Tips Menjadi Rajin

Tips Belajar 4 Comments

Tips belajar hari ini ingin berkongsi 5 tips bagaimana mengatasi sikap malas. Perasaan malas adalah lawan kepada sikap rajin. Ianya satu sikap negatif yang perlu diubati. Rasa-rasa anda, bagaimana ingin membuang sifat malas? Disini saya senaraikan 5 tips yang boleh digunakan.

1. Tanya pada diri anda dan jawablah sejujurnya. Fikirkan sejenak mengenainya.

Apakah faedah daripada sikap malas aku ini?”

2. Senaraikan kesan dan akibat sikap malas yang ada pada diri anda. Ini bertujuan untuk menyedarkan minda anda bahawa sikap ini tidak berfaedah langsung. Selain itu, ia membuat minda anda ‘sakit’ dengan sikap ini.

3. Kekalkan momentum kerajinan anda. Jika anda sedang melakukan sesuatu dan ingin berhenti berehat, pastikan anda berhenti tidak lama. Kekalkan momentum tersebut. Semakin lama anda berhenti atau berehat, semakin kurangnya semangat anda menerusnya.

4. Membayangkan kesan positif yang anda perolehi kesan daripada sikap rajin anda. Contohnya anda membayangkan anda mendapat keputusan yang cemerlang atas kerajinan anda, lalu ibu bapa anda menghadiahkan anda RM500. Disayangi teman dan diminati ramai..Hoho.. :-P

5. Akhir sekali senaraikan mengapa anda ingin membuang sikap malas. Tampalkannya. Untuk berubah, manusia perlu mempunyai sebab. Jadi tuliskan sebab itu.

Jika anda ada tips tambahan, kongsi pendapat anda di ruang komen ya.

Selamat beramal dengan tips belajar. Hoho… :-)

9 Tips Belajar Berkumpulan

Tips Belajar, Tips Motivasi 1 Comment

Hari ini kita berbicara tentang cara belajar. :-) Tidak dinafikan bahawa belajar berkumpulan merupakan salah satu kaedah yang efektif selain belajar bersendirian. Ia membolehkan perkongsian matlamat dengan lebih pantas kerana komunikasi 2 hala dapat dijalankan dengan segera jika terdapat sebarang persoalan. Berbanding belajar secara individu, seseorang mungkin terpaksa mengambil masa yang agak panjang jika soalan itu sukar dijawab.

Selain itu, belajar berkumpulan sangat sesuai dijalankan untuk mempercepatkan proses pemahaman terhadap sesuatu pelajaran. Kesimpulannya, jika anda merasakan bahawa anda agak mengambil masa untuk memahami sesuatu subjek, maka jalan terbaik adalah dengan belajar berkumpulan.

Dibawah disenaraikan 9 tips belajar berkumpulan.

1.    Pastikan saiz kumpulan tidak terlalu besar. Kumpulan yang terdiri daripada 3-5 ahli amat bersesuaian.

2.    Fokus pada tajuk yang ingin dibincangkan.

3.    Elakkan terpesong daripada tajuk. Seseorang perlulah memainkan peranan sebagai ‘ketua’ untuk memastikan mereka sentiasa fokus pada perbincangan.

4.    Baca tajuk yang ingin dibincangkan terlebih dahulu walaupun anda tidak memahaminya. Sekurang-kurangnya anda mendapat gambaran keseluruhan mengenai tajuk tersebut.

5.    Tentukan masa, tempat dan tarikh yang bersesuaian dengan ahli.

6.    Bentangkan tajuk dengan serius.

7.    Buka sesi soal jawapan selepas tamatnya pembentangan.

8.    Elakkan perasaan kurang senang dengan ahli anda. Elakkan melibatkan masalah peribadi.

9.    Saling memberi dorongan antara satu sama lain.Dengan ini akan wujudnya semangat ingin melihat setiap ahli berjaya dalam kumpulan tersebut.

