Tips Motivasi


Ya, hari ini saya tambah colum baru. Selalunya orang akan review buku fizikal dan jarang mengreview ebook. Tetapi hari ini, saya nak bagi pendapat saya tentang sebuah ebook motivasi. Seperti yang diketahui, ebook merupakan produk digital yang tidak dapat dipegang. Ia tidak sama dengan buku fizikal yang dapat dirasai dan disentuh. Berbading ebook, ianya hanya dapat dilihat melalui komputer. Naman begitu, bukan bermakna input di dalamnya juga kurang. Ilmu di dalamnya masih sama cuma ebook kini trend penulis hari ini kerana dapat menjimatkan kos penerbitan.

Hari ini saya ingin memberi pendapat dan review saya tentang sebuah ebook yang telah dihasilkan oleh saudara Irfan Khairi.

Klik Sini. Ebook ini bertajuk Mentor Jutawan.

Dalam buku ini, beliau telah menemuramah beberapa personaliti jutawan seperti Dato Dr Fadzilah Kamsah, Azizi Ali, Dato Dr Azman Ching, Billi Lim, Abang Abu, Chef Li, Dato Hussamudin dan dirinya sendiri yang ditemuramah oleh saudara Nizal. Dalam ebook ini, 8 personaliti ini berkongsi pendapat dan tips tentang panduan untuk menjadi jutawan. Membaca buku ini seolah-olah anda berada di hadapan mereka. Pendapat saya, buku ini sungguh santai dan bermanfaat.

Pada mulanya saya sangkakan ianya sama sahaja seperti buku lain yang lebih kepada gimik, tetapi ikhlas saya cakapkan ianya berbaloi dengan nilainya RM40 untuk dibeli. Saya sukakan beberapa idea yang dikongsi oleh personaliti ini. Saya akan kongsikan bersama dengan anda di sini.

Dato Dr Fadzilah Kamsah

-Saya sukakan pendapat beliau tentang gemuruh. Gemuruh bagi beliau bermaksud ‘kita hormat pada audiens’.

“Gemuruh ini adalah erti kata menghormati audience. Sebab pada saya sekiranya Irfan bercakap di hadapan budak-budak sekolah rendah maka anda akan rasakan perasaan gemuruh itu langsung tidak ada.

Tetapi sekiranya Irfan bercakap di hadapan budak-budak universiti, ianya lain dan berbeza dan ianya juga berbeza apabila kita bercakap di hadapan professor-professor.

Jadi pada saya gemuruh itu bererti kita hormat.”

-Idea kedua yang saya sukakan daripada personaliti ini dalam ebook ini adalah tentang tekanan.

Tanpa tekanan manusia tidak akan menjadi hebat!

Sebenarnya banyak idea lagi dikongsi oleh personaliti ‘mentor kepada mentor’ dalam ebook ini, tetapi kalau saya bongkarkan semua tidak baik pula. :-) Oleh itu saya nasihatkan anda membacanya. Ideannya bernilai. Saya sekadar berkongsi pendapat saya tentang apa yang dibaca.

InsyaAllah saya akan review tip dan idea menarik yang dikongsi oleh personaliti lain dalam ebook ini pada post akan datang.

 

Hari ini ada soalan cepumas. Apakah minat anda? :-)  Dapat jawapan? Kalau dapat jawapan tahniah, tetapi kalau tidak dapat anda perlu mencarinya. Mengetahui minat anda merupakan perkara yang patut anda ambil berat. Mungkin selama ini anda hanya hidup berdasarkan minat orang lain. Anda hidup untuk kehidupan orang. Tetapi kini anda mulai sedar sesuatu, anda perlu hidup untuk kehidupan anda. Tetapi masalahnya, perkara apa yang aku suka ? Perkara apa yang mampu membuat anda bangun setiap pagi dengan penuh kegairahan?

Masalah bagi sesetengah orang bukanlah kerana mereka tidak mempunyai matlamat, tetapi mereka bangun setiap pagi dan melakukan perkara yang mereka tidak suka. Bangun pagi Isnin kerana perkara tersebut adalah rutin. Mereka tidak ada keghairan pada perkerjaan mereka. Jauh di sudut diri mereka, mereka ingin melakukan perkara lain.

Cuba bertanya beberapa soalan pada diri anda. Saya percaya anda akan mula mendapat klu. Klu inilah seterusnya akan menjadi kunci membongkar rahsia kehidupan anda.

“ Apa akan aku lakukan jika aku mempunyai wang sebanyak RM5 juta?”
“ Mengapa aku bekerja keras selama ini? Untuk apa?”
“Jika aku mempunyai peluang untuk melakukan apa sahaja, perkara apa yang akan aku lakukan?”

