October 19, 2008
Ilmu, Quote Motivasi, Tips Belajar
1 Comment
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Tidak wajarlah bagi orang yang bodoh, berdiam diri atas kebodohannya. Dan tidak wajarlah bagi orangyang berilmu berdiam diri atas ilmunya.”
Riwayat al-Tabrani dan Abu Nua’im
Quote ini ringkas tetapi cukup bermakna. Kesimpulannya, jangan sentiasa berdiam diri dalam proses menuntut ilmu. Buka mulut anda. Jika anda tidak faham, maka bertanyalah kepada seseorang yang arif mengenainya. Dalam kelas, biasanya subjek diajar adalah baru. Ini membuatkan kesukaran untuk memahami subjek tersebut. Oleh itu bukalah mulut anda.Tidak rugi bertanya.
Begitu juga ketika melakukan kerja di pejabat. Tidak semua perkara yang kita tahu. Oleh itu bertanyalah walaupun pada pakcik, makcik yang rendah pangkat daripada anda. Ingatlah, tiada soalan yang bodoh. Cuma anda yang sendiri yang menganggap soalan tersebut bodoh.
“Kebodohan sejati adalah apabila anda terus dibelenggu soalan tersebut tanpa sebarang jawapan.”
Begitu juga jika anda mempunyai ilmu. Suarakannya. Beritahukannya pada sesiapa yang ingin mendengar. Ilmu semakin subur dan bertambah jika anda berkongsi. Ianya tidak boleh dicuri malah semakin bertambah. Berkongsilah.
Jika anda takut untuk berkongsi secara bersemuka, kongsilah di belakang tadbir. Contohnya seperti menulis blog. Pandangan anda adalah hak anda. Tetapi janganlah terlalu ekstrem pula. Nanti kena tangkap ISA pula.
October 9, 2008
Ilmu, Islam, Kesihatan
1 Comment
Isilah detik dengan istighfar. Istighfar itu ubat hati yang lalai dan alpa. Ia mampu merawat jiwa yang keseorangan. Ia ubat kepada kepada penyakit penawar kepada racun.
” Ya Tuhanku, aku tidak layak untuk masuk ke dalam syurgaMu. Malah aku tidak mampu untuk menanggung bebanan api nerakaMu. Oleh itu ya Allah, terimalah taubatku, ampunilah dosa hambaMu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dosa-dosa yang besar.”
Rasulullah SAW pernah bersabda kepada para sahabat:
” Perlukah aku beritahu kepadamu tentang satu penyakit dan ubatnya?”
” Apakah penyakitnya?”tanya sahabat.
Kata Rasulullah SAW.” Sesungguhnya penyakit manusia itu adalah dosa dan ubatnya adalah istighfar.”
Salah satu hadis yang lain adalah:
” Barang siapa yang membiasakan dirinya membaca istighfar, maka Allah akan jadikan dirinya keluar daripada segala macam kesempitan dan terlepas daripada setiap kesusahan, dan Allah memberi rezeki kepadanya dengan tidak ia sangka-sangka.”
Hadis riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah.
September 3, 2008
Ilmu, Islam
1 Comment
Salam motivasi. Bagaimana puasa hari ini? Masih penat lagi atau sudah biasa? Harap-harap semua makin tidak penat lagi. Alah bisa tegal biasa
Hari ini saya ingin berkongsi tips cara mengatasi marah dalam Islam. Islam pun ada tips dan teknik motivasinya sendiri. Cuba amalkannya dan lihatlahlah hasilnya.
Cara mengatasi marah.
1. Mengambil wuduk.
“Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk”
Hadis Riwayat Abu Daud
2. Minum air. Minum banyak air kecuali bulan puasa. Hehe
3. Berfikiran positif dan sentiasa percaya dengan janjiNya.
4. Menarik nafas dan bertenang.Cuba mengambil nafas yang panjang.
5. Cuba untuk senyum. Senyuman dapat meredakan tekanan.
6. Mengubah posisi seperti mana yang disabda Rasulullah SAW.
” Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.”
Riwayat Muslim
July 20, 2008
Falsafah Kejayaan, Ilmu, Islam
1 Comment
Al-Quran merupakan kitab dan panduan yang lengkap untuk umat Islam. Kebenarannya tidak perlu lagi diragui. Dan di dalam Al-Quran juga mengandungi kata-kata motivasi. Contohnya seperti:
-Bersegeralah
-Bersungguh-sungguhlah
-Berlumba-lumbalah
-Kuatkanlah kesabaranmu
-Bersabarlah
Dalam Sunah juga terdapat beberapa ungkapan motivasi.
Contohnya seperti:
-Bersegeralah untuk bekerja
-Jagalah sesuatu yang bermanfaat bagimu
-Ada dua kenikmatan, kebanyakan manusia tertipu dengan dua nikmat ini iaitu nikmat kesihatan dan nikmat masa lapang