Islam


Al-Quran merupakan kitab dan panduan yang lengkap untuk umat Islam. Kebenarannya tidak perlu lagi diragui. Dan di dalam Al-Quran juga mengandungi kata-kata motivasi. Contohnya seperti:

-Bersegeralah

-Bersungguh-sungguhlah

-Berlumba-lumbalah

-Kuatkanlah kesabaranmu

-Bersabarlah

Dalam Sunah juga terdapat beberapa ungkapan motivasi.

Contohnya seperti:

-Bersegeralah untuk bekerja

-Jagalah sesuatu yang bermanfaat bagimu

-Ada dua kenikmatan, kebanyakan manusia tertipu dengan dua nikmat ini iaitu nikmat kesihatan dan nikmat masa lapang

:-)

Semua orang akan merasai mati. Mati adalah perkara yang tidak dapat dielakkan. Mengingat mati adalah perkara yang perlu diingati setiap orang mukmin. Tiada siapa tahu bilakan mereka akan mati. Sebabnya mati merupakan perkara masa hadapan. Hendak mejangkakan apa yang akan berlaku 1 jam daripada sekarang pun sangat sukar apatah lagi mejangkakan kematian.

Namun begitu, kematian mampu memberi kita motivasi. Ia memacu kita supaya sentiasa mengingati kejayaan di akhirat dan bukan sekadar mengejar kejayaan dunia. Insan yang berjaya adalah insan yang mengingati mati. Mungkin agak janggal tetapi, marilah bersama menggunakan kematian untuk memotivasi diri kita. :-)

Jadikan kematian sebagai motivasi untuk mengingati nikmat di akhirat kelak.

Jadikan kematian sebagai motivasi untuk kita berusaha sedaya upaya supaya kita dapat meninggalkan sesuatu yang bermakna apabila kita pergi kelak.

“Tiap-tiap diri (yang berjiwa) mesti merasai mati. Kami akan uji kamu dengan kejahatan dan kebajikan sebagai suatu ujian; dan kepada Kami kamu akan dikembalikan.”

Surah al-Anbiya’:35

“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya. Dia Maha perkasa lagi Pengampun.”

Surah al-Mulk:2

Setiap orang mempunyai kelebihan dan potensi sendiri. Perkara inilah yang dikenali sebagai bakat. Bakat membuatkan anda unik dan berbeza dengan orang lain. Bakat membolehkan anda mahir dalam sesuatu bidang berbanding orang lain.  Rasulullah S.A.W tahu kemampuan dan bakat yang ada pada sahabat-sahabatnya. Sebab itulah mereka ditempatkan dalam bidang masing-masing.

Ali r.a ditempatkan dalam bidang kehakiman.

Mu’adz r.a ditempatkan dalam bidang ilmu pengetahuan.

Ubay r.a ditempatkan di dalam bidang Al-Quran.

Zaid dalam bidang Faraidh.

Khalid bin Walid dalam bidang jihad.

Begitu juga dengan sahabat yang lain. Bakat yang ada jika digunakan pada tempat yang betul boleh membuatkan seseorang berjaya. Seperti mana  sahabat-sahabat  nabi. Mereka salah seorang yang berjaya dalam bidang masing-masing. Paling manis lagi bakat mereka digunakan untuk membangunkan Islam. Hebat bukan?

Persoalan hari ini..Apakah bakat anda? Dan bagaimana anda mampu untuk menggunakannya pada tempat yang betul? :-)

Jika ditanya perkara apa yang berfaedah untuk dilakukan sebelum tidur, jawapannya adalah membaca buku. Buku memperkasakan akal kita dan menambah lagi kebijaksaan kita. Semakin berilmu seseorang maka semakin tunduk dirinya kerana sedar betapa kerdil dirinya berbanding Sang Pencipta.

Ibnu-Jahm berkata: ” Jika perasaan mengantuk datang menyerang sebelum tibanya waktu tidur, perbuatan yang paling buruk adalah tidur melebihi keperluan-maka aku akan membaca salah sebuah buku dari buku-buku hikmah, lalu aku tersentak dengan beberapa faedah yang kudapati. Aku merasa memperolehi kemenangan setiap kali aku menemui apa yang aku perlukan dari buku, sesuatu yang menumbuhkan kebahagian yang sejati dalam hatiku, dan menghujam menyedarkanku. Dentuman bergema melebihi ringkikan keldai yang mengejutkan.”

Dalam menuntut ilmu memerlukan pengorbanan. Tiada apa yang datang percuma. Nak masuk tandas pun kena bayar betul tak…? Pelajarilah kegigihan ulama silam dalam menuntut ilmu. Mereka begitu gigih tanpa kenal erti penat.:-)

Abu Hurairah… 

Menghabiskan masanya menghafal sebahagian besar hadis.

Membahagikan harinya kepada 3 bahagian,

1/3 untuk belajar,

1/3 untuk beribadat,

dan 1/3 untul tidur.

 

Al Muzani…

Untuk memantapkan pemahamannya beliau telah membaca

kitab al-Risalah karangan Imam Syafi’i sebanyak 500 kali.

 

Ibn Musayyib…

sanggup mengembara ke suatu tempat mencari jawapan selama tiga hari semata-mata

ingin menyelesaikan suatu permasalahan.

 

Imam Al-Ghazali

Pada usia 6 tahun telah berjaya menghafal Al-Quran.

Menjadi ulama besar pada usia 9 tahun.