Ketahui minat anda. Saya percaya anda tidak akan menyesal. :-)

” Do what you like and you will never work for the rest of your life.”

Salam ukhwah dan inspirasi. Hari ini saya menerima email yang bertanyakan tentang tips dan cara mengatasi perasaan malu. Jadi disini saya paparkan beberapa tips untuk pembaca yang ingin mengetahui caranya. Caranya tidaklah sesukar dan advance. Cuma menarik tips kali ini kerana  saya kaitkan dengan diri saya. Saya juga pernah mengalami keadaan tersebut. Sekarang? Masih juga malu tetapi malu yang bertempat. :-)

1. Mula secara berperingkat.
Sesuatu perkara perlu bermula secara berperingkat. Jangan ingin melakukan kesemuannya dalam satu masa. Cuba sertai 1 atau 2 aktiviti terlebih dahulu.Ini dapat membantu dalam membina keyakinan diri. InsyaAllah, sedikit demi sedikit keyakinan anda akan bertambah.

2. Anggap perkara tersebut normal.
Setiap orang akan mengalami pengalaman pertama. Saya pun masih teringat lagi pengalaman saya bercakap di depan orang. Memang gementar dan berpeluh habis. Tetapi jadikan itu merupakan perkara normal yang harus dilalui. Seperti semasa kita kecil dahulu. Kita agak takut hendak tidur bersendirian. Tetapi selepas pengalaman pertama, sehingga kini kita sudah mampu untuk tidur bersendirian. Begitu juga  kali pertama kita membeli gula-gula di kedai. Kita agak takut pada permulaannya. Tetapi selepas kejayaan kecil yang dilalui, perkara tersebut akan memberi suntikan motivasi kepada kita.

3. Jangan takut
Sebenarnya dalam diri, kita berasa sedikit takut untuk melakukannya. Sebabnya kita bimbang terhadap pandangan orang lain terhadap kita. Dahulu saya pun macam tu. Saya terlalu memikirkan apa yang akan dikatakan oleh orang lain sehingga saya terbaca sesuatu quote. Quote ini banyak membantu saya.

“Kita tidak dapat memuaskan semua hati.”

Memang betul kata quote ini. Jadi sejak hari itu, saya mula melakuakan perkara yang saya rasa betul. Saya akur bahawa saya tidak dapat memuaskan hati semua orang. Asalkan saya tahu saya sudah buat terbaik saya sudah cukup gembira. Lihatlah setiap tokoh-tokoh yang berjaya, tiada sesiapa pun dapat memuaskan hati semua. Semua mengatakan A baik. Tetapi masih ada yang mengkritik A.

4.Sentiasa berfikir positif.
Tip terakhir ini mudah sahaja. Anda adalah apa yang anda fikirkan. Jadikan, fikirkan sesuatu yang positif mengenai anda dan keadaan yang akan berlaku. Harapkan kebahagiaan dan jangan memokuskan pada kegagalan. Setiap orang mempunyai kisah silam,perkara tersebut tidak dapat diubah. Tetapi anda mempunyai masa hadapan, jadi coraklah ia dengan pemikiran positif.

Bagaimana, masih malu lagi? :-)

Salam motivasi. Bagaimana dengan anda hari ini? Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda cara berunding yang efektik. Kata orang putih ‘Negotiation. :-) Dalam buku Getting Past No, Willian Urv telah menyatakan lima langkah untuk memastikan sesebuah rundingan berjaya.

1.Apabila kita diserang, jangan memberi reaksi.

Apabila kita diserang dengan sesuatu yang tidak disukai, buat seperti biasa sahaja. Ingat, kita tidak mampu mengawal apa yang dilakukan oleh orang lain terhadap kita, tetapi kita mampu mengawal diri kita. Jangan marah dan beri perhatian kepada perkara yang diingini oleh kita.

2. Melangkah ke bahagian yang lain.

Apabila pihak tersebut menyerang, mereka sebenarnya mengharapkan kita menolak, memberi reaksi atau menyerang kembali. Jadi apa yang perlu dibuat adalah memberi kejutan kepada mereka. Lakukan perkara yang sebaliknya. Dengar pendapat mereka , hargai hujah yang dicakap mereka dan cuba bersetuju dengan pendapat yang dikatakan oleh mereka.Elakan daripada bertengkar dengan mereka.

3. Ubahkan keadan permainan

Jangan menolak tawaran mereka walaupun perkara tersebut agak sukar. Susun semula cabaran yang dihadapi sehinggakan permainan berubah daripada keadaan tawar menawar kepada penyelasaian bersama di mana kita mempunyai perundingan menang-menang.

