Maya Karin takut untuk terjun ke laut?
March 1, 2010 Falsafah Kejayaan, Umum, Winner 4 CommentsAssalamualaikum dan salam sejahtera,
Nampaknya hampir seminggu saya tidak update blog ini. Hal ini kerana saya telah menghabiskan cuti hujung hujung minggu di Pulau Redang yang terletak di Terengganu. Sungguh menyeronokkan dan saya menghayati waktu tersebut. Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menjemput saya. Hoho, oklah sebelum saya tersasar dan terus membebel, ayuh kita ke post motivasi hari ini.
Ketakutan merupakan faktor mengapa seseorang itu tidak berjaya. Ia menjadi halangan utama untuk insan yang begitu dahagakan kejayaan. Tetapi, oleh kerana disebabkan ketakuatan yang ada, ini membuatkan dia takut untuk mengambil langkah. Ketakutan terdiri daripada pelbagai jenis. Tetapi antara ketakutan utama yang sering dikatakan adalah ketakutan ‘bercakap di depan orang ramai’, ‘miskin’, ‘tinggi’ dan lain. Walaubagaimanapun terdapat berita gembira mengenai masalah ini. Terdapat ubat untuk ketakutan.
Contoh mudah yang dapat diambil mengenai ketakutan terhadap laut. (Mentang-mentanglah baru balik dari Pulau Redang ?
) Seorang yang takut berada di dalam air. Dia takut untuk berada di dalam laut walaupun memakai jaket keselamatan. Bagaimanakah untuk mengatasinya? Cara yang paling mudah adalah menolaknya. Lalu terjatuhlah dia ke dalam lautan yang dalam itu. Tetapi percaya atau tidak, perasaan ketakutan itu telah hilang. Hal ini kerana dia telah menolak dirinya kearah ketakutan tersebut. Tindakan yang diambilnya telah berjaya mengubat ketakutan tersebut.
Jawapannya adalah : Ubat yang paling mujarab terhadap ketakutan adalah tindakan.
Begitu juga dengan ketakutan terhadap pengucapan umum. Apa yang perlu diperlukan untuk merawatnya adalah melakukannya. Paksa diri anda untuk melakukannya. Tidak dinafikan pada permulaan perasaan cemas itu begitu mendalam, tetapi percayalah, lama kelamaan perasaan itu semakin berubah dan berkurangan. Anda kini tidak lagi gelabah. Tindakan yang diambil oleh anda telah merawat ketakutan anda.
Jadi, kesimpulan post hari ini adalah, ketakutan itu boleh dirawat. Caranya adalah dengan melakukanya. Ya, pada permulaannya anda pasti merasa kurang enak, tetapi percayalah ia adalah rawatan yang terbaik.
Salam motivasi dan salam inspirasi..owh redang~










