Menggoyahkan kepercayaan anda

Keyakinan diri, Nlp 3 Comments

Pernah atau tidak anda ingin mencuba sesuatu tetapi anda merasakan berat untuk melakukannya? Anda percaya anda tidak mampu melakukannya. Anda merasakan bahawa anda tidak keyakinan untuk mencapai perkara tersebut. Ya, saya pasti. Semua orang pernah. Tidak kira apa pun perkara. Mesti kita pernah melaluinya.

  • Mungkin ketika diminta untuk melakukan pembentangan, tetapi kita tiada keyakinan untuk membuatnya.
  • Ataupun berimpian untuk memiliki kerjaya impian tetapi anda merasakan ianya tidak mungkin.
  • Ataupun ketika hendak mengorat seorang awek cun, tetapi niat anda terbantut kerana anda merasakan anda tidak layak. :-P

Pembaca sekalian, ini semua disebabkan kepercayaan yang telah tertanam dalam minda kita. Perasankah kita bahawa perkara ini hanya akan menghalang kita lagi daripada pergi jauh. Kita meletakkan batasan atau limit pada diri.  Jadi apa kata pada hari ini kita ikuti tips daripada Anthony Robbins. Menggoyahkan sistem kepercayaan ini. Caranya adalah dengan mewujudkan perasaan tidak selamat kepada kepercayaan tersebut. Goncangkannya sistem kepercayaan tersebut.

Tanyakan beberapa soalan kepada diri anda.

  • 1.    Apakah kesan kepercayaan ini kepada saya? Apa kesannya kepada masa lepas saya?
  • 2.    Apa yang kelakar mengenai kepercayaan ini?
  • 3.    Apa kesannya kepada saya pada masa hadapan jika saya masih lagi mengamal kepercayaan ini?

Dengan menjawab soalan-soalan ini saya percaya kepercayaan anda mula goyah. Anda kini lebih bersemangat untuk melakukan sesuatu yang sebelum ini anda tidak percaya mampu melakukannya. Yergh..kini motivasi anda sudah meningkat, apa lagi, kejarlah kehidupan yang diingini, kerjaya impian dan awek(calon isteri) yang diinginkan. Opss.. :-)