4.Membina jambatan emas

Menurut Ury pada peringkat ini anda bersedia untuk berunding. Mainkan peranan sebagai orang tengah jika didapati mereka masih cuba melengah-lengahkan dan jangan mendesak atau menolak. Lakukan perkara yang berlawanan. Pujuk mereka dan buatkan mereka mudah untuk berkata ‘Ya’. Terima idea mereka dan jangan jatuhkan airmuka mereka. Biar mereka kelihatan seperti telah berjaya dan memperolehi kemenangan.

5. Guna kuasa untuk mendidik.

Pada peringkat ini juga mereka masih lagi menolak. Sebabnya mereka percaya mampu menang tanpa mengorban sedikit kepentingan mereka. Jadi pada peringkat inilah kita mesti membuatkan mereka susah untuk berkata tidak pada pelawan kita. Ugutan hanya akan memberi kesan bertentangan. Ajari mereka tentang kesan tidak bersetuju dan beritahu mereka bahawa penyelesaian kita akan memberi kepuasan kepada kedua-dua pihak dan bukannya mencari kemenangan mutlak.

Adakah kini anda sedia untuk berunding? Salam perundingan. :-)

Semua orang akan merasai mati. Mati adalah perkara yang tidak dapat dielakkan. Mengingat mati adalah perkara yang perlu diingati setiap orang mukmin. Tiada siapa tahu bilakan mereka akan mati. Sebabnya mati merupakan perkara masa hadapan. Hendak mejangkakan apa yang akan berlaku 1 jam daripada sekarang pun sangat sukar apatah lagi mejangkakan kematian.

Namun begitu, kematian mampu memberi kita motivasi. Ia memacu kita supaya sentiasa mengingati kejayaan di akhirat dan bukan sekadar mengejar kejayaan dunia. Insan yang berjaya adalah insan yang mengingati mati. Mungkin agak janggal tetapi, marilah bersama menggunakan kematian untuk memotivasi diri kita. :-)

Jadikan kematian sebagai motivasi untuk mengingati nikmat di akhirat kelak.

Jadikan kematian sebagai motivasi untuk kita berusaha sedaya upaya supaya kita dapat meninggalkan sesuatu yang bermakna apabila kita pergi kelak.

“Tiap-tiap diri (yang berjiwa) mesti merasai mati. Kami akan uji kamu dengan kejahatan dan kebajikan sebagai suatu ujian; dan kepada Kami kamu akan dikembalikan.”

Surah al-Anbiya’:35

“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya. Dia Maha perkasa lagi Pengampun.”

Surah al-Mulk:2

Ya, sebagai manusia kita mesti belajar mendengar. Tuhan memberi kita dua telinga dan satu mulut sahaja. Apa maksudNya? Kemungkinan ini memberi maksud tersirat kepada kita supaya belajar mendengar dan kurangkan bercakap. Di sini dikongsi beberapa idea menarik dalam mendengar. Tips dibawah dapat membantu kita menjadi pendengar yang lebih baik.

1. Kurangkan bercakap dan mula mendengar.

Jika anda ingin menjadi seorang yang berkredibilti apa kata cuba tips jutawan daripada J.B. Fuqua. Kurang bercakap dan mula mendengar lebih banyak. Ini telah membantu menaikkan reputasi beliau. Beliau pernah berkata,

” Ada sebab kenapa Tuhan memberikan kita dua telinga dan satu mulut. Supaya kita mendengar lebih banyak daripada bercakap.”

2. Akui bahawa semua orang berhak berkata-kata.

Setiap manusia dikurniakan mulut. Selain untuk makan, minum, mulut juga digunakan untuk berinteraksi. Meluahkan pendapat dan pandangan. Oleh itu, sebagai hamba pada ciptaanNya kita mestilah akur bahawa setiap manusia berhak berkata-kata. Dengan mengakuinya kita akan mula akur dan mendengar juga pendapat daripada orang lain. Perkongsian pendapat memberi jalan penyelesaian yang lebih baik.

” Pendapat daripada dua kepala lebih daripada satu kepala.”

3.Beri perhatian kepada mereka.

Tidak apa yang lebih bermakna pada sang bercakap selain si pendengar memberi perhatian pada mereka. Ini dapat ditunjukkan dengan reaksi bahasa badan. Contohnya tidak memalingkan muka ke arah lain apabila bercakap. Dan mengangguk kepala jika anda bersetuju dengan pendapat mereka. Jangan tunjukkan mimik muka tidak suka. Cuba senyum ketika memandang mereka.

