December 24, 2008
Cerita Inspirasi, Pengajaran
1 Comment
“Saudara ingin tahu sesuatu yang menarik? Itu merupakan kanak-kanak yang paling bodoh di dalam dunia,” kata Si Gunting Rambut kepada pelanggannya sambil menunjukkan jari pada seorang kanak-kanak yang sedang bermain di luar.
“ Mengapa?”, tanya pelanggan tersebut kehairan.
“Mesti ada maksud yang tersirat di sebalik kata-kata itu,” tambah pelanggan itu.
“Mari saya tunjukkannya”, kata Si Gunting Rambut dengan bangga.
“ Hoi budak, mari sini sekejap. Di sini ada sedikit wang iaitu sekeping duit syiling 50 sen dan sehelai duit kertas RM5. Sila pilih dan pergilah membeli aiskrim menggunakan duit tersebut, “ arah Si Gunting Rambut.
Kanak-kanak tersebut agak sukar hendak membuat pilihan. Akhirnya dia hanya mengambil duit syiling 50 sen. Lalu beredarlah kanak-kanak tersebut daripada kedai itu. Dia kelihatan gembira kerana mendapat wang untuk membeli aiskrim.
“ Tengok. Kan saya sudah kata. Walaupun terdapatnya pilihan antara duit kertas RM5 dan duit syiling 50 sen, kanak-kanak itu tetap memilih duit syiling 50 sen. Alangkah bodohnya kanak -kanak itu. Sudah banyak kali saya lakukan demikian, namun dia tetap memilih duit syiling 50 sen, “ cerita Si Gunting Rambut sambil ketawa.
Si pelanggan kurang senang dengan jawapan yang diterima. Lalu ia mengambil keputusan bertanya kepada si budak tersebut sendiri di luar nanti.
“ Mengapa kamu mengambil duit syiling 50 sen dan tidak mengambil duit kertas RM5. Bukanklah nilainya lagi besar.”
“ Ya, saya tahu itu. Tetapi jika saya mengambil wang tersebut dan bukannya duit syiling 50sen, maka permainan ini akan tamat. Saya tidak akan mendapat aiskrim lagi pada masa akan datang.”
Apa kesimpulan daripada cerita di atas? Kesimpulannya, jangan memandang rendah pada orang lain. Mungkin kita sendiri yang sebenarnya yang sedang diperbodohkan. Salam tahun 2009. Mari berusaha menuju kejayaan. 
December 6, 2008
Pengajaran
No Comments
Salam motivasi
,
Lama saya tak update blog. Bukan apa, kebelakangan ini saya mengalami masalah connection internet. Selalu sahaja terputus dan lambat. Rasanya sebab virus kut. Mungkin saya perlu format komputer saya .
Ok, berbalik kepada tujuan utama kita hari ini. Artikel motivasi untuk dijadikan santapan minda.
“ Aku yakin suatu hari nanti engkau akan mencapai cita-cita engkau.”
Kata kawan saya kepada saya di suatu hari. Dia turut menceritakan impiannya pada hari yang lain. Katanya pada suatu hari nanti dia ingin menjalankan perniagaan. Dia ingin berjaya dalam bidang perniagaan. Tetapi dalam hati, saya kurang yakin akan kata-katanya.
Hehe.. simple je cerita hari ini. Fikir sejenak? Mengapa kawan saya yakin dengan saya tetapi saya tidak yakin dengannya?
Jawapannya adalah TINDAKAN. Kawan saya yakin dengan saya, sebab dia nampak tindakan saya. Dia nampak apa yang dilakukan oleh saya untuk merealisaiskan impian saya. Dia nampak saya sibuk menulis mengenai hal motivasi. Dia tahu saya pergi berjumpa editor, penerbit buku walaupun ketika itu kami masih lagi belajar. Dia nampak saya sentiasa berjumpa dengan mentor saya untuk berbicang mengenai projek kami. Dia nampak tindakan saya, walupun sebenarnya bukanlah sebesar mana.
Manakala sebab saya tidak yakin dengannya adalah disebabkan faktor TINDAKAN juga. Saya tidak nampak apa yang dilakukan untuk merealisasikan impiannya. Saya tahu impian kami masih jauh kerana kami masih lagi di peringkat pengajian ketika itu. Tetapi bagi saya setidak-tidaknya tunjukkanlah sedikit usaha. Tunjukkan TINDAKAN. Setidak-tidaknya lakukan sedikit usaha untuk merealisasikannya. Malangnya saya tidak nampak semua itu.
