Permudahkan

Keyakinan diri, Winner No Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Saya bercuti hari ini dan sedang berehat di kampung halaman yang tercinta. Saya telah mengambil cuti yang agak panjang daripada hari Jumaat sehinggalah hari Isnin. Sebenarnya tidaklah panjang sangat, tetapi bagi orang yang bekerja, mengambil cuti sedemikian sudah tentu dianggap lama, lebih-lebih lagi tiada apa-apa peristiwa besar ataupun kejadian.

Bukan apa, kepingin durian selain melawat emak di kampung. Saya belum menyentuh durian lagi sejak musimnya tiba. Hanya melihat dari jauh ianya dijual di Kuala Lumpur.

Apa saya buat di rumah? Salah satunya adalah membaca buku ‘The Charisma Effect’ tulisan Andrew Leigh.  Salah satu tips yang dikongsi dalam meningkatkan karisma diri adalah:

“Permudahkan sesuatu yang sukar”

Karisma boleh dibina.Ianya perlu dibangunkan. Salah satunya adalah permudahkan sesuatu yang sukar. Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang mempermudahkan sesuatu. Tidak kira kira apa pun yang anda lakukan, permudahkan sesuatu yang sukar.Ia membuatkan semua orang faham maksud anda.

Memang mudah untuk menyukarkan sesuatu. Hampir semua orang mampu melakukannya. Hatta cara henda membuat teh yang baik pun memakan sebanyak 6 mukasurat dalam panduan etika UK. Padahal, ianya merupakan sesuatu yang mudah. Masak air panas, letak uncang, tambah gula dan siap. 9 perkataan sahajakan.

Jadi tips hari ini, ‘permudahlan sesuatu yang sukar’. Elakkan menggunakan perkataan yang tidak difahami.

Salam inspirasi. :-)

Krisis Ekonomi….

Keyakinan diri, Pembentangan Memikat 1 Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

handshake

Saya harap anda sihat dan berada dalam keadaan sejahtera. Krisis ekonomi mula menampakkan kejatuhannya. Banyak pekerja yang telah dibuang. Peluang pekerjaan semakin sedikit. Untuk satu pekerjaan, tetapi pemohonannya terlalu banyak.

Tips hari ini adalah mengenai bagaimana anda dapat bersaing dan meningkatkan peluang anda mendapat pekerjaan.

Rahsianya adalah dengan memberi salaman yang meyakinkan. Ketika bersalam dengan penemuduga anda, berikan beliau sebuah salaman yang meyakinkan dan kuat. Usah memberi salaman yang lemah.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Universiti Iowa, seseorang yang memberi salaman  yang kuat dan meyakinkan akan lebih mendapat tumpuan daripada pemohon lain yang memberi salaman yang lemah. Salaman yang menyakinkan seolah-olah menghantar isyarat kepada mereka bahawa anda merupakan seorang yang ekstovert dan berkarisma.

Jadi, berikan satu salaman yang meyakinkan kepada penemuduga anda. Ianya meningkatkan peluang anda mendapat pekerjaan tersebut.

Salam inspirasi… ayuh Isnin yang mengembirakan :-)
PS : Selamat  mencuba dan pastikan aktiviti yang dilakukan tidak melanggar syariat batas-batas pergaulan.

Lelaki Lebih Bijak Daripada Wanita?

Bakat, Keyakinan diri, Soalan Menarik 2 Comments

business

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar?Bagaimana anda hari ini? Sihat? Hari ini saya ada soalan ingin ditanya kepada anda. Satu soalan tentang kepandaian ( IQ ). Soalan yang agak kontroversi. Bersedia?

Soalannya berbunyi.

“Adakah lelaki lebih bijak daripada wanita?”

Sudah mempunyai jawapan? Mari kita dengar apa kata kajian yang telah dilakukan.

