Perancangan sebagai langkah kejayaan

Uncategorized No Comments

“Jika saya diberi masa sebanyak 9 jam untuk memotong pokok, saya akan menggunakan 6 jam daripadanya untuk menajamkan gergaji saya.”

Abraham Lincoln

Begitu juga dengan kehidupan. Sebelum melakukan apa-apa tindakan terhadap impian anda, apa yang perkara paling penting adalah melakukan perancangan atau persediaan. Persediaan tersebut bolehlah dalam pelbagai bentuk plan.

Dengan melakukan persediaan atau perancangan, anda sememangnya dapat menjimatkan masa untuk aktiviti yang bakal  diadakan. Anda tahu hala tuju matlamat anda. Berbanding orang lain yang tidak merancang, masa yang yang diambil oleh anda untuk menyelesaikannya adalah lebih cepat lagi.

” Before everything else, getting ready is the secret of success.”

Henry Ford

Jadi apa perancangan anda untuk tahun ini? Adakah anda mempunyai pelan untuk mengubah hidup anda? Membuka bisnes? Ataupun menulis ebook? Apa-apa pun yang anda inginkan, rancang ianya sekarang. Sebaik sahaja anda mula merancang, kemungkinan anda untuk berjaya lebih tinggi.

Perkataan Seharian

Uncategorized No Comments

Salam motivasi. Bagaimana kegiatan anda hari ini? Hari ini saya akan terangkan mengenai perkataan seharian yang digunakan dan kaitannya dengan minda. Ini penting supaya anda dapat kekal bermotivasi dan bersemangat. Cewah.. :-)

Minda kita sangat sangat sensitif. Terutamanya dengan perkataan perbualan harian. Ia sentiasa berinteraksi dengan perkataan yang diucapkan. Biasanya perkataan yang diucap mempunyai kaitan dengan sesuatu keadaan yang berlaku. Seterusnya ianya akan disimpan di  dalam minda separa sedara tanpa kita sedar.  Oleh itu, sebaik sahaja kita menggunakan perkataan tertentu, ianya akan membawa kita kepada emosi keadaan tersebut.

Contohnya seperti perkataan sedih, boring, kecewa, tidak bersemangat dan beberapa perkataan yang lain. Dengan mengucapkan perkataan ini akan membuatkan anda merasai emosi yang pernah dirakam. Pekataan ‘sedih‘ yang diucapakan akan membuat anda tanpa sedar mengingatkan anda semula kepada keadaan di mana perkataan tersebut dirakam oleh minda separa sedar. Kesannya sebaik sahaja anda mengucapkan perkataan tersebut, anda akan mula berasa sedih.

Jadi berhati-hatilah dalam penggunaan perkataan anda. Gunakan perkataan yang merakam perkara yang menggembirakan supaya anda dapat berasa gembira. :-)

Ikutilah impin anda “ Follow your Dreams”

Uncategorized No Comments

Ikutilah impian anda merupakan tajuk motivasi hari ini. Persoalannya adakah ramai orang mengikut impian mereka? Adakah mereka sekadar berangan dan tidak mempunyai keyakinan bahawa impian mereka dapat direalisasikan? Adakah anda takut mengambil risiko kerana impian anda terlalu besar? Sedikit nasihat dan kata Tony Fernandes membuat saya terfikir… Untuk berjaya kita perlu mengambil risiko. Yang penting follow dreams kita. :-)

Nasihat Tony Fernandes,

Apabila saya katakan saya ingin memulakan perniagaan dalam penerbangan. Isteri saya gelakkan sahaja dan berkata “ Mengapa tidak memikirkan sesuatu yang mudah sahaja?”

Saya katakan saya yakin dengan perniagaan ini. Saya rasa industri ini mempunyai potensi yang besar kerana berjuta orang  tidak mempunyai wang untuk terbang.

Ramai mempersoalkan saya adakah saya tahu apa yang sedang lakukan ini. Ramai mengatakan saya akan gagal. Tetapi jawapan saya pada mereka adalah,

“Kehidupan ini terlalu pendek. Jika saya gagal, maka gagallah. Tetapi saya tidak mahu nanti apabila saya berumur 60 tahun dan berkata ”saya patut mencubanya dahulu

Sesuatu yang menarik daripada Tony, salah seorang jutawan di Malaysia. Jadi, beranikanlah diri anda untuk melakukan apa yang diimpikan. Jangan takut dengan kegagalan. Jika anda selalu memikirkan tentang kegagalan, maka perkara tersebut hanya akan menyebabkan anda takut untuk mencuba. Tiada yang special pada Tony Fernandes. Yang membezakan beliau dengan kita adalah beliau mempercayai  impiannya. Beliau merealisasikan impiannya. :-)

Maksud pemenang

Uncategorized 1 Comment

Maksud pemenang adalah berbeza untuk setiap orang.Ia bergantung pada diri masing-masing.Hanya kita yang tahu maksud pemenang untuk diri kita.

Ini bermaksud…

Setiap daripada kita boleh menjadi pemenang.

Pemenang adalah seseorang yang menggunakan potensi yang ada pada dirinya.

Pemenang adalah meletakkan sesuatu matlamat dan mencapainya.

Pemenang adalah menambah kemahiran supaya menjadi lebih baik.

Pemenang adalah melayan semua orang seperti mana dia mahu orang lain melayannya.

Pemenang adalah sentiasa berusaha bersungguh dan tidak menghiraukan segala rintangan.

Pemenang sentiasa mempelajari sesuatu daripada pengalamannya.Tidak kira ia merupakan pengalaman yang buruk ataupun baik.

Menang ialah menjadi apa yang kita mahu.

Menang ialah gembira menjadi diri kita.

Menang adalah salah satu cara kita berfikir.

Menang adalah salah satu cara kehidupan.

Menang adalah segalanya tentang sikap.

Ya!Semuannya tentang sikap.

70% atau 80% adalah semuanya tentang sikap.Setelah kita telah membuat semua orang bersedia terhadap tugasan, hanya satu sahaja yang tinggal iaitu sikap.Yang menjadi berita gembira di sini ialah kita boleh memilihnya dalam kehidupan.Kita tidak mampu memilih atau mengubah keadaan,tetapi kita sentiasa boleh memilih atau mengubah sikap

Anonymous