4 Model Wanita

Islam, wanita No Comments

Beberapa hari yang lalu, saya sempat terbaca artikel berkenaan 4 model wanita menurut Islam. Bagi saya ianya sesuatu yang menarik untuk dikongsi, walaupun ada di antara pembaca blog ini lelaki. Mungkin anda boleh berkongsinya kepada adik,kakak, ibu atau isteri anda. .. :-)

Ketahuilah peranan wanita dalam dunia ini:

Ia adalah fitnah dan musuh jika tidak dididik menurut acuan Islam.
Ia adalah ujian bagi lelaki dalam menuju kesejahteraan hidup.

Ia adalah hadiah yang istimewa daripada Allah SWT untuk lelaki yang mendambakan kebahagian.


“Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia; mereka itu ialah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid,isteri Rasulullah SAW dan Fatimah binti Muhammad, puteri kesayangan Baginda.”

-(Riwayat Bukhari)

Asiah- merupakan model wanita yang tetap beriman walaupun hidup bersama musuh Allah SWT. Merupakan kepada isteri kepada Firaun, beliau tetap kuat mempertahankan keimanannya.

Maryam-merupakan simbol wanita yang mengabdi diri dan ketingian darjat ketakwaannya kepada Allah SWT.

Khadijah-simbol wanita yang menyokong perjuangan suaminya. Setia dan sanggup berkorban apa sahaja untuk menegakkan panji Islam.

Fatimah-simbol wanita yang solehah daripada pelbagai segi. Anak yang soleh, isteri yang setia dan ibu yang bijak kepada putera puterinya.

Mutiara kata Ilmu

Ilmu, Islam No Comments

Mutiara kata daripada tokoh Islam, Imam Syafi’i  mengenai ilmu.

“ Barangsiapa taat kepada Allah Ta’ala dengan ilmu maka bermanfaatlah batinnya.”

“ Aku tidak pernah kenyang selama 16 tahun. Kerana kekenyangan itu memberatkan hidup, menyesatkan hati, menghilangkan cerdik, menarik tidur dan melemahkan orang yang kenyang itu daripada beribadah.”

“ Barangsiapa tiada menjaga dirinya maka tak bergunalah ilmunya.”

“Menuntut ilmu adalah lebih utama daripada ibadah sunnah.”

6 perkara

Islam, Quote Motivasi No Comments

Salam motivasi. Apa kata hari ini kita renung kata mutiara daripada Ali Bin Abi Thalib. :-)

“ Barangsiapa mengumpulkan padanya enam perkara nescaya ia tidak akan meninggalkan usaha mencari syurga dan lari dari neraka:

Pertama  :  Ia mengenal Allah lalu mentaatiNya.
Kedua      :  Ia mengenal syaitan, lalu menderhakainya.
Ketiga      :  Ia mengenal kebenaran, lalu mengikutinya.
Keempat :  Ia mengenal yang batil, lalu menjaga diri daripadanya.
Kelima     : Ia mengenal dunia lalu menolaknya.
Keenam   : Ia mengenal akhirat, lalu mencarinya “.

Semoga kita mendapat pengajaran daripadanya. Salam Awal Muharram..

Kuasa Wanita

Islam, wanita 3 Comments

Salam wanita..eh silap..salam motivasi :-)

Hari ini kita berbicara tentang wanita. Lebih tepat lagi tentang kuasa wanita yang menjadi kelebihan pada mereka. Walaupun mereka tidaklah diangkat sebagai pemimpin dan tugas itu diserahkan kepada sang lelaki. Namun begitu mereka tetap berkuasa. Kata orang  ‘girl power’. Hehe

Kuasa lemah lembut yang ada wanita tidak dapat disangkal lagi. Ketahuilah bahawa kelembutan wanita merupakan racun  atau penawar dalam kehidupan  lelaki.   Kelembutan dan pujuk rayu seorang wanita mampu menjatuhkan sebuah empayar yang dibina oleh sang lelaki dalam sekelip mata sahaja. Walaubagaimanapun, jika kelembutan itu disalur mengikut syariat Islam, seorang wanita juga mampu menjadi tulang belakang yang kuat untuk menyokong perjuangan sang suaminya.

Contoh beberapa empayar yang runtuh akibat wanita.

