Tips Menjadi Individu Menarik

Keyakinan diri, Tips Motivasi 2 Comments

Hari ini  saya ingin kongsikan 5 tips bagaimana menjadi individu menarik. Ianya mudah sahaja untuk dilakukan. Percaya atau tidak ia akan meningkatkan tahap ‘menarik’ diri anda. :-)

1. Sentiasa senyum

Senyum merupakan aset berharga untuk diri anda. Kalau tidak masakan seseorang boleh jatuh cinta, memberi rumah,  disebabkan dengan satu senyuman sahaja. Kata orang senyum itu sedekah. Senyuman mebawa 1001 makna. Senyuman yang ikhlas dapat menenangkan hati orang lain.  Jika ada orang tidak senyum pada anda, maka hadiahkan mereka senyuman anda kepada mereka. Ia mendekatkan lagi jarak anda dengan mereka.

2. Banyak memberi

Masyarakat sukakan individu yang suka memberi. Tidak kisah apa-pun. Mungkin dari segi barangan, wang ataupun pertolongan dalam bentuk fizikal. Manusia tidak sukakan manusia yang hanya mementingkan diri sendiri .Oleh itu, belajarlah untuk memberi.

3. Berikan pujian

Manusia sebenarnya dahagakan pujian. Tetapi masalahnya semua sibuk dengan hal masing-masing. Jadi apa salahnya jika kita memberi sedikit pujian. Dengan ini, ia akan membuatkan mereka merasakan bahawa mereka seorang yang berharga di mata anda. Percayalah dengan membuat orang lain bahagia, anda juga akan turut bahagia.

4.  Mempunyai prinsip.

Seseorang yang berprinsip merupakan ciri penting dalam menjadi individu menarik. Lihat pada Mahatma Gandhi. Beliau merupakan orang biasa sahaja. Tidak kaya pun. Tetapi mengapa beliau menjadi individu menarik? Sebabnya beliau mempunyai prinsip untuk menolong masyarakat daripada penjajahan.

5. Mempunyai keyakinan  diri

Tips ini penting. Anda mesti mempunyai keyakinan diri terhadap diri anda. Anda mesti percaya dengan diri anda. Jika anda tidak percaya, manakah mungkin orang lain juga akan percaya pada anda .

Itu ia 5 tips yang dikongsi pada hari ini. Saya harap tips menjadi individu menarik di atas banyak membantu anda. Salam motivasi dan selamat menjadi individu yang menarik.

P/s: Salah seorang blogger motivasi yang menarik adalah Shueqry. Rasa-rasanya mengapa eh? :-)

Pilihan

Cerita Inspirasi, Keyakinan diri, Soalan Menarik 3 Comments

Pada zaman dahulu di sebuah gunung tinggalah seorang bijaksana. Bijaksana ini mampu menjawab dan menyelesaikan pelbagai masalah. Disebabkan kehandalannya itu, ramai  yang datang untuk mendapatkan pertolongannya. Daripada orang biasa sehinggakan pembesar-pembesar istana datang untuk mendapat perkhidmatannya. Usianya pula sudah lanjut melangkaui abad.  Sebab itulah dia menghabiskan sisa hidupnya dalam gua di gunung tersebut.

Cerita mengenai kehandalannya itu telah sampai pada seorang pemuda. Timbul perasaan ingin menguji kebijaksana dengan si tua tersebut. Lalu menujulah pemuda tersebut ke tempal tinggal si bijaksana itu.

Pemuda tersebut juga turut membawa sesuatu untuk diuji, iaitu seekor rama-rama hidup bersamanya. Di mindanya telah tersedia sebuah soalan yang sukar dijawap oleh orang biasa. Sebaik sampai di kawasan tersebut, pemuda tersebut lantas meletakkan rama-rama tersebut dalam genggamannya.

“ Wahai sang biijaksana. Dari jauh hamba datang ingin mendapatkan jawapan kepada satu persoalan. Harapan hamba supaya tuan bijaksana dapat memberikan jawapan yang memuaskan hati hamba.”

