May 16, 2010
Definisi, Tips Motivasi
2 Comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini post saya bertajuk gemuruh. Ada kaitan dengan posting tips pembentangan sebelum ini. Ketakutan dan gemuruh itu adalah normal. Semua manusia akan berasa gemuruh apabila diminta melakukan pembentanagn. Tiada siapa yang tidak mengalaminya. Yang membezakan adalah bagaimana mereka mengawalnya.
Sebab itulah aktiviti ‘public speaking’ merupakan antara aktiviti yang paling ditakuti berdasarkan tinjauan yang dilakukan. Semua orang merasai perasaan tersebut. Satu idea menarik oleh seorang sahabat mengenai gemuruh ini adalah, sebenarnya gemuruh itu ada baiknya. Katanya, ia membuktikan anda masih hidup dan mempunyai kelemahan. Dan itu tandanya tuhan mengingatkan anda bahawa
‘ You still need Me…”
Selamat beramal dan salam inspirasi!
PS : Entah kenapa kebelakangan ini saya sedikit ‘malas’ untuk mengupdate blog…hehe.. Saya minta maaf jika lama tidak mengupdatenya. Sebenarnya, saya kebelakangan ini agak sibuk belajar pada waktu malam. Hal ini kerana ada 2 peperiksaan profesional yang perlu diambil. Doa kan kejayaan saya ye!
May 11, 2010
Tips Motivasi
3 Comments

Pembentangan atau ‘public speaking’ merupakan antara aktiviti yang wajib dibuat dewasa ini. Tidak kira dalam umur berapa, pekerjaan apa, hampir kesemuanya memerlukan aktiviti ini. Ianya seolah-olah aktiviti yang perlu dimahirkan.
Pelajar perlu mempunyai kemahiran ini dalam membentangkan hasil kerja mereka. Eksekutif-eksekutif muda memerlukannya untuk membentangkan dapatan hasil dan seterusnya berkongsi tindakan yang perlu dibuat. Ataupun paling kurang, diminta untuk memberi pendapat dalam sebuah mesyuarat. Sesiapa yang kurang mahir dalam bidang ini pasti kurang menonjol dan seterusnya menyebabkan dia lambat untuk naik pangkat, ataupun mendapat markah yang rendah. Jadi, kemahiran ini adalah begitu penting sekali.
Post pada kali ini, saya ingin berkongsi sebuah tips pembentangan yang begitu berharga bagi diri saya. Saya bukanlah seorang yang pakar dalam bidang ini ye. Tetapi saya rasa saya mempunyai pengalaman untuk dikongsi berkenaan bidang ini. Daripada seorang kanak-kanak yang pemalu, sehinggalah sekurang-kurangnya dapat berkongsi idea dengan orang ramai. Fuh..Sesuatu yang mencabar bagi saya!
Tips ini kosnya murah sahaja. Cuma melibatkan masa dan sedikit usaha. Apa yang diperlukan adalah cermin. Belilah sebuah cermin besar dan berlatihlah di depan ia. Inilah aktiviti yang sering dilakukan oleh saya jika saya diminta untuk membuat ‘public speaking’. Pertamanya, saya akan mencari idea mengenai perkara yang boleh dikongsi dan ayat yang akan diucapkan. Kemudiannya saya akan berlatih di depan cermin 3-4 kali. Setakat ini, keputusannya baik dan berkesan.
Selamat beramal..
May 8, 2010
Tips Motivasi
3 Comments

Peraturan? Pasti semua orang mempunyai pelbagai perspektif mengenainya. Ada yang baik dan ada yang tidak. Persoalannya, adakah dengan mempunyai peraturan dalam sesuatu organisasi mampu membuatkan pekerjanya bertambah produktif? Adakah sesuatu pasangan akan lebih bahagia jika mereka meletak peraturan mengenai perkara yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan? Adakah dengan meletak peraturan yang pelbagai kepada anak-anak, remaja membuatkan mereka menjadi lebih baik?
Pernah satu program televisyen bertanya kepada pelbagai set keluarga tentang perkara yang dapat membuatkan sesuatu hubungan itu lebih baik dan harmoni. Antara mesej yang dikongsi dan dinyata berulangkali adalah,
“Jangan terlalu mempunyai banyak peraturan.”
