52 minggu untuk tahun 2010

Falsafah Kejayaan, Pendapat 5 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tanpa kita sedar, kita kini berada di tahun 2010. Yang pastinya, setahun sudah berlalu. Sama ada kita suka atau tidak, kita tetap berada di tahun 2010.  Yang pastinya berlaku lagi peningkatan umur. Tua setahun nampaknya saya. Hoho.. Jadi, apa azam anda tahun ini? Disini saya senaraikan cadangan beberapa perkara perlu disedari tentang peningkatan umur ini .

1. Mempunyai matlamat. Menyedari pentingnya mengetahui apa yang ingin dicapai dalam tahun ini. Ingat, kita hanya mempunyai 52 minggu sahaja tahun ini.

2. Menyedari perkara-perkara penting untuk dilakukan. Ini kerana kita tidak mampu melakukan semua perkara. Tetapi kita mempunyai pilihan untuk memilih perkara yang ingin dilakukan.

3. Sedar tentang umur yang meningkat. Maksudnya selangkah kita kealam kematian. Adakah kita bersedia? Nampaknya, perlunya kita muhasabah diri mengenai hal ini. Bijak di sini dan juga bijak di sana. Membuatkan saya terfikir sesuatu ayat mengenainya. ‘Kematian adalah syarat menemui cinta’.  Cinta yang abadi :-)

4. Belajar tentang sesuatu. Jangan bazirkan masa yang ada. Manusia akan terasa hidup apabila mempelajari sesuatu. Jadi tidak kisah apa perkara pun, pelajari sesuatu untuk tahun ini.

Apa-apa pun yang ingin dilakukan, ingatlah kita hanya ada 52 minggu sahaja untuk tahun ini.

Ada cadangan lain untuk dilakukan? Apa kata kongsi bersama.

Salam inspirasi dan selamat tahun baru. :-P

Wang atau Bahagia?

Falsafah Kejayaan, Pendapat 2 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam motivasi.

question

Terima kasih kepada semua yang  telah memberi jawapan kepada soalan yang telah diberikan pada post sebelum ini. Samaada melalui komen di bawah atau menghantarnya melalui email. Saya menghargai jawapan dan pendapat yang diterima. Pada permulaannya, ramai cenderung memilih B sebagai jawapan. Kerana secara logiknya pendapatan kerjaya B lebih tinggi.

Tetapi apabila soalan lain ditanya, ramai mula cenderung kepada A. Sebenarnya soalan ini adalah soalan daripada psikologi yang pernah ditanya oleh Amos Tversky yang merupakan seorang ahli psikologi. Soalan yang hampir sama, cuma diubah dalam bentuk lain. :-)

Perubahan jawapan adalah disebabkan perubahan pada soalan.  Dalam kehidupan, jawapan yang dijawab kepada kawan atau diri sendiri biasanya bergantung pada soalan yang ditanya. Ingin ditekankan betapa pentingnya bertanya soalan yang betul pada diri dalam mencorak kehidupan yang diingini. Pilihan yang dibuat biasanya bergantung pada soalan yang ditanya pada diri.

Apa yang kita dapat belajar daripada post sebelum ini? Secara kesimpulannya terdapat 2 perkara yang dapat dipelajari.

  1.  Tentukan apa sebenarnya dimahukan oleh anda dalam hidup ini. Adakah anda mahukan kebahagian atau wang? Yang mana menjadi keutamaan kepada anda? Tiada jawapan yang betul, yang penting apa yang anda inginkan?
  2. Belajarlah untuk bertanya soalan yang betul kepada diri anda jika anda menghadapi sesuatu.

Anda ada pendapat lain? Kongsilah bersama-sama ya. :-P

Update terkini : A atau B?

Pendapat, Soalan Menarik 8 Comments

Salam motivasi,Post hari ini adalah post terkini. Kita sambung soalan 2 hari lepas. Saya pasti ramai yang mempunyai pandangan tersendiri. Terima kasih komen yang diberikan. Tetapi kini saya ingin menanyakan anda persoalan yang lain. Situasi yang sama, tetapi soalan yang berlainan. :-)

“Pekerjaan manakah yang akan membuat anda bahagia?

