January 14, 2010
Keyakinan diri, Tips Motivasi, impian
4 Comments
Assalamulaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda sebuah tips yang menarik daripada Zig Ziglar. Beliau merupakan seorang pakar motivasi zaman dahulu. Bermula daripada zero bertukar kepada hero. Bukan mudah.
Pembaca sekalian, cara dan keadaan anda bangun menentukan hari anda. Jika anda berasa malas dan tidak bermaya, percaya atau tidak, keseluruhan hari anda juga mengalami begitu. Jika anda bangun dengan berkobar-kobar, hari anda juga pasti menjadi sangat menarik. Tetapi bagaimana untuk mengalami perasaan begitu. Zig Ziglar telah berkongsi mengenai 2 tips yang dapat dilakukan pada awal pagi anda.
1. Memberi tepukan pada anda. Mungkin anda boleh memberi tepukan pengangkap pada diri anda. Masih ingat?
2. Menyanyi ketika mandi. Ya…Ingatlah pepatah, kita menyanyi bukan sebab kita gembira, tetapi kita menyanyi sebab itulah kita gembira. Jadi untuk gembira, maka bernyanyilah.
Harap tips yang dikongsi membantu. Jangan terlebih semangat sudahlah.
Salam inspirasi.
January 11, 2010
Cerita Inspirasi, impian
4 Comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Untuk berjaya dalam bidang apa pun, anda perlu mempunyai mentor ataupun asiprasi. Ataupun anda boleh mencari seseorang yang boleh dijadikan sebagai tanda ukur kejayaan anda. Perkara ini saya akui memang ada kebenarannya. Dengan mempunyai inspirasi atau perasaan cemburu pada kejayaan orang lain membuatkan anda lebih bersemangat untuk berjaya. ( Cemburu secara sihat ye..
)
Impian untuk mencapai sesuatu ada pasang surutnya. Mungkin ketika ini anda begitu bersemangat, tetapi entah mengapa, ianya menjadi lain pada kemudian hari. Anda berasa biasa sahaja terhadap matlamat anda. Suram dan tidak bertenaga. Perkara yang sama juga berlaku pada diri saya. Pada awal tahun baru, saya begitu bersemangat menetapkan matlamat.Tetapi ianya semakin surut hari demi hari. Tetapi kini nyalaan itu bersemangat semula apabila membaca facebook mohd suhaimy salah seorang pakar internet begitu semangat menulis 3 buah buku serentak. Ianya membuatkan saya ingin juga membuat demikian. Hehe..
Tidak dapat diakui, kita mungkin sedikit lupa kepada matlamat. Tetapi apabila membaca kejayaan orang lain membuatkan kita rasa jauh sekali. Seterusnya memberi semangat kepada kita bahawa kita juga boleh berjaya.
“Jika dia boleh buat,aku tentu boleh buat juga.”
Perkara ini secara tidak langsung memberi dorongan motivasi semula. Jadi, apabila anda merasakan motivasi anda semakin suram. Maka carilah mentor. Carilah aspirasi. Carilah perasaan cemburu untuk bersaing secara sihat. Ianya sedikit sebanyak membantu memarakkan semula motivasi anda.
Salam inspirasi.
December 19, 2009
Business, Cinta, Ebook, impian
1 Comment
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sebelum terlambat saya ingin ucapkan salam Maal Hijrah. Tidak lupa pula selamat Tahun Baru 2010 yang akan tiba. Tanpa disangka, tidak lama lagi saya akan tua setahun lagi. Aduhai..
Apabila muncul tahun baru, saya gemarkan bercakap mengenai matlamat. Sebabnya matlamat adalah begitu penting dalam hidup manusia. Tanpanya manusia umpama layang-layang terputus talinya. Bagaiaman dengan matlamat anda tahun ini? Saya harap anda mula merangkanya.
Salah satu matlamat saya adalah tahun ini adalah menulis ebook mengenai cinta. Tetapi bukan bermakna saya adalah doktor cinta..Hehe.. saya mengulasnya daripada sudut lain. Kalau nak tahu, tunggulah..
