Malang Malaysia Kalah Dengan Vietnam 3-1

Keyakinan diri, LOA, impian No Comments

Warren Buffet merupakan salah seorang yang berpengaruh di dunia .Beliau merupakan pemegang saham terbesar dalam beberapa syarikat penting. Selain itu, beliau juga pernah menjadi orang terkaya di dunai sebelum tempat itu diambil semual oleh Bill Gates pada tahun 2009.

Beliau merupakan pakar dalam permainan saham. Dalam sebuah temuramah dengan majalah Magazine, beliau telah berkongsi mengenai sebuah kisah yang telah mengubah hidupnya. Ketika itu beliau masih muda lagi. Buffet talah memohon untuk memasuki Sekolah Perniagaan Harvard (Harvard Business School). Tetapi malangnya permohonan beliau telah ditolak. Lantas beliau mencari maklumat mengenai universiti lain di pepurstakaan. Hasilnya beliau telah menemui bahawa terdapat 2 orang professor yang dikaguminya mengajar di Universiti Columbia, US. Lantas beliau memohon dan berjaya diterima pada saat akhir. Yang lebih mengembirakan, salah seorang daripada professor itu seterusnya menjadi mentor kepadanya.

Salah seorang yang mempengaruhi dan bertanggungjawab dalam kejayaan Warren Buffet adalah Benjamin Graham. Buffet begitu meminati falsafah dan prinsip  pelaburan Graham. Pelbagai ilmu diperolehi dan membolehkan beliau menggunakan ilmu yang ada untuk menjadi orang yang terkaya di dunia.

“Kemungkinan peistiwa ditolak oleh Sekolah Perniagaan Harvad merupakan perkara yang paling bertuah pada saya,”
kata Buffet.

Kesimpulannya: Sesuatu yang buruk mungkin sebenarnya tuah kepada anda. :-P

PS: Harap Malaysia dapat memenagi pingat emas bola sepak dalam sukan sea. Semoga malang itu bertukar menjadi tuah :-)

Punyailah Impian

LOA, impian 3 Comments

Hari ini saya ingin kongsi satu quote menarik yang baru dibaca.

“Those who do not have goals are doomed forever to work for those who do.”

“Mereka yang tidak mempunyai impian akhirnya akan selamanya bekerja

untuk seseorang yang mempunyai impian.”

Jika anda ingin berjaya, punyailah impian. Jika tidak anda hanya akan bekerja untuk orang lain. Ini berlaku sehinggalah anda mempunyai impian. Contohnya jelas. Ribuan pekerja yang bekerja keras untuk Bill Gates yang mempunyai impian disebabkan tidak mempunyai impian. Mungkin mereka mempunyai impian, tetapi mereka belum cukup ‘kuat’ dengan impian mereka.

 Orang yang tidak mempunyai impian akhirnya akan bekerja untuk orang yang mempunyai impian. Jadi, punyailah impian. :-P

Menyedarkan Minda Separa Sedar

LOA, Minda 2 Comments

Minda separa sedar adalah bahagian minda yang bekerja keras untuk diri kita.Ia umpama jin dalam lampu Aladin. Jin yang sedaya upaya akan menunaikan impian tuan punya lampu. Begitu juga dengan minda separa sdar, ia adalah ‘hamba’ kepada kita yang akan bekerja keras untuk menunaikan impian yang dipinta. Minda ini akan terus berusaha tanpa kenal penat dan jemu.Ia memproses dan mencari cara untuk menjadikan impian itu realiti.

Salah satu tips untuk menyedarkan mentol dalam kita iaitu minda separa sedar adalah dengan menulis, Brian Tracy yang merupakan pakar mengenai impian telah mencadangkan penggunaan kad bersaiz 3X5. Tulis matlamat itu dan ulang melihatnya 2 kali sehari.