Masa untuk berfikir. Beri pandangan anda di ruang komen ya. Kalau anda lupa situasinya, sila rujuk post di bawah.
Post 2 hari lepas :

"Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Hari ini saya ingin menanya soalan mudah untuk anda. Tiada artikel motivasi tetapi satu soalan yang menarik. Silalah bagi jawapan anda di ruang komen ya.. Sama-sama kita berkongsi pandangan. :-P

 

Anda ditawarkan 2 pekerjaan. Pekerjaan A menawarkan gaji sebanyak RM3000 dan sebagai bos di syarikat A. Maksudnya, gaji pekerja lain di syarikat A adalah lebih rendah daripada anda. Manakala untuk gaji di syarikat B, anda ditawarkan gaji sebanyak RM4000. Tetapi masalahnya di sini, gaji untuk semua rakan sekerja anda di sini adalah lebih tinggi daripada anda. Hal ini kerana mereka merupakan bos anda dan jawatan anda di syarikat B tersebut hanya jawatan rendah.

Persoalannya, pekerjaan mana merupakan pilihan anda?"

Fakta tentang TAKUT

Pendapat 6 Comments

Semua orang mengalaminya. Takut atau ‘FEAR’adalah satu perasaan. Secara mudahnya takut boleh didefinisikan sebagai:

  • F-False
  • E-Expectactions
  • A-Appearing
  • R-Real

Daripada  kosonan di atas, boleh kita simpulkan perasaan takut adalah satu imaginasi. Ianya merupakan imaginasi negatif yang seolah-olah berlaku secara realiti. Contohnya seperti Nabila yang mengalami perasaan takut pada ular. Sebabnya, dia telah membayangkan ular tersebut akan menggigitnya di alam realiti. Beliau telah membayangkan  dengan jelas gigitan ular tersebut. Maka secara tidak sedar, dia telah membentuk perasaan takut tersebut.

Perasaan takut mungkin berubah disebabkan masa. Contohnya, ketakutan pada hantu mungkin tidak lagi berlaku apabila seseorang budak meningkat dewasa. (Sebenarnya takut juga..hehe.. :-P )

Setiap generasi tidak terkecuali melaluinya. Kita semua mengalami perasaan takut. Cuma mungkin dalam bentuk yang berlainan.

  • Ada yang takutkan pada ketinggian.
  • Ada yang takut untuk bercakap di khalayak ramai.
  • Ada yang takut pada serangga.
  • Ada yang takut kekurangan wang.
  • Ada yang takut pada isteri.. Hoho.. :-)
  • Dan lain-lain…

Sejarah telah  membuktikkan perasaan ini sentiasa wujud. Contohnya yang berlaku pada Julius Caesar yang takut pada kilat. Walaupun beliau seorang yang mengetuai angkatan tentera yang besar dan merupakan raja Rom yang terkenal, namun beliau masih mengalami perasaan tersebut.

Ketahuilah perasaan takut adalah normal. Daripada zaman dahulu sehingga kini perasaan tersebut telah wujud. Rasa-rasa anda, perkara apa yang menakutkan anda?

Saya Hendak Kahwin

Cinta, Pendapat, Soalan Menarik 8 Comments

Salam inspirasi.

Hehe..hari ini tajuk panas sedikit. ‘Saya hendak kahwin.’ Sebenarnya bukan saya yang hendak kahwin. Saje je letak tajuk begitu. Bagi gosip dan panas sedikit. Lawak je.. Tetapi memang post kali ini mempunyai kaitan dengan perkahwinan. :-P

Beberapa hari lepas  ketika di Kinokuniya di KLCC saya sempat membelek sebuah buku. Salah satu isi kandungan buku tersebut telah menarik perhatian saya. Ianya berbentuk persoalan. Sediakah anda dengan soalan tersebut? Jom. Soalannya berbunyi,

 

“Adakah anda sanggup mengahwini diri anda?”

 

Hoho….Faham? Begini, biarlah saya menjelaskan dengan lebih mendalam. Jika suatu hari nanti anda ditakdirkan dan berjumpa dengan seseorang yang mempunyai seperti ciri-ciri seperti anda, adakah anda sanggup mengahwininya?

Maksudnya jika anda seorang penyabar, baik hati, pelbagai lagi dan pada suatu hari anda ditakdirkan berjumpa dengan seseorang yang mempunyai semua ciri-ciri dan karakter serupa seperti diri anda, sanggupkah anda mengahwininya. Adakah anda sanggup menerimanya sebagai pasangan hidup anda?

Saya beri anda 5 minit untuk memikirkannya. Adakah jawapannya positif atau jawapan yang diberi negatif?

Jika jawapannya adalah negatif, maksudnya sesuatu perlu dilakukan. Perubahan yang ke arah positif. Fikirkan sebentar bagaimanakah orang lain hendak menerima kita  jika kita sendiri tidak sanggup mengahwini diri kita.