Membaca dengan efektif

Tips Belajar 3 Comments

5  Tips membaca dengan berkesan dan efektif

1. Elakkan daripada membaca secara berterusan dan tidak berhenti. Berhenti seketika dan ujilah pemahaman anda setakat yang dibaca.
2. Gunakan teknik 1H dan 6W untuk mencari isi-isi penting. Ketika membaca cuba cari isi-isi yang dapat dikaitkan dengan 7 perkara tersebut.

  • How
  • Who
  • Where
  • Why
  • What
  • When
  • Which

3. Garis isi-isi penting. Pembacaan tanpa perbuatan hanya akan membuatkan anda cepat mengantuk. Oleh itu gerakkan jari anda dengan mengaris atau menyalin isi penting.
4. Gunakan bantuan alat pembelajaran yang lain. Contohnya seperti pen, highlighter untuk membant anda.

5. Elakkan mengambil makanan yang terlalu berat sebelum sesi pembelajaran. Makanan yang diambil secara berlebihan akan menyebabkan kandungan oksigen lebih banyak ke bahagian perut berbanding otak.

Pengurusan Masa

Tips Belajar, Tips Motivasi 2 Comments

5 Tips mengurus masa dengan lebih efektif.

1. Selesaikan semua tugasan dengan segera. Elakkan daripada mengambil sikap bertangguh. Semakin lama anda bertangguh, maka momentum anda semakin hilang. Jadi lakukannya secepat mungkin untuk mengelak momentum tersebut hilang umhnya.

2. Tahu dan kenalpasti tugasan yang menjadi keutamaan anda. Tentukan apa yang yang penting dan perlu disiapkan segera.

3. Agihkan kerja dan minta bantuan daripada orang lain yang lebih mahir. Berilah mereka peluang untuk membantu anda.Seperti seorang murid yang meminta pertolongan seorang guru untuk menyelesaikan soalan yang sukar hendak dijawab.

4. Amalkan sikap mementingkan diri sendiri kadang kala. Kadang-kadang anda perlu kikiskan rasa bersalah tidak membantu orang lain. Andalah sebenarnya perlu dibantu.

5. Lakukan perancangan. Untuk sesuatu tugasan, rancang dahulu bagaimana anda hendak menyelesaikannya. Ia mampu menjimatkan banyak masa anda.

Pengurusan masa penting dalam menjadi pelajar dan manusia Smart. Selamat menjadi pelajar dan manusia smart. :-)

Matlamat Belajar

Tips Belajar No Comments

Tips belajar hari ini membincangkan mengenai matlamat sebagai pelajar. Sebagai pelajar punyailah matlamat yang ingin dicapai dalam peperiksaan. Smart student mempunyai matlamat. Ini penting supaya aktiviti pembelajaran berjalan dengan lancar dan anda tahu apa yang perlu dilakukan. Tanpa matlamat, anda seolah-olah hanya terapung di lautan tanpa tahu arah yang  perlu ditujuui.

Tips membuat matlamat untuk peperiksaan. :-)

1.    Tentukan matlamat anda.
-tentukan jenis dan tahun peperiksaan tersebut. UPSR, PMR, SPM
-tentukan berapa A yang anda hendak. Berapa B yang anda hendak dan seterusnya

2.    Susun subjek tersebut
-susun subjek mengikut kepentingannya. Beri perhatian kepada subjek yang wajib anda ‘score’ dan beri juga tumpuan kepada subjek yang sukar untuk anda capai berbanding subjek lain.

3.    Tuliskan prestasi semasa anda.
- setiap kali ujian atau peperiksaan kecil yang anda ambil, catatkan markahnya di ruang khas. Ini bertujuan supaya anda tahu keadaan prestasi semasa anda. Ini memberikan isyarat kepada anda bahagian apa yang perlu ditumpukan dan bahagian yang mana boleh dikurangkan.

