March 4, 2010
Keyakinan diri, Pembentangan Memikat
No Comments
Salam motivasi dan salam inspirasi,

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda seni pengucapan umum. Ya, ia merupakan satu seni dan boleh dipelajari. Seni pengucapan umum sedikit sebanyak sebenarnya membuatkan karisma anda meningkat. Anda dapat membina pengaruh anda dengan lebih baik. Saya ingin berkongsi dengan anda mengenai peratusan faktor yang mempengaruhi sesuatu pengucapan umum.
Dalam satu pembentangan/pengucapan faktor yang mempengaruhinya adalah;
- 7% datang daripada perkataan
- 38% datang daripada nada, kelajuan sebutan perkataan
- 55% datang daripada bahasa badan
Apa maksud dan kesimpulan di sini? Ini memberi makna bahawa perkataan yang diucapkan oleh anda kurang penting apabila anda melakukan sesuatu pengucapan. Perkara yang penting adalah bahasa badan anda. Bahasa badan anda dapat difahami orang walaupun kadang kala perkataan yang digunakan pelik. Bahasa badan yang baik dapat membuatkan anda lebih difahami dan seterusnya meningkatkan pengaruh anda dalam seni pengucapan.
Bahasa badan terdiri daripada bagaimana anda mengawal gerak badan anda, tangan, cara berjalan dan lain-lain ketika penyampaian dibuat. Oleh itu, jika anda mahu menjadi seorang yang berpengaruh, adalah paling baik anda memberi tumpuan yang lebih kepada bahasa badan.
Salam inspirasi
June 8, 2009
Keyakinan diri, Pembentangan Memikat
1 Comment
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya harap anda sihat dan berada dalam keadaan sejahtera. Krisis ekonomi mula menampakkan kejatuhannya. Banyak pekerja yang telah dibuang. Peluang pekerjaan semakin sedikit. Untuk satu pekerjaan, tetapi pemohonannya terlalu banyak.
Tips hari ini adalah mengenai bagaimana anda dapat bersaing dan meningkatkan peluang anda mendapat pekerjaan.
Rahsianya adalah dengan memberi salaman yang meyakinkan. Ketika bersalam dengan penemuduga anda, berikan beliau sebuah salaman yang meyakinkan dan kuat. Usah memberi salaman yang lemah.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Universiti Iowa, seseorang yang memberi salaman yang kuat dan meyakinkan akan lebih mendapat tumpuan daripada pemohon lain yang memberi salaman yang lemah. Salaman yang menyakinkan seolah-olah menghantar isyarat kepada mereka bahawa anda merupakan seorang yang ekstovert dan berkarisma.
Jadi, berikan satu salaman yang meyakinkan kepada penemuduga anda. Ianya meningkatkan peluang anda mendapat pekerjaan tersebut.
Salam inspirasi… ayuh Isnin yang mengembirakan 
PS : Selamat mencuba dan pastikan aktiviti yang dilakukan tidak melanggar syariat batas-batas pergaulan.
March 29, 2009
Pembentangan Memikat, Tips Motivasi
4 Comments
Hari ini saya ingin berkongsi mengenai tips pembentangan. Saya bukanlah seorang yang pakar dalam bidang ini. Tetapi hasil pembacaan dan seminar yang dihadiri, saya kongsi salah satu tips dalam membentang ‘persembahan’ yang menarik. Antara menjadikan diri anda seorang pembentang yang hebat adalah dengan mempunyai suara yang mantap dan lontaran suara yang jelas.
Ingin tips suara yang mantap dan menarik? Apa kata anda ikut tip di bawah:
Ramai mengatakan bahawa beliau dikurniakan suara yang hebat. Tetapi sebenarnya Steve Chandler yang merupakan penulis buku 100 Ways to Motivate Yourself mengatakan ada rahsia di sebalik kemantapan suaranya. Biasanya perjalanan ke tempat seminarnya mengambil masa lebih daripada sejam. Oleh itu, beliau akan menyanyi bagaikan orang gila ketika menujunya. Ternyata perkara tersebut berbaloi.
Mungkin beliau akan dicop gila jika orang lain melihatnya, tetapi risiko yang diambil berbaloi. Dengan menyanyi lebih kuat, suaranya bertambah mantap. Pernafasannya bertambah baik dan suaranya mememenuhi seluruh dewan dengan berkesan.
Jadi apa kata kita sama-sama mencubanya.
January 13, 2009
Keyakinan diri, Pembentangan Memikat
1 Comment
Pernahkah anda berasa gemuruh ketika berucap di hadapan orang ramai? Adakah anda merasakan perut anda memulas? Adakah anda merasakan pernafasan anda bergerak dengan laju dan kencang? Adakah anda merasakan kaki gementar dan tangan anda menggigil?
Pembaca sekalian, perkara ini turut dialami oleh Carly Simon. Perkara ini telah menyebabkan beliau ‘menyorok diri‘ beberapa tahun daripada membuat persembahan di hadapan umum. Tetapi berlainan dengan sesetengah penghibur yang lain. Mereka mengunakkan perkara tersebut sebagai kelebihan kepada diri.
Bruce Springsteen menglabelkan keadaan di atas sebagai tindakan fizikal yang ‘menyeronokkan‘. Beliau menganggap ianya adalah perkara normal dalam sesuatu persembahan. Beliau mengaggap perkara ini akan membuatkan beliau semangat untuk melakukan persembahan yang hebat di hadapan ribuan orang. Bagi beliau, perkara ini bukanlah musuh tetapi sebagai ‘kawan‘.
Jadi tips hari ini, tatkala anda berucap di hadapan orang ramai, mulalah menganggap perasaan ini sebagai keseronokkan. Hargailah adrenalin ini dan janganlah menganggap ianya sebagai suatu ketakutan.
Salam Inspirasi.
November 9, 2008
Ebook, Pembentangan Memikat
No Comments
Akhirnya berjaya juga saya menyiapkan ebook mini saya yang pertama.InsyaAllah kalau tiada aral melintang pada esok 11/11/08 ia akn dilancarkan. Ianya merupakan ebook yang ringkas sahaja. Iaitu laporan “97 Tips Pembentanagn Memikat”.
Dalam laporan ini anda bakal didedahkan dengan sebuah laporan berbentuk PDF
97 rahsia, panduan dan tricks ‘public speaking’ yang akan membantu anda melakukan pembentangan yang memikat. Ini laporannya.