Cara ini mampu menyedarkan minda separa sedar kita. Selepas mendapat arahan, minda itu akan mula bekerja tanpa henti. Jadi, ayuh! Mari menulis matlamat. :-P

Ada tips lain untuk menyedarkan minda bahagian ini?

Mantera Motivasi

Keyakinan diri, LOA, Minda, Winner 1 Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar saudara dan saudari di sana? Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda berkenaaan mantera motivasi. Ianya bukanlah mantera seperti yang digunakan oleh bomoh-bomoh. Ianya mengenai motivasi.

Og Madino di dalam bukunya telah berkongsi mengenai mantera yang perlu diucapkan sepanjang hari. Menteranya sangat panjang, tetapi disini saya edit,pendekkan dan saya alihkan dalam bahasa melayu. Menurut beliau , dengan membacanya setiap hari,ia dapat membantu memberi impak kepada motivasi diri kita untuk maju.

Sekadar maklumat, buku yang dimaksudkan adalah The Greatest Secret In The World. Beliau pernah menjadi presiden untuk sebuah majalah di Chicago iaitu Success Unlimited.

Tanpa membuang masa, ayuh kita membaca manteranya….

” Saya akan menganggap hari ini bagaikan hari terakhir dalam kehidupan saya.

Apa yang patut  saya lakukan untuk hari yang istimewa ini?

Pertama saya akan memastikan tiada masa terbuang. Saya tidak mahu membuang masa saya dengan mengenangkan kesilapan, kegagalan semalam. Sebabnya saya tahu masa tidak mampu berpatah balik. Saya tahu saya tidak mampu untuk kembali dan memperbetulkan kesilapan semalam Walaupun pahit, semua itu tidak mampu dikembalikan. Jadi saya akan memastikan semua itu tertanam, dibakar dan tidak mahu mengingatinya lagi.

Jadi apa saya perlu buat? Membayangkan apa yang akan terjadi esok?

Sudah pasti tidak. Saya tahu saya tidak boleh berharap pada perkataan’ mungkin’. Saya tahu jam tidak akan bergerak lebih laju daripada waktu sekarang. Saya tahu matahari tidak akan terbit dua kali hari ini. Risaukankan perkara yang belum lagi berlaku? Sudah pasti tidak! Sama seperti semalam, saya tidak akan memikirkan mengenai esok.

Jadi saya akan menghargai hari ini bagaikan hari terakhir saya. Saya akan memenuhi tugasan yang patut saya lakukan hari ini. Saya akan memeluk anak saya pada hari ini, kerana esok mungkin mereka tidak memerlukan saya lagi. Saya akan menyayangi isteri saya sebab esok mungkin dia tidak memerlukan saya lagi. Saya akan memberi yang terbaik untuk kerjaya saya, sebabnya esok mungkin saya tidak mempunyai apa-apa untuk diberikan.

Saya akan memastikan setiap minit yang berlalu hari ini lebih baik daripada sejam yang berlalu semalam.

Saya akan menghargai hari ini seolah-olah ianya hari terakhir saya.

Bagaimanakah jika hari ini bukan hari terakhir saya?

Jika hari ini bukan hari terakhir, saya akan memanjat kesyukuran kerana diberi peluang kedua. “

 

 

PS : Selamat beramal dan selamat hari guru. :-)

Hukum Minda

LOA, Minda No Comments

Komputer merupakan satu alat yang kompleks. Teknologinya kadang-kadang membuat kita pening. Butang-butang yang halus dan kadang kala sambungan yang sukar di lihat menambahkan lagi kekompleksnya. Namun begitu, kita masih dapat menggunakanya walaupun tidak tahu bagaimana ianya berfungsi di sebalik tabir. Apa yang penting kita memberi tumpuan pada manualnya. Tahu apa yang perlu dibuat dan peraturan yang perlu diikuti. InsyaAllah dengan mengikuti langkah yang ditetapkan semuanya akan berjalan dengan lancar.