Kebanyakkan kajian menunjukkan jawapannya adalah tidak. Kenyataan lelaki adalah lebih bijak daripada wanita adalah salah. Tetapi kebanyakkan daripada mereka iaitu lelaki memikirkan mereka lebih ‘bijak’.

Sebanyak 30 kajian terhadap perkara ini telah dilakukan. Hasil analisis menunjukkan bahawa lelaki dan wanita mempunyai kepandaian yang sama jika dirujuk pada IQ. Namun begitu, kaum wanita telah salah tafsir terhadap IQ mereka.

Kajian menunjukkan secara puratanya wanita telah tersalah anggap  IQ mereka kurang 5 mata berbanding IQ sebenar. Pelik pula bagi lelaki yang mengambil ujian ini, mereka telah terlebih sangka mengenai IQ mereka untuk purata yang sama.

Seterusnya, apa yang menarik mengenai ini, bukan lelaki yang tersalah sangka mereka ‘bijak’, tetapi wanita juga menyangka lelaki lebih ‘bijak’. Hoho.. :-) Mereka yang terlibat dalam kajian ini juga percaya bahawa ayah mereka lebih bijak daripada emak mereka. Dan jika mereka mempunyai anak, mereka percaya anak lelaki mereka lebih bijak berbanding anak perempuan mereka.

Jika anda merupakan seorang perempuan atau wanita yang sedang membaca artikel ini, maka sudah tiba masanya anda mengubah pandangan anda. Anda sebenarnya lebih bijak. Bagi lelaki pula, masa untuk menambah ilmu. Ilmu di dada belum cukup lagi tu…   :-)

Mantera Motivasi

Keyakinan diri, LOA, Minda, Winner 1 Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar saudara dan saudari di sana? Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda berkenaaan mantera motivasi. Ianya bukanlah mantera seperti yang digunakan oleh bomoh-bomoh. Ianya mengenai motivasi.

Og Madino di dalam bukunya telah berkongsi mengenai mantera yang perlu diucapkan sepanjang hari. Menteranya sangat panjang, tetapi disini saya edit,pendekkan dan saya alihkan dalam bahasa melayu. Menurut beliau , dengan membacanya setiap hari,ia dapat membantu memberi impak kepada motivasi diri kita untuk maju.

Sekadar maklumat, buku yang dimaksudkan adalah The Greatest Secret In The World. Beliau pernah menjadi presiden untuk sebuah majalah di Chicago iaitu Success Unlimited.

Tanpa membuang masa, ayuh kita membaca manteranya….

” Saya akan menganggap hari ini bagaikan hari terakhir dalam kehidupan saya.

Apa yang patut  saya lakukan untuk hari yang istimewa ini?

Pertama saya akan memastikan tiada masa terbuang. Saya tidak mahu membuang masa saya dengan mengenangkan kesilapan, kegagalan semalam. Sebabnya saya tahu masa tidak mampu berpatah balik. Saya tahu saya tidak mampu untuk kembali dan memperbetulkan kesilapan semalam Walaupun pahit, semua itu tidak mampu dikembalikan. Jadi saya akan memastikan semua itu tertanam, dibakar dan tidak mahu mengingatinya lagi.

Jadi apa saya perlu buat? Membayangkan apa yang akan terjadi esok?

Sudah pasti tidak. Saya tahu saya tidak boleh berharap pada perkataan’ mungkin’. Saya tahu jam tidak akan bergerak lebih laju daripada waktu sekarang. Saya tahu matahari tidak akan terbit dua kali hari ini. Risaukankan perkara yang belum lagi berlaku? Sudah pasti tidak! Sama seperti semalam, saya tidak akan memikirkan mengenai esok.

Jadi saya akan menghargai hari ini bagaikan hari terakhir saya. Saya akan memenuhi tugasan yang patut saya lakukan hari ini. Saya akan memeluk anak saya pada hari ini, kerana esok mungkin mereka tidak memerlukan saya lagi. Saya akan menyayangi isteri saya sebab esok mungkin dia tidak memerlukan saya lagi. Saya akan memberi yang terbaik untuk kerjaya saya, sebabnya esok mungkin saya tidak mempunyai apa-apa untuk diberikan.

