Saat Bernikah

Cinta, Islam, Umum 4 Comments

Dengar tajuk pun dah gerun. Saat Bernikah. Tapi bukan saya ye nak bernikah. Saje je ambil tajuk ini. Macam menarik je. :-)

Cuti bulan 12 ni tentu ramai yang  mengadakan kenduri kahwin. Apa-apapun saya ucapkan tahniah untuk sesiapa yang akan melangsungkan perkahwinan. Semoga perhubungan yang dibina bukan sekadar kekal ke anak cucu tetapi sehingga di syurga. Amin.

Tanpa kita sedar tahun 2009 akan tiba tidak berapa lama lagi. Umur kita pun semakin meningkat satu tahun lahgi. Nampaknya saya sudah semakin tua setahun walaupun usia saya sebenarnya masih muda. Adakah saya perlu berkahwin? :-)

Kepada kawan-kawan kaum  Hawa  yang sebaya saya rasanya dah sesuai untuk berkahwin. Apa lagi yang ditunggu? Hehe…Bersesuaian dengan tajuk di atas saya mengambil sebuah hadis untuk menghuraikan bilakah saatnya untuk bernikah.

“Apabila datang kepadamu seorang lelaki datang untuk meminang dimana engkau redha terhadap agama dan akhlaknya maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi.”

(HR Tarmidzi dan Ahmad)

Lakukan Perkara Yang Anda Minat

Quote Motivasi, Umum No Comments

Salam motivasi. Apa kata kita kayakan pemikiran motivasi hari ini dengan mendengar kata-kata daripada orang paling kaya di dunia ketika ini.

“Saya tiada beza dengan anda. Saya mungkin mempunyai wang yang banyak, tetapi wang bukanlah perbezaaannya. Memang saya boleh membeli sut buatan tangan yang mahal. Tetapi apabila saya memakainya, sut tersebut hanya akan kelihatan murah sahaja. Saya lebih suka membeli cheeseburger daripada kedai Dairy Queen berbanding menghabiskan  seratus dollar untuk hidangan makanan. “

Sambungnya lagi, “Jika ada perbezaan saya dengan anda adalah saya bangun setiap pagi dan mempunyai peluang untuk melakukan perkara yang saya suka, setiap hari. Jika awak ingin belajar sesuatu  daripada saya, inilah nasihat yang terbaik saya boleh berkongsi dengan anda. Warren Buffet.

Apapun anda lakukan dalam hidup ini, lakukan apa yang anda minat. Bukan perkara yang menjadi minat orang lain. Jika anda tidak mahu menjadi cikgu dan berminat menjadi pereka sila lakukannya. Ataupun anda tidak berminat menjadi akauntan dan berminat menjadi pakar motivasi. Sila lakukannya juga.

Andalah sebenarnya yang berhak mencorak hidup anda. Selagi anda melakukan perkara yang anda tidak suka, anda tidak akan ke mana. Persoalannya di sini, bagaimanakah anda akan berjaya dengan gemilang jika anda melakukan perkara yang tidak anda minati? Melakukan sesuatu yang diminati menyebabkan adrenalin anda mengalir laju. Tenaga yang disalurkan kepadanya bertambah lebih banyak. Kesannya anda akan melakukan sesuatu dengan lebih bertenaga. Sudah tentu hasilnya hebat jika apa yang diberikan turut hebat.

Jadi apa kata ruang sejenak masa anda untuk memikirkan perkara yang menjadi minat anda. :-)

Elak Bercakap Terlalu Cepat

Keyakinan diri, Pembentangan Memikat, Umum 3 Comments

Apa khabar? Bagaimana anda hari ini? Hebat? Dalam beberapa hari ini saya agak sibuk sedikit mengedit ‘e-laporan’ saya yang pertama. Masih ingat lagi? Berkaitan dengan bagaimana untuk membuat pembentangan yang memikat.
Ia kini dalam proses akhir dan lebih kurang 80% hampir siap. Tinggal 20% lagi. :-)

Ini gambar laporannya. Tetapi belum lagi dilancarkan. :-)

 

Bagaimana?Rasa-rasa apa pendapat anda dan berapakah patut harganya? Pening saya memikirkan harganya. Maklumlah first time buat perniagaan online. Tetapi apa apapun saya janji dengan anda laporan ini boleh didapati dengan harga RM10 untuk sesiapa yang mendapatkannya pada peringkat awal.

