Mengapa perlu ke kolej dan universiti?

Soalan Menarik, Winner 3 Comments

Selamat pagi.Salam inspirasi.

Apa khabar? Sihat? Tidak lama lagi akan bermulalah sesi persekolahan. Ada kawan saya yang telah memohon cuti. Sebabnya, ini merupakan pertama kali anaknya bersekolah. Bimbang juga rasa hati mereka anak mereka kemungkinan tidak serasi dengan sekolah. Hehe.. :-)

Jadi post hari ini adalah berkaitan dengan pendidikan. Cuba renung dan fikirkan jawapan untuk soalan di bawah.

” Saiful mengapa pentingnya pergi ke  kolej atau universiti untuk mendapatkan ijazah? Kan ada ramai yang tidak mendapat pendidikan yang tinggi tetapi berjaya menjadi jutawan ataupun seseorang yang terkenal?”

Secara jujurnya soalan itu agak sukar. Saya boleh bercakap dengan pergi ke kolej dan universiti anda akan mempunyai kelebihan berbanding orang lain tetapi tidak dapat menafikan bahawa tanpa mempunyai semua itu seseorang juga masih boleh berjaya. Malah di Malaysia pun ramai yang berjaya menjadi seseorang tanpa mempunyai semua itu. Soalan yang susah yang hendak dijawab tu. Jadi apa pendapat anda?

Kalau saya, saya agak setuju dengan jawapan daripada Donald Trump yang pernah ditanya soalan hampir sama.
“Anda boleh mengabaikannya dan saya boleh memberi banyak contoh orang yang telah berjaya walaupun tanpa ada pendidikan. Tetapi bagi saya dengan memperolehi ijazah ia seolah-olah seperti anda mempunyai kad yang berkata, “ Orang ini telah mencapai sesuatu.” Ia akan membuka banyak pintu kepada anda. “

Apa Anda Mahu?

Soalan Menarik, Tips Belajar No Comments

Salam sejahtera… :-)

Anda tidak tahu apa yang anda mahu dalam hidup ini? Ataupun sebenarnya anda tahu tetapi masalahnya anda tidak tahu sebenarnya bentuk ukuran tersebut. Anda mahu kebahagian. Tetapi anda tidak tahu apa itu kebahagian pada ukuran anda. Anda mahu kekayaan, tetapi tidak tahu ukuran kekayaan bagi anda.

Apa kata kita ikut saranan daripada Jack Canfield, penulis buku Chicken Soup For The Soul untuk teknik mengetahui apa sebenarnya anda mahu. Ianya mengenai tentang menulis matlamat dan kemahuan anda.

Beliau mencadangkan supaya anda duduk menulis 30 perkara yang anda ingin lakukan, 30 perkara yang anda mahukan dalam hidup ini, dan akhir sekali 30 perkara yang anda ingin lakukan sebelum anda mati. Teknik ini sungguh menarik. Apa kata anda mengambil sekeping kertas dan mula menulis. Duduk di ruang kosong dan mula memikirkannya. Sebelum ini anda tidak tahu apa yang anda ingin,sebabnya anda sibuk dengan kerja seharian. Oleh itu dengan memberi sedikit ruang barulah anda mula berfikirkannya. Ayuh lakukan. Ini masa anda.

Untuk lebih berkesan lagi dapatkan seorang kawan untuk menanyakan soalan, ” apa yang anda mahu dalam hidup ini?”. Mungkin pada permulaan anda akan berkata,” aku mahu duit RM1 juta”.  Ataupun anda berkata , “aku mahu rumah besar.”

Tetapi percayalah, dengan menanya soalan ini berulang kali anda mula terfikir. 5 minit kemudian, anda mula sedar apa yang anda inginkan. Anda sebenarnya mahu kebahagian bersama keluarga. Anda mahu menjalani kehidupan yang harmoni. Kemahuan sebenar dalam diri anda mula berkata. Pembaca sekalian, itu sebenarnya yang anda mahu. Itulah tujuan hidup anda. Jadi fikir apa lagi? Mulalah menulis sekarang.

PS: Terima kasih di atas sambutan yang diberikan pada laporan Tips Pembentangan Memikat. sesiapa yang belum mendapat laporan ini anda boleh Klik Sini untuk dapatkannya dengan harga RM10. Dapatkannya sebelum harganya bertukar kepada RM15 sebelum 17/11/08. :-)

2 kesakitan

Falsafah Kejayaan, Soalan Menarik, Tips Motivasi 1 Comment

Dalam hidup ini, manusia akan menghadapi 2 kesakitan. Haish :-) pelik bukan? Apa 2 kesakitan tersebut?