Saya akan memastikan setiap minit yang berlalu hari ini lebih baik daripada sejam yang berlalu semalam.

Saya akan menghargai hari ini seolah-olah ianya hari terakhir saya.

Bagaimanakah jika hari ini bukan hari terakhir saya?

Jika hari ini bukan hari terakhir, saya akan memanjat kesyukuran kerana diberi peluang kedua. “

 

 

PS : Selamat beramal dan selamat hari guru. :-)

Sayangilah Saya…

Bakat, Keyakinan diri 5 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar? Harap anda sihat sentiasa. Saya ingin berkongsi dengan anda sesuatu. Mengenai diri anda dan orang lain. Bukannya tentang menyayangi diri saya seperti tajuk di atas. :-P

Saya menerima satu mesej dan saya rasa ianya menarik untuk dikongsi. Ianya tentang perkara yang selama ini kita tidak terfikir. Tentang perhubungan kita dengan orang lain. Tentang apa yang difikirkan oleh mereka.  Ianya mengandungi 10 perkara. Selamat membaca.

Sesuatu yang anda tidak perasan atau terfikir…

  1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
  2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
  3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
  4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.
  5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
  6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
  7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
  8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
  9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
  10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.

Apabila selesai membacanya, ada sesuatu  yang difikirkan saya adalah, “Betulkah ini?”

  • Adakah terdapat 5 orang yang sanggup mati kerana saya?(No. 1.)
  • Adakah saya begitu bermakna sehingga menjadi faktor kebahagiakan hidup orang? (No. 7)
  • Siapa yang misteri itu yang menyayangi saya? ( No. 9) Hoho.. :-P

Ya, mungkin tidak semuanya benar. Tetapi saya percaya mungkin sebahagian daripadanya benar. Mungkin bukan 5 orang yang sanggup mati kerana anda, tetapi saya rasa mungkin ada seseorang yang sanggup mati kerana anda.
Saya percaya setiap orang unik dan istimewa. Mungkin kadangkala kita merasakan kita hanya insan biasa dan tidak diperasaan kewujudan di mata orang lain, tetapi percayalah kita mungkin ‘warna’ pada kehidupan seorang yang lain. Tips hari ini, sayangilah diri anda.

Talk is Cheap

Falsafah Kejayaan, Keyakinan diri 3 Comments

Saya telah berjumpa dengan sedikit orang yang telah berjaya. Dan saya telah berjumpa dengan ramai orang yang tidak berjaya lagi.Ya, memang ramai. Bukannya mereka tidak bijak, tetapi mereka kekurangan sesuatu. Mereka mempunyai idea, tetapi melupakan sesuatu. Mereka bijak memperkatakan strategi yang perlu diambil, tetapi mereka membutakan terhadap sesuatu perkara.

Sesuatu itu adalah tindakan. Mereka tidak mengambil tindakan. Dalam Bahasa Inggerisnya, “they doesn’t take action.”

“Hei kawan, talk is cheap. Semua orang boleh bercakap.

Jangan sekadar bercakap sahaja. Masa untuk bertindak.”

PS : Pesanan ini adalah untuk saya terutamanya. Masa untuk berubah. :-)

Kisah Siti Nurhaliza bukan nama sebenar…

Cerita Inspirasi, Ilmu, Keyakinan diri 3 Comments

Hari ini saya ada kisah ingin dikongsi dan persoalan mengenainya. Jadi tanpa berleter panjang dan sebelum anda bosan dengan kata-kata saya, mari kita terus ke cerita tersebut. Kisah Siti Nurhaliza yang bukan nama sebenar… :-)

Datuk XYZ bukan nama sebenar dan pasangannya Siti Nurhaliza bukan nama sebenar baru sahaja mendapat anak. Anak mereka bernama Fasha Sandha yang juga bukan nama sebenar. Mereka merupakan pasangan yang bahagia. Sebelum ini mereka mempunyai masa bersama teman mereka, tetapi sejak mereka mempunyai anak. Semuanya berubah. Mereka tiada masa untuk teman mereka lantaran masa banyak diberikan kepada anak kesayangan mereka.