Tentang tarikh pelancarannya pula, saya rasakan jika tidak ada aral melintang dan semua seperti yang dijadualkan, pada 5 November ini anda boleh dapatkannya. Jadi kepada sesiapa yang ingin mempelajari dan mengetahui 97 tips, panduan, tricks melakukan pembentang yang memikat, jangan lupa dapatkannya. Jaminan wang akan dipulangkan jika anda berasa tidak puas hati. :-)

Ini salah satu tips yang saya kongsi dalam laporan tersebut.

Elakkan Bercakap Terlalu Cepat

Bercakap dengan cepat adalah salah satu masalah komunikasi yang utama. Salah satu sebabnya seseorang bercakap dengan cepat kerana mereka bimbang perhatian audiens akan berubah. Andaian ini adalah andaian yang salah. Dengan membuat demikianlah sebenarnya akan menyebabkan anda kehilangan perhatian audiens. Sebabnya, apa yang dicakap oleh anda kurang difahami dan akan membuatkan anda kelihatan gemuruh.

Selain itu, ia juga memberi tanggapan bahawa anda tidak berkeyakinan dengan apa yang dicakapkan oleh anda. Elakkan daripada mengabungkan kesemua isi atau ayat dalam satu nafas percakapan.

Bersikap tenanglah untuk mengatasi masalah ini. Percaya dan nyatakan pada diri anda bahawa tiada apa yang perlu ditakutkan jika anda berhenti mengambil nafas sekejap. Pendengar akan setia mendengar pada anda.

Apa pendapat anda?

Salam AidilFitri

Umum 2 Comments

Salam motivasi dan salam Hari Raya.Selamat berhari Raya di kampung,bandar atau di mana sahaja anda berada. Walaupun di Johor atau dinan utara Perlis.

Di sini saya mengambil kesempatan memohon maaf kepada pembaca drInspirasi.com jika ada yang terkasar bahasa, terguris hati untuk sesiapa yang terasa. Saya meminta maaf daripada hujung jari sehingga ke hujung rambut untuk kesalahan yang saya lakukan secara sedar atau tidak sedar. Saya cumalah insan biasa yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Kepada anda raikan ‘Hari Kemenangan’ ini dengan gembira. Iaitu kegembiraan selepas melalui kem ibadahNya selama sebulan. Moga-moga kita berpeluang berjumpa dengan Ramadhan di tahun hadapan.

Sedikit tips berhari Raya:

1. Melawatlah ke ruman sanak saudara. Masa inilah masa yang sesuai kerana selepas ini kemungkinan kita akan sibuk dengan hal masing-masing. MUngkin sibuk menulis blog. :-P

2. Sentiasa menghulurkn senyum. Senyumkan itu sedekah.

” Jika mereka tidak senyum, tidak salahnya anda memberinya.

3. Jangan lupa bayar zakat fitrah. Kalau di Pulau Pinang nilainya RM7.30 , kalau di Selangor RM5.20. Tarikh akhir adalah pagi Raya. :-)

4. Selamat meneruskan diet sihat di Hari Raya setelah sebulan mempraktikannya.

5. Tampil penampilan menarik dengan tips di Klik Sini dan Shueqry

Akhir kata daripada saya, Salam AidilFitri dan Salam Ukhwah.  :-)

Tips Mula Berniaga

Business, Umum 3 Comments

Salam ramadhan. Saya ada menerima satu email rigkas yang bertanya tentang tips untuk memulakan perniagaan. Lalu terlintas saya untuk berkongsi beberapa tips yang saya kutip daripada pengalaman saya. Sebenarnya saya bukanlah ahli perniagaan, cuma saya rasa saya mempunyai sedikit cerita untuk dikongsi dengan anda sekalian.

Tips berniaga yang saya dapat apabila terlibat dengan Pesta Konvokesyen UKM ketika saya belajar. Rasa-rasanya apa yang saya jual? :-) Hehe saya dan kawan saya terlibat menjual ice blended. Boleh dikatakan perniagaan kami sangat berjaya. Masakan tidak, pelanggan kami tidak putus-putus daripada pukul 9 malam hingga 12 tengah malam. Padahal gerai lain pula nak dapat satu pelanggan pun susah.

