Puisi

Tips Motivasi No Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebuah puisi untuk direnungi.

Bila anda menukar pemikiran anda,
Anda menukarkan kepercayan anda,

Bila anda menukarkan kepercayaan anda,
Anda menukarkan jangkaan anda,

Bila anda menukar jangkaan anda,
Anda menukar sikap anda,

Jika anda menukar sikap anda,
Anda menukar tabiat anda,

Bila anda menukar tabiat anda,
Anda menukar prestasi anda,

Bila anda menukar prestasi anda,
Anda menukar KEHIDUPAN anda.

Khasiat Kurma~

Tips Motivasi No Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar? Bagaimana puasa anda hari ini?Hebat ? Hari ini saya ingin kongsi khasiat kurma daripada perspektif Islam. Al maklumlah sekarangkan musim Ramadhan. Ianya bagaikan item yang wajib tatkala berbuka puasa. :-P

Khasiat kurma menurut perspektif Islam

Antara sabda Rasulullah s.a.w mengenai kurma :

“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya”.

“Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat“.

“Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”.

Salam Ramadhan!

Kesakitan

Tips Motivasi 1 Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa kahabar? Saya harap anda sihat hari ini. Hari ini masuklah Ramadhan yang ke-3. Sebelum terlambat, saya ingin mengycapkan Salam Ramadhan dan semoga puasa tahun ini memberi peningkatan darjat kepada diri kita. Tajuk tips hari ini adalah berkenaan kesakitan. :-)

Kita selalu memikirkan bahawa orang hebat adalah dilahirkan. Kita hampir percaya dengan kenyataan bahawa sebenarnya mereka adalah lebih bertuah, dan diberikan dengan potensi istimewa semasa kecil lagi. Adakah ini benar? Sebahagian penyataan ini mungkin benar.

Dalam realiti, sebenarnya mereka adalah sama dengan manusia yang lain. Perkara yang membezakan adalah mereka menggunakan sepenuhnya ‘sumber’ yang adal pada diri untuk membentuk jati diri yang hebat.Mereka menggunakan bantuan ‘kesakitan’ untuk turut membantu. Kegagalan menggunakan sumber yang ada akan menjadi satu kesakitan kepada mereka.

Contohnya seperti seorang lelaki yang bercita-cita ingin menajdi seorang yang hebat dalam menolong orang. Kegagalannya dalam menolong orang mungkin menjadi ‘kesakitan’ kepadanya. Oleh itu ‘kesakitan’ ini sebenarnya sangat membantu mereka untuk berjaya.

Perkara apakah yang memberi kesakitan dan kebahagian kepada anda dan bagaimanakah perkara ini mencorak kehidupan anda pada hari ini?

Salam inspirasi! :-)

Hanya Sementara

Tips Motivasi No Comments

Hidup ini adalah terlalu singkat. Beruntungglah orang yang menyedarinya. Umpama sebuah khayalan yang disangkakan benar. Seperti firmanNya dalam surah Yunus10:24 ;

“ Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu adalah seperti air (hujan) yang Kami turunkan dari langt, lalu tumbuhlah dengan suburnya tanam-tanaman bumi kerana air itu, di antaranya ada yang dimakan oleh manusia dan binatang ternak.

Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan memakai (pula) perhiasaannya(maksudnya: bumi yang indah dengan gunung-gunung dan lembah-lembahnya telah menghijau dengan tanam-tanamannya), dan pemilik-pemiliknya mengira bahawa mereka pasti menguasainya(dapat menuai hasilnya), tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami pada waktu malam atau siang,

lalu Kami jadikan (tanam-tanamannya) laksana tanam-tanaman  yang sudah dituai (musnah sama sekali), seakan-akan belum pernah tumbuh kelmarin. Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda kekuasaan (Kami) kepada orang yang berfikir.”

Salam inspirasi :-)

Tahniah Sepanyol~

Tips Motivasi 2 Comments

Hari Memuji~

Jika anda ada memikirkan sesuatu yang ingin dihadiahkan dan kosnya murah, ianya adalah ‘pujian’.  Pujian tidak memerlukan kos yang berbentuk wang ringgit. Sekadar butiran kata-kata semangat. Pujian walaupun hanya sekadar kata-kata, tetapi memberi makna mendalam kepada seseorang.

Sememangnya manusia sangat kedekut dengan pujian. Kadangkala kita terlalu menunggu dan menjadi lambat untuk melafazkannya. Ramai sebenarnya antara kita dahagakan pujian berbanding wang atau makanan.

Menurut majalah Forbes, antara karakter ketua yang baik adalah, ‘Pujian yang diberikan terhadap kerja yang baik.’ Ciri ini menduduki tempat yang pertama. Malah, bayaran atau gaji sekadar menduduki tangga ketiga dan tujuh. Faham maksud ini? :-P

Jadi, ayuh memberi pujian. Bukan membodek ye~

Salam inspirasi.

