Ramadhan Yang Semaik Pergi..

Cerita Inspirasi, Falsafah Kejayaan, Islam 1 Comment

 

 

“Waktu yang berlalu lebih tajam daripada mata pedang jika engkau mengetahuinya.”

Masa umpama mata pedang. Ia sangat berguna untuk yang tahu menggunakannya. Memotong pada tempatnya dan bukan sekadar digunakan untuk memotong sesuatu yang kurang datang manfaatnya. Masa yang pergi tidak dapat dikembalikan.Ianya membawa penyesalan yang besar untuk yang tidak memanfaatkannya.Saat bertukar minit dan seterusnya bertukar menjadi jam dan membentuk masa. Perlahan-lahan umur semakin tua diinjak waktu.

 

 

 

 

Begitu juga dengan Ramadan kali ini. Bulan yang berkat ini tinggal beberapa lagi hari lagi. Baki hari yang hendak direbut semakin berkurangan. Yang pasti, ianya tidak akan datang lagi. Ramadhan akan datang sudah tentu tidak sama dengan Ramadhan hari ini disebabkan faktor fizikal yang berubah disebabkan perubahan masa.

Jadi mari bersama-sama mengambil kesempatan melakukan yang terbaik walaupun masa yang tinggal terhad. Masa yang ada gunakanlah sebaiknya.

Umpama mata pedang, ia mampu digunakan untuk menghunus musuh. Tetapi ia juga mampu mencedarakan diri. Jangan ‘tercedera’ dengan mata pedang tersebut.

Ayuh, semai semangat mengejarkan malam yag ada sebelum ianya berlalu. :-)

Salam Inspirasi~

5 Juzuk

Ilmu, Islam 3 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahera,

 


Saya baru pulang daripada kampung yang tercinta. Memang seronok dapa berpuasa di sana. Wah…Terasa ingin bercuti lagi. Tetapi apakan daya, banyak tugas sedang menunggu. Harap saya tidak terlambat untuk mengucapkan Salam Ramadhan kepada pembaca blog. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan dapat kita tempuhi dengan lebih baik daripada sebelum ini.

Beberapa hari lepas saya terfikirkan suatu kempen.Ya, kempen untuk muhasabah diri sepanjang Ramadhan ini.Kempen ini adalah mengenai kempen membaca Al-Quran. Saya namakan kempen ini ‘Kempen membaca Al-Quran 5 juzuk’. Hoho.. Mesti ramai tertanya mengapa tidak 30 juzuk? Bukankah selalunya orang membaca sebanyak 30 juzuk atau khatam pada bulan Ramadhan ini?

Ya,saya tidak nafikan itu. Tetapi persoalannya berapa ramaikah yang akan berjaya menghabiskan 30 juzuk untuk bulan ini? Lebih malang lagi tiada lansung yang membaca al-Quran seperti bulan yang berlalu disebabkan sibuk dengan aktiviti masing-masing. Rasanya nanti boleh dibilang dengan jari yang mengkahatam Al-quran di bulan keberkatan ini. Lebih ramai lagi saya rasa tidak menghabiskan sejuzuk pun. Aduhai, itulah kenyataan. Saya tidak kata anda, saya percaya anda yang membaca ini semuanya baik-baik. :-P

Kenapa 5 juzuk? Saya menyemak kemampuan diri sendiri. Saya merasakan saya mampu untuk memberi komitmen sebanyak 3 mukasurat sehari. Lalu saya darabkan dengan 30 hari. Maka terhasillah  sekitar 90 mukasurat. Lalu saya lihat di dalam Al-Quran, untuk menghabiskan 5 juzuk memakan sebanyak 101 mukasurat. Jadi disitulah saya meletakkan tanda aras matlamat 5 juzuk iatu yang bersamaan dengan 3 mukasurat sehari. Suatu matlamat kecil tetapi mempunyai  ganjaran yang sangat besar.

Sememangnya memang nampak mudah 3 mukasurat, tetapi tepuk dada tanya selera. Ianya bukan sesuatu yang mudah tetapi bukanlah sesuatu yang tersangat sukar. Tetapi bagi yang merasakan mampu melakukan lebih daripada itu, tidak mengapa silakan. Kempen ini adalah untuk memeriahkan lagi bulan Ramadhan. Jadikan 5 juzuk itu sebagai matlamat. Jika lebih daripada itu tidak salah.