Setelah diamati saya rasa ini mungkin tips berniaga yang ‘best’ bagi anda ingin memulakan perniagaan.

1. Ketahuilah dalam business apa yang paling penting adalah profit. YA, sebab itulah anda memasukinya. Anda bukan masuk untuk melakukan sedekah, tujuan anda berniaga adalah untuk profit. Bukan maksudnya di sini anda tidak boleh bersedekah, ianya boleh, tetapi anda perlu tahu matlamat anda. Anda perlu tahu berapa keuntungan anda. Adakah ianya berbaloi?Jika tidak, pada pendapat saya, lupakan sahaja. Ianya akan membuang masa anda. Seperti mana yang dikongsi dalam One Miniute Entrepeneur tentang perniagaan. Menurut buku ini, apa yang paling penting adalah profit. So kepada anda yang ingin berniaga, please has business mindset.

2. Ketahui pasaran anda. Ini paling penting. Anda mesti tahu permintaan anda. Adakah disitu wujudnya permintaan anda. Untuk pengetahuan anda, sebelum  itu kami ada cuba menjual di pasar malam. Namun begitu ianya boleh dikatakan sesuatu kegagalan. Sebabnya kami tidak mengikut kehendak permintaan. Minda pembeli disitu adalah berdasarkan barangan yang berharga RM1. Mereka tidak kisah untuk membeli barangan berharga RM1. Tetapi jika harga barangan adalah RM2 ianya akan menyebabkan mereka berfikir 2 kali juga. Tujuan mereka sebenarnya adalah makanan disamping ingin menjimatkan wang.  Suasana pasar malam itu turut mengambarkan kepada perpspektif bahwa di situ adalah tempat yang murah. Sebab itulah mereka agak memilih sedikit. Tetapi berlaianan pula di Pesto Konvokesyen. Mereka tidak kisah untuk mengeluar RM 2 untuk membeli ice  blended yang berharga RM2. Sebabnya tujuan mereka untuk berjalan dan enjoy. Maka sebab itulah ,mereka tidak kisah sangat. Kesimpulannya, betapa pentingnya mengetahui ciri-ciri pasaran anda.

3. Selalu menjawab persoalan ” mengapa pelanggan perlu membeli daripada anda dan bukan orang lain” Ini antara soalan yang sering bermain di minda kami. Untuk pengetahuan anda masa konvokesyen tu rasanya terdapat 3 kedai lain yang menjual ice blended. Oleh sebab itulah kami sentiasa mencari jawapan kepada persoalan ini. Ketahuilah keunikkan produk anda. Apa yang menjadi tarikan dan mengapa mereka perlu membeli daripada anda.Keunikkan barangan kami adalah ianya murah. Kami menjual pada harga RM2 sahaja padahal produk itu berharga dan bersesuaian dijual pada harga antara RM2.50-RM3.

4. Margin keuntungan besar. Semakin besar margin keuntungan semakin baik. Contohnya di sini margin keuntungan kami adalah RM1. Iaitu 100%. Kami menjual produk kami pada harga RM2. Harga kos kami pula adalah RM1. Maka keuntungan kami adalah RM1. Biasanya untuk produk makanan, margin keuntungannya adalah 50-100. Kalua air lagi banyak.

5. Jimatkan kos anda.Perlu diketahui antara faktor pelanggan membeli adalah disebabkan kualiti dan harga yang bersesuaian. Jadi walau apapun anda perlu mengekal kualitinya disamping harga yang best. Persoalannya disini adalah bagaimana anda ingin menjimatkan kos disamping margin keuntungan yang tinggi. Cara yang team saya guna adalah membeli direct daripada pemborong barangan tersebut dan bukannya daripada pembekal ice blended. Maksunya di sini, kami membeli perisa tersebut daripada pemborong perisa, kami membeli cawan daripada apemborong cawan. Kami tidak membeli daripada pemborong pakej ice blended sebab kami tahu pasti sedikit keuntungan telah diambil oleh mereka.Dengan membuat demikian kami telah berjaya menjimatkan lebih kurang 40% kos dan seterusnya meningkatkan lagi margin keuntunagn kami.

