berjaya menghabiskan 30 juzuk untuk bulan ini? Lebih malang lagi tiada lansung yang membaca al-Quran seperti bulan yang berlalu disebabkan sibuk dengan aktiviti masing-masing. Rasanya nanti boleh dibilang dengan jari yang mengkahatam Al-quran di bulan keberkatan ini. Lebih ramai lagi saya rasa tidak menghabiskan sejuzuk pun. Aduhai, itulah kenyataan. Saya tidak kata anda, saya percaya anda yang membaca ini semuanya baik-baik. :-P

Kenapa 5 juzuk? Saya menyemak kemampuan diri sendiri. Saya merasakan saya mampu untuk memberi komitmen sebanyak 3 mukasurat sehari. Lalu saya darabkan dengan 30 hari. Maka terhasillah  sekitar 90 mukasurat. Lalu saya lihat di dalam Al-Quran, untuk menghabiskan 5 juzuk memakan sebanyak 101 mukasurat. Jadi disitulah saya meletakkan tanda aras matlamat 5 juzuk iatu yang bersamaan dengan 3 mukasurat sehari. Suatu matlamat kecil tetapi mempunyai  ganjaran yang sangat besar.

Sememangnya memang nampak mudah 3 mukasurat, tetapi tepuk dada tanya selera. Ianya bukan sesuatu yang mudah tetapi bukanlah sesuatu yang tersangat sukar. Tetapi bagi yang merasakan mampu melakukan lebih daripada itu, tidak mengapa silakan. Kempen ini adalah untuk memeriahkan lagi bulan Ramadhan. Jadikan 5 juzuk itu sebagai matlamat. Jika lebih daripada itu tidak salah.

Jadi, ayuhlah kita meriahkan kempen membaca Al-Quran 5 juzuk. Bersama-sama kita rebut keberkatan Ramadhan yang ada padanya. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelumnya. Selamat berpuasa dan selamat beribadah. Salam Ramadhan. :-)

Kenduri Kahwin

Ilmu, Islam No Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sudah lama saya tidak update blog. Hampir seminggu. Satu tempoh yang lama. Sama seperti cuti sekolah. :-P Semalam, saya baru balik daripada Johor. Memenuhi kawan jemputan kawan saya yang berkahwin. Tahniah kepda saudara Mohd Helmi dan saudari Nora. Semoga berbahagia bukat setakat anak cucu, tetapi bercinta sehingga ke syurga. Biarlah cinta yang dibentuk menuju syurga yang abadi.

Persoalan hari ini. Kawan saya sudah pun berkahwin. Saya bila lagi? Umur semakin meningkat naik. Hehe..

Menceritakan mengenai kenduri kahwin mengingat saya kepada sebuah nasihat. Nasihat seorang yang bijaksana kepada anaknya. Nasihat Luqman Al-Hakim.

“Wahai anakku, kamu ikutlah ketika orang membawa jenazah, dan janganlah kamu mengikuti jamuan perkahwinan. Kerana jenazah itu dapat mengingatkan engkau akan kesudahan dari hidupmu di dunia yang fana ini. Sementara majlis perkahwinan akan membangkitkan nafsu berahimu dan ini akan membuat kamu merasa bahawa senang dengan kehidupan dunia.”

Dan post sebenarnya untuk hari ini adalah tentang kematian.Wah,panjangnya mukadimah saya.

Nabi SAW pernah bersabda mengenai kematian,

Ingatlah mati!Demi Zat dan jiwaku dalam kekuasanNya,kalau kamu tahu apa yang aku ketahui, tentulah kamu akan sedikit tertawa dan banyak menangis.”

Izinkanlah saya berkongsi lagi mengenai sebuah kisah yang berlaku pada zaman Rasullulah SAW.

Daripada Ibnu Umar,

“Wahai Nabi Allah,siapakah orang paling cerdik dan paling teguh?” tanya seorang Ansar kepada Nabi Muhammad SAW pada suatu hari.

Jawab baginda SAW, “Mereka yang banyak mengingati mati dan bersedia untuknya, mereka itulah orang yang cerdik.