Jadi, ayuhlah kita meriahkan kempen membaca Al-Quran 5 juzuk. Bersama-sama kita rebut keberkatan Ramadhan yang ada padanya. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelumnya. Selamat berpuasa dan selamat beribadah. Salam Ramadhan. :-)

Oh Si Lalat..

Cerita Inspirasi, Islam 2 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar anda pada hari ini?Bertenaga dan bersemangat untuk melakukan kerja? Alamak, dah lama saya tidak update blog saya.Hehe..Saya kini dilanda sindrom malas. Doa-doakan saya cepat sembuh.Terus bersemangat untuk menulis artikel motivasi. :-P

Ayuh, jangan membuang masa. Mari membaca inspirasi pada hari ini.  Hari ini saya ingin berbicara mengenai lalat.Ya, seekor lalat yang nampak ringan pada mata kita tetapi tanpa kita sedar mampu menentukan nasib akhirat seseorang.

Imam Ahmad dan Ibn Abi Syaibah meriwayatkan Sayidina Salman Al-Farisi ia berkata, “Seorang lelaki masuk syurga kerana seekor lalat dan seorang lelaki masuk neraka juga kerana seekor lalat.”

Terkejut bukan? Sesunguhnya tanpa kita sedar betapa penting peranannya. Lalat yang kita nampak pada  makanan, lalat yang menghurungi timbunan sampah mampu mempengaruhi kehidupan seseorang.

Dua orang pemuda telah ditakdirkan Allah SWT untuk melalui sebuah kawasan yang didiami oleh sebuah kaum. Kaum tersebut merupakan kaum yang menyembah berhala. Mereka tidak akan membenarkan seorang pun berlalu sehingga sesuatu korban dipersembahkan.

Kaum tersebut telah meminta mereka memberi korban untuk sembahan. Mereka tidak kisah hatta seekor lalat pun. Lalu seorang pemuda telah mengorbankan seekor lalat untuk berhala kaum tersebut. Pemuda tersebut dilepaskan. Pemuda tersebut merupakan pemuda yang dimasukkan ke dalam neraka.

Manakala seorang pemuda lagi enggan untuk melakukannya. Pemuda tersebut menjawab, “Aku tidak akan mempersembahkan apa-apa selain kepada Allah SWT”.

Mendengar jawapan tersebut, kaum tersebut mengambil keputusan untuk memenggal kepala pemuda tersebut.Maka matilah pemuda yang enggan mengorbankan korbannnya. Pemuda itu adalah pemuda yang dimasukkan ke dalam syurga.

Hanya kerana seekor lalat, seorang pemuda telah dimasukkan ke dalam syurga manakala seorang lagi dimasukkan ke dalam neraka. Salam inspirasi dan salam ukhwah. :-)

Kenduri Kahwin

Ilmu, Islam No Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sudah lama saya tidak update blog. Hampir seminggu. Satu tempoh yang lama. Sama seperti cuti sekolah. :-P Semalam, saya baru balik daripada Johor. Memenuhi kawan jemputan kawan saya yang berkahwin. Tahniah kepda saudara Mohd Helmi dan saudari Nora. Semoga berbahagia bukat setakat anak cucu, tetapi bercinta sehingga ke syurga. Biarlah cinta yang dibentuk menuju syurga yang abadi.

Persoalan hari ini. Kawan saya sudah pun berkahwin. Saya bila lagi? Umur semakin meningkat naik. Hehe..

Menceritakan mengenai kenduri kahwin mengingat saya kepada sebuah nasihat. Nasihat seorang yang bijaksana kepada anaknya. Nasihat Luqman Al-Hakim.

“Wahai anakku, kamu ikutlah ketika orang membawa jenazah, dan janganlah kamu mengikuti jamuan perkahwinan. Kerana jenazah itu dapat mengingatkan engkau akan kesudahan dari hidupmu di dunia yang fana ini. Sementara majlis perkahwinan akan membangkitkan nafsu berahimu dan ini akan membuat kamu merasa bahawa senang dengan kehidupan dunia.”

Dan post sebenarnya untuk hari ini adalah tentang kematian.Wah,panjangnya mukadimah saya.

Nabi SAW pernah bersabda mengenai kematian,

Ingatlah mati!Demi Zat dan jiwaku dalam kekuasanNya,kalau kamu tahu apa yang aku ketahui, tentulah kamu akan sedikit tertawa dan banyak menangis.”