Lalu suatu hari, Datuk XYZ mencadangkan,” apa kata kita membuat rumah terbuka raya ketiga ni. Bolehlah kita mengeratkan hubungan dengan teman-teman yang terpisah. Maklumlah kita lama tidak berjumpa dengan mereka sejak akhir-akhir ni.”

“Yelah bang. Saya setuju tu. Jom kita merancang.”

“Jom..jom,” kata Datuk XYZ dengan semangat.

Mereka bersatu menyiapkan perancangan dan kertas kerja. Owh bahagianya saat itu.. :-P Mereka menyenaraikan apa yang perlu dilakukan. Mereka menyenaraikan apa yang perlu dibeli. Segalanya dirancang dengan teliti.

Masa pun tiba. Hari tersebut datang, semuannya berjalan lancar. Tetapi ada sedikit gangguan, namun disebabkan mereka mempunyai perancangan untuk masalah yang akan datang, semuanya berjaya diatasi. Selepas hari terbuka. Mereka pun menerus kehidupan seperti biasa. Mereka hidup bahagia bersama anak mereka. Cerita tamat.

Hoho. Mesti anda pelik, apalah yang saya cerita ni. Baik tak payah cerita. Macam tak cerita je. Tak ada klimaks. Tak ada babak menonjol. Cerita macam tiada kaitan. Janganlah begitu.

Motif cerita ini satu sahaja. Mereka merancang untuk hari terbuka. Sebab itulah mereka berjaya. Pembaca sekalian, sedarkah kita ramai daripada kita sanggup merancang untuk sesuatu yang kecil. Melakukan perancangan untuk berkelah, hari terbuka, percutian.Pelbagai kemungkinan difikirkan untuk memastikan hari tersebut berjalan lancar.

  • Persoalannya di sini, adakah kita merancang untuk kehidupan kita yang tentunnya lebih penting?
  • Kehidupan kita merupakan sesuatu yang besar, mengapa kita tidak mempunyai pelan untuknya supaya kehidupan kita berjalan lancar?

Masa untuk berfikir…Tik..tik tik..tik

PS: Cerita di atas tidak mengena dengan insan yang masih hidup ataupun telah tiada. :-)

Menggoyahkan kepercayaan anda

Keyakinan diri, Nlp 3 Comments

Pernah atau tidak anda ingin mencuba sesuatu tetapi anda merasakan berat untuk melakukannya? Anda percaya anda tidak mampu melakukannya. Anda merasakan bahawa anda tidak keyakinan untuk mencapai perkara tersebut. Ya, saya pasti. Semua orang pernah. Tidak kira apa pun perkara. Mesti kita pernah melaluinya.

  • Mungkin ketika diminta untuk melakukan pembentangan, tetapi kita tiada keyakinan untuk membuatnya.
  • Ataupun berimpian untuk memiliki kerjaya impian tetapi anda merasakan ianya tidak mungkin.
  • Ataupun ketika hendak mengorat seorang awek cun, tetapi niat anda terbantut kerana anda merasakan anda tidak layak. :-P

Pembaca sekalian, ini semua disebabkan kepercayaan yang telah tertanam dalam minda kita. Perasankah kita bahawa perkara ini hanya akan menghalang kita lagi daripada pergi jauh. Kita meletakkan batasan atau limit pada diri.  Jadi apa kata pada hari ini kita ikuti tips daripada Anthony Robbins. Menggoyahkan sistem kepercayaan ini. Caranya adalah dengan mewujudkan perasaan tidak selamat kepada kepercayaan tersebut. Goncangkannya sistem kepercayaan tersebut.