4.    Tulis gred yang diingini
-pastikan anda menulis gred yang dikehendaki. Letakkan ia di tempat yang mudah dilihat.

5.    Nyatakan sebab
-untuk menyalakan kemahuan yang tinggi untuk berjaya anda memerlukan sebab. Semakin kuat sebab tersebut, maka semakin bersemangat anda untuk merealisasikannya. Oleh itu ketahuilah sebab anda ingin berjaya.

Apa Anda Mahu?

Soalan Menarik, Tips Belajar No Comments

Salam sejahtera… :-)

Anda tidak tahu apa yang anda mahu dalam hidup ini? Ataupun sebenarnya anda tahu tetapi masalahnya anda tidak tahu sebenarnya bentuk ukuran tersebut. Anda mahu kebahagian. Tetapi anda tidak tahu apa itu kebahagian pada ukuran anda. Anda mahu kekayaan, tetapi tidak tahu ukuran kekayaan bagi anda.

Apa kata kita ikut saranan daripada Jack Canfield, penulis buku Chicken Soup For The Soul untuk teknik mengetahui apa sebenarnya anda mahu. Ianya mengenai tentang menulis matlamat dan kemahuan anda.

Beliau mencadangkan supaya anda duduk menulis 30 perkara yang anda ingin lakukan, 30 perkara yang anda mahukan dalam hidup ini, dan akhir sekali 30 perkara yang anda ingin lakukan sebelum anda mati. Teknik ini sungguh menarik. Apa kata anda mengambil sekeping kertas dan mula menulis. Duduk di ruang kosong dan mula memikirkannya. Sebelum ini anda tidak tahu apa yang anda ingin,sebabnya anda sibuk dengan kerja seharian. Oleh itu dengan memberi sedikit ruang barulah anda mula berfikirkannya. Ayuh lakukan. Ini masa anda.

Untuk lebih berkesan lagi dapatkan seorang kawan untuk menanyakan soalan, ” apa yang anda mahu dalam hidup ini?”. Mungkin pada permulaan anda akan berkata,” aku mahu duit RM1 juta”.  Ataupun anda berkata , “aku mahu rumah besar.”

Tetapi percayalah, dengan menanya soalan ini berulang kali anda mula terfikir. 5 minit kemudian, anda mula sedar apa yang anda inginkan. Anda sebenarnya mahu kebahagian bersama keluarga. Anda mahu menjalani kehidupan yang harmoni. Kemahuan sebenar dalam diri anda mula berkata. Pembaca sekalian, itu sebenarnya yang anda mahu. Itulah tujuan hidup anda. Jadi fikir apa lagi? Mulalah menulis sekarang.

PS: Terima kasih di atas sambutan yang diberikan pada laporan Tips Pembentangan Memikat. sesiapa yang belum mendapat laporan ini anda boleh Klik Sini untuk dapatkannya dengan harga RM10. Dapatkannya sebelum harganya bertukar kepada RM15 sebelum 17/11/08. :-)

Berkongsilah Ilmu Yang Ada

Ilmu, Quote Motivasi, Tips Belajar 1 Comment

Rasulullah S.A.W bersabda:

“Tidak wajarlah bagi orang yang bodoh, berdiam diri atas kebodohannya. Dan tidak wajarlah bagi orangyang berilmu berdiam diri atas ilmunya.”

Riwayat al-Tabrani dan Abu Nua’im

Quote ini ringkas tetapi cukup bermakna. Kesimpulannya, jangan sentiasa berdiam diri dalam proses menuntut ilmu. Buka mulut anda. Jika anda tidak faham, maka bertanyalah kepada seseorang yang arif mengenainya. Dalam kelas, biasanya subjek diajar adalah baru. Ini membuatkan kesukaran untuk memahami subjek tersebut. Oleh itu bukalah mulut anda.Tidak rugi bertanya.