Izinkanlah saya berkongsi lagi mengenai sebuah kisah yang berlaku pada zaman Rasullulah SAW.

Daripada Ibnu Umar,

“Wahai Nabi Allah,siapakah orang paling cerdik dan paling teguh?” tanya seorang Ansar kepada Nabi Muhammad SAW pada suatu hari.

Jawab baginda SAW, “Mereka yang banyak mengingati mati dan bersedia untuknya, mereka itulah orang yang cerdik.

Kata-kata akhir artikel hari ini,

“Siapa yang cinta untuk menemui Allah SWT,nescaya Allah SWT cinta pula untuk menemuinya.

Riwayat Bukhari dan Muslim.

Salam inspirasi dan bakat. :-)

MengenalNYa….

Cinta, Islam 1 Comment

Hatimu akan merasakan manisnya takdir tuhan jika engkau mencintaiNya..

engkau akan mencintaiNya jika engkau mengenalNya..

semakin tinggi pengenalanmu terhadap Tuhan semakin tinggi pula darjatmu

dan semakin terasa agung ketentuanNya bagimu..

DIA sesungguhnya lebih mencintaimu daripada dirimu sendiri,

kerana itulah dikatakan orang yang paling mencintai ALLAH adalah orang yang paling mengenaliNya..

~Imam Al Hakim Al Tarmizi

Hari Ibu

Idola Kejayaan, Islam, Umum 3 Comments

Mother Days

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar anda semua? Sihat? Hari ini merupakan hari ibu dan izinkan saya berceloteh mengenai ibu. Yelah, dah namanya hari ibu, sudah tentu kita bercerita mengenai hari ibu. Sempena penghargaan kepada ibu yang telah melahirkan dan menjaga kita.

Setiap orang mempunyai seseorang atau lebih yang memberi inspirasi kepadanya. Mungkin ibunya, mungkin bapanya. Mungkin juga kawannya, mungkin suaminya, atau mungkin isterinya. (Hoho..saya belum lagi..  :-P )

Tidak kira siapapun, saya pasti dia mempunyai sumber inspirasinya. Mungkin seorang, mungkin lebih. Sumber inspirasi mungkin memberi tips motivasi, berkongsi pengalaman atau secara tidak sedar menjadi inspirasi kepadanya.

Dalam kes saya, salah seorang yang memberi inspirasi kepada saya adalah ibu saya sendiri. Yang mana saya memanggilnya mak. Emak saya mungkin seorang tidak berminat dan jarang membaca buku psikologi atau motivasi. Tetapi tanpa sedar, beliau banyak memberi inspirasi dan motivasi kepada saya untuk saya menghargai kehidupan ini.

Emak saya merupakan seorang yang sibuk. Pada hari bekerja, beliau bekerja sebagai seorang  guru. Manakala waktu terluang digunakan untuk melakukan kerja rumah yang belum selesaikan. Saya lihat, ada sahaja kerja yang dilakukannya. Jarang beliau duduk diam, kecuali waktu menonton slot televisyen favourite beliau, cerekarama. :-)

Selain waktu itu, pasti beliau tidak duduk diam. Ada sahaja benda hendak dikemasnya. Namun begitu apa yang menarik, setiap kali ingin ke pasar, emak saya akan mengajak saya untuk menemaninya. Emak saya akan menyuruh saya memandu walaupun dia sendiri mampu melakukannya.

Jarak ke pasar agak jauh.Mengambil masa setengah jam perjalanan. Ketika inilah saya akan berborak dengan emak dengan panjang lebar.Tidak kira pasal apa pun. Kisah perjalanan hidup saya. Mengenai perkerjaan saya. Mengenai peristiwa yang berlaku. Gosip-gosip baru  ke.. :-P

Setelah lama  barulah saya tahu tujuan emak menyuruh saya menemaninya.

Kata emak, “Mak ajak hang g pasar bukan apa, saja nak sembang. Disinilah wujudnya kualiti masa.

Saya tersenyum sendirian mendengar kata-kata itu. Betul kata emak, apa yang penting dalam hidup ini bukanlah kuantiti tetapi kualiti. Masa yang digunakan untuk melakukan sesuatu.

Memetik kata-kata majalah solusi edisi-5,

“Masa diukur bukan pada nilai kuantitinya tetapi kualitinya. Bukan lama atau singkatnya,

panjang atau pendeknya tetapi bergantung kepada bagaimana ia diurus dan untuk apa ia digunakan.