Kenapa? Dalam sebuah keluarga atau organisasi, ia melibatkan pelbagai individu yang mempunyai pelbagai personaliti. Menurut hukum purata, jika kita terlalu dibebani dengan pelbagai peraturan, pasti ada yang akan melanggarinya. Kesannya kita akan tinggal dalam stress.
Jadi, jika ingin hidup dengan aman, kurangkan peraturan. Tetapi ini bukan bermakna kita boleh hidup tanpa peraturan. Peraturan amat penting tetapi pilihlah beberapa peraturan yang penting dengan matlamat hidup anda dan kemudiannya hiduplah dengan harmoni.
PS : Adakah ini sebagai alasan membenarkan para lelaki menonton World Cup.. hehe
May 2, 2010
Tips Motivasi
4 Comments
Sebuah dialog benar ( diubah suai sedikit) yang telah berlaku pada beberapa hari lalu. Semoga yang baik dijadikan pengajaran yang jahat dijadikan sempadan.
Saya : Assalamualaikum, ko tengah buat apa?
Kawan saya : Tengah layan video. Dekat Youtube.
Saya : Video apa?
Kawan saya : Video best…serius!
Saya : Pasal apa?
Kawan saya : Sedih..tengoklah..aku tengok pun memang nak nangis
Saya : Video apa yang sampai nak nangis tu?
Kawan saya : Pasal seorang ibu. Apa kata ko juga tengok.
Saya : Ho.. Tajuk dia?
Kawan saya : Surat seorang ibu.
Saya : Jadi kira ko nak balik kampunglah lepas tengok ni? (ngusik saya)
Kawan saya : Aah..Aku tak kira. Aku akan minta kat Si ***** cuti. Sedih gila tengok.
Saya : Ok. Apa-apa borak nanti.
Selamat melihat video ini.Klik Sini Surat Seorang Ibu
PS : Ketika post ini ditulis saya baru sahaja balik dari kampung. Hehe. Ayuh mari rai kempen ‘balik kampung’.
April 28, 2010
Tips Motivasi
6 Comments
” Do you want a successful career or a close relationship with your family? Both! Do you want a focus on business or have fun and play? Both! Do you want money or meaning in your life? Both! Do you want to earn a fortune or do the work you love? Both! Poor people always choose one, rich people choose both. ” T. Harv Eker
Orang yang berjaya adalah orang yang tamak.Mereka tidak mahu sekadar hanya memperolehi sebuah perkara baik sahaja. Apabila diberi dua pilihan yang hebat, mereka mahukan kedua-duanya. Antara kekayaan dan kebahagian? Yang manakah menjadi pilihan hati? Masing-masing mempunyai pilihan hati masing-masing. Tetapi jika anda bijak, anda boleh memperolehi kedua-duanya.

Jadi, apa kata kita mula ‘menamakkan’ diri.. Haish apakah gaya bahasa saya untuk hari ini.
Walau apapun, maksud saya jelas. Kita harus ‘tamak’. Jangan sekadar meletakkan satu matlamat atau harapan. Jangan sekadar memilih satu antara dua. Tetapi anda mampu memiliki kedua-duanya. Orang berjaya adalah orang yang tamak. Jadi mengapa tidak mendapatkan kesemuanya yang diimpikan.
Teringat saya kembali pada soalan yang pernah diberi. Jika lupa, rujuk cerita motivasi di sini. Tatkala semua orang hanya nampak satu sahaja jalan penyelesaian untuk membuat pilihan, sang pemuda itu nampak jalan untuk memperolehi kesemuanya. Jadi, mari kita bersama-sama menjadi seorang yang ‘tamak’.
PS : Tetapi kalau anda ingin memiliki dua isteri, itu saya tidak dapat menjaminnya.
April 26, 2010
Tips Motivasi
4 Comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar? Saya harap anda sihat walafiat. Hampir seminggu saya tidak update blog ini. Sebenarnya dalam seminggu ini banyak perkara yang berlaku pada saya. Salah satunya adalah saya mengalami sedikit masalah untuk update blog kerana versi lama Wordpress . Tetapi dengan bantuan daripada Lutfi yang dikenali di Seminar Blogging, masalah tersebut berjaya diselesaikan. Saya berjaya install versi yang terbaru. Terima kasih bro!
Kedua, saya telah menghadiri Seminar Blogging kelolaan Rohaizad di UTM pada 25 April. Apa yang boleh saya cakapkan, seminar ini merupakan salah satu seminar yang membuka mata tentang dunia blogging. Input yang dikongsi sangat berbaloi dengan pelaburan yang dibuat. Jika anda hendak belajar tentang blogging, saya syorkan dia adalah satu daripadanya. ( Rohaizad tidak mengupah saya ye untuk bodekan ini
) Apa-apa pun, terima kasih Tuk Guru.