Begitu juga ketika melakukan kerja di pejabat. Tidak semua perkara yang kita tahu. Oleh itu bertanyalah walaupun pada pakcik, makcik yang rendah pangkat daripada anda. Ingatlah, tiada soalan yang bodoh. Cuma anda yang sendiri yang menganggap soalan tersebut bodoh.

“Kebodohan sejati adalah apabila anda terus dibelenggu soalan tersebut tanpa sebarang jawapan.”

Begitu juga jika anda mempunyai ilmu. Suarakannya. Beritahukannya pada sesiapa yang ingin mendengar. Ilmu semakin subur dan bertambah jika anda berkongsi. Ianya tidak boleh dicuri malah semakin bertambah. Berkongsilah.

 

Jika anda takut untuk berkongsi secara bersemuka, kongsilah di belakang tadbir. Contohnya seperti menulis blog. Pandangan anda adalah hak anda. Tetapi janganlah terlalu ekstrem pula. Nanti kena tangkap ISA pula. :-)

Output

Tips Belajar 2 Comments

Tips belajar hari ini ingin berbincang mengenai ‘output’. Apa itu output? Output adalah hasil akhir setelah kita menelaah setelah pelajaran. Lebih tepat lagi, apa yang kita faham setelah penat belajar. Dalam sesuatu proses pelajaran, apa yang penting adalah output dan bukannya input.

Sebabnya kemampuan anda mengeluarkan apa yang dipelajari yang akan menentukan keputusan peperiksaan anda. Input kurang bermain peranan ketika peringkat ini. Maksudnya, jika anda membaca buku itu 10 kali pun, tetapi jika anda hanya memahami 2-3 ayat sahaja, maka sudah tentulah keputusan peperiksaaan anda tidak secemerlang mana.

Sebagai contoh. Seorang pelajar A membaca 10 kali sebuah buku, tetapi pemahamannya adalah cuma 50% sahaja. Berlainan dengan pelajar B yang hanya membaca 2 kali sahaja, tetapi pemahamannya tentang subjek tersebut adalah 80%. Rasa -rasa anda siapa akan mendapat keputusan yang cemerlang? Sudah tentnya pelajar B kan. Mengapa? Sebab outputnya lebih tinggi bukan. Di sini walaupun inputnya kurang, tetapi pemahamannya tinggi.  :-)

Kesimpulannya, fokus lebih banyak tumpuan pada output jika anda ingin berjaya. Terutamanya dalam peperiksaan.

Beberapa cara meningkatkan output anda:

1. Membuat peta minda.
2. Melakukan latih tubi dan peperiksaan tahun sebelumnya.
3.Menerangkan sesuatu subjek kepada kawan anda.
4. Melakukan aktiviti berkumpulan seperti sesi Q&A

Ya. Sentiasa ingat output merupakan perkara yang paling penting sekali. Jadilah pelajar yang Belajar Smart dan bukannya pelajar Belajar Hard :-)

Menguatkan ingatan

Tips Belajar 2 Comments

Oleh kerana PMR dan SPM yang akan menjelang tidak lama lagi, maka hari ini saya ingin berkongsi tips belajar dengan anda. Iaitu tips menguatkan ingatan anda. Ini penting supaya dapat membantu pembaca blog ini yang mana masih belajar dalam mengingati dengan lebih baik lagi. :-)

Tips mudah cara menguatkan ingatan.

1. Menggunakan teknik ingatan yang betul. Ketahui prinsip otak bertindak. Otak semakin teransang dan mudah mengingat dengan perkara yang menarik dan ‘over’.Oleh itu, jadikan perkara yang ingin diingat itu menarik dan ‘over’.

Contohnya ‘emak membawa kereta’. Ini adalah perkara biasa. Tetapi sekarang cuba bayangkan kereta yang membawa emak. Tentu agak ‘over’ bukan? Untuk tambah menarik lagi tambah gambaran yang aneh lagi pada kereta tersebut. Percayalah anda akan lebih mudah mengingatinya.

