November 28, 2008
Falsafah Kejayaan, Kesihatan
No Comments
Jika anda hendak berjaya. Manipulasikan emosi anda. Sebabnya manusia ini pelik. Manusia bukanlah bertindak berdasarkan rasional atau logikal, tetapi kebanyakkannya adalah berdasarkan emosi.
Kita ambil sebuah contoh. Amin tahu untuk kekal sihat dia perlu bersenam. Sekurang-kurang 3 kali seminggu 20 minit untuk setiap sesi. Secara rasionalnya dia tahu kebaikkan bersenam. Kalau dia malas, dia tahu logiknya dia akan mudah jatuh sakit. Jadi dia pun mengambil keputusan untuk bersenam.
Tetapi apabila hari tersebut datang, tiba-tiba sahaja beliau berasa malas. Beliau rasa ingin duduk di rumah. Sebabnya, dia berasa seronok untuk di rumah menonton televisyen. Emosinya memandunya lebih kearah untuk kekal sahaja duduk di rumah. Akhirnya perlawanan antara emosi dan rasional dimenangi oleh emosi.
Lihat sahaja kejayaan yang berlaku disekeliling. Kebanyakkannya juga dipacu oleh emosi. Emosi yang membara untuk menggengam kejayaan menyebabkan mereka berusaha keras.
“ Manusia dikurniakan emosi dan pemikiran rasional.
Tetapi kebiasaanya, manusia lebih cenderung
memilih sesuatu berdasarkan emosi.”
Jadi apa lagi, paculah emosi anda untuk mencapai kejayaan.
November 17, 2008
Kesihatan, LOA, Minda
3 Comments
Pembaca sekalian tahukah anda alat pengesan penipuan? Ya. Ia merupakan sesuatu alat yang dapat mengesan pemikiran kita berdasarkan keadaan suhu badan, kadar denyutan jantung kita dan pelbagai faktor lain. Berdasarkan sumber-sumber ini, alat ini dapat mengesan sama ada kita sedang menipu atau tidak.
Apabila kita ditanya, ” adakah awak yang mengambil duit tersebut?”
Pemikiran kita ketakutan (jika benar kita mengambil duit tersebut) . Ini seterusnya menghantar mesej ke tubuh badan kita. Suhu badan kita turun. Kita mula berasa seram sejuk. Kadar denyutan jantuing lebih cepat, kita mula berpeluh. Semua ini memberi isyarat bahawa kita sedang menipu.
Jadi sini bermaksud, pemikiran kita dapat memberi kesan secara langsung kepada tubuh badan kita. Apabila kita sedang menipu, ia menghantar mesej penipuan kepada tubuh badan kita. Apa yang difikirkan adalah sumber kepada tubuh badan.
Begitu juga dengan kehidupan harian. Jika kita sering memenuhi pemikiran kita dengan pemikiran negatif, ia memberi kesan buruk kepada tubuh badan. Ia menghantar mesej negatif kepada tubuh badan kita. Kesannya kita berasa stres, tertekan, pening kepala dan berasa masam. Kita berasa ada sahaja yang tidak kena.
Tetapi berlainan apabila kita memenuhi kotak pemikiran kita dengan kata-kata yang positif. Ia akan menghantar mesej positif kepada tubuh badan. Kesannya kita mula berasa gembira. hehe.. macam saya yang sedang senyum
Oleh itu, sentiasalah berfikiran positif. Jika terdetik sahaja perkara negatif, gantikannya dengan perkara yang positif.
October 9, 2008
Ilmu, Islam, Kesihatan
1 Comment
Isilah detik dengan istighfar. Istighfar itu ubat hati yang lalai dan alpa. Ia mampu merawat jiwa yang keseorangan. Ia ubat kepada kepada penyakit penawar kepada racun.
” Ya Tuhanku, aku tidak layak untuk masuk ke dalam syurgaMu. Malah aku tidak mampu untuk menanggung bebanan api nerakaMu. Oleh itu ya Allah, terimalah taubatku, ampunilah dosa hambaMu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dosa-dosa yang besar.”
Rasulullah SAW pernah bersabda kepada para sahabat:
” Perlukah aku beritahu kepadamu tentang satu penyakit dan ubatnya?”
” Apakah penyakitnya?”tanya sahabat.
Kata Rasulullah SAW.” Sesungguhnya penyakit manusia itu adalah dosa dan ubatnya adalah istighfar.”
Salah satu hadis yang lain adalah:
” Barang siapa yang membiasakan dirinya membaca istighfar, maka Allah akan jadikan dirinya keluar daripada segala macam kesempitan dan terlepas daripada setiap kesusahan, dan Allah memberi rezeki kepadanya dengan tidak ia sangka-sangka.”
Hadis riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah.
August 29, 2008
Kesihatan
No Comments
Salam motivasi dan sejahtera. Maaf kerana lama tidak update. Bukan apa, Maxis Broadband saya buat hal. Modemnya rosak. Saya telah menelefon menefon pihak Maxis tetapi tiada apa-apa berita 2-3 hari selepas aduan dibuat. Ini menyebabkan saya terpaksa pergi sendir ke Maxis Center. Lebih teruk lagi, modem saya jenis lama.Mereka tiada stok. Yang package RM68 sekarang sudah tidak ada. So, saya terpaksa terminatekan penggunaannya. Minta maaflah Maxis. Sabar je lah. Saya harap suatu hari nanti saya dapat pasang Streamyx yang laju..hehe
Bagaimana dengan anda ? Sihat dan bermotivasi? Saya harap dalam keadaan baik.
Hari ini saya igin kongsi dengan anda tentang info tidur. Jadikan bangun tidur anda rutin. Maksudnya disini jika anda bangun pukul 6, sila bangun pukul 6 pagi setiap hari. Ya, termasuklah hari Ahad. Sebabnya ianya berfungsi untuk kesihatan anda juga. Jika anda melanggar rutin ini , itulah menjadi faktor anda kurang cergas,
Dalam tubuh kita mempunyai hormon cortisol yang berfungsi sebagai hormon kecergasan. Ia cenderung mengeluarkan hormon ini 3-4 jam sebelum kita bangun. Kira-kira pukul 2-3 pagi jika anda bangun pukul 6 pagi. Oleh itu, jika kita melanggar rutin ini dengan bangun lambat, inilah akan menyebabkan kita berasa tidak bermaya. Ia melanggar jam biologi kita. Dalam diri kita sebenarnya telah ‘disetup’ dengan jam biologi. Indahnya ciptaanNya.
Ingat, jalanilah hidup dengan aktif. Kalau hendak tidur juga tidurlah sebentar pada waktu tengahari. Pesanan ini untuk diri saya juga.
Jumpa lagi di artikel akan datang.