 

” Dalam hidup manusia akan menghadapi 2 kesakitan.

Sakit kerana mendisiplin diri atau sakit kerana menyesal.”

Kedua-duanya adalah sakit dan anda tidak mampu untuk mengelaknya. Tetapi yang membezakan kedua-dua kesakitan ini adalah tempoh masanya. Kesakitan mendisiplin diri hanya dirasai dalam tempoh yang pendek sahaja. Iaitu  mungkin sekitar 2-6 bulan sahaja. Contoh di mana seorang pelajar mendapat ‘sakit‘ dalam mendisplin diri belajar dan mengulangkaji pelajaran untuk memperolehi keputusan yang cemerlang.

Tetapi kesakitan kerana menyesal mengambil tempoh yang lebih lama untuk pulih. Lebih teruk lagi, mungkin ianya tidak terubat seumur hidup anda.

Kata orang, ” Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak ada gunanya.”

Jadi, apa pilihan anda?

Lorong kejayaan yang betul?

Soalan Menarik, Winner 1 Comment

Salam motivasi dan salam ukhwah. Nampaknya beberapa hari ini saya agak sibuk. Memikir dua projek yang perlu dibuat. Projek yang berkaitan dengan jalan kejayaan yang dipilih saya. Saya harap ianya berjaya. ( Bukan projek kahwin tau.. :-) )

Hari ini apa kata kita tanya pada diri. Orang berjaya adalah orang yang sentiasa menilai dirinya.

Salah satu soalanyang perlu ditanya pada diri kita adalah :

Adakah kita mengikuti jalan kejayaan yang betul?

Benda ini selalu berlaku kepada banyak orang. Mereka berusaha sedaya upaya untuk menuju destinasi akhir mengikuti jalan yang telah dipilih. Tetapi apabila sampai, baru mereka sedar bahawa mereka telah memilih jalan yang salah.

Perlu diingatkan bahawa , walaupun mereka berjaya, sebenarnya bukan itu yang mereka mahu. Mereka terperangkap dengan jalan kejayaan ‘palsu’ . Kesannya mereka telah mengabaikanan banyak perkara yang lebih bermakna dalam hidup mereka. Mereka tidak berasa gembira dan puas apabila mencapainya. Adakah anda salah seorang golongan ini?

Oleh itu, cara terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah, sebelum melalui jalan kejayaan, tetapkan matlamat anda terlebih dahulu. Nyatakan hasil akhir yang anda ingini. Tanya pada diri, jika anda mencapainya pada akhir nanti, adakah anda cukup berpuas hati. Ini panduan supaya anda tidak akan menyesal dengan kejayaan ‘palsu itu’ di kemudian hari.

Usaha yang diberikan kepada kejayaan ‘palsu’ itu hanya akan membazirkan sebahagian hidup anda. Jadi tentukan jalan kejayaan sebenar anda. Anda mempunyai pilihan.Remember that.. :-)

Pilihan

Cerita Inspirasi, Keyakinan diri, Soalan Menarik 3 Comments

Pada zaman dahulu di sebuah gunung tinggalah seorang bijaksana. Bijaksana ini mampu menjawab dan menyelesaikan pelbagai masalah. Disebabkan kehandalannya itu, ramai  yang datang untuk mendapatkan pertolongannya. Daripada orang biasa sehinggakan pembesar-pembesar istana datang untuk mendapat perkhidmatannya. Usianya pula sudah lanjut melangkaui abad.  Sebab itulah dia menghabiskan sisa hidupnya dalam gua di gunung tersebut.

Cerita mengenai kehandalannya itu telah sampai pada seorang pemuda. Timbul perasaan ingin menguji kebijaksana dengan si tua tersebut. Lalu menujulah pemuda tersebut ke tempal tinggal si bijaksana itu.

Pemuda tersebut juga turut membawa sesuatu untuk diuji, iaitu seekor rama-rama hidup bersamanya. Di mindanya telah tersedia sebuah soalan yang sukar dijawap oleh orang biasa. Sebaik sampai di kawasan tersebut, pemuda tersebut lantas meletakkan rama-rama tersebut dalam genggamannya.

“ Wahai sang biijaksana. Dari jauh hamba datang ingin mendapatkan jawapan kepada satu persoalan. Harapan hamba supaya tuan bijaksana dapat memberikan jawapan yang memuaskan hati hamba.”