Berbalik pada tujuan asal post hari ini, di sini saya sertakan jawapan yang anda tunggu selama ini. Rasa-rasanya sama tak ?

Salam inspirasi!
March 25, 2010
Pengajaran, Tips Motivasi, pengaruh
2 Comments
Assalamualaikum dan salam semua,

Hari ini perkongsian tips motivasi adalah berkenaan menjadi ketua yang baik. Untuk menjadi ketua yang baik adalah perlu anda belajar untuk melihat daripada perspektif yang lain. Manusia adalah tidak sama antara satu sama lain.Ini membawa maksud, corak pemikirannya juga turut berbeza. Oleh itu, dalam menjadi seorang ketua yang berpengaruh, seseorang itu perlulah belajar dan cuba melihat dari sudut anak buahnya.
Istilah ketua bukanlah bermaksud hanya di pejabat. Anda boleh sahaja menjadi ketua kepada perkara apa sahaja dan anda sememangnya dilahirkan sebagai ketua atau dalam Islamnya ‘khalifah’. Ayah merupakan ketua kepada keluarga. Isteri merupakan ketua kepada anak-anak apabila suami pergi bekerja atau tiada di rumah. Guru pula merupakan ketua kepada muridnya dan pelbagai lagi contoh. Melihat daripada perspektif mereka, membolehkan keputusan yang dibuat itu mengembirakan kedua-dua pihak.
Saya mengambil sebuah contoh. Contohnya seorang ketua yaang ingin memecat seorang pekerjanya disebabkan faktor kos. Ketua tersebut boleh sahaja melihat daripada sudutnya sahaja lalu memecat pekerja tersebut. Tetapi apakah kesan yang akan berlaku? Sang ketua berjaya menyelesaikan masalahnya, tetapi tidak pada sang pekerja. Dia mungkin tidak dapat menerima alasan sang ketua dan mungkin membencinya seumur hidup. Ketua tersebut hanya menjadi ‘ketua’ hanya kerana dia mempunyai pangkat yang lebih tinggi.
Tetapi berbeza dengan ketua yang melihat daripada sudut pekerjanya. Dia tahu bahawa sang pekerjanya akan berasa sedih jika keadaan tersebut terpaksa dibuat. Walaubagaimanapun dia terpaksa akur dengan kehendak syarikat untuk menjimatkan kos. Lalu dipanggil si pekerja itu dan dibawanya berbincang secara baik. Si ketua itu menghubungi syarikat lain yang mempunyai kekosongan kerja. Disuruhnya pekerja tersebut cuba meminta pekerjaan disitu.
Pekerja itu gembira dan si ketua itu pun gembira. Jasa ketuanya itu pasti tidak akan dilupakannya kerana teringat apa yang dilakukan oleh ketuanya pada ketika tu. Pengaruh si ketua itu akan berkekalan lebih lama walaupun suatu hari nanti bukan si ketua menjadi ketua lagi.
Tuan-tuan dan puan-puan, mengerti analogi yang cuba dikongsikan? Untuk menjadi ketua yang baik seseorang itu perlulah cuba melihat daripada perspektif sang anak buah. Saya pasti sukar dan agak remeh temeh. Tetapi saya percaya habuannya pasti berbaloi.
Salam inspirasi.
PS : Baru pulang daripada PWTC. Buku ‘Apa Bakat Saya?’ habis..hehe
Terima kasih yang menyokong..
March 17, 2010
Cerita Inspirasi, Idola Kejayaan, Tips Motivasi, Tokoh
5 Comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai tips kejayaan daripada Steve Jobs. Beliau merupakan salah satu idola saya dan merupakan salah seorang pereka teknologi yang begitu kenali. Tahu iPhone? Itu adalah salah satu penghasilan beliau. Beliau merupakan pengasas kepada syarikat Apple. Tetapi oleh sebab-sebab tertentu, beliau telah disingkirkan daripada syarikat tersebut. Tetapi akhirnya kembali ke syarikat tersebut kerana hanya beliau sahaja mampu membuat Apple pergi jauh dengan kebolehannya.
Owh..panjangnya saya bercerita mengenainya. Apa kata kita terus ke tips mengenai kejayaan yang dikongsi.