 

Kepada ibu saya yang mungkin tidak akan membaca post ini, andalah inspirasi saya. Nurkilan dan post hari ini adalah untuk anda. Anda merupakan salah seorang inspirasi saya.

PS : Saya ucapkan selamat hari ibu kepada semua pembaca. Masa untuk menghargai ibu anda. :-)

Kehidupan Ini…

Islam, Winner 4 Comments

Jarum berdetik menghasilkan saat.Saat menginjak menghasilkan minit. Minit berkumpul  menghasilkan jam. Jam berlalu menghasilkan ketika. Ketika ini dikumpul menghasilkan ruang. Ruang ini diisi dengan aktiviti maka terhasillah kehidupan. Bagaimana kita mencorak kehidupan ini, semuannya bergantung pada matlamat kita. :-)

Mengupas makna kehidupan merupakan sesuatu yang sukar. Tetapi jika sumber yang diambil adalah betul, ianya pasti memudahkan. Jadi hari ini apa kata kita berbicara tentang aspek kehidupan. Persoalan yang berkaitan dengan tujuan hidup. Sudahkah anda bersedia?

“Apakah tujuan anda dihidupkan di dunia ini?”

Saya pasti ramai mempunyai jawapan yang tersendiri. Ramai mampu memberi buah fikiran yang bernas dan matang. Disini saya tuliskan 2 jawapan yang dijawab di dalam Al-Quran tentang tujuan kita dicipta dalam dunia ini.

  • Sebagai hamba yang sujud kepadaNya

Firman Allah SWT, maksudnya: “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah SWT dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar.”

Surah al-Bayyinah 5:98  

  • Sebagai Khalifah  mentadbir bumi yang telah diamanahkanNya

Firman Allah SWT, maksudnya “Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Surah al-An’am 6 :165

Salam Maulidur Rasul

Islam 2 Comments

Salam Maulidur Rasul. Sempena hari yang bermakna dalam tarikh Islam, post motivasi hari ini berkisar tentang Rasulullah SAW. Mari kita bersama-sama mengenal kehidupan Baginda dengan lebih dekat lagi. :-)

Bagaimana kehidupan Baginda?

Beliau hidup dalam suasana yang sederhana. Padahal Baginda mampu mendapat apa sahaja jika Baginda mahukannya. Para sahabat pasti berebut untuk memberi apa yang dipinta. Kalau dipinta padaNya, InsyaAllah akan dikabulkan.

Al-Tirmizi meriwayatkan,

“Tuhanku menawarkan untuk menjadikan Batha Makkah menjadi emas untukku. Namun aku berkata:’ Tidak, wahai Tuhan. Akan tetapi (aku meminta) lapar satu hari dan kenyang satu hari. Jika aku lapar aku mengingati dan meratap kepadaMu. Jika aku kenyang, aku memuji dan bersyukur padaMu.”

Bagaimana soal makanan?

Baginda tidak mempunayai meja makan. Makanan diletak di atas lantai. Baginda menyuap makanan yang ada dengan 3 jari. Baginda tidak pernah mencela makanan.

Riwayat Bukhari dan Muslim,

“Rasulullah SAW tidak pernah mencela makanan. Jika menyukai makanan itu, Baginda memakannya.Jika tidak, Baginda meninggalkannya.”
 

Bagaimana Baginda tidur?

Riwayat Bukhari,

Siti Aishah berkata bahawa alas tidur Rasulullah SAW adalah daripada kulit yang diisi dengan serabut.

Jadi, bagaimana perasaan anda tentang kehidupan Baginda? Masa untuk renung-renungkan… :-)
 

Tiada Matlamat..Hm…

Islam, Quote Motivasi 4 Comments

Saya sukakan tajuk hari ini. Tentang matlamat. Tentang apa yang diinginkan dalam hidup ini. Saya selalu menerangkan tentang kepentingan matlamat. Hari ini saya tambah satu lagi mengapa pentingnya ada hala tuju dalam hidup ini.

Memetik kata-kata tokoh Islam yang terkenal,

“Tidak akan engkau berasa gundah walau sekali jika engkau tahu apa yang dicari.”
Umar Al-Khattab

Apakah maksud kata-kata tokoh ini? Apakah kesimpulan daripada kata-katannya? Senang sahaja.Punyailah dan ketahuilah apa yang dicari dalam hidup ini.Tujuan matlamat adalah untuk mengelak kita berasa gundah atau gelisah. Ia mengelakkan kita daripada kehilangan arah.