Tips untuk hari ini…
” Takut melakukan pembentangan adalah normal.”
Pembaca sekalian, adakah anda takut melakukan pembentangan atau pengucapan umum? Anda tidak bersendirian. Hampir semua manusia takut menghadapi umum untuk berucap. Termasuklah saya.
Takut untuk melakukan pembentangan atau pengucapan umum merupakan suatu perkara yang normal. Semua orang menghadapinya termasuklah pakar dalam bidang ini. Yang membezakan seseorang yang berjaya dalam bidang ini adalah berdasarkan bagaimana mereka menghadapinya. Kesimpulannya, jangan takut. Just do it.
”Jangan biarkan ketakutan menghantui anda.”
P.s: Jika anda berminat untuk mendapatkan laporan ini Klik Sini
November 4, 2008
Ebook, Pembentangan Memikat
3 Comments
Salam motivasi dan inspirasi untuk anda. Aduhai, tinggal beberapa hari lagi untuk saya mula melancarkan laporan. Takut pun ada juga. Ya, untuk hari ini mari kita berkongsi meneganai tips untuk melakukan pembentangan yang memikat. Maklumlah, tidak lama lagi akan terbit laporan berbentuk pdf mengenainya tidak lama lagi. Kira untuk promosilah ni.
Salah satu tips untuk menjadikan pembentangan anda menarik adalah dengan memasukkan unsur jenaka.
“Masukkan unsur jenaka yang bersesuaian. Semua orang sukakan jenaka. Oleh itu, jika anda rasa anda mempunyai jenaka yang bersesuaian dengan pembentangan anda, maka tidak salah anda memasukkan ke dalamnya. Pastikan unsur humor anda itu bersesuaian dengan tahap audiens.
Saya suka mendengar apabila Datuk Dr Fadzilah Kamsah berceramah. Sebabnya beliau pandai memasukkan unsur jenaka dan ceramah beliau sememangnya tidak sunyi daripada gelak ketawa.”
Apa kesimpulannya?
Kesimpulannya, masukkanlah unsur jenaka dalam pembentangan anda. Ianya mampu menambah rencah lagi pada pembentangan anda. Umpama sambal belacan dalam makanan. Pedas tetapi orang hendak. Mulai hari ini mulalah mengumpul jenaka-jenaka yang bersesuaian.
October 28, 2008
Keyakinan diri, Pembentangan Memikat, Umum
3 Comments
Apa khabar? Bagaimana anda hari ini? Hebat? Dalam beberapa hari ini saya agak sibuk sedikit mengedit ‘e-laporan’ saya yang pertama. Masih ingat lagi? Berkaitan dengan bagaimana untuk membuat pembentangan yang memikat.
Ia kini dalam proses akhir dan lebih kurang 80% hampir siap. Tinggal 20% lagi.
Ini gambar laporannya. Tetapi belum lagi dilancarkan.

Bagaimana?Rasa-rasa apa pendapat anda dan berapakah patut harganya? Pening saya memikirkan harganya. Maklumlah first time buat perniagaan online. Tetapi apa apapun saya janji dengan anda laporan ini boleh didapati dengan harga RM10 untuk sesiapa yang mendapatkannya pada peringkat awal.
Tentang tarikh pelancarannya pula, saya rasakan jika tidak ada aral melintang dan semua seperti yang dijadualkan, pada 5 November ini anda boleh dapatkannya. Jadi kepada sesiapa yang ingin mempelajari dan mengetahui 97 tips, panduan, tricks melakukan pembentang yang memikat, jangan lupa dapatkannya. Jaminan wang akan dipulangkan jika anda berasa tidak puas hati.
Ini salah satu tips yang saya kongsi dalam laporan tersebut.
Elakkan Bercakap Terlalu Cepat
Bercakap dengan cepat adalah salah satu masalah komunikasi yang utama. Salah satu sebabnya seseorang bercakap dengan cepat kerana mereka bimbang perhatian audiens akan berubah. Andaian ini adalah andaian yang salah. Dengan membuat demikianlah sebenarnya akan menyebabkan anda kehilangan perhatian audiens. Sebabnya, apa yang dicakap oleh anda kurang difahami dan akan membuatkan anda kelihatan gemuruh.
Selain itu, ia juga memberi tanggapan bahawa anda tidak berkeyakinan dengan apa yang dicakapkan oleh anda. Elakkan daripada mengabungkan kesemua isi atau ayat dalam satu nafas percakapan.
Bersikap tenanglah untuk mengatasi masalah ini. Percaya dan nyatakan pada diri anda bahawa tiada apa yang perlu ditakutkan jika anda berhenti mengambil nafas sekejap. Pendengar akan setia mendengar pada anda.
Apa pendapat anda?