Tips Emerson

Tips Motivasi No Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bercakap atau berkomunikasi bukanlah seusatu yang mudah. Hal ini kerana ia melibatkan pemikiran. Otak bergerak pantas untuk berfikir perkara apa yang perlu diucapkan. Perkara ini tentu lebih sukar kepada seorang yang pendiam.Memikirkan topik yang boleh dibicarakan.

Tips hari ini berkongsi mengenai perkara yang telah dipraktikkan oleh Emerson dan Stevenson dalam memperolehi topik perbualan. Mereka sentiasa membawa buku catatan bersama. Apabila menjumpai sesuatu perkara yang ganjil atau jarang berlaku,mereka akan mencatatnya. Ataupun perkara yang menarik. Seterusnya isi itulah yang digunakan sebagai topik kepada perbualan.

Mungkin kita boleh mencuba tips ini. Hanya sebuah nota kecil dan sebatang pensel. Kos yang murah untuk mendapatkan sebuah idea. :-P

Salam inspirasi!

Tuah?

Tips Motivasi 2 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar? Saya harap anda sihat hendaknya. Fuh, sudah lama saya tidak update blog ini. Hampir bersawang. Sebenarnya hati ini agak berat lagi untuk mengupdate, mungkin bahana bola sepak Piala Dunia masih kuat..Hehe :-P

Hari ini saya ingin bertanya soalan mengenai tuah. Baca cerita di bawah dan kemudian nyatakan pendapat anda. Adakah tuah adalah satu seni atau sememangnya ianya hanya ada pada orang yang tertentu.Mari berkongsi pendapat setelah membaca cerita ini.

Alfred Bandura merupakan seorang ahli psikologi di Stanford. Beliau telah mendapati topik tuah merupakan topik yang menarik dan telah membincangkan mengenai kesan tuah dalam hidup seseorang. Menurutnya, kadang kala peristiwa atau kejadian yang kecil mampu mengubah keseluruhan hidup kita.

Salah satu kisah menarik yang telah berlaku padanya adalah bagaimana beliau bertemu jodoh dengan isterinya.  Sebagai seorang pelajar, Bandura agak bosan membaca tugasan yang ada. Disebabkan itu, beliau telah mengambil keputusan untuk bermain golf bersama dengan kawannya.

Secara kebetulan, mereka bermain di belakang dua gadis yang menarik. Seterusnya mereka telah menyertai dan bermain secara berkumpulan. Selepas bermain, Bandura telah mengatur pertemuan dengan salah seorang daripada gadis tersebut.

Ringkaskan cerita, gadis tersebut telah menjadi isterinya selepas itu. Semua ini hanya bermula hanya kerana golf. Pertemuan itu seterunya telah membuat perubahan besar dalam hidupnya. Keputusan beliau untuk bermain golf dan lari daripada tugasan  membuatkan beliau telah berjumpa dengan seorang potensi teman hidup dan seterusnya berkahwin. Keputusan kecil itu telah mengubah kehidupan keseluruhannya.

Apa pendapat anda?

PS: Ayuh Spain berjumpa Brazil di perlawanan akhir. Pasukan Jerman kalau nak tumpang boleh jugak. :-P

Brazil VS Ivory Coast

Tips Motivasi No Comments

Saya bertanya kepada kawan. “Nak tahu tak kenapa Brazil menjadi kuasa bola sepak. Ini betul dan sememangnya telah dibuat kajian mengenainya. “

Kawan saya tetiba diam dan menunjukkan tanda berminat. “Bagaimana? “

Rahsianya adalah ini..

Peristiwa ini berlaku dahula kala. Kata orang tua, mungkin cerita dongeng. (Tetapi sebenarnya cerita benar.. :-) )

Clifford merupakan seorang pemuda yang ingin mencari rahsia. Dia ingin tahu apa yang membuat Brazil cukup kuat dalam arena bola sepak. Lalu dia telah mengambil keputusan untuk terbang ke negara kuasa bola sepak itu. Dia ingin mendapatkan jawapan kepada persoalan mengapa Brazil mampu pergi jauh dalam bidang ini. Ternyata apa yang dicari tidak sia-sia. Beliau menjumpai sesuatu yang menarik.

Salah satu budaya di sini adalah bermain bola sepak dalam kumpulan yang kecil. Ianya dimainkan dalam satu gelanggang tertutup bersama bola yang bersaiz lebih kecil. Ini bersamaan dengan futsal yang ada pada negara kita pada hari ini.

Rata-rata kanak-kanak bermain bola sepak bukannya menggunakan padang yang besar. Tetapi cukuplah sekadar mempunyai ruang yang yang sederhana yang mampu dimain dalam sekitar 6-10 orang. Perkara ini yang memberi kelebihan kepada mereka. “Mereka dapat berlatih lebih kerap” tanpa sedar.