- Lakukan perkara yang anda sukai. Hasil karya yang baik datang daripada melakukan perkara yang anda suka. Semua orang yang berjaya pada hari melakukan perkara yang mereka minati.Tiger Woods dengan golfnya. Donald Trump dengan minatnya berurusan dengan hartanah. Tony Fernandes dengan minatnya dalam pemasaran.
- Menjadi seorang yang berbeza. Belajarlah untuk berfikir lain daripada lain. Berfikir di luar kotak dan idea baru. Sekadar berkongsi dengan panjang, ini sebenarnya mematuhi hukum Pareto. Anda akan dibayar lebih jika melakukan perkara di mana orang lain kurang mahir dalam melakukannya.
- Lakukan yang terbaik. Dalam setiap perkara yang dilakukan, berikan yang terbaik. Mungkin hasilnya tidak nampak sekarang, tetapi percayalah ianya pasti kembali.
- Lakukan analisis SWOT . Senaraikan kelemahan dan kekuatan anda. Membuat senaraian membuat anda tahu apa yang perlu dikuatkan dan apa yang perlu dielakkan.
- Bermula kecil dan berfikiran besar. Jangan terlalu memikirkan sesuatu perkara dengan begitu kompleks. Bermulalah dengan sesuatu yang mudah.Think big and start small.
- Memberi fokus pada hasil akhir. Hal ini kerana tidak kira apa yang anda lakukan, masyarakat menilai pada hasil akhir. Buktikan kepada mereka.
Itulah 6 tips yang dikongsi oleh Steve Jobs. Harap ianya membantu. Selamat mencuba.
Salam inspirasi.
PS : Harap Steve Jobs membaca entri lalu menghadiahkan saya sebuah iphone..Owh iphone..
January 14, 2010
Keyakinan diri, Tips Motivasi, impian
4 Comments
Assalamulaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda sebuah tips yang menarik daripada Zig Ziglar. Beliau merupakan seorang pakar motivasi zaman dahulu. Bermula daripada zero bertukar kepada hero. Bukan mudah.
Pembaca sekalian, cara dan keadaan anda bangun menentukan hari anda. Jika anda berasa malas dan tidak bermaya, percaya atau tidak, keseluruhan hari anda juga mengalami begitu. Jika anda bangun dengan berkobar-kobar, hari anda juga pasti menjadi sangat menarik. Tetapi bagaimana untuk mengalami perasaan begitu. Zig Ziglar telah berkongsi mengenai 2 tips yang dapat dilakukan pada awal pagi anda.
1. Memberi tepukan pada anda. Mungkin anda boleh memberi tepukan pengangkap pada diri anda. Masih ingat?
2. Menyanyi ketika mandi. Ya…Ingatlah pepatah, kita menyanyi bukan sebab kita gembira, tetapi kita menyanyi sebab itulah kita gembira. Jadi untuk gembira, maka bernyanyilah.
Harap tips yang dikongsi membantu. Jangan terlebih semangat sudahlah.
Salam inspirasi.
August 19, 2009
Keyakinan diri, Minda, Tips Motivasi, Winner
4 Comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tips hari ini adalah tentang tips menjadi seorang yang peramah dan disukai oleh orang ramai.Ianya tips daripada Dale Carnegie’s yang merupakan motivator ulung pada zamannya. Disini saya senaraikan antara tips yang dikongsi oleh beliau.
1.Jangan mengkritik,atau merungut.
Tidak semua orang suka dikritik. Hakikatnya,walaupun idea yang diberi itu salah, manusia tetap tidak suka dikritik. Kritikan bagi manusia seumpanya mendedahkan kelemahannya lagi. Oleh itu, belajarlah untuk menolak secara halus.
2. Senyum
Senyum adalah komunikasi bukan verbal yang penting.Ianya menghantar isyarat selamat kepada orang disekeliling. Ianyase olah-olah memberi signal atau isyarat kepada orang ramai tanpa sedar bahawa anda seorang yang boleh dihubung.
3. Buatkan mereka rasa penting.Lakukan perkara itu dengan jujur.
Setiap orang inginkan perasaan dihargai.Mereka inginkan perasaan bahawa mereka seorang yang penting. Jadi,jadikan mereka itu penting. Dan lakukanlah dengan jujur dengan mencari kelebihan mereka untuk dibualkan.
Selamat beramal dengan tips ini..
Salam inspirasi