Kata-kata akhir artikel hari ini,

“Siapa yang cinta untuk menemui Allah SWT,nescaya Allah SWT cinta pula untuk menemuinya.

Riwayat Bukhari dan Muslim.

Salam inspirasi dan bakat. :-)

Kisah Siti Nurhaliza bukan nama sebenar…

Cerita Inspirasi, Ilmu, Keyakinan diri 3 Comments

Hari ini saya ada kisah ingin dikongsi dan persoalan mengenainya. Jadi tanpa berleter panjang dan sebelum anda bosan dengan kata-kata saya, mari kita terus ke cerita tersebut. Kisah Siti Nurhaliza yang bukan nama sebenar… :-)

Datuk XYZ bukan nama sebenar dan pasangannya Siti Nurhaliza bukan nama sebenar baru sahaja mendapat anak. Anak mereka bernama Fasha Sandha yang juga bukan nama sebenar. Mereka merupakan pasangan yang bahagia. Sebelum ini mereka mempunyai masa bersama teman mereka, tetapi sejak mereka mempunyai anak. Semuanya berubah. Mereka tiada masa untuk teman mereka lantaran masa banyak diberikan kepada anak kesayangan mereka.

Lalu suatu hari, Datuk XYZ mencadangkan,” apa kata kita membuat rumah terbuka raya ketiga ni. Bolehlah kita mengeratkan hubungan dengan teman-teman yang terpisah. Maklumlah kita lama tidak berjumpa dengan mereka sejak akhir-akhir ni.”

“Yelah bang. Saya setuju tu. Jom kita merancang.”

“Jom..jom,” kata Datuk XYZ dengan semangat.

Mereka bersatu menyiapkan perancangan dan kertas kerja. Owh bahagianya saat itu.. :-P Mereka menyenaraikan apa yang perlu dilakukan. Mereka menyenaraikan apa yang perlu dibeli. Segalanya dirancang dengan teliti.

Masa pun tiba. Hari tersebut datang, semuannya berjalan lancar. Tetapi ada sedikit gangguan, namun disebabkan mereka mempunyai perancangan untuk masalah yang akan datang, semuanya berjaya diatasi. Selepas hari terbuka. Mereka pun menerus kehidupan seperti biasa. Mereka hidup bahagia bersama anak mereka. Cerita tamat.

Hoho. Mesti anda pelik, apalah yang saya cerita ni. Baik tak payah cerita. Macam tak cerita je. Tak ada klimaks. Tak ada babak menonjol. Cerita macam tiada kaitan. Janganlah begitu.

Motif cerita ini satu sahaja. Mereka merancang untuk hari terbuka. Sebab itulah mereka berjaya. Pembaca sekalian, sedarkah kita ramai daripada kita sanggup merancang untuk sesuatu yang kecil. Melakukan perancangan untuk berkelah, hari terbuka, percutian.Pelbagai kemungkinan difikirkan untuk memastikan hari tersebut berjalan lancar.

  • Persoalannya di sini, adakah kita merancang untuk kehidupan kita yang tentunnya lebih penting?
  • Kehidupan kita merupakan sesuatu yang besar, mengapa kita tidak mempunyai pelan untuknya supaya kehidupan kita berjalan lancar?

Masa untuk berfikir…Tik..tik tik..tik

PS: Cerita di atas tidak mengena dengan insan yang masih hidup ataupun telah tiada. :-)

21 Hari

Ilmu, Tips Motivasi No Comments

Apa khabar orang Perak? Haha. Kecoh-kecoh. Lebih-lebih lagi di Perak. Pergolakkan politik  antara BN dan Pakatan Rakyat. Tiada siapa tahu apa akan berlaku esok.Adakah BN akan memula pemerintahan baru di Perak esok ataupun Pakatan Rakyat akan kekal berkuasa. Kita nantikan berita terkini nanti. Saya tidak menyokong mana-mana pihak ya. :-)

Berbalik kepada motivasi hari ini, saya  ingin bercerita bagaimana membentuk tabiat.

“Haa ,tabiat boleh dibentuk? Biar betul!”