- Josephine dan Napolean Bonarparte
- Matahari dan Hitler
-Delila dan Samson
-Hendon dan Abu Lahab
-Cleopatra dan Anthony

Manakala di bawah pula disenaraikan wanita yang menjadi kekuatan pada sang suaminya. Mereka sentiasa menyokong dari belakang perjuangan sang suaminya.

-Nabi Muhammad SAW dan Siti Khadijah dan isteri baginda yang lain
-Nabi Ayub dan Siti Rahmah
-Nabi Ibrahim bersama isterinya Siti Sarah dan Siti Hajar

Alangkah bahagianya jika mendapat isteri yang sentiasa memberi inspirasi kepada suaminya.. :-)

Saat Bernikah

Cinta, Islam, Umum 4 Comments

Dengar tajuk pun dah gerun. Saat Bernikah. Tapi bukan saya ye nak bernikah. Saje je ambil tajuk ini. Macam menarik je. :-)

Cuti bulan 12 ni tentu ramai yang  mengadakan kenduri kahwin. Apa-apapun saya ucapkan tahniah untuk sesiapa yang akan melangsungkan perkahwinan. Semoga perhubungan yang dibina bukan sekadar kekal ke anak cucu tetapi sehingga di syurga. Amin.

Tanpa kita sedar tahun 2009 akan tiba tidak berapa lama lagi. Umur kita pun semakin meningkat satu tahun lahgi. Nampaknya saya sudah semakin tua setahun walaupun usia saya sebenarnya masih muda. Adakah saya perlu berkahwin? :-)

Kepada kawan-kawan kaum  Hawa  yang sebaya saya rasanya dah sesuai untuk berkahwin. Apa lagi yang ditunggu? Hehe…Bersesuaian dengan tajuk di atas saya mengambil sebuah hadis untuk menghuraikan bilakah saatnya untuk bernikah.

“Apabila datang kepadamu seorang lelaki datang untuk meminang dimana engkau redha terhadap agama dan akhlaknya maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi.”

(HR Tarmidzi dan Ahmad)

Pintalah Keampunan

Islam No Comments

Hayatilah hadis ini dan ambil ia sebagai pengajaran. Betapa sayangnya Allah S.W.T kepada kita.

Dalam sebuah hadis Qudsi yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik dikatakan:“Allah berfirman: ‘Wahai anak Adam selama engkau masih berdoa kepadaKu dan berharap kepadaKu, Aku ampuni engkau apa pun yang datang darimu dan aku tidak peduli. Wahai anak Adam walaupun dosa-dosamu mencapai batas langit kemudian engkau meminta ampun kepadaKu, Aku akan ampuni engkau dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika engkau mendatangiKu dengan sepenuh bumi dosa dan engkau tidak menyekutukan-Ku, maka Aku akan menemuimu dengan sepenuh itu pula ampunan.’

Hadis Riwayat Tirmidzi

Istighfar

Ilmu, Islam, Kesihatan 1 Comment

Isilah detik dengan istighfar. Istighfar itu ubat hati yang lalai dan alpa. Ia mampu merawat jiwa yang keseorangan. Ia ubat kepada kepada penyakit penawar kepada racun.

” Ya Tuhanku, aku tidak layak untuk masuk ke dalam syurgaMu. Malah aku tidak mampu untuk menanggung bebanan api nerakaMu. Oleh itu ya Allah, terimalah taubatku, ampunilah dosa hambaMu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dosa-dosa yang besar.”

Rasulullah SAW pernah bersabda kepada  para sahabat:
” Perlukah aku beritahu kepadamu tentang satu penyakit dan ubatnya?”

” Apakah penyakitnya?”tanya sahabat.

Kata Rasulullah SAW.” Sesungguhnya penyakit manusia itu adalah dosa dan ubatnya adalah istighfar.”

Salah satu hadis yang lain adalah:
” Barang siapa yang membiasakan dirinya membaca istighfar, maka Allah akan jadikan dirinya keluar daripada segala macam kesempitan dan terlepas daripada setiap kesusahan, dan Allah memberi rezeki kepadanya dengan tidak ia sangka-sangka.”

Hadis riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah.

Tiada Yang Terlepas

Cerita Inspirasi, Islam 4 Comments

Salam motivasi dan salam puasa. Hehe hari ini tajuk ‘Tiada Yang Terlepas’. Apa tu?Kalau hendak tahu, bacalah sehinggalah habis. Tetapi sebelum itu, saya ingin betulkan beberapa mesej yang saya terima. Mereka menyangkakan saya Dr. Di sini saya ingin memberitahu, saya bukanlah Dr. Dr itu saya ambil supaya nama domain ini lebih ‘catchy’. Jadi saya harap janganlah salah anggap ye.  Saya cumalah orang biasa je. Seperti mana blogger yang lain seperti Shueqry, Dikmal yang berminat menulis tentang motivasi.