Hehe, rasanya sampai situ sahaja rasanya tips saya kali ini. Nanti boring pula anda membacanya. Apa kata anda  pula kongsi juga pandangan anda tentang tips perniagaan. Mungkin ada antara kita mempunyai tips menarik untuk dikongsi.

P/S: Saya bercadang untuk melakukan exchange link. Jadi bagi sesapa yang berminat, sila letakkan link alamat ww.drinspirasi.com di web/blog anda. Kemudiannya beritahu di runag komen di bawah. Syaratnya mudah sahaja, blog/web anda mestilah mempunyai informasi untuk dikongsi walaupun sedikit. Tidak kiralah pasal apa, janji ianya bermanfaat apabila pelawat membacanya. Ilmu internet ke, pasal tips kesihatan ke, pasal internet marketing ke. Janji ianya bermanfaat untuk dikongsi. Saya bukakan untuk 10 orang yang terawal sahaja. Cepat-cepat :-)

Kena Tag

Umum 1 Comment

Salam kemerdekaan.Anda sudah bersedia dengan sambutannya? Sebelum beberapa minit lagi menyambut kemerdekaan, saya akan selesaikan tanggungjawab ini. Iaitu menjawab soalan daripada saudara Muhd Firdaus yang telah mengtag saya. Minta maaflah kerana lambat balas. Ini disebabkan beberapa kerja yang tertangguh disebabkan kerosakkan modem beberapa hari lepas.

Saya akan cuba menjawab sebaik dan seringkas yang mungkin. Semoga anda, pembaca blog dapat mengenali serba sedikit tentang saya. Kata orang kalau tak kenal maka tak cinta. Betul tak? :-)

1.What is the most important thing in your life?
Jawapan: Benda paling penting bagi saya adalah laptop. Sebab kebanyakkan kerja yang saya lakukan sekarang perlu menggunakan laptop. Seperti menulis blog dan buku (dalam proses menyiapkannya).

2. What is the last thing that you bought with your own money?
Jawapan: Saya baru membeli cermin mata. Sebabnya power mata saya naik lagi. Rm13o.

3. Where do you wish to get married?
Jawapan: Masjid

4. How old do you think you will be permanently owned by your love?
Jawapan: Tak beberapa faham soalan.

5. Are you in love?
Jawapan: Soalan bahaya ni.

6. Where was the last restaurant you had dinner?
Jawapan: Pen Mutiara dekat Bayan Lepas.

7. Name the latest book that you bought?
Jawapan: “Talent is never enough” ditulis oleh John C. Maxwell

8. What is your full name?
Jawapan: Saiful Izzuan

9. Do you prefer your mother or father
Jawapan: My mother

10. Name a person that you really wish to meet in real life for the first time.
Jawapan: Anthony Robbins. Mentor kepada motivator.

11. Christina or Britney?
Jawapan: Kurang minat. Tapi lagu Britney dulu masa awal kemunculannya banyak sedap.

12. Do you do your own laundry?
Jawapan: Yes

13. The most exciting place you want to go?
Jawapan: Mekah

14. Hugs or kisses?
Jawapan: Soalan sensasi ni. :-)

15. Point out 5 things about the person who tagged you.
Jawapan: Firdaus…Pandai buat form, hensem, ramah, bijak mencari duit dan berdikari.

16. 8 things I am passionate about
- motivation
- life
- keajaiban alam
- laptop
- handphone
- house
- money
- goal

17. 8 things I say too often
-duit
- motivasi
- aku
- mak
- rumah
- drinspirasi.com
- blog
-matlamat

18. 8 books I’ve read recently
Jawapan: Buku motivasi terutamanya mengenai pesonaliti diri.

19. 8 songs I could listen to over and over again
Jawapan: Nasyid dan lagu inspirasi seperti ‘ Fikirkan Boleh’

20. 8 things I learned last year
Jawapan: Banyak. Paling penting perlunya adalah matlamat hidup.

21. 8 people to tag :
Saya namakan 2 blog
-Shueqry
-Inspirasi Brunei