2. Makan makanan yang membantu menguatkan ingatan anda. Contohnya seperti kacang pistachio, kismis, madu, air zamzam.

3. Pengurusan masa yang berkesan dengan menyediakan masa rehat. Berehat selama 5 minit untuk setiap setengah jam dan berehat selama setengah jam selepas mengulangkaji selama 2 jam. Jadual masa ini dapat mengoptimumkan penggunaaan otak anda.

4. Memberi fokus dan tumpuan pada perkara yang dipelajari.

5. Pastikan tahap motivasi anda sentiasa tinggi. Percaya dengan keupayaan minda anda.

4 Sebab Mengapa Kita Perlu Menggunakan Peta Minda

Tips Belajar, Tips Motivasi 2 Comments

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda 4 sebab mengapa kita perlu menggunakan peta minda dalam proses pembelajaran. Tetapi ingat, peta minda bukan sekadar untuk pembelajaran sahaja, ianya juga boleh digunakan dalam pelbagai aktiviti seperti brainstorming, membantu dalam proses membuat keputusan dan dalam penjadualan.

1. Sistem pembelajaran kita pada hari ini kebanyakannya menggunakan otak kiri. Matematik, Sains, Bahasa Melayu, Sejarah semuanya menggunakan otak kiri yang berfungsi berdasarkan logik, turutan, bahasa, linear.Jadi dengan menggunakan peta minda, otak kanan juga dapat dilibatkan. Otak kanan bahagian yang berfungsi berdasarkan imaginasi, warna,kretiviti dan irama . Dengan menggunakan fungsi kedua-dua otak, anda akan lebih genius. Anologinya seperti perbandingan berlari dengan kedua belah kaki dan sebelah kaki. Berlari dengan kedua-dua belah kaki adalah lebih baik daripada berlari dengan satu kaki betul tak? Begitu juga dengan mendengar. Mendengar dengan kedua belah telinga lebih baik daripada satu telinga. Begitu juga dengan otak. Menggunakan kedua-duanya membuatkan kita lebih baik daripada menggunakan sebahagian daripadanya sahaja. :-)

2. Sebab kedua adalah kebanyakkan perkataan dalam nota adalah kurang berfungsi. “Nama sebenar saya ialah Saiful. Saya tinggal di Pulau Pinang.” Agak-agak anda berapa perkataan yang penting dalam dua ayat di atas? Ya, betul hanya dua sahaja iaitu Saiful dan Pulau Pinang. 2 daripada 9 perkataan sahaja penting. Bermakna hampir 80% perkataan kurang penting. Persoalannya mahukah kita membazirkan masa kita kepada 80% ini. Tentu tidak. Kita hanya memberi fokus pada golongan 20% sahaja. Jadi ini akan memudahkan lagi proses ingatan anda. Cara nota yang lama akan menyukarkan kita. Tetapi dalam peta minda, ianya meringkaskan apa yang perlu difokuskan.

3. Satu perkataan dapat mewakili banyak perkataan. Ya merujuk contoh di atas, perkataan ‘Pulau Pinang’ akan memberitahu bahawa ‘Saiful tinggal di Pulau Pinang’. Nota linear berfungsi berdasarkan ayat. Ini menyebabkan kita terpaksa memberi fokus pada ayat tersebut untuk mengingat berbanding peta minda yang memberi fokus pada perkataan.

4 . Sebab lain kita perlu menggunakan peta minda adalah, satu kertas peta minda sudah cukup untuk memuatkan banyak fakta. Ini lebih memudahkan kita melihatnya untuk mengulangkaji di kemudian hari. Tidak seperti nota linear yang mungkin terdiri daripada beberapa helai kertas. I kertas VS 4 kertas, mana jauh lebih baik?

Sebenarnya banyak lagi kelebihan peta minda. Cuma saya rasa inilah point utama mengapa anda perlu menggunakan peta minda dalam pembelajaran. Jadi mari lakukan perubahan.