Dalam hidup ini, pastikan anda tahu matlamat anda. Ketahuilah apa yang anda inginkan. Mungkin perkara tersebut sama atau tidak sama dengan orang lain. Andai berlainan pun, tidak salahnya. Anda adalah unik dan sudah tentu matlamat  anda juga turut berlainan. Anda tidak sama dengan  orang yang lain. Jadi tidak hairanlah jika matlamat anda turut  berlainan.

Apa yang penting, anda tahu apa yang dicari dalam hidup ini. Anda tahu apa yang anda inginkan.

Mungkin  anda mahukan

-Wang….
-Agama….
-Mendirikan rumah anak yatim…
-Rumah besar..
-Cinta yang sejati..
-Bersama keluarga..
-Kereta Ferrari..
-Melancong serata dunia..
-Isteri-isteri yang cantik.. :-P
-Mencuba pelbagai masakan..

Dan pelbagai lagi. Saya pasti anda mempunyai senarai yang panjang. Tetapi apa yang penting, ketahuilah matlamat anda. Percaya atau tidak anda tidak akan berasa gundah, seperti kata-kata tokoh Islam di atas. :-)

Cerita Menarik Mengenai Kematian

Cerita Inspirasi, Islam 5 Comments

Mati merupakan satu topik yang menakutkan untuk diceritakan. Saya pasti ramai orang daripada kita takut untuk menghadapinya. Tetapi, walauapapun perasaan kita terhadap perkara tersebut, kita tetap akan melaluinya. Tidak kira sama ada suka atau tidak. Seperti mana janjiNya. Semua yang hidup pasti merasi apa itu mati.

Tiap masa berlalu sama ada kita sedar atau tidak, kita semakin menghampirinya. Berlalu tahun 2008 kini masuk sudah ke tahun 2009. Ini bermakna kita semakin setahun menghampiri kematian. Kematian bukanlah sesuatu perkara yang menyeronokkan untuk diceritakan oleh kebanyakkan orang.

Walaubagaimanapun, hari ini saya ingin berkongsi satu kisah menarik mengenai kematian. Melihat daripada sudut yang positif. :-)

Lokasi: Hospital
Seorang yang menghidap penyakit kanser fasa kritikal telah berjumpa dengan seorang doktor. Beliau ingin bertanya mengenai kematian. Sepeti mana kebanyakkan orang yang lain, beliau juga begitu takut dengan kematian. Lebih-lebih lagi kematian itu semakin hampir.

“ Doktor apa pendapat doktor mengenai kematian? Saya takutlah kerana saya merasakan waktu saya hampir tiba,” terang pesakit dengan anda yang sedih.

Doktor tersebut merenung pesakit tersebut. Timbul riak sedih dimukanya. “ Kalau aku pun di tempatnya aku juga turut takut,” guman doctor tersebut. Dia cuba memikir jawapan yang sesuai untuk diberikan. Dia tidak mahu jawapan yang diberikan  akan menyinggung perasaan si pesakit. Si pesakit pada saat-saat kritikal ini perlu diberikan sokongan.

Tiba –tiba terdengar bunyi bising di luar. Seakan-akan terdapat hentakan kepada pintu walaupun tidak kuat. Rupa-rupanya berpunca daripada seekor kucing, ia cuba masuk ke bilik doktor tersebut. Apabila pintu itu dibuka, maka berlarilah kucing itu ke arah doktor tersebut. Kucing itu melopat ke arah doktor tersebut yang merupakan tuanya.

Lantas tiba-tiba doktor tersebut mendapat jawapan untuk persoalan ditanya.

“ Lihat kucing ini. Ia tidak pernah pun masuk ke bilik ini. Ini merupakan pengalamannya yang pertama. Tetapi ia tidak kisah. Ia terus masuk dan mendapatkan saya. Ia begitu gembira kerana berjaya berjumpa dengan tuannya. Begitu juga dengan kematian. Saya tidak tahu apa yang akan terjadi  selepas kematian. Ia merupakan pengalaman yang baru. Tetapi bagi saya ia tentu mengembirakan kerana saya dapat berjumpa dengan Tuan saya.”

« Previous Entries