“Ceritakalah soalan itu anakku. Moga-moga dengan izinNya hamba dapat menyelesaikan kekusutan di jiwamu.”

“Begini, dalam tangan hamba ini terdapat seekor rama-rama. Persoalan hamba, adakah rama-rama ini hidup ataupun telah mati.”

“Wahai anakku. Semua ini terletak pada pilihanmu. Engkau yang mempunyai pilihan untuk menjawab persoalan itu. Jikaku katakan bahawa rama-rama itu hidup,nescaya engkau akan mengenggam tangan mu dengan erat sehingga rama-rama tersebut mati. Tetapi jikaku katakan rama-rama itu telah mati, nescaya engkau akan membuka tanganmu dan membiarkan rama-rama itu terbang bebas.Pilihan itu ada padamu anakku. Engkau yang perlu memilihnya.”

Bagaimana cerita hari ini? :-)

PS: Saya ingin meminta maaf. Dalam beberapa hari ini terdapat sedikit masalah teknikal kerana pengubahsuaian tema. Jika sesiapa ada menghantar mesej untuk mehubungi saya maaf mesej anda tidak sampai kerana terdapat sedikit masalah. Harap anda jangan berasa tersinggung dan anggap saya sombong. :-) Namun masalah ini telah berjaya diselesaikan. Say menantikan pesanan anda. Manakala ruang untuk komen pula masih dalam proses untuk memperbaikinya. Saya masih hairan kerana komen ini masih memerlukan kelulusan pihak pengurusan walaupun saya telah mengubah settingnya. Jika sesiapa dapat membantu beritahulah saya.

Mentor Jutawan

Keyakinan diri, Quote Motivasi, Review Ebook, Tips Motivasi 1 Comment

Ya, hari ini saya tambah colum baru. Selalunya orang akan review buku fizikal dan jarang mengreview ebook. Tetapi hari ini, saya nak bagi pendapat saya tentang sebuah ebook motivasi. Seperti yang diketahui, ebook merupakan produk digital yang tidak dapat dipegang. Ia tidak sama dengan buku fizikal yang dapat dirasai dan disentuh. Berbading ebook, ianya hanya dapat dilihat melalui komputer. Naman begitu, bukan bermakna input di dalamnya juga kurang. Ilmu di dalamnya masih sama cuma ebook kini trend penulis hari ini kerana dapat menjimatkan kos penerbitan.

Hari ini saya ingin memberi pendapat dan review saya tentang sebuah ebook yang telah dihasilkan oleh saudara Irfan Khairi.

Klik Sini. Ebook ini bertajuk Mentor Jutawan.

Dalam buku ini, beliau telah menemuramah beberapa personaliti jutawan seperti Dato Dr Fadzilah Kamsah, Azizi Ali, Dato Dr Azman Ching, Billi Lim, Abang Abu, Chef Li, Dato Hussamudin dan dirinya sendiri yang ditemuramah oleh saudara Nizal. Dalam ebook ini, 8 personaliti ini berkongsi pendapat dan tips tentang panduan untuk menjadi jutawan. Membaca buku ini seolah-olah anda berada di hadapan mereka. Pendapat saya, buku ini sungguh santai dan bermanfaat.

Pada mulanya saya sangkakan ianya sama sahaja seperti buku lain yang lebih kepada gimik, tetapi ikhlas saya cakapkan ianya berbaloi dengan nilainya RM40 untuk dibeli. Saya sukakan beberapa idea yang dikongsi oleh personaliti ini. Saya akan kongsikan bersama dengan anda di sini.

Dato Dr Fadzilah Kamsah

-Saya sukakan pendapat beliau tentang gemuruh. Gemuruh bagi beliau bermaksud ‘kita hormat pada audiens’.

“Gemuruh ini adalah erti kata menghormati audience. Sebab pada saya sekiranya Irfan bercakap di hadapan budak-budak sekolah rendah maka anda akan rasakan perasaan gemuruh itu langsung tidak ada.