4. Beri reaksi

Apabila mendengar, berikanlah reaksi menunjukkan anda sedang mendengar. Seperti mengangguk atau berkata,”Ya” atau “Oh macam itu ke?”. Semua ini akan memberi satu pandangan positif sang bercakap kepada anda. Ini menunjukkan pada mereka bahawa anda merupakan pendengar yang aktif.

Bagaimana tips hari ini? Membantu? Kongsilah bersama tips anda yang lain tentang belajar mendengar di ruang komen… :-)

Salam motivasi. Kadang-kala kita tidak dapat memenuhi semua permintaan. Kita perlu memberi fokus perkara yang utama kepada diri kita. Semua orang mempunyai 24 jam dalam sehari. Tetapi masa tersebut sebenarnya tidak mencukupi untuk melakukan kesemua. Oleh itu, kadangkala kita mesti belajar untuk bercakap TIDAK. Pernahkan anda mengalami keadaan ini? Di sini ada 3 tips untuk berkata ‘ Tidak’.

1. Terangkan alasan anda.

Beritahu kepada mereka mengapa anda tidak dapat memenuhi permintaan mereka. Terangkan alasan anda. Beri alasan yang munasabah. Dengan ini, mereka akan mudah menerimanya dan tidak bersangka buruk pada anda.

2. Guna bahasa yang sesuai.

Ketika cuba mengata tidak, cuba jangan terlalu berterus terang. Gunakan kaedah diplomasi. Jangan terus mengatakan tidak tetapi menolak dengan lembut.

Saya minta maaf tidak dapat hadir pada majlis anda kerana waktu tersebut saya perlu balik ke kampung menghadiri kenduri adik saya. Terima kasih kerana menjemput saya.

3. Beri idea atau alternatif terhadap pelawaan tersebut.

Perlu diingat, kita dipelawa atau ditanya kerana kita dianggap antara orang penting bagi si peminta. Oleh itu, apabila kita berkata tidak, serba sedikit ianya akan mengguris perasaan mereka. Oleh itu, cuba cadangkan alternatif lain supaya kita dapat membantu mereka walaupun sedikit.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda 4 sebab mengapa kita perlu menggunakan peta minda dalam proses pembelajaran. Tetapi ingat, peta minda bukan sekadar untuk pembelajaran sahaja, ianya juga boleh digunakan dalam pelbagai aktiviti seperti brainstorming, membantu dalam proses membuat keputusan dan dalam penjadualan.

1. Sistem pembelajaran kita pada hari ini kebanyakannya menggunakan otak kiri. Matematik, Sains, Bahasa Melayu, Sejarah semuanya menggunakan otak kiri yang berfungsi berdasarkan logik, turutan, bahasa, linear.Jadi dengan menggunakan peta minda, otak kanan juga dapat dilibatkan. Otak kanan bahagian yang berfungsi berdasarkan imaginasi, warna,kretiviti dan irama . Dengan menggunakan fungsi kedua-dua otak, anda akan lebih genius. Anologinya seperti perbandingan berlari dengan kedua belah kaki dan sebelah kaki. Berlari dengan kedua-dua belah kaki adalah lebih baik daripada berlari dengan satu kaki betul tak? Begitu juga dengan mendengar. Mendengar dengan kedua belah telinga lebih baik daripada satu telinga. Begitu juga dengan otak. Menggunakan kedua-duanya membuatkan kita lebih baik daripada menggunakan sebahagian daripadanya sahaja. :-)

2. Sebab kedua adalah kebanyakkan perkataan dalam nota adalah kurang berfungsi. “Nama sebenar saya ialah Saiful. Saya tinggal di Pulau Pinang.” Agak-agak anda berapa perkataan yang penting dalam dua ayat di atas? Ya, betul hanya dua sahaja iaitu Saiful dan Pulau Pinang. 2 daripada 9 perkataan sahaja penting. Bermakna hampir 80% perkataan kurang penting. Persoalannya mahukah kita membazirkan masa kita kepada 80% ini. Tentu tidak. Kita hanya memberi fokus pada golongan 20% sahaja. Jadi ini akan memudahkan lagi proses ingatan anda. Cara nota yang lama akan menyukarkan kita. Tetapi dalam peta minda, ianya meringkaskan apa yang perlu difokuskan.

3. Satu perkataan dapat mewakili banyak perkataan. Ya merujuk contoh di atas, perkataan ‘Pulau Pinang’ akan memberitahu bahawa ‘Saiful tinggal di Pulau Pinang’. Nota linear berfungsi berdasarkan ayat. Ini menyebabkan kita terpaksa memberi fokus pada ayat tersebut untuk mengingat berbanding peta minda yang memberi fokus pada perkataan.

