Quote Motivasi


Seterusnya saya akan berkongsi satu idea yang menarik daripada ikon jutawan kedua dalam buku mentor jutawan. Personaliti yang dimaksudkan adalah Azizi Ali. Saya pasti semua kenal dengan saudara Azizi Ali yang merupakan pakar kewangan dalam Malaysia. Bukunya seperti ‘Bagaimana Hendak Menjadi Jutawan Hartanah’, ‘Bagaimana Hendak Menjadi Tuan Rumah Jutawan’, ‘Jutawan Extreme’ laku laris di pasaran. Dalam banyak-banyak buku beliau, buku yang paling saya suka adalah ‘Jutawan Extreme’, tidak rugi anda membelinya. :-)

Dalam Mentor Jutawan apa yang menarik dikonsi beliau adalah mengenai matlamat.Saya suka satu quote yang sering dikongsi beliau dalam seminar yang dianjurkan,

“Be at the edge of fantasy but within the realms of reality.”

“Maksud saya di sini jangan biarkan destinasi yang kita tetapkan itu kita boleh capai dengan senang tetapi kita set satu destinasi yang boleh mencabar keupayaan kita makan ianya akan menjadi satu destinasiyang bagus.” Azizi Ali

Jelas apa yang dikatakan beliau. Apabila kita berimpian biarlah impian tersebut besar. Pastikan kita berfikir dan berjiwa besar. Namun begitu pastikan ianya masih dalam skop realiti. Contohnya kita bermatlamat ingin menjadi doktor dengan menamatkan pengajian yang diambil dalam masa setahun. Impian itu adalah impian yang bagus dan baik. Tetapi adakah ianya logik atau sekadar fantasi? Seperti yang diketahui kursus untuk menjadi seorang doktor mengambil kira-kira 5 tahun. Oleh itu, bermatlamat menjadi doktor dalam masa 1 tahun adalah impian yang mustahil. Tetapi jika anda merupakan genius, itu senang sahaja. :-)

Kesimpulannya, bermatlamatlah dan berimpianlah tetapi pastikan perkara tersebut dalam kawasan realiti dan logik. :-)

Ya, hari ini saya tambah colum baru. Selalunya orang akan review buku fizikal dan jarang mengreview ebook. Tetapi hari ini, saya nak bagi pendapat saya tentang sebuah ebook motivasi. Seperti yang diketahui, ebook merupakan produk digital yang tidak dapat dipegang. Ia tidak sama dengan buku fizikal yang dapat dirasai dan disentuh. Berbading ebook, ianya hanya dapat dilihat melalui komputer. Naman begitu, bukan bermakna input di dalamnya juga kurang. Ilmu di dalamnya masih sama cuma ebook kini trend penulis hari ini kerana dapat menjimatkan kos penerbitan.

Hari ini saya ingin memberi pendapat dan review saya tentang sebuah ebook yang telah dihasilkan oleh saudara Irfan Khairi.

Klik Sini. Ebook ini bertajuk Mentor Jutawan.

Dalam buku ini, beliau telah menemuramah beberapa personaliti jutawan seperti Dato Dr Fadzilah Kamsah, Azizi Ali, Dato Dr Azman Ching, Billi Lim, Abang Abu, Chef Li, Dato Hussamudin dan dirinya sendiri yang ditemuramah oleh saudara Nizal. Dalam ebook ini, 8 personaliti ini berkongsi pendapat dan tips tentang panduan untuk menjadi jutawan. Membaca buku ini seolah-olah anda berada di hadapan mereka. Pendapat saya, buku ini sungguh santai dan bermanfaat.

Pada mulanya saya sangkakan ianya sama sahaja seperti buku lain yang lebih kepada gimik, tetapi ikhlas saya cakapkan ianya berbaloi dengan nilainya RM40 untuk dibeli. Saya sukakan beberapa idea yang dikongsi oleh personaliti ini. Saya akan kongsikan bersama dengan anda di sini.

Dato Dr Fadzilah Kamsah

-Saya sukakan pendapat beliau tentang gemuruh. Gemuruh bagi beliau bermaksud ‘kita hormat pada audiens’.

“Gemuruh ini adalah erti kata menghormati audience. Sebab pada saya sekiranya Irfan bercakap di hadapan budak-budak sekolah rendah maka anda akan rasakan perasaan gemuruh itu langsung tidak ada.