Tetapi sekiranya Irfan bercakap di hadapan budak-budak universiti, ianya lain dan berbeza dan ianya juga berbeza apabila kita bercakap di hadapan professor-professor.

Jadi pada saya gemuruh itu bererti kita hormat.”

-Idea kedua yang saya sukakan daripada personaliti ini dalam ebook ini adalah tentang tekanan.

Tanpa tekanan manusia tidak akan menjadi hebat!

Sebenarnya banyak idea lagi dikongsi oleh personaliti ‘mentor kepada mentor’ dalam ebook ini, tetapi kalau saya bongkarkan semua tidak baik pula. :-) Oleh itu saya nasihatkan anda membacanya. Ideannya bernilai. Saya sekadar berkongsi pendapat saya tentang apa yang dibaca.

InsyaAllah saya akan review tip dan idea menarik yang dikongsi oleh personaliti lain dalam ebook ini pada post akan datang.

 

Mengatasi Rasa Malu

Keyakinan diri, Tips Motivasi 2 Comments

Salam ukhwah dan inspirasi. Hari ini saya menerima email yang bertanyakan tentang tips dan cara mengatasi perasaan malu. Jadi disini saya paparkan beberapa tips untuk pembaca yang ingin mengetahui caranya. Caranya tidaklah sesukar dan advance. Cuma menarik tips kali ini kerana  saya kaitkan dengan diri saya. Saya juga pernah mengalami keadaan tersebut. Sekarang? Masih juga malu tetapi malu yang bertempat. :-)

1. Mula secara berperingkat.
Sesuatu perkara perlu bermula secara berperingkat. Jangan ingin melakukan kesemuannya dalam satu masa. Cuba sertai 1 atau 2 aktiviti terlebih dahulu.Ini dapat membantu dalam membina keyakinan diri. InsyaAllah, sedikit demi sedikit keyakinan anda akan bertambah.

2. Anggap perkara tersebut normal.
Setiap orang akan mengalami pengalaman pertama. Saya pun masih teringat lagi pengalaman saya bercakap di depan orang. Memang gementar dan berpeluh habis. Tetapi jadikan itu merupakan perkara normal yang harus dilalui. Seperti semasa kita kecil dahulu. Kita agak takut hendak tidur bersendirian. Tetapi selepas pengalaman pertama, sehingga kini kita sudah mampu untuk tidur bersendirian. Begitu juga  kali pertama kita membeli gula-gula di kedai. Kita agak takut pada permulaannya. Tetapi selepas kejayaan kecil yang dilalui, perkara tersebut akan memberi suntikan motivasi kepada kita.

3. Jangan takut
Sebenarnya dalam diri, kita berasa sedikit takut untuk melakukannya. Sebabnya kita bimbang terhadap pandangan orang lain terhadap kita. Dahulu saya pun macam tu. Saya terlalu memikirkan apa yang akan dikatakan oleh orang lain sehingga saya terbaca sesuatu quote. Quote ini banyak membantu saya.

“Kita tidak dapat memuaskan semua hati.”

Memang betul kata quote ini. Jadi sejak hari itu, saya mula melakuakan perkara yang saya rasa betul. Saya akur bahawa saya tidak dapat memuaskan hati semua orang. Asalkan saya tahu saya sudah buat terbaik saya sudah cukup gembira. Lihatlah setiap tokoh-tokoh yang berjaya, tiada sesiapa pun dapat memuaskan hati semua. Semua mengatakan A baik. Tetapi masih ada yang mengkritik A.

4.Sentiasa berfikir positif.
Tip terakhir ini mudah sahaja. Anda adalah apa yang anda fikirkan. Jadikan, fikirkan sesuatu yang positif mengenai anda dan keadaan yang akan berlaku. Harapkan kebahagiaan dan jangan memokuskan pada kegagalan. Setiap orang mempunyai kisah silam,perkara tersebut tidak dapat diubah. Tetapi anda mempunyai masa hadapan, jadi coraklah ia dengan pemikiran positif.

Bagaimana, masih malu lagi? :-)