“Ceritakalah soalan itu anakku. Moga-moga dengan izinNya hamba dapat menyelesaikan kekusutan di jiwamu.”

“Begini, dalam tangan hamba ini terdapat seekor rama-rama. Persoalan hamba, adakah rama-rama ini hidup ataupun telah mati.”

“Wahai anakku. Semua ini terletak pada pilihanmu. Engkau yang mempunyai pilihan untuk menjawab persoalan itu. Jikaku katakan bahawa rama-rama itu hidup,nescaya engkau akan mengenggam tangan mu dengan erat sehingga rama-rama tersebut mati. Tetapi jikaku katakan rama-rama itu telah mati, nescaya engkau akan membuka tanganmu dan membiarkan rama-rama itu terbang bebas.Pilihan itu ada padamu anakku. Engkau yang perlu memilihnya.”

Bagaimana cerita hari ini? :-)

PS: Saya ingin meminta maaf. Dalam beberapa hari ini terdapat sedikit masalah teknikal kerana pengubahsuaian tema. Jika sesiapa ada menghantar mesej untuk mehubungi saya maaf mesej anda tidak sampai kerana terdapat sedikit masalah. Harap anda jangan berasa tersinggung dan anggap saya sombong. :-) Namun masalah ini telah berjaya diselesaikan. Say menantikan pesanan anda. Manakala ruang untuk komen pula masih dalam proses untuk memperbaikinya. Saya masih hairan kerana komen ini masih memerlukan kelulusan pihak pengurusan walaupun saya telah mengubah settingnya. Jika sesiapa dapat membantu beritahulah saya.

Berani Jawab?

Soalan Menarik 6 Comments

Salam motivasi. Hari ini saya ingin memberi anda satu soalan IQ. .Satu soalan yang menarik k… Benda ini saya tahu dah lama dah. Cuma baru kali ni ingin berkongsi dengan anda. Kalau anda dapat jawab, anda sememangnya genius. Kalau anda tidak dapat jawab pun anda tetap genius. Berani menyahut cabaran?

Bayangkan anda kini ditangkap oleh pengganas. Anda kini terpaksa membuat pilihan. Anda terpaksa memilih antara dua pintu untuk keluar. Jika anda pilih pintu yang betul anda akan dibebaskan. Tetapi jika anda memilih pintu yang salah anda akan dibunuh. Menjadi masalahnya, anda tidak tahu pintu yang mana satu adalah pintu yang akan menyelamatkannya nyawa anda. Silap perhitungan nyawa anda akan melayang.

Di kedua-dua pintu tersebut diawasi seorang penjaga. Bermaksud terdapat dua penjaga di situ. Anda juga mendapat maklumat bahawa, salah seorang penjaga tersebut sentiasa bercakap bohong. Manakala seorang lagi hanya bercakap benar. Masalahnya pula, anda tidak tahu siapa yang benar dan siapa pula yang bercakap bohong.

Anda dibenarkan untuk bertanya satu soalan sahaja kepada salah seorang daripada mereka. Masalahnya anda tidak tahu siapa orang tersebut. Mungkin dia merupakan si penjaga yang bercakap benar ataupun si pembohong. Anda diberikan 2 hari memikirkan soalan ini. Soalan apa yang anda akan tanya dan apa yang anda akan lakukan seterusnya untuk keluar daripada situ?

Dua hari daripada sekarang. Nyawa anda kini dalam bahaya….. :-)

Otak lelaki dan perempuan

Soalan Menarik 8 Comments

Tubuh badan kita merupakan sesuatu yang unik. Dan terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita. Antaranya adalah menerusi otak manusia. Di sini ini terdapat ujian yang menarik untuk anda cuba. Saya telah pun mencubanya. Berani mengambilnya? :-)

Ujian ini ringkas sahaja, anda hanya perlu mengira jumlah huruf F dalam ayat dibawah dalam masa 15 saat:

FINISHED FILES ARE THE RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC STUDY COMBINED WITH THE EXPERIENCE OF YEARS

Sudah selesai? Bagaimana? Soalan seterusnya adalah berapa banyak huruf F yang anda jumpa? Tiga huruf F? Anda tentunya seorang lelaki. (Jawapan saya juga 3)

Cuba baca sekali lagi, tetapi kini dengan lebih berhati-hati.