 

“ Yeke…? Sedihnya dengar.” :-(

 

Soalan ini begitu memberi kesan. “Adakah aku sanggup mengahwini seseorang yang mempunyai karakter seperti diri aku?”Hanya tuhan sahaja yang tahu jawapan saya.

Walaubagaimanapun, soalan ini menuntut diri untuk memperbaiki diri kita. Berusahalah untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Jika sebelum ini anda kurang bersabar, banyak-banyakkanlah bersabar.

Salam perkahwinan. :-)

Nasib Baik

Falsafah Kejayaan, Pendapat No Comments

Pada hari itu saya berborak dengan seorang kawan saya mengenai seseorang jutawan Malaysia. Jutawan yang datang daripada perniagaan internet. Siapa lagi  kalau bukan Gobala Krisnan.
Beliau merupakan seorang pakar pemasaran internet Malaysia. Sebelum ini beliau hanya makan gaji di sebuah syarikat telekomunikasi. Tetapi akhirnya memberanikan diri untuk menceburi bidang perniagaan. Dalam masa beberapa tahun sahaja pendapatannya sudah berkali ganda daripada apa yang didapatinya ketika kerja. Saya jangkakan kini beliau adalah jutawan yang banyak aliran tunai. :-)

Saya dan kawan saya sebenarnya kagum dengan kejayaannya. Sebabnya beliau berjaya menjana pendapatan tanpa terikat lagi dengan dunia pekerjaan. Iaitu waktu pejabat 9-5. Tidak lagi tersangkut dengan kesesakkan jalan raya. Kami berborak juga mengenai produk yang baru dihasilnya  baru-baru ini yang berkaitan dengan  Clickbank, iaitu Rahsia Clickbank.

Tiba-tiba kawan saya berkata, kadang-kala kita memerlukan luck atau nasib. Menurutnya, ‘luck’ merupakan sesuatu yang penting dalam sebuah kejayaan.

” Hoho. Yeke?” guman saya sambil memikirkan apa yang dikatakannya. Tidak mahu berlawan dengan apa yang dikatakan. Katanya mengingatkan kepada saya sebuah buku yang pernah saya baca. Think Big daripada Donald Trump.

Memang ada benarnya. Kadang-kala ada seseorang yang lebih bernasib baik daripada seorang yang lain. Dilahirkan dalam keluarga yang kaya. Dimana tiada langsung masalah kewangan. Dilahirkan dengan paras rupa yang cantik. Dimana tiada langsung masalah untuk mendapatkan awek-awek dan pakwe yang cun. hehe.. Dilahirkan dalam keluarga bahagia. Tiada masalah dengan masalah perpecahan keluarga.
Tetapi adakah hidup ini adalah tentang nasib? Jawapannya tentulah tidak. Memang terdapat sesetengah perkara memerlukan nasib atau luck. Tetapi tidak  semua. Contohnya seperti kejayaan yang melibatkan masa depan. Dimana kita mempunyai kuasa untuk menciptanya.

 

” Berhentilah daripada mencari alsan tetapi mencari penyelesaian.”

 

Gary Player merupakan pemain golf yang terkenal. Beliau telah memenangi pelbagai kejuaraan dalam arena golf. Apa yang menjadi kelebihannya adalah beliau merupakan seorang yang kuat berusaha. Beliau sentiasa memperbaiki kemahirannya. Sebab itulah beliau telah memenangi Masters sebanyak 3 kali dan pelbagai lagi kejuaraan.

Apabila ditanya, ” bagaimana nasib anda begitu baik?”

Jawapannya ringkas sahaja,

” Semakin kuat saya berusaha, semakin bernasib baiklah saya.”

Bagaimana pendapat anda? Adakah kejayaan mememerlukan luck atau ‘nasib baik‘ untuk berada tepat pada waktunya?

Ps: Semoga nasib membantu saya menjadi jutawan dalam masa 3 tahun. :-)

Mendengar Pendapat Orang Lain

Pendapat, Quote Motivasi No Comments

 Kritikan dan komen negatif tidak indah untuk didengar. Selalunya mengikut konteks motivasi, kita perlu mengabaikan apa yang dikatakan. Kerana ianya akan merosakkan motivasi dalaman diri.Ia meruntuhkan semangat kita. Ia membunuh keyakinan diri. Kita manusia biasa. Tidak dapat lari daripada semua ini. Saya pun mengalaminya. Kadang-kala saya menerima komen yang baik mengenai artikel yang ditulis daripada pembaca blog ini. Kadangkala saya juga mendapat komen yang tidak sedap didengar.