Begitu juga dengan minda. Ianya merupakan satu ciptaan yang begitu kompleks. Malah kemampuannya jauh lebih hebat daripada komputer.Hendak memahami bagaimana sesebuah komputer berfungsi pun mengambil masa apatah lagi untuk memahami sesuatu rahsia di sebalik minda.

Untuk mengelak daripada saya berceloteh panjang. Apa yang penting disini, adalah kita tidak perlu tahu apa yang disebaliknya untuk mencapai kejayaan. Apa yang penting adalah kita perlu tahu manual penggunaannya. Dan untuk memahami manualnya anda mesti tahu peraturannya. Iaitu mengetahui berkenaan ‘hukum minda’. (Nampak menyeramkankan pula bila saya sebut demikian. ) :-P

Menurut buku Think Like A Winner, tulisan Dr Walter,  minda mempunyai hukumnya tersendiri. Ia menerangkan bagaimana minda bertindak berdasarkan hukum tersebut. Dalam buku tersebut telah disenaraikan 5 hukum wajib untuk minda. InsyaAllah jika ada kesempatan saya akan menjelaskannya setiap satu pada masa akan datang. Hukum minda itu adalah :

1.    Hukum kesan dan akibat.
2.    Hukum  pengawalan.
3.    Hukum kepercayaan.
4.    Hulum penumpuan.
5.    Hukum tarikan. (rasanya ramai tahu tentang ini iaitu LOA-Law Of Attraction)

Apa-apa pun anda jangan risau. Ianya tidak sekompleks mana. Hukum ini sekadar untuk diketahui bagaimana ianya dapat digunakan untuk mencapai kejayaan. Jumpa lagi di post yang lain. Salam motivasi. :-)

Matlamat Dan Azam

LOA, Tips Motivasi 3 Comments

Salam motivasi.

Nampaknya beberapa hari lagi tahun 2008 akan meninggalkan kita. Terasa cepatnya masa berlalu. Bagaimanakah dengan matlamat anda tahun 2008? Adakah ianya berjaya direalisasikan? Adakah ianya separuh direalisasikan? Adakah ianya langsung tidak direalisasikan dan  sekadar dibiarkan begitu sahaja.

Matlamat berbeza dengan azam. Azam ianya sama seperti harapan. Mengharapkan sesuatu terjadi tanpa tindakan yang konkrit. Ianya tiada proses yang jelas untuk mendapatkannya. Ianya tiada kemahuan yang kuat untuk mengcapainya.

“Aku harap tahun ini aku  hendak….”

Penggunaan perkataan ‘hendak’ jelas menunjukkan kita tiada insentif untuk berusaha bersungguh-sungguh. Kita tidak beberapa pasti dengan matlamat kita. Sebab itulah kebanyakkan azam yang ingin dilakukan tidak berjaya direalisasikan.

Berbeza dengan matlamat. Ianya mempunyai proses. Dari proses sekecil-kecilnya sehinggalah sebesar-besarnya. Itulah matlamat. Ianya jelas dan diikuti dengan semangat ingin betul-betul menjadikannya kenyataan. Ianya melibatkan tempoh masa.

Jadi apakah matlamat anda untuk tahun ini? Petua Jack Canfield, penulis siri Chicken Soup. Senaraikan 3-4 matlamat utama yang anda ingin capai untuk tahun tersebut. Kemudiannya bawanya kemana sahaja anda pergi dan selalu membacanya. Cara yang efektif adalah dengan meletakkannya dalam beg duit anda dimana anda akan dapat melihat matlamat anda setiap kali anda membuka dompet untuk membayar sesuatu.

Selamat mencuba. :-)

Sentiasa berfikiran positif

Kesihatan, LOA, Minda 3 Comments

Pembaca sekalian tahukah anda alat pengesan penipuan? Ya. Ia merupakan sesuatu alat yang dapat mengesan pemikiran kita berdasarkan keadaan suhu badan, kadar denyutan jantung kita dan pelbagai faktor lain. Berdasarkan sumber-sumber ini, alat ini dapat mengesan sama ada kita sedang menipu atau tidak.