Untuk pengetahuan ramai, saya baru sahaja masuk bekerja setelah mendapat ijazah beberapa bulan yang lalu daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini saya di Taiping menjalani kursus sebagai bakal pekerja di TM nanti. Ini disebabkan saya seorang pemegang biasiswa penaja ini. Ok cukup tentang diri saya. Harap jangan salah anggap ye. Terima kasih kerana memberi inspirasi untuk saya terus menulis.

Pada suatu hari yang tenang, seorang yang bijaksana telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut si bapa dari belakang. Melihat tingkah laku Si Bijaksana itu, setengah orang pun berkata,

“Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki.”

Setelah mendengarkan desas-desus dan kata-kata yang kurang disenangi daripada orang ramai maka Si Bijaksana pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka timbulah kata-kata lain,

“Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu.”

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Si Bijaksana pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian timbulah pula kata-kata lain. Kali ini mereka orang ramai pula berkata lagi,

“Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu.”
Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Si Bijaksana dan anaknya turun dari himar itu.

Namun begitu, masih lagi terdengar suara orang berkata,

“Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai.”

Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Si Bijaksana menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya,

“Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu.”

Mengatasi Perasaan Marah

Ilmu, Islam 1 Comment

Salam  motivasi. Bagaimana puasa hari ini? Masih penat lagi atau sudah biasa? Harap-harap semua makin tidak penat lagi. Alah bisa tegal biasa :-)

Hari ini saya ingin berkongsi tips cara mengatasi marah dalam Islam. Islam pun ada tips dan teknik motivasinya sendiri. Cuba amalkannya dan lihatlahlah hasilnya.

Cara mengatasi marah.

1. Mengambil wuduk.

“Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk”

Hadis Riwayat Abu Daud

2. Minum air. Minum banyak air kecuali bulan puasa. Hehe :-)

3. Berfikiran positif dan sentiasa percaya dengan janjiNya.

4. Menarik nafas dan bertenang.Cuba mengambil nafas yang panjang.

5. Cuba untuk senyum. Senyuman dapat meredakan tekanan.

6. Mengubah posisi seperti mana yang disabda Rasulullah SAW.

” Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.”

 Riwayat Muslim

UrusanNya

Islam, Quote Motivasi 2 Comments

Beri hatiMu hanya untuk Allah,

pasti Allah temukan padamu pemilik terbaik.

hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah,

pasti Allah aturkan seluruh kehidupanmu sebaiknya.

Betul tu, saya setuju dengan ayat di atas. Ianya merupakan salah satu tips pengurusan masa yang efektif. Caranya adalah memperuntukkan masa anda pada Allah terlebih dahulu. Caranya adalah dengan melakukan solat di awal waktu. Betul, cuba amalkan. :-)

Percayalah dengan melakukan solat pada awal masa, hidup anda lebih tersusun. Anda melakukan kerja yang penting. Hamparkan waktu padaNya, selebihnNya Dia akan mengaturkan. Secara logiknya pun betul. Urusan dengan Dia adalah urusan paling besar. Jika anda mampu menyelesaikan urusan besar ini, sudah tentu urusan kecil amat mudah sahaja bagi anda. Lebih-lebih lagi Dia selalu di samping anda. Tetapi jika anda tiada masa untukNya, bermaksud anda sudah tersilap arah. Anda masuk jalan yang salah. Anda banyak menghabiskan masa kepada perkara yang kurang penting. Padahal urusan denganNya adalah paling penting.

Tambahan pula, jika anda tidak mampu mengurus masa anda dan memperuntukkan kepada Dia, manakan mungkin anda mendapat keberkatan daripadaNya. Segala-galaNya di gengamanNya.

Manusia makhluk yang lemah. Ia perlu berpaut pada sesuatu. Dan Islam itulah pautannya. Berpeganglah teguh kepadaNya. Percaya Dia Maha Mengetahui. Percaya Dia Maha Berkuasa. Berdoa selalu padaNya. InsyaAllah Dia akan mengatur hidup anda dengan sebaiknya. :-)

« Previous Entries Next Entries »