Tanyakan beberapa soalan kepada diri anda.

  • 1.    Apakah kesan kepercayaan ini kepada saya? Apa kesannya kepada masa lepas saya?
  • 2.    Apa yang kelakar mengenai kepercayaan ini?
  • 3.    Apa kesannya kepada saya pada masa hadapan jika saya masih lagi mengamal kepercayaan ini?

Dengan menjawab soalan-soalan ini saya percaya kepercayaan anda mula goyah. Anda kini lebih bersemangat untuk melakukan sesuatu yang sebelum ini anda tidak percaya mampu melakukannya. Yergh..kini motivasi anda sudah meningkat, apa lagi, kejarlah kehidupan yang diingini, kerjaya impian dan awek(calon isteri) yang diinginkan. Opss.. :-)

Tips Bruce Springsteen

Keyakinan diri, Pembentangan Memikat 1 Comment

Pernahkah anda berasa gemuruh ketika berucap di hadapan orang ramai? Adakah anda merasakan perut anda memulas? Adakah anda merasakan pernafasan anda bergerak dengan laju dan kencang? Adakah anda merasakan kaki gementar dan tangan anda menggigil?

Pembaca sekalian, perkara ini turut dialami oleh Carly Simon. Perkara ini telah menyebabkan beliau ‘menyorok diri‘ beberapa tahun daripada membuat persembahan di hadapan umum. Tetapi berlainan dengan sesetengah penghibur yang lain. Mereka mengunakkan perkara tersebut sebagai kelebihan kepada diri.

Bruce Springsteen menglabelkan keadaan di atas sebagai tindakan fizikal yang ‘menyeronokkan‘. Beliau menganggap ianya adalah perkara normal dalam sesuatu persembahan. Beliau mengaggap perkara ini akan membuatkan beliau semangat untuk melakukan persembahan yang hebat di hadapan ribuan orang. Bagi beliau, perkara ini bukanlah musuh tetapi sebagai ‘kawan‘.

Jadi tips hari ini, tatkala anda berucap di hadapan orang ramai, mulalah menganggap perasaan ini sebagai keseronokkan. Hargailah adrenalin ini dan janganlah menganggap ianya sebagai suatu ketakutan.
Salam Inspirasi.  :-)

Imaginasi

Keyakinan diri, Minda 1 Comment

“ Imaginasi lebih berkuasa daripada pengetahuan.”

Albert Eistein

Imaginasi merupakan satu anguerah yang tidak ternilai harganya. Telah terbukti oleh kajian saintifik, kadangkala minda kita tidak dapat memastikan antara sesuatu  yang fantasi dan perkara yang benar. Minda keliru untuk membezakan antara  perkara realiti dan perkara yang diimaginasikan dengan jelas. Fahamilah fakta ini.

Sebaik sahaja anda faham minda tidak dapat membezakan antara perkara fantasi dengan perkara yang benar, anda sudah maju setapak berbanding orang lain. Mengamalkan fakta ini mampu mengubah hidup anda.

Contohnya jika anda takut hendak menjadi ketua atau mengetuai sesuatu mesyuarat, apa kata anda mainkan ‘video gambaran’ dalam minda anda dimana anda telah berjaya mengendalikan perkara tersebut dengan jayanya. Mainkan ianya berulangkali. Akhirnya ia akan menjadi pengalaman anda. Sebabnya minda tidak dapat membezakan antara perkara realiti dan perkara yang sekadar dibayangkan. Video itu seterusnya disimpan menjadi pengalaman yang bagaikan pernah dilakukan oleh anda.

Begitu juga dengan perkara lain. Mula gambarkan supaya ianya menjadi pengalaman anda. :-)

« Previous Entries Next Entries »