Memang benar dan jangan terkejut untuk sesiapa yang baru tahu. Tabiat boleh dibentuk tidak kiralah sama ada anda ingin membentuk tabiat buruk ataupun baik.

Menurut ahli psikologi yang mengkaji berkenaan motivasi manusia, sesuatu yang dilakukan selama 21 bertutur-turut kali, hari akan menjadi tabiat kita. Jadi jika anda ingin menjadikan sesuatu yang baik itu tabiat anda, maka apa yang perlu anda lakukan adalah melakukannya secara 21 hari, kali. Dan pastikan ianya dilakukan secara konsisten.

Bagaimana ianya bertindak, padahal kita tidak sukakannya walaupun perkara itu baik?

Begini, saya ambil analogi seorang yang baru ingin mencuba untuk merokok. Pada mulannya dia tidak suka pada rokok. Dia telah menerima mesej-mesej negatif mengenai keburukkan rokok, tetapi entah bagaimana suatu hari dia terasa ingin mencuba. Lalu dia pun mencuba. Pada mulanya, apabila dia menghisap rokok kali pertama, badanya tidak dapat menerima bahan tersebut.

” Pergi, jangan datang ke dalamku,”mungkin itu yang dikatakan oleh tubuh badannya.

Tetapi apabila benda tersebut diberi secara konsisten, tubuh badan dan mindanya mula menyerah.  Tubuh badannya mula mengalah. Ia sudah biasa diberi asap tersebut.

Hari pertama: “Jangan-jangan. Aku tahu engkau tidak baik untukku.”

Hari ke-10 : “Bolehlah apa salahnya. Lepas ni, aku tak ambil dah. ”

Hari ke-21 : “Mana dikau wahai rokokku, aku rindukan kamu.”

Secara perlahan-lahan mindanya mengalami perubahan dan seterusnya perubahan yang konsisten ini menyebabkan ia terus menjadi tabiatnya.

Begitu juga dengan misi saya ketika hendak menulis blog kali pertama. Pada mulanya saya berasa agak malas ingin menulis blog.  Dahlah kena update selalu. Tetapi lama-kelamaan apabila minda saya dipaksa untuk menerima perubahan tersebut saya mula ingin menulisnya selalu. Minda saya ditanam untuk menerima bahawa saya perlu menulis blog. Kesannya, jika saya tidak update blog ini 2 atau 3 hari saya tidak dapat duduk tenang.

Jadi pada hari ini, saya pun updatelah blog ini supaya saya dapat duduk dengan tenang.
Salam inspirasi. Tata.  :-)

Mutiara kata Ilmu

Ilmu, Islam No Comments

Mutiara kata daripada tokoh Islam, Imam Syafi’i  mengenai ilmu.

“ Barangsiapa taat kepada Allah Ta’ala dengan ilmu maka bermanfaatlah batinnya.”

“ Aku tidak pernah kenyang selama 16 tahun. Kerana kekenyangan itu memberatkan hidup, menyesatkan hati, menghilangkan cerdik, menarik tidur dan melemahkan orang yang kenyang itu daripada beribadah.”

“ Barangsiapa tiada menjaga dirinya maka tak bergunalah ilmunya.”

“Menuntut ilmu adalah lebih utama daripada ibadah sunnah.”

Ke Mana Duit Saya Hilang

Ilmu, Tips Motivasi 3 Comments

Salam motivasi dan sejahtera. Semalam iaitu pada 14/11/08,  server hosting saya yang dibeli daripada Sempoihosting telah down. Kesannya, ramai pembeli tidak dapat masuk ke page jualan ebook. Post yang dipaparkan di blog pun post lama. Tetapi apa-apa pun masalah ini berjaya diselesaikan oleh tuan punya syarikat tersebut. Terima kasih Shuth kerana berjaya menyelesaikan masalah ini dalam 24 jam.

Lagi satu sebagai ganti kepada sesiapa yang mengalami masalah membeli ebook semalam, saya akan memanjang tempoh harga promosi ebook ini iaitu masih RM10 sehingga tarikh 20/11/08. Klik Sini jika anda berminat ingin dapatkannya.