Bercakap mengenai matlamat, ianya perlulah memenuhi 5 kriteria tersebut, SMART.
S-Specific
Matlamat anda perlulah jelas seperti,
“ Tahun ini aku hendak terbit ebook menegani cinta…..”
M- Measurable
Adakah iaya boleh diukur? Bagaimana kita tahu matlamat itu telah dicapai?
“Langkah pertama adalah membeli domain, kedua adalah……..”
A-Attainable
Adakah ianya boleh diurus? Apakah sikap yang diperlukan? Cara yang diperlukan? Modal?
“ Perlukan laman web. Perlu pergi seminar untuk membuatkan laman wen ebook kelihatan professional……..”
R-Reliastic
Adakah matlamat itu logik untuk dicapai?
“InsyaAllah boleh. Ianya bukanlah sesuatu yang mustahil……….”
T-Timely
Bilakahnya ianya boleh dicapai?
“Datelinenya adalah 15.3.10……………”
Lima kriteria ini adalah penting apabila anda menulis matlamat. Kalau tidak, ianya sekadar tinggal harapan. Jadi, apa tunggu lagi. Mulalah merangka matlamat anda.
PS: Apa matlamat anda tahun ini?
PS: Rasa-rasa anda, ada tak pembeli untuk buku ebook ini? 
December 15, 2009
Keyakinan diri, LOA, impian
No Comments
Warren Buffet merupakan salah seorang yang berpengaruh di dunia .Beliau merupakan pemegang saham terbesar dalam beberapa syarikat penting. Selain itu, beliau juga pernah menjadi orang terkaya di dunai sebelum tempat itu diambil semual oleh Bill Gates pada tahun 2009.
Beliau merupakan pakar dalam permainan saham. Dalam sebuah temuramah dengan majalah Magazine, beliau telah berkongsi mengenai sebuah kisah yang telah mengubah hidupnya. Ketika itu beliau masih muda lagi. Buffet talah memohon untuk memasuki Sekolah Perniagaan Harvard (Harvard Business School). Tetapi malangnya permohonan beliau telah ditolak. Lantas beliau mencari maklumat mengenai universiti lain di pepurstakaan. Hasilnya beliau telah menemui bahawa terdapat 2 orang professor yang dikaguminya mengajar di Universiti Columbia, US. Lantas beliau memohon dan berjaya diterima pada saat akhir. Yang lebih mengembirakan, salah seorang daripada professor itu seterusnya menjadi mentor kepadanya.
Salah seorang yang mempengaruhi dan bertanggungjawab dalam kejayaan Warren Buffet adalah Benjamin Graham. Buffet begitu meminati falsafah dan prinsip pelaburan Graham. Pelbagai ilmu diperolehi dan membolehkan beliau menggunakan ilmu yang ada untuk menjadi orang yang terkaya di dunia.
“Kemungkinan peistiwa ditolak oleh Sekolah Perniagaan Harvad merupakan perkara yang paling bertuah pada saya,” kata Buffet.
Kesimpulannya: Sesuatu yang buruk mungkin sebenarnya tuah kepada anda.
PS: Harap Malaysia dapat memenagi pingat emas bola sepak dalam sukan sea. Semoga malang itu bertukar menjadi tuah 
October 4, 2009
LOA, impian
3 Comments
Hari ini saya ingin kongsi satu quote menarik yang baru dibaca.
“Those who do not have goals are doomed forever to work for those who do.”
“Mereka yang tidak mempunyai impian akhirnya akan selamanya bekerja
untuk seseorang yang mempunyai impian.”
Jika anda ingin berjaya, punyailah impian. Jika tidak anda hanya akan bekerja untuk orang lain. Ini berlaku sehinggalah anda mempunyai impian. Contohnya jelas. Ribuan pekerja yang bekerja keras untuk Bill Gates yang mempunyai impian disebabkan tidak mempunyai impian. Mungkin mereka mempunyai impian, tetapi mereka belum cukup ‘kuat’ dengan impian mereka.
Orang yang tidak mempunyai impian akhirnya akan bekerja untuk orang yang mempunyai impian. Jadi, punyailah impian.