Tetapi sekiranya Irfan bercakap di hadapan budak-budak universiti, ianya lain dan berbeza dan ianya juga berbeza apabila kita bercakap di hadapan professor-professor.

Jadi pada saya gemuruh itu bererti kita hormat.”

-Idea kedua yang saya sukakan daripada personaliti ini dalam ebook ini adalah tentang tekanan.

Tanpa tekanan manusia tidak akan menjadi hebat!

Sebenarnya banyak idea lagi dikongsi oleh personaliti ‘mentor kepada mentor’ dalam ebook ini, tetapi kalau saya bongkarkan semua tidak baik pula. :-) Oleh itu saya nasihatkan anda membacanya. Ideannya bernilai. Saya sekadar berkongsi pendapat saya tentang apa yang dibaca.

InsyaAllah saya akan review tip dan idea menarik yang dikongsi oleh personaliti lain dalam ebook ini pada post akan datang.

 

 

 

” Apabila kamu telah membulatkan tekadmu maka bertawakallah kepada Allah”

Ali Imran 3:159

 

Dalam mencapai sesuatu matlamat, kita mesti memppunyai tekad yang tinggi untuk berjaya. Tiada sesiapa yang berjaya dengan melakukan perkara sambil lewa dan semangat yang biasa. Insan yang berjaya adalah insan yang mempunyai tekad yang tinggi untuk berjaya.

Tekad bermaksud meletakkan sesuatu keazaman yang tinggi untuk mencapai sesuatu. Dalam proses tersebut mungkin terdapat halangan. Tetapi apabila anda mempunyai tekad, perkara ini akan diharungi dengan tabah.

Setiap kejayaan yang hadir semestinya mempunyai halangan. Contohnya untuk memenangi pingat emas olimpik, seseorang atlit mestilah sanggup bekerja keras dalam latihan. Halangannya mungkin kawan atau persekitarannya. Mana mungkin kejayaan dicapai dengan latihan dan semangat tidak serius. Dan elemen yang penting memacu motivasi tersebut adalah tekad. Bertekadlah dan seterusnya bertawakallah kepada Allah.

Tekad yang tinggi+Tindakan+IzinNya= Kejayaan!!! :-)

Sebilah panah tidak boleh menjatuhkan 2 ekor burung.

Peribahasa Turki

Ya, sebilah panah tidak mampu menjatuhkan 2 ekor burung. Apatah lagi menjatuhkan lebih daripada itu. Kita mensasarkan bilah panah kita ke arah burung. Tetapi belum tentu ianya mengena sasaran yang dikehendaki. Jika kita menggunakan sebilah panah, kemungkinannya kita akan mendapat sesekor burung ataupun tidak mengena langsung sasaran.

Seekor panah hanya mampu mengena seekor burung. Maksudnya jika anda ingin mengena lebih banyak sasaran anda perlu menggunakan lebih banyak bilah. Sebilah hanya untuk seekor sasaran. Begitulah juga dengan kejayaan. Jika anda ingin dan impikan kejayaan yang besar, anda perlu memberi usaha yang sama berat dengannya. Tidak boleh sekadar mengharapkan keajaiban berlaku dan melakukan usaha yang sedikit sahaja. Tidak boleh sekadar berangan dan tidak melakukan apa-apa.

Kejayaan kecil untuk orang yang berusaha secara ‘kecil’. Manakala kejayaan yang besar adalah untuk orang yang berusaha secara ‘besar’. Jangan mengharapkan keajaiban untuk berlaku tetapi berusaha lebih’besar’ jika kita ingin mencipta kejayaan yang lebih ‘besar’. Semua insan yang berjaya ‘besar’ pada hari ini berjaya kerana berdasarkan usaha yang turut ‘besar’ diberikan oleh mereka. :-)

Jika ditanya perkara apa yang berfaedah untuk dilakukan sebelum tidur, jawapannya adalah membaca buku. Buku memperkasakan akal kita dan menambah lagi kebijaksaan kita. Semakin berilmu seseorang maka semakin tunduk dirinya kerana sedar betapa kerdil dirinya berbanding Sang Pencipta.