Hari ini tulisan saya panjang sedikit. Harap anda bagi komen ye. Kalau tak tulis pendek je lain kali. ( hehe dah pandai merajuk nampak) :-P
Beberapa hari yang lepas, ketika di KL Sentral
Lokasi : ATM CIMB
Aktiviti : Tengah beratur untuk keluarkan duit

Line sungguh panjang hari itu. Tetapi tidaklah terlalu panjang. 2-4 orang sebelum tiba giliran saya. Saya bercadang ingin mengeluarkan sedikit duit kerana ingin membeli sesuatu. Duit tidak cukup di dompet, jadi terpaksalah saya pergi ke ATM berhampiran untuk mengelurkan duit.

Sambil beratur pelbagai persoalan bermain dalam kepala saya,
 ”Eh nape duit aku makin kurang?Kenapa tak cukup, pada hal gaji ok je? Rasanya tidaklah boros sangat bulan ni. Kawan lain yang pakai kereta tentu lagi susah tetapi mereka ok je. Tetapi saya pula yang rasa sesak. Adakah saya terlalu boros?”

Saya hairan. Duit saya sentiasa tidak mencukupi. Saya hairan kenapa kawan-kawan saya yang mendapat gaji sedemikian mampu memiliki hp yang canggih. Malah hp adik saya lagi mahal daripada saya walaupun dia masih lagi belajar.  Hp budak universiti lagi canggih daripada saya. Saya masih lagi dengan hp lama. Model Nokia yang saya beli beberapa tahun yang lalu.Terasa hendak beli baru, tetapi takut duit tidak mencukupi nanti untuk perbelanjaan bulan ni. Lagi bertambah hairan, kawan saya mampu hidup dengan ok je macam saya walaupun mereka mempunyai hp canggih dan kereta. Duit minyak lagi. Tetapi mengapa mereka masih lagi cukup. Kalau nak ikutkan saya  bukan ada tanggungan pun. Kahwin pun belum. Baru sahaja  bekerja selepas tamat belajar. :-)

Kemana duit tu eh? Akhirnya persoalan saya menemui jawapannya. Lantas saya kembali bertanya kepada diri mengapa saya beratur ketika itu. Saya beratur untuk mengeluarkan duit sebanyak RM30. Duit itu bertujuan untuk membeli sebuah buku yang bertajuk ‘ Nota Jutawan Nota Perniagaan’ tulisan  Irfan Kahiri tentang tips perniagaan. Lantas persoalan saya terjawab semuanya. Saya akhirnya tahu ke mana sebahagin duit saya keluar dan menghilang. Duit saya hilang sebab saya melaburkannya utuk membeli buku-buku dan mengikut apa yang disaran olehnya.

Kenapa saya tidak membeli kereta lagi walaupun gaji saya rasanya cukup untuk mememiliki sebuah  kereta?

Sebabnya saya terbaca buku Robert Kiyosaki, jangan membeli liabiliti tetapi belilah aset. Aset tersebutlah seterusnya menjana wang yang dapat digunakan untuk membeli liabiliti.

Kenapa duit saya tidak mencukupi?

Sebabnya saya terbaca buku kewangan menyarankan untuk menyimpan 10% daripada gaji saya. Jadi saya terpaksa hidup dengan 90% gaji saya.

Kemana duit saya menghilang?

Sebabnya saya membeli ebook atau buku-buku tentang pelbagai ilmu yang mampu membantu meningkatkan diri saya.
Yes, akhirnya saya tahu kemana duit saya menghilang. Walaupun duit tidak mencukupi, tetapi saya bersyukur dengan sikap boros saya  membelanjakan duit tersebut. Walaupun hp masih lama, tiada kereta seperti kawan lain tetapi hehe… saya  yakin dengan pelaburan  tersebut. Rupa-rupanya angkara buku.

Anda bagaimana? Persoalannya hari ini  kemanakah duit anda menghilang? Pelaburan apa yang anda lakukan?
Ps: Ini bukan hendak promote beli ebook saya k . Hehe..  :-P

« Previous Entries