Mereka membuat latihan lebihan ‘tanpa sedar’ untuk menjadi lebih hebat lagi. Hal ini kerana bermain dalam ruang yang kecil, seorang pemain itu perlu bijak dalam mencari ruang. Tambahan, hantaran yang dibuat perlulah tepat kerana mempunyai kemungkinan yang lebih besar untuk disekat. Seperkara yang paling penting, dengan bermain permainan yang dikenali futsal pada hari ini, mereka berlatih lebih banyak berbanding orang lain.

Menurut kajian yang telah dilakukan , pemain yang bermain futsal menyentuh bola sebanyak 6 kali lebih banyak daripada permainan bola sepak dalam seminit. Ini sangat berbeza dengan pemain yang bermain bola sepak yang menggunakan padang besar. Kesan daripada itu, ini membuatkan mereka mempunyai lebih banyak peluang untuk berlatih dan memperbaiki apa yang tidak kena selain menambah kemahiran hari demi hari. Kesan daripada rahsia ini, Clifford telah berjaya membuka akademi bolanya sendiri.

Cerita saya kepada rakan itu…

“Hehe..Bak RM10. Ini rahsia yang amat berguna. “ Gurau saya sekali lagi kepada kawan saya itu.

PS :Benarlah kata bijaksana, “Latihan yang berulang dan banyak membuat seseorang itu menjadi lebih hebat. “ :-P

England menang Piala Dunia?

Tips Motivasi No Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Akhirnya Piala Dunia 2010 semakin hampir bermula. Apakah pasukan harapan anda? Saya? Hoho..Saya memang ada banyak pasukan kegemaran. :-P

Tahukah anda, pada tahun 2006 di mana Piala Dunia telah diadakan di Jerman, satu simualsi oleh pakar telah dibuat dalam menentukan siapa yang bakal menjadi juara. Hasil ini adalah berdasarkan pencapaian semasa dan statistik sebelum ini. Didapati pasukan yang berkemungkinan menjadi juara adalah Brazil.

Tetapi ianya tidak menjadi kenyataan. Malah Brazil telah tersingkir sebelum sempat menjejak kaki ke separuh akhir lagi. Pasukan yang memenangi Piala Dunia ketika itu adalah Itali, yang dianggap oleh sebahagian orang sebagai pasukan kuda tua kerana terdiri daripada pemain yang agak berusia.

Apa pengajaran yang dapat diambil di sini? Maksudnya jelas. Tiada siapa yang berhak menentukan anda boleh berjaya atau tidak. Simulasi atau sejarah mungkin menunjukkan anda akan gagal. Rakan-rakan mungkin tidak percaya dengan potensi yang ada pada diri anda. Guru mungkin meragui dengan bakat diri anda. Tetapi perkara ini  bukan membawa maksud anda tidak akan berjaya dalam hidup.

Hasilan daripada statistik dan sejarah memang tidak boleh diabaikan. Ianya mungkin akan berulang pada masa akan datang. Tetapi, bukan bermakna anda harus mempercayainya. Andalah yang bertanggungjawab mencipta kejayaan anda. Percayakan pada potensi anda.

Salam inspirasi

PS: Berdasarkan pencapaian semasa dan simulasi yang dibuat oleh pakar, pasukan yang diramalkan berjaya merangkul Piala Dunia kali ini adalah England. Mari kita lihat.:-P

Wondderful!

Tips Motivasi No Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar? Saya harap anda sihat selalu. Hari ini saya ingin berkongsi tips yang dapat digunakan ketika ketandusan idea untuk berbicara.

Komunikasi mampu membuatkan anda menjadi lebih ‘menonjol’ daripada orang lain. Orang yang bijak berkomunikasi kelihatan lebih menarik berbanding orang yang diam secara amnya. Mereka seolah-olah mempunyai pelbagai topik untuk dibualkan.

Apakah rahsia mereka ya? Bagaimana mereka boleh berbual padahal bagi sesetengah orang perkara tersebut kelihatan sukar.  Ada tips? Yelah, apabila melakukan  sesuatu aktiviti bersama, takanlah kita hendak duduk diam sahaja. Pastinya kita memerlukan sesuatu untuk dikongsi atau dibicarakan. Persoalannya topik apakah yang boleh dibualkan? Lebih-lebih lagi jika kita merupakan seorang yang pendiam dan pemalu macam saya. Hehe :-P

Frank Tibolt telah berkongsi  topik yang boleh dibicarakan jika kita ‘blank’ ketika itu. Tipsnya adalah Wondderful.. Hoho..Tidak faham. Begini..

  • W- Weather (Cuaca)
  • O-Occupation(Occupation)
  • N- News   (Berita)
  • D-Dining(Makan)
  • D-Driving(Memandu)
  • E-Entertainment(Hiburan)
  • R-Radio/TV
  • F-Family (Keluarga)
  • U-Uplift(Perkara yang meningkatkan rasa gembira)
  • L-Location(Tempat tinggal)

Perkataan ini adalah topik kepada anda mengenai perkara yang boleh dibicarakan ketika anda bersama dengan orang lain. Ketika anda ketandusan idea, ingatlah perkataan ini.

Salam inspirasi! :-P

« Previous Entries