November 30, 2008
Keyakinan diri, Minda
1 Comment
“ Imaginasi lebih berkuasa daripada pengetahuan.”
Albert Eistein
Imaginasi merupakan satu anguerah yang tidak ternilai harganya. Telah terbukti oleh kajian saintifik, kadangkala minda kita tidak dapat memastikan antara sesuatu yang fantasi dan perkara yang benar. Minda keliru untuk membezakan antara perkara realiti dan perkara yang diimaginasikan dengan jelas. Fahamilah fakta ini.
Sebaik sahaja anda faham minda tidak dapat membezakan antara perkara fantasi dengan perkara yang benar, anda sudah maju setapak berbanding orang lain. Mengamalkan fakta ini mampu mengubah hidup anda.
Contohnya jika anda takut hendak menjadi ketua atau mengetuai sesuatu mesyuarat, apa kata anda mainkan ‘video gambaran’ dalam minda anda dimana anda telah berjaya mengendalikan perkara tersebut dengan jayanya. Mainkan ianya berulangkali. Akhirnya ia akan menjadi pengalaman anda. Sebabnya minda tidak dapat membezakan antara perkara realiti dan perkara yang sekadar dibayangkan. Video itu seterusnya disimpan menjadi pengalaman yang bagaikan pernah dilakukan oleh anda.
Begitu juga dengan perkara lain. Mula gambarkan supaya ianya menjadi pengalaman anda. 
November 17, 2008
Kesihatan, LOA, Minda
3 Comments
Pembaca sekalian tahukah anda alat pengesan penipuan? Ya. Ia merupakan sesuatu alat yang dapat mengesan pemikiran kita berdasarkan keadaan suhu badan, kadar denyutan jantung kita dan pelbagai faktor lain. Berdasarkan sumber-sumber ini, alat ini dapat mengesan sama ada kita sedang menipu atau tidak.
Apabila kita ditanya, ” adakah awak yang mengambil duit tersebut?”
Pemikiran kita ketakutan (jika benar kita mengambil duit tersebut) . Ini seterusnya menghantar mesej ke tubuh badan kita. Suhu badan kita turun. Kita mula berasa seram sejuk. Kadar denyutan jantuing lebih cepat, kita mula berpeluh. Semua ini memberi isyarat bahawa kita sedang menipu.
Jadi sini bermaksud, pemikiran kita dapat memberi kesan secara langsung kepada tubuh badan kita. Apabila kita sedang menipu, ia menghantar mesej penipuan kepada tubuh badan kita. Apa yang difikirkan adalah sumber kepada tubuh badan.
Begitu juga dengan kehidupan harian. Jika kita sering memenuhi pemikiran kita dengan pemikiran negatif, ia memberi kesan buruk kepada tubuh badan. Ia menghantar mesej negatif kepada tubuh badan kita. Kesannya kita berasa stres, tertekan, pening kepala dan berasa masam. Kita berasa ada sahaja yang tidak kena.
Tetapi berlainan apabila kita memenuhi kotak pemikiran kita dengan kata-kata yang positif. Ia akan menghantar mesej positif kepada tubuh badan. Kesannya kita mula berasa gembira. hehe.. macam saya yang sedang senyum
Oleh itu, sentiasalah berfikiran positif. Jika terdetik sahaja perkara negatif, gantikannya dengan perkara yang positif.
September 23, 2008
Minda
No Comments
Otak manusia tidaklah sebesar mana, tetapi tahukah anda terdapat kajian yang mengatakan bahawa otak manusia ini berupaya menyimpan 125,500,00,000,000 maklumat. Terdapat kajian juga mengatakan manusia hanya menggunakan 1% sahaja potensi otak mereka.
Kita sudah mampu melakukan pelbagai perkara seperti berlari, melukis, berfikir dengan kemampuan kurang daripada 1 %. Cuba fikir sejenak apa akan terjadi jika kita mengguna potensi otak kita sebanyak 2%? Tentu lagi hebat. Terbang mungkin?
“Manusia ada suatu sistem yang kompleks dan potensinya amat menakjubkan.”
Prof Poytr Anakhin
August 19, 2008
Minda, Winner
No Comments
Waa…Hari ini nampaknya tajuk gempar sedikit…hehe Hari ini saya akan bongkarkan rahsia kejayaan. Tetapi bukan rahsia sebenarnya sebab ramai pun dah tahu.
Jawapanya adalah minda yang positif. Minda kita merupakan anugerah yang begitu bernilai diberiNya kepada kita. Sebab itulah seseorang mampu menjadi jutawan dengan sekelip mata sahaja dengan menjual idea yang bernilai jutaan ringgit. Sebab mindalah yang menyebabkan seseorang berjuang untuk titisan akhir. Pernah dengar pepatah ini?
” Apa yang minda percaya, perkara tersebut dapat dilakukan.”
Kita adalah apa kita fikirkan. Jika kita fikir kita boleh, perkara tersebut benar. Jika kita tidak yakin, perkara tersebut turut benar. Jadi latihlah diri anda untuk berfikir boleh. Sentiasa positif dalam apapun keadaan.
Dalam sesuatu perlawanan, seseorang boleh mengalah atau meneruskan perjuangan disebabkan minda. Minda yang kuat menyebabkan seseorang berusaha walaupun peluang yang ada itu nampak tipis. Kita mungkin mengalah di saat tersebut, tetapi jika kita mempunyai minda yang begitu dahagakan kejayaan tentu sebaliknya yang berlaku. Minda tersebut akan mendesak diri kita untuk melawan habis-habisan. Kata orang, “biar putih tulang jangan putih mata”. Minda yang kuat perlulah dilatih untuk melihat daripada sudut positif. Dengan ini kita tidak akan mudah berputus asa.
Saya masih ingat lagi sebuah kisah yang dikongsi oleh sebuah penceramah mengenai minda. Sebuah keluarga yang mempunyai latar belakang yang teruk dikurniakan sepasang anak kembar. Yang peliknya seorang anak kembar tersebut menjadi seseorang yang sangat berjaya dan seorang lagi menjadi seorang yang begitu gagal. Dia menjadi sampah masyarakat. Apabila satu soalan serupa ditanya mengapa mereka menjadi begitu. Kedua-duanya menjawab, ” Dah keluarga saya macam tu, tentulah saya jadi macam ini.”
Lihat, keduannya memberi jawapan yang sama. Tetapi mengapa terdapat perbezaan yang begitu jelas sekali? Seorang menjadi sangat berjaya dan seorang lagi menjadi seorang yang gagal. Rahsianya adalah pemuda yang berjaya tersebut mempunyai minda yang positif. Oleh itu latihlah minda anda menjadi seseorang yang kuat melihat daripada sudut positif. 