November 9, 2008
Ebook, Pembentangan Memikat
No Comments
Akhirnya berjaya juga saya menyiapkan ebook mini saya yang pertama.InsyaAllah kalau tiada aral melintang pada esok 11/11/08 ia akn dilancarkan. Ianya merupakan ebook yang ringkas sahaja. Iaitu laporan “97 Tips Pembentanagn Memikat”.
Dalam laporan ini anda bakal didedahkan dengan sebuah laporan berbentuk PDF
97 rahsia, panduan dan tricks ‘public speaking’ yang akan membantu anda melakukan pembentangan yang memikat. Ini laporannya.

Tips untuk hari ini…
” Takut melakukan pembentangan adalah normal.”
Pembaca sekalian, adakah anda takut melakukan pembentangan atau pengucapan umum? Anda tidak bersendirian. Hampir semua manusia takut menghadapi umum untuk berucap. Termasuklah saya.
Takut untuk melakukan pembentangan atau pengucapan umum merupakan suatu perkara yang normal. Semua orang menghadapinya termasuklah pakar dalam bidang ini. Yang membezakan seseorang yang berjaya dalam bidang ini adalah berdasarkan bagaimana mereka menghadapinya. Kesimpulannya, jangan takut. Just do it.
”Jangan biarkan ketakutan menghantui anda.”
P.s: Jika anda berminat untuk mendapatkan laporan ini Klik Sini
November 4, 2008
Ebook, Pembentangan Memikat
3 Comments
Salam motivasi dan inspirasi untuk anda. Aduhai, tinggal beberapa hari lagi untuk saya mula melancarkan laporan. Takut pun ada juga. Ya, untuk hari ini mari kita berkongsi meneganai tips untuk melakukan pembentangan yang memikat. Maklumlah, tidak lama lagi akan terbit laporan berbentuk pdf mengenainya tidak lama lagi. Kira untuk promosilah ni.
Salah satu tips untuk menjadikan pembentangan anda menarik adalah dengan memasukkan unsur jenaka.
“Masukkan unsur jenaka yang bersesuaian. Semua orang sukakan jenaka. Oleh itu, jika anda rasa anda mempunyai jenaka yang bersesuaian dengan pembentangan anda, maka tidak salah anda memasukkan ke dalamnya. Pastikan unsur humor anda itu bersesuaian dengan tahap audiens.
Saya suka mendengar apabila Datuk Dr Fadzilah Kamsah berceramah. Sebabnya beliau pandai memasukkan unsur jenaka dan ceramah beliau sememangnya tidak sunyi daripada gelak ketawa.”
Apa kesimpulannya?
Kesimpulannya, masukkanlah unsur jenaka dalam pembentangan anda. Ianya mampu menambah rencah lagi pada pembentangan anda. Umpama sambal belacan dalam makanan. Pedas tetapi orang hendak. Mulai hari ini mulalah mengumpul jenaka-jenaka yang bersesuaian. 
October 28, 2008
Keyakinan diri, Pembentangan Memikat, Umum
3 Comments
Apa khabar? Bagaimana anda hari ini? Hebat? Dalam beberapa hari ini saya agak sibuk sedikit mengedit ‘e-laporan’ saya yang pertama. Masih ingat lagi? Berkaitan dengan bagaimana untuk membuat pembentangan yang memikat.
Ia kini dalam proses akhir dan lebih kurang 80% hampir siap. Tinggal 20% lagi.
Ini gambar laporannya. Tetapi belum lagi dilancarkan.

Bagaimana?Rasa-rasa apa pendapat anda dan berapakah patut harganya? Pening saya memikirkan harganya. Maklumlah first time buat perniagaan online. Tetapi apa apapun saya janji dengan anda laporan ini boleh didapati dengan harga RM10 untuk sesiapa yang mendapatkannya pada peringkat awal.
Tentang tarikh pelancarannya pula, saya rasakan jika tidak ada aral melintang dan semua seperti yang dijadualkan, pada 5 November ini anda boleh dapatkannya. Jadi kepada sesiapa yang ingin mempelajari dan mengetahui 97 tips, panduan, tricks melakukan pembentang yang memikat, jangan lupa dapatkannya. Jaminan wang akan dipulangkan jika anda berasa tidak puas hati.
Ini salah satu tips yang saya kongsi dalam laporan tersebut.
Elakkan Bercakap Terlalu Cepat
Bercakap dengan cepat adalah salah satu masalah komunikasi yang utama. Salah satu sebabnya seseorang bercakap dengan cepat kerana mereka bimbang perhatian audiens akan berubah. Andaian ini adalah andaian yang salah. Dengan membuat demikianlah sebenarnya akan menyebabkan anda kehilangan perhatian audiens. Sebabnya, apa yang dicakap oleh anda kurang difahami dan akan membuatkan anda kelihatan gemuruh.
Selain itu, ia juga memberi tanggapan bahawa anda tidak berkeyakinan dengan apa yang dicakapkan oleh anda. Elakkan daripada mengabungkan kesemua isi atau ayat dalam satu nafas percakapan.
Bersikap tenanglah untuk mengatasi masalah ini. Percaya dan nyatakan pada diri anda bahawa tiada apa yang perlu ditakutkan jika anda berhenti mengambil nafas sekejap. Pendengar akan setia mendengar pada anda.
Apa pendapat anda?