4 . Sebab lain kita perlu menggunakan peta minda adalah, satu kertas peta minda sudah cukup untuk memuatkan banyak fakta. Ini lebih memudahkan kita melihatnya untuk mengulangkaji di kemudian hari. Tidak seperti nota linear yang mungkin terdiri daripada beberapa helai kertas. I kertas VS 4 kertas, mana jauh lebih baik?

Sebenarnya banyak lagi kelebihan peta minda. Cuma saya rasa inilah point utama mengapa anda perlu menggunakan peta minda dalam pembelajaran. Jadi mari lakukan perubahan.

Beberapa hari ini saya berasa geram sedikit..Arrr…Kenapa? Kerana saya melihat kejayaan seseorang.hehe.Ya dia kini berjaya membuat sesuatu yang diinginkan saya selama ini. Sesuatu yang menjadi matlamat tahunan saya. Waa geramnya.. :-)

Manusia dipengaruhi oleh dua sumber apabila memacu motivasi mereka. Sama ada motivasi yang berunsurkan kegembiraan ataupun sesuatu yang berunsurkan kesakitan. Contohnya seseorang pelajar A. Pelajar A berusaha bersungguh-sungguh kerana dia mempunyai infrastruktur yang lengkap. ia mempunyai keluarga yang bahagia dan lengkap segala-galanya. Oleh itu, ini menjadikan pelajar tersebut ingin mencapai kejayaan. Kerana baginya dia memiliki segalanya.

Manakala pelajar B juga turut berjaya. Tetapi dia datang daripada keluarga yang susah. Bagaimana dia berjaya? Dia menggunakan kesakitan yang dialami sebagai motivasi untuk berjaya. Biasanya cetusan motivasi yang bersumberkan kesakitan lebih mudah memberikan kejayaan pada seseorang. Sebab itulah biasanya kita dengar kebanyakan orang yang berjaya datang daripada keluarga yang hidup susah. Kesusahan memotivasi mereka. Iaitu sumber kesakitan.

Untuk kes saya pula, melihat kejayaan orang tersebut membuat saya geram. Tetapi bukan geram yang negatif tau sehingga saya ingin sabotaj kejayaannya. Sekadar geram untuk memotivasikan diri saya supaya saya turut mampu merealisasikan matlamat saya. Sumber kesakitan yang akan memacukan lagi motivasi saya.

Jadi apakah sumber motivasi diri anda? Kegembiraan atau kesakitan? Jadikan ianya sebagai suntikan motivasi diri anda. :-)

“Kejayaan dicipta oleh insan biasa yang berusaha secara luar biasa.”

Saya sukakan quote motivasi ini. Ini adalah antara quote dan yang terawal saya dengar. Biasalah masa tu kecil lagi. Biasa dengar quote best-best bila pergi ke kem motivasi. Inilah quote yang saya ingat sampai sekarang dan menjadi salah satu motivasi diri saya.

Memang betul. Tiada manusia yang perfect. Setiap orang ada kelemahan diri masing-masing. Ada yang buta, ada yang cacat, ada yang kurang mendengar dan ada yang mengambil masa untuk memahami sesuatu ilmu. Semua mempunyai masalah masing-masing.

Tetapi membeza seseorang yang berjaya adalah usaha mereka. Insan biasa yang hidup biasa berusaha secara biasa. Tetapi insan yang berjaya mencipta kejayaan hasil usaha yang luar biasa. Kejayaan dicipta oleh insan biasa yang berusaha secara berusaha. Ini yang memberikan kejayaan, iaitu melakukan sesuatu yan luar biasa.

Einstein bukanlah seorang yang pandai semasa kecil. Malah gurunya pernah bekata beliau tidak mempunyai harapan. Tetapi dia tidak mengambil kisah semua itu. Beliau berusaha dengan lebih kuat lagi dalam bidang matematik dan fizik. Hasilnya beliau menemui rumus tenaga dan pelbagai kejayaan sains yang mengamgumkan.

Begitu juga dengan Thomas Edison. Beliau telah mengalami banyak kegagalan. Namun begitu, adakah beliau berputus asa? Tidak! Setiap kegagalan membuat dia terus bekerja dengan lebih kuat. Beliau merupakan contoh terbaik quote ini…

Bagaimana dengan anda? Adakah anda telah berusaha secara luarbiasa? Saya? Sudah tentu tidak..baru hendak tukar ke gear yang lebih tinggi. Jadi mari kita berusaha secara luar biasa…salam motivasi :-)

Next Page »