Siti Nurhaliza Tidur Awal?

pengurusan masa 3 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

wake up

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda lagi mengenai tips pengurusan masa.Ini disebabkan pada kebelakangan ini saya rajin membaca buku menegnai pengurusan masa. Rasa tidak cukup dengan masa yang ada. Jadi membaca buku pengurusan masa adalah cara yang terbaik untuk mendapatkan jawapannya. :-)

Jika anda mempunyai kerja yang perlu dilakukan pada keesokaan hari, salah satu tips yang berkesan adalah tidur awal. Tidur awal membolehkan anda bangun awal pada kesokkan hari. Ini membolehkan kerja yang ingin dilakukan itu dapat dilakukan dengan lebih awal lagi.

Tidur awal dan bangun awal untuk melakukan kerja adalah merupakan salah satu prinsip kejayaan. Banyak kerja dapat dilakukan jika anda bangun awal. Lebih-lebih lagi masa produktiviti manusia kebanyakkan berada dalam likungan ini.Percaya atau tidak,cuba lihat dan banding berapa banyak kerja yang anda dapat lakukan pada waktu pagi, tengahari dan malam. Didapati banyak kerja dapat dilakukan pada waktu pagi berbanding waktu yang lain.

Jadi, tidurlah awal. Setkan jam anda dan bersedialah untuk hari yang baru. Selangkah ke  arah dalam merealisasikan impian anda. :-P

Salam inspirasi.

Berjanjilah…

Bakat, Quote Motivasi, pengurusan masa 2 Comments

Assalamualakum dan salam sejahtera,

“Promise others that you will complete something by a certain date.

Promising others motivate yourself.”

Berjanjilah dengan seseorang anda akan menghabiskan atau menyelesaikan sesuatu perkara pada sesuatu tarikh.

Dengan berjanji, ianya memotivasikan diri.”

Untuk membolehkan sesuatu perkara dilakukan dan dibuat dengan lebih cepat, berjanjilah dengan seseorang untuk melakukannya. Ia akan memberi motivasi kepada anda untuk melakukannya. Walaupun anda berasa malas ataupun berasa sibuk. :-P

Contonya seperti mana yang berlaku pada diri saya iaitu ketika proses menulis buku pertama saya iaitu ‘Apa bakat Saya?’. Saya telah berjanji kepada kawan saya yang saya akan menyiapkan karya tersebut sebelum …(heheehe saya dah lupa dah tarikhnya). Kesan daripada janji tersebut menyebabkan saya cuba sedaya upaya menghabiskan penulisan tersebut. Saya cuba mencari ruang masa yang ada supaya ianya dapat ditepati mengikut tarikh yang dijanjikan.

Jadi, jika anda ada impian atau sesuatu yang perlu dibuat, berjanjilah pada kawan anda atau diri anda di mana sebelum tarikh tertentu anda akan menyelesaikannya.Momentum anda pasti meningkat.

PS: Siapa mahu berjanji belanja saya berbuka puasa ni? :-P