Apabila kita ditanya, ” adakah awak yang mengambil duit tersebut?”

Pemikiran kita ketakutan (jika benar kita mengambil duit tersebut) . Ini seterusnya menghantar mesej ke tubuh badan kita. Suhu badan kita turun. Kita mula berasa seram sejuk. Kadar denyutan jantuing lebih cepat, kita mula berpeluh. Semua ini memberi isyarat bahawa kita sedang menipu.

Jadi sini bermaksud, pemikiran kita dapat memberi kesan secara langsung kepada tubuh badan kita. Apabila kita sedang menipu, ia menghantar mesej penipuan kepada tubuh badan kita. Apa yang difikirkan adalah sumber kepada tubuh badan.

Begitu juga dengan kehidupan harian. Jika kita sering memenuhi pemikiran kita dengan pemikiran negatif, ia memberi kesan buruk kepada tubuh badan. Ia menghantar mesej negatif kepada tubuh badan kita. Kesannya kita berasa stres, tertekan, pening kepala dan berasa masam. Kita berasa ada sahaja yang tidak kena.

Tetapi berlainan apabila kita memenuhi kotak pemikiran kita dengan kata-kata yang positif. Ia akan menghantar mesej positif kepada tubuh badan. Kesannya kita mula berasa gembira. hehe.. macam saya yang sedang senyum :-)

Oleh itu, sentiasalah berfikiran positif. Jika terdetik sahaja perkara negatif, gantikannya dengan perkara yang positif.

Law Attraction

LOA, Tips Motivasi No Comments

Kita berjumpa lagi pada hari ini,hari ini saya ingin menulis tentang law of attraction.Apa itu law of attraction(LOA)? Ohya..sebelum tu saya dah pun tulis untuk jawapan untuk soalan untuk memilih pintu yang betul. :-)

LOA merupakan satu teori yang baru yang belum disahkan.Namun begitu,ia semakin mendapat tempat dihati ramai peminat kebelakangan ini.Ia merupakan teori tentang perasaan,emosi,perkataan yang diucapkan yang mana akan mempengaruhi hidup seseorang.Teori ini menceritakan tentang kemampuan minda (secara sedar atau tidak),emosi,perkataan yang digunakan,kepercayaan yang mampu menarik sesuatu perkara.

Faktor-faktor tersebut menarik sesuatu perkara penghasilan sesuatu resonans tenaga yang bergetar.Teori LOA ini menyatakan kita manarik sesuatu perkara berdasarkan apa yang kita fikirkan.Secara mudah,contohnya kita ingin melihat rancangan di TV3.Oleh itu,frekuensi dan resonansnya mestilah selari dengan pemancar yang dipancar.Dengan membuat demikian,barulah rancangan TV3 dapat ditonton.Cuba bayangkan jika frekuensinya tidak sama?Sudah tentu hasilnya berlainan.Ini bermaksud dalam mendapat sesuatu yang kita inginkan,kita haruslah berfikir mengikut frekuensi tersebut.Fikiran yang positif akan menarik perkara yang positif.Jadi ini bermaksud fikiran kita lah yang menentukan perjalanan hidup kita.

Prinsip yang digunakan.

Menurut LOa,fikiran mempunya tenaga dan menarik tenaga.Dan untuk mengawal tenaga ini,seseorang haruslah mengikut langkah yang ditetapkan.Langkah0langkah yang digunaka mudah sahaja dan pasti dapat diikuti.
1.Tahu apa yang ingin dicapai atau dapat ,dan mula ASK.
2.Fokus pada perasaan-perasaan yang positif.
3.Rasai.
3.Terima.

Jadi mulai hari ini,tanya pada diri ini apa yang ingin dimiliki?You can get what u want walaupun buat masa ini anda tidak tahu bagaimana untuk mendapatkannya.Berfikiran positiflah sentiasa.The way will be show.