Persoalannya, adakah kita sememang harus mengabai keseluruhannya? Perlu diketahui, pendapat datang daripada pelbagai bentuk. Mungkin secara lisan atau secara bahasa tubuh. A meberi kritkan kepada anda. Ataupun melalui bahasa badannya, anda tahu bahawa dia memberi komen negatif pada anda.

Jadi perlukah kita mendengar pendapat A?Adakah pendapat A benar?

 

“Jika seseorang mengatakan anda kuda, maka mereka adalah gila.

Jika 3 orang mengatakan anda kuda, mungkin itu adalah konspirasi.

Tetapi jika ada 10 orang mengatakan anda adalah kuda,

maka sudah tiba masanya untuk anda mempertimbangkan untuk membeli ladam.”

Jika semua asyik mengatakan benda yang sama. Maka sudah tiba masanya anda memikirkan komen itu semula. Mungkin terdapat kebenaran disebalik kata-kata tersebut. Kita bukan sempurna. Kita melakukan kesilapan. Oleh itu belajarlah menerima pendapat orang lain.

Apa yang penting jangan jadikan pendapat atau komen negatif yang diterima menjatuhkan impian anda. Anda hanya perlu mengubah pendekatan sahaja. Belajarlah untuk mendengar komen atau pendapat orang lain.  :-)

Pendapat Anda

Pendapat 2 Comments

Salam motivasi. Hari ini saya ingin mendapat pandangan anda. Tolonglah. hehe :-) Sudahkan anda membaca ebook mini saya? Kalau belum dapatkannya dan baca. Apa pandangan anda? Adakah ianya mudah dibaca? Apa keunikkannya?
Dan soalan yang paling penting jika laporan ini dijual, berapa harganya? Bukan maksudnya saya ingin menjualnya, cuma ingin mengetahui kualitinya. :-P

Sebenarnya saya bercadang ingin menulis sebual laporang yang bertajuk ” Tips Pembentangan Menarik“. Ianya berkaitan tentang tips dan panduan dalam melakukan pembentangan yang berkesan dan berpengaruh. Seperti yang diketahui ramai , ‘public speaking’ antara benda yang ditakuti. Ramai sanggup melakukan kerja lain dengan syarat dia tidak perlu bercakap di hadapan. Saya sebenarnya bercadang menjualnya pada harga RM10. Formatnya lebih kurang kepada ebook mini saya sebelum ini.

Saya bukanlah handal dalam memberi pembentangan. Cuma saya rasa saya menpunyai sedikit ilmu untuk dikongsi. Saya juga dulu takut hendak melakukan pembentangn . Kalau boleh saya hendak mengelak daripada melakukannya. Tetapi sehinggalah saya mempelajari ilmu mengenai kemahiran ini. Ianya membantu. Saya dapat merasakan satu perubahan yang drastik berlaku dalam diri saya.

Salah satu cara saya untuk mengatasi masalah ini adalah dengan membaca buku dan bertanya kepada beberapa pakar mengenainya. Paling ketara apabila saya mendapat bimbingan peribadi daripada sifu tersebut. Sebab saya merasakan perlunya mentor untuk membantu saya. Memang berlaku peningkatan. Hehe, namanya dirahsiakan. Tetapi saya akan beritahu dalam laporan tersebut.

Memang harga bimbingan peribadinya agak mahal berkali ganda  daripada buku tulisannya, tetapi saya merasakan ianya berbaloi. Jadi dalam laporan ini sebenarnya saya berkongsi tips tentang pengalaman saya daripada orang yang agak sedikit pemalu kepada seorang yang berani, tetapi bukanlah berani sangat. Cuma ketakutan untuk bercakap itu sedikit berkurangan. Dalam laporan ini saya akan masukkan juga tips2 yang saya rasa berkesan daripada pembacaan saya.

Bukan apa. Saja saya tanya. Kata orang hendak kaji pasaran, seperti mana yang dikongsi di Tips Mula Berniaga. :-) Laporan ini belum lagi ditulis. Cuma hendak mengkaji permintaannya. Saya merasakan ianya cukup murah berbanding dengan apa yang dikeluar oleh saya. Rasanya hampir RM500 ringgit telah dikeluarkan untuk mendapat satu kemahiran ini. Tetapi walaubagaimanapun ianya berbaloi bagi.

Tips ini untuk beginner sahaja, untuk otai-otai rasanya mungkin biasa sahaja. :-)

Jadi apa pandangan anda? Adakah saya perlu menulisnya? Saya perlukan pendapat anda :-)