FINISHED FILES ARE THE RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC STUDY COMBINED WITH THE EXPERIENCE OF YEARS

Kalau diperhatikan betul-betul sebenarnya terdapat 6 huruf F.Pelik? Sebab sebentar tadi anda hanya dapati 3 sahaja huruf F.

Jawapannya : Otak lelaki tidak mampu untuk memproses perkataan “OF” ketika mereka membaca ayat tersebut . Manakala untuk anda yang dapat mengira kesemua huruf F, iaitu sebanyak 6 huruf pada permulaan ujian pula, memiliki otak perempuan. Betul ke ujian ini? Saya pun kurang pasti. Cubalah dengan kawan-kawan anda untuk menguji setakat mana kebenaran ujian ini. Nanti beritahu saya ok. Nasib baik jawapan saya 3. :-P

Sumber :Artikel ini saya ambil dan olah sedikit daripada laman web kawan saya Mukhlis . Artikel dan info di sini agak menarik. Harap anda enjoy dengan ujian hari ini. :-)

Soalan yang perlu ditanya pada diri

Soalan Menarik, Tips Motivasi 1 Comment

Salam motivasi. Hari ini merupakan hari Isnin. Kepada sesiapa yang bekerja., bekerjalah dengan penuh bersemangat, walaupun hari ini hari Isnin. Guna potensi anda sepenuhnya. Hari ini saya ingin berkongsi tips yang saya dapati daripada internet.. Agak menarik.Soalan yang perlu ditanya kepada diri anda untuk meningkatkan kualiti hidup anda. Hari ini juga saya ingin berkongsi dengan anda jawapan saya. Bagaimana pula dengan jawapan anda? Jangan segan untuk berkongsi. Hidup ini merupakan satu pekongsian. :-)

Soalan

1. Apakah yang betul-betul anda mahu dalam hidup ini?
- untuk jangka pendek saya harap saya dapat menghasilkan 2 buku bestseller. Saya minat dalam penulisan. Lebih-lebih lagi dalam bidang motivasi. Kini saya dalam proses merealisasikannya. Rasanya 20% dah berjaya. Lagi 80% lagi. Doakan kejayaan saya :-)
-untuk jangka 3-5 tahun saya harap dapat mempunyai pusat futsal sendiri. Usahanya ke arahnya? Masih 1%. Baru cuba mendapatkan kertas kerja.

2. Perlukah anda berubah?
-YA.Untuk merealisasikan impian saya,saya perlu berubah. Banyak akan tertangguh jika saya tidak berubah. Saya perlu lebih fokus pada matlamat saya.

3.Adakah anda selesa dengan apa yang anda lakukan?
- Secara jujurnya saya kurang selesa. Kenapa? Sebab saya rasa impian saya masih terlalu jauh lagi. Mungkin saya perlu melipat ganda usaha saya supaya impian saya semakin dekat dengan saya.

4. Adakah anda telah menggunakan potensi saya sepenuhnya?
- Sudah tentu tidak. Saya rasa saya masih tidak lagi fokus. Tidak seperti jutawan lain dan orang berjaya, mereka begitu fokus. Jika saya hendak berjaya, saya perlu mempunyai kekuatan fokus seperti mereka.

5. Adakah anda gembira dengan pencapaian anda pada hari ini?
- Saya berpuas hati apa yang saya capai pada hari ini.Kerana saya nampak jalan untuk merealisasika impian saya. Saya sedar tentang impian saya.Sebab saya rasa ramai tidak tahu impian mereka. Mereka tidak tahu apa yang mereka hendak. Jadi saya bersyukur berada dalam golongan minoriti yang sedar tentang impian. Kepada anda yang mempunyai impian, tahniah saya ucapkan. Saya yakin anda akan berjaya suatu hari nanti.

Itu 5 soalan yang perlu ditanya pada diri anda. Cubalah, kenalilah diri anda. Semoga motivasi hari ini membawa kualiti yang baru pada diri anda. :-)

Bagaimana?

Soalan Menarik 3 Comments

Hari ini saya nak kemukan satu soalan..Soalan yang mungkin sensitif sedikit.

Apa yang anda akan buat kalau anda tahu anda akan meniggalkan dunia esok?

Bunyinya agak menyeramkan. Tetapi saya pasti jawapannya cukup bermakna. :-)

Ramai mesti katakan bahawa mereka akan
-membuat amal ibadah seboleh mungkin
-menghabiskan masa bersama family
-bersama dengan orang tersayang
-minta maaf dengan orang yang pernah kita sakiti
-cuba merealisasikan impian kita
-melancong melihat dunia puas2
-sedekah
-membantu orang yang memerlukan pertolongan
-meraih kejayaan yang diimpi

Rata-rata akan menjawab mereka akan menggunakan hari tersebut dengan sebaik mungkin. Hari tersebut akan dipenuhi dengan aktiviti bermakna.