Mesejnya simple je untuk hari ini. Lakukan tindakan dan ingatlah perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama. Ambil langkah pertama anda sekarang. Ya sekarang, walaupun anda rasa perjalanan anda masih jauh lagi. 
November 20, 2008
Keyakinan diri, Pengajaran, Quote Motivasi
No Comments
Perasaan negatif merupakan perkara yang perlu dielakkan. Ia adalah punca utama yang dapat membunuh keyakinan diri. Jika seseorang pada asalnya sihat dan dipenuhi pemikiran yang positif, tetapi sentiasa disumbat dengan perkara-perkara negatif, percaya atau tidak, akhirnya dia akan terpengaruh dengan perkara tersebut dan mudah jatuh sakit.
Mesej yang dihantar kepada tubuh badannya menyebakan dia mudah stres, tertekan, dan murung. Dia mulai percaya bahawa dia sebenarnya tidak sihat.
“Dalam perlawanan utama ketika Olimpik 1992 dan kejohannan dunia 1993, saya tidak memikirkan bahawa saya adalah yang terbaik daripada orang lain. Saya hanya memikirkan bahawa minda saya telah bersedia. Saya beritahu diri saya bahawa jangan membiarkan apa pun pemikiran negatif masuk ke dalam pemikiran saya. Saya hanya akan berkata kepada diri saya bahawa,” saya boleh lakukannya. Saya telah mengambil pemakanan dengan betul dan telah melakukan apa yang terdaya.”………….”
Sally Gunnell pemenang pingat emas olimpik.
Kesimpulannya dalam apapun anda lakukan, selalulah berfikiran positif. Tidak kiralah dalam menghadapi exam, pembentangan, berjumpa dengan orang ramai atau menyertai sesuatu kejohanan. ” Always think positive.”
Ps: Harga promosi RM10 Ebook 97 tips pembentangan memikat hanya tinggal sehari sahaja lagi. Dapatkannya sebelum dijual pada harga baru.
September 25, 2008
Cinta, Pengajaran
3 Comments
Beberapa hari lepas, saya sempat duduk seketika di sebelah seorang pakcik di surau. Pakcik ini merupakan seorang yang kehilangan penglihatannya dengan erti kata seorang yang buta. Namun begitu dia masih lagi datang ke masjid untuk bersama-sama mengimarahkan masjid. Bukan senang untuk seorang yang buta sepertinya datang ke masjid. Orang normal pun susah. hehe..
Sementara menunggu masuknya Isyak, saya sembang berbual dengannya. Nak tahu tak apa dia,hehe..Saya namakan ia sebagai ” Hanya nilaian mata” pengajarannya. Sedikit tokok tambah dilakukan untuk penyedapan cerita ini.Baca untuk mengetahuinya dan silalah bagi komen anda k..Tak bestlah dah 3-4 tulisan sunyi daripada komen dan pendapat.
“I lost my sight sejak tahun 2003. Tetapi banyak yang saya belajar daripadanya. Contohnya adalah daripada segi judgement iaitu dalam menghakimi sesuatu. Ini disebabkan sebelum ini kita banyak menghakimi sesuatu berdasarkan penglihatan kita. Hanya melihat berdasarkan sesuatu yang cantik dan tidak melihat daripada dalam. Mata banyak menipu. Jadi kita menjadi bias atau berat sebelah dalam membuat keputusan.
Contohnya begini. Kita ambil contoh kereta. Sebelum ini kita kata kereta Mercedes best dan selesa. Sebabnya kita melihat pada bentuknya. Selain itu warnanya yang menarik. Jenama yang ada membuat kita agak ‘bias’ dalam menentukan kereta mana yang baik dan berkualiti. Kita terus mengatakan Mercedes kereta yang baik walaupun di pasaran terdapat beberapa jenis kereta sepertinya.
Jika sebelum ini saya memandang berdasarkan penglihatan, tetapi kini saya menghakiminya daripada sudut berbeza. Saya menghakiminya berdasarkan perasaan ketika saya berada dalamnya.
Sebab itulah saya tidak lagi bertanya kereta apa yang dinaiki. Tetapi saya menghakimi berdasarkan keselesaan yang dialami. Akhirnya baru saya tahu bahawa sebenarnya kereta tersebut hanya berjenama Toyota dan bukannya Mercedes.”
Ps: Ini bukan iklan Toyota. 