Ibnu-Jahm berkata: ” Jika perasaan mengantuk datang menyerang sebelum tibanya waktu tidur, perbuatan yang paling buruk adalah tidur melebihi keperluan-maka aku akan membaca salah sebuah buku dari buku-buku hikmah, lalu aku tersentak dengan beberapa faedah yang kudapati. Aku merasa memperolehi kemenangan setiap kali aku menemui apa yang aku perlukan dari buku, sesuatu yang menumbuhkan kebahagian yang sejati dalam hatiku, dan menghujam menyedarkanku. Dentuman bergema melebihi ringkikan keldai yang mengejutkan.”

Tindakan merupakan suatu perkara yang penting.Walaupun kita mempunyai matlamat,tetapi tiada sebarang tindakan yang disusuli,matlamat kita hanya menjadi sia-sia sahaja.Oleh itu untuk berjaya,mulakan

Pernahkah kita mendengar,perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama?Semua orang yang telah berjaya di dunia ini telah mengambil langkah yang pertama.Mereka mengambil tindakan.Jadi,jika kita ingin menjadi seperti mereka maka kita juga haruslah berani mengambil langkah yang pertama,iaitu mengambil tindakan.Biasanya langkah pertamalah yang menjadi perkara yang agak sukar,tetapi percayalah sekali kita melangkah kita akan lebih mudah lagi untuk melangkah.Tindakan kita seterusnya akan tampak lebih mudah lagi.

Selagi kita tidak mengambil langkah kita tidak akan tahu,contohnya Thomas Edison telah mengambil langkah yang pertama.Dan hasilnya selepas beribu-ribu langkah beliau ambil,beliau telah menghasilkan elektrik.Cuba bayangkan jika dia tidak mengambil langkah yang pertama?Sudah tentunya tidak wujudnya langkah kedua,ketiga dan seterusnya.

Jadi untuk berjaya bertindaklah.Ambil langkah pertama anda.Setkan minda anda,bahawa untuk berjaya anda perlu bertindak.Beritahu dan terus beritahu.Dengan ini minda anda akan sedar seterusnya memberi sesuatu tenaga kepada anda untuk kearah kejayaan.Oleh itu,untuk berjaya mulakan… :-)

Setiap orang mempunyai masa 24 jam sehari dalam hidup mereka. Tiada yang lebih tiada kurang. Masing-masing sibuk dengan kerja yang perlu diuruskan.Bekerja, bermain, dan ………..
Ramai yang bercakap aku busy lah sekarang ni“..”Aku tiada masa“…Ya memang betul. Semua manusia sibuk tetapi menjadi persoalannya jenis kesibukkan kita….Saya nak berkongsi satu quote dengan anda hari ini yang berkaiatan dengan sibuk…

 ” Ianya bukanlah bergantung berapa banyak kita sibuk, tetapi ianya adalah tentang mengapa kita sibuk.
   Lebah dipuji kerana kesibukannya, tetapi nyamuk ditampar kerana kesibukannya.”

Sesuatu quote yang baik untuk direnungi.Ia membawa maksud kita mestilah menggunakan masa kita melakukan perkara yang dapat membawa manfaat kepada kita. Contohnya bagi seorang pelajar. Perkara yang bermanfaat baginya adalah belajar. Dan bukannya membuang masa melepak dengan rakan-rakan setiap hari. Memang melepak itu akan menyibukkannya  tetapi apa nilainya?Adakah manfaat disebalik kesibukkannya itu?

PS: Sekadar untuk difikirkan…Adakah kesibukan kita jenis lebah atau nyamuk…? :-)

Bagaimana dengan cerita semalam? Adakah anda bersemangat? Adakah impian lama anda kini makin membara? :-)

Cerita semalam memang betul-betul bermakna kepada saya. Ini membuat saya kuat untuk cuba merealisasikan impian saya walaupun ramai yang mengatakan ianya mustahil.

Hari ini entri saya ringkas sahaja.Sebab 2 3 hari ini saya agak sibuk sedikit. Minggu exam yang akan datang Isnin ini disamping sebahagian cuti hujung minggu Sabtu dan Ahad yang digunakan menghadiri seminar yang dikelolakan oleh Team SaifuSham. Terima kasih sifu kerana mendedahkan info-info tentang dunia ini.

Cuba renung kata-kata ini,

Manusia dilahirkan dengan kemampuan untuk terbang.Kenapa pula mereka memilih untuk merangkak sepanjang hayat?
Ar Rumi

P/s: Terima kasih kepada pelawat-pelawat yang sudi datang melawat blog ini. Saya menghargai kedatangan anda.Andalah sebenarnya sumber inspirasi saya untk saya terus menulis. :-)