Itu kalau kita tahu kita akan mati esok. Malangnya kita tidak mengetahui. Jadi masa kita kebanyakkannya dihabiskan dengan aktiviti kurang berfaedah.Setiap hari berlalu tetapi tiada perubahan pada kita.
- kita tidak membuat amal ibadah seboleh mungkin.
-kita tidak menghabiskan masa bersama family.
-bersama dengan orang tersayang

-kita tidak minta maaf dengan orang yang pernah kita sakiti
-kita tidak cuba merealisasikan impian kita.
-kita tidak melancong melihat dunia puas2
-kita tidak bersedekah
-kita tidak membantu orang yang memerlukan pertolongan

Tips motivasi dan inspirasi untuk hari ini, gunakan setiap hari yang berlalu dengan sebaik mungkin. Guna dengan menngisi aktiviti yang kita fikirkan berfaedah. Hidup ini terlalu singkat. Kekalkan motivasi anda untuk berjaya. Semoga tips inspirasi dari sini membantu anda untuk terus bermotivasi :-)

Ya Allah, jadikan dunia itu digenggam tanganku dan bukannya dihatiku

Kuiz

Soalan Menarik 4 Comments

Cuba jawab kuiz ini ?

1.Senaraikan 5 nama orang terkaya di Malaysia.
2.Senaraikan 5 pemenang hadiah cabutan di sekolah anda.
3.Senaraikan 5 nama pemenang pelakon lelaki terbaik Grammy Awards.
4.Senaraikan 5 nama pemenang pelakon wanita terbaik Grammy Awards.

Saya yakin,ramai tidak dapat menjawab atau mengambil masa yang lama untuk memikirnya.Mengapa ini berlaku?Padahal mereka adalah oarng-orang yang terkenal?Mereka orang-orang yang berjaya.

Tujuan kuiz ini adalah untuk menunjukkan bahawa,mereka yang anda senaraikan itu adalah sebenarnya hebat.Mereka hebat di dalam industri mereka.Tetapi yang menjadi masalahnya,mereka akan kita lupakan biar sampai waktunya.Anugerah,hadiah,pujian ataupun apa sahaja mereka dapat,akan kita lupakan.Kita akhirnya melupakan orang –orang yang telah berjaya ini.

Bagaimana anda cuba kuiz ini?

1.Senaraikan 5 nama yang telah mengajar anda sesuatu yang berharga.
2.Namakan beberapa nama kawan yang sentiasa bersama anda ketika susah dan senang.
3.Namakan beberapa nama orang yang membuat anda betul-betul dihargai.
4.Senaraikan 10 idola pujaan anda yang membuatkan anda bermotivasi.

Lebih mudah bukan?Malahan anda boleh senaraikan lebih banyak lagi jika kita mahu.Apa pengajarannya?

Moral daripada kuiz ini adalah,kita akan ingat orang yang memberi impak kepada kita.Kita ingat orang yang memberi kesan kepada kita. Kita ingat orang yang mengambil berat kepada kita.Kita ingat orang yang kisah pada kita.Walaupun orang tersebut mungkin tiada wang untuk diberi kepada kita,ataupun hanya orang biasa sahaja tetapi kita masih ingat pada mereka kerana mereka memberi kesan kepada kita. :-)

Jadi,mulai hari ini,marilah kita membuat sesuatu yang mampu memberi kesan kepada orang lain.Sesuatu yang mampu membuat mereka tahu kita mengambil berat terhadap mereka.Sesuatu yang membuatkan mereka tahu kita kisah terhadap mereka. Sebab apa?Sebab mereka hanya mengingat itu semua.Mereka tidak akan ingat pingat,anugerah yang kita dapat.Mereka ingat apa yang memberi kesan kepada mereka.

Jadi,tanya pada diri. Apa yang anda buat yang dapat memberi kesan pada orang-orang yang anda sayang?

P/s :Terima kasih kepada pengujung blog ni kerana sering datang melawat ke sini.Anda memberi impak pada hidup saya. Untuk kakeru dan perantau ilmu anda memberi kesan pada diri saya dalam arena